MAHIADDIN PATUT MALU MENONJOLKAN DIRI MAHU JADI PERDANA MENTERI SEKALI LAGI

Walaupun PN hanya menang 73 kerusi Parlimen berbanding PH yang mendapat 82 kerusi, tetapi nampaknya yang paling awal menonjolkan diri untuk menjadi Perdana Menteri ialah Mahiaddin Md Yasin.

Realitinya bukan saja PN sekadar mendapat tempat kedua daripada segi bilangan Ahli Parlimen, malah dalam PN juga, jumlah kerusi Parlimen Bersatu yang menang juga berada di kedudukan kedua berbanding Pas yang memperolehi jumlah lebih tinggi.

Makna kata, selain PN berada di tempat kedua di belakang PH dalam persaingan liga PRU15, di peringkat dalaman PN pun Bersatu berada di tempat kedua juga di belakang Pas.

Kalau pun Mahiaddin tak rasa malu kepada Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH yang berada di tempat pertama lantaran lebih dulu menonjol-nonjolkan untuk jadi Perdana Menteri, beliau patut ada sedikit malu kepada Presiden Pas, Hadi Awang yang partinya menang paling banyak kerusi itu.

Manalah tahu, entah-entah Hadi pun teringin juga nak menginap di Seri Perdana.

Sikap gelojoh dan kalut Mahiaddin untuk jadi Perdana Menteri, di samping mengalahkan Anwar yang nampak tenang dan relaks, malah macam gelojoh orang bujang yang tak sabar berbini.

Keghairahan dan kegelojohan Mahiaddin menonjol-nonjolkan dirinya mahu menjadi Perdana Menteri ini sebenarnya amat menjengkelkan rakyat Malaysia.

Beliau tidak sepatutnya bersikap terlalu gelojoh dan kalut untuk jadi Perdana Menteri kerana ada orang lain yang lebih berhak daripadanya.

Lebih menjengkelkan, di sebalik kegelojohan itu, rekod buruk beliau sebagai Perdana Menteri selama 17 bulan sebelum ini masih menjadi igauan ngeri bagi rakyat negara ini.

Dalam hal ini, semacam Mahiaddin masih tidak sedar diri dan kegagalannya itu langsung tidak menginsafkan dirinya.

Tanpa sebarang rekod kejayaan, negara menjadi suram dan Parlimen didaruratkan, kecuali berjaya mencatat rekod sebagai Perdana Menteri paling banyak mengadakan perutusan khas melalui televisyen, perkara itu sepatutnya membuatkan Mahiaddin malu untuk menawarkan diri jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri juga Mahiaddin langsung tidak mesra media dan takut berdepan soal jawab wartawan di sebalik kekerapannya muncul melalui perutusan khas itu.

Hanya setelah dijatuhkan dan memegang jawatan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, barulah beliau berubah sikit jadi mesra media dan selalu pula mengadakan sidang akhbar terbuka.

Ehhh…semua itu sudah terlewatlah!!

Berdasarkan hakikat itu, jika kembali jadi Perdana Menteri, ada kemungkinan Mahiaddin jadi tertutup semula selepas ini, terutama kepada pihak media.

Yang nyata, dengan rekod kegagalannya itu, tiada jaminan beliau mampu mentadbir negara dengan lebih baik dan membawa Malaysia keluar daripada pelbagai kemelut yang melanda ketika ini.

Bahkan, Malaysia mungkin berdepan mala petaka lebih buruk yang tak terjangka. – ShahbudinHusin 21/11/2022.

4.4 8 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 21 November 2022 — 4:43 pm
Subscribe
Notify of
guest

39 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
22 November 2022 3:29 am

KEPUTUSAN PRU15

IMG-20221120-WA0037.jpg
Anonymous
Anonymous
22 November 2022 3:38 am
Reply to  Anonymous

ANALISA PENDIRIAN PENGUNDI MELAYU:

Melayu penentang DAP/Anwar:
BN + PAS + Bersatu
= 30 + 49 + 28
= 107

Melayu penyokong DAP/Anwar
= PKR + Amanah
= 28 + 8
= 36
(tapi tak sampai pun 36 sebab dlm PKR tu termasuk kerusi bukan Melayu)

Bilangan “Melayu penentang DAP/Anwar” adalah 3 kali ganda berbanding “Melayu penyokong DAP/Anwar”!

Syabas Melayu!
Hidup Melayu!

Anonymous
Anonymous
22 November 2022 3:43 am
Reply to  Anonymous

TERKINI:

Ketua-ketua bahagian Umno membuat resolusi menolak “gabungan PH-BN” dlm pembentukan kerajaan.

Syabas Umno!

IMG-20221121-WA0108.jpg
Anonymous
Anonymous
22 November 2022 3:49 am
Reply to  Anonymous

Slogan baru Umno:

“BIAR TAK BERKUASA, JANGAN TAK BERPRINSIP”.

Slogan itu secara tidak langsung menyindir Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.

03-48-35-anwarglos1_1617773706.jpg
Anonymous
Anonymous
22 November 2022 3:58 am
Reply to  Anonymous

MEMANG BENARLAH SEPERTI APA YG TUN M KATAKAN SEMASA BERKEMPEN MENJELANG PRU15:

https://youtu.be/q5ePyzfX81E

Anonymous
Anonymous
22 November 2022 4:11 am
Reply to  Anonymous

DS ANNUAR MUSA MENDEDAHKAN:

AGENDA ZAHID HAMIDI YG MAHU “UMNO BERGERAK SOLO” ADALAH SATU PERANCANGAN UTK MEMBANTU ANWAR MENANG DLM PRU15.

https://www.1media.my/2022/11/apa-muslihat-zahid-hamidi-annuar-musa.html?m=1

Anonymous
Anonymous
22 November 2022 4:31 am
Reply to  Anonymous

NAMUN, SYABAS DIUCAP KEPADA KETUA² BAHAGIAN UMNO YG BERTEGAS TIDAK MAHU BERSAMA PH, TERUTAMANYA DS HISHAMUDIN HUSSEIN & DS ISMAIL SABRI!

Anonymous
Anonymous
22 November 2022 4:32 am
Reply to  Anonymous
Anonymous
Anonymous
22 November 2022 4:33 am
Reply to  Anonymous
Anonymous
Anonymous
22 November 2022 4:37 am
Reply to  Anonymous

“BIAR TAK BERKUASA, JANGAN TAK BERPRINSIP”!

HIDUP UMNO!
HIDUP MELAYU!

gettyimages-51333899-594x594.jpg
Anonymous
Anonymous
22 November 2022 4:40 am
Reply to  Anonymous

SEKALUNG PENGHARGAAN KEPADA PEMIMPIN² UMNO!
(KECUALI ZAHID HAMIDI)😆

20-13-25-BUNGA 1.jpeg
Anonymous
Anonymous
22 November 2022 7:54 am
Reply to  Anonymous

PRU15: Annuar dakwa formula BN gerak solo demi bantu PH, Anwar

Sinar Harian
November 22, 2022 05:15 MYT

07-53-15-61669050511_ANNUARMUSA.jpg
Anonymous
Anonymous
22 November 2022 7:55 am
Reply to  Anonymous

SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa pucuk pimpinan BN sudah merancang formula bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) demi merealisasikan impian Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Sedangkan menurutnya, rakyat terus dimomokkan dengan naratif ‘No Anwar, No DAP’ yang digerakkan oleh kumpulan penulis naratif sekali gus menenggelamkan strategi pasti menang gabungan BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Formula bergerak solo adalah formula dicipta oleh pucuk pimpinan untuk menjayakan satu grand design yang terselindung daripada ahli parti

Anonymous
Anonymous
22 November 2022 7:56 am
Reply to  Anonymous

“Ahli parti masih lagi dengan ‘No Anwar, No DAP’ sedangkan pimpinan sudah ada agenda lain yang sudah ‘meletop’ hari ini (rundingan bersama Pakatan Harapan).

“Naratif yang diwujudkan adalah untuk meninggalkan strategi pasti menang kerana agenda peribadi nak buat ‘going solo‘ maksudnya ke arah membantu PH dan Anwar.

“Formula itu adalah formula yang gagal dan akhirnya menjadi bencana,” katanya dalam wawancara eksklusif ‘Apa Muslihat Zahid Hamidi’ disiarkan sebuah portal pada Isnin malam.

Anonymous
Anonymous
22 November 2022 7:57 am
Reply to  Anonymous

Annuar turut mendakwa, gerakan itu juga telah mencipta naratif bahawa Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu membunuh UMNO.

“Bersatu dan Pas nak membunuh UMNO juga satu naratif yang direka untuk menghalalkan strategi solo,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Ketereh itu menjelaskan, beliau sendiri melakukan rundingan bersama Bersatu dan Pas dalam usaha mewujudkan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Anonymous
Anonymous
22 November 2022 7:58 am
Reply to  Anonymous

Dakwanya, perkara itu telah dipersetujui oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin termasuk memberi laluan kerusi lebih banyak kepada UMNO.

“Kalau kata Pas atau Bersatu nak bunuh UMNO, saya masih ingat Muhyiddin kata mereka parti kecil jadi biarlah UMNO ambil kerusi paling banyak.

“Waktu berunding kita (UMNO) sasar 80 kerusi, nak beri Bersatu sehingga 40 kerusi dan Pas 30 kerusi. Jika formula ini dibuat, memang akan menang dua pertiga,” katanya. – Sinar Harian

Anonymous
Anonymous
22 November 2022 7:58 am
Reply to  Anonymous

1. https://wrlr.blogspot.com/2022/11/umno-jangan-jadi-munafik-kenapa-pula.html 2. https://wrlr.blogspot.com/2022/11/maklumat-berguna-tapi-umno-nak-jadi.html 3. Zamil UMNO memberi penjelasan yang paling bernas mengenai pendirian rasmi UMNO mengenai PH-BN 4. Mengapa double standard pendirian No DAP, No Anwar dan No PPBM. Sekarang hanya Yes PPBM? 5. Mengapa PM 9 UMNO Ismail Sabri boleh pulak buat Perjanjian MOU CSA dengan PH demi kestabilan politik dan berjaya meluluskan banyak RUU tanpa masaalah 6. Mengapa PPBM PN Muhyuddin berunding dengan individu tertentu BN spt H2O dan Annuar Musa yang tiada loci standi untuk berunding bagi pihak BN 7. Pendirian rasmi politik BN yalah mengikuti keputusan enbloc berasaskan syarat2 Watikah Calon yang ditandatangani semua MP… Read more »

Anonymous
Anonymous
22 November 2022 8:04 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. TOLONG LAH KAMI JAHID!🤣

IMG-20221121-WA0110.jpg
HusaMitam
HusaMitam
22 November 2022 10:51 am
Reply to  Anonymous

DiMesir purba ada satu bangsa dominan dgn sifat ketuanan yg tebal iaitu bangsa Qibti sehingga bangsa yahudi pun menjadi mangsa mrk.Hari ini tidak lg diketahui brp jumlah bangsa ini yg masih wujud didunia. Mrk juga sangat kuat dgn laungan hidup Qibti mungkin juga ( tidak ada kepastian ) dgn laungan tidak akan hilang Qibti didunia. Laungan dan semangat berkobar2 tak akan membawa masyarakat tu kemana2 making mundur ada.

Anonymous
Anonymous
21 November 2022 8:24 pm

HA HA HA… SEBUAH PENGORBANAN DEMI NEGARA! 🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Menanti kerajaan baru, dalm dada rasa bergelora! Kedua2 pihak PH & PN, melobi dgn pelbagai cara Syabas, PH-BN dh bentuk sebuah pakatan mesra Dari Umno/BN, terimalah utk PH seorang perwira! 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏… Read more »

16-39-28-AHMAD_ZAHID_HcsdfewqAMIDI_1582966242.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2022 8:31 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA.. ADA ‘UMPH’ PUNYA, MMG GERENTI!🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Mndapat perwira baru ni pasti PH gembira di hati Dah tentu nya, akan lebih gah, Bg Non punya parti Ia nya lebih berharga, dari mendapat emas sepeti Kerna, beliau org yg jujur, amanah dan berintegriti 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏 👏… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 November 2022 10:42 pm
Reply to  Anonymous

lu poliTIKOS tunjang punya kampong
selupa itu katak ong bawah tempulong
lu talak tau malaisia ekonomi talak kembong
pasai lu punya menteli malayu manyak bohong
suma satu dunia suda tengok sama telopong
depa sula nampak malaisia manyak hantu polong
kilija sama sama itu hantu jelangkong
tambah lagi hantu cina pocong lagi mali tolong
sapa tarok labor luit sana ha, gerenti talak untong
sikalang sapamau tolong?

Anonymous
Anonymous
22 November 2022 3:54 am
Reply to  Anonymous

JAGUH MELAYU PKR SEDANG MENJILAT BALIK LUDAH!🤣

IMG-20221121-WA0099.jpg
Anonymous
Anonymous
22 November 2022 4:16 am
Reply to  Anonymous

Anon 10:42 pm tak pergi tumpang jilat sama ker?😂 Tanya jer!🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

10-12-00-47424b84a46abb862d3b51b84d41b725.jpg
Anonymous
Anonymous
22 November 2022 4:17 am
Reply to  Anonymous

JILAT, JANGAN TAK JILAT!🤣

06-42-15-man-laughing-hard-bully-expression-pointing-forward-portrait-funny-asian-close-up-head-shot-selective-focus-141422583.jpg
Anonymous
Anonymous
22 November 2022 4:21 am
Reply to  Anonymous

Ha ha ha..😂

IMG-20221121-WA0110.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2022 5:46 pm

HA HA HA…😆

LAWAK.. LAWAK.. LAWAK…😅
MENGALAHKAN MAHARAJA LAWAK MEGA!😂

Macai² masih tak faham maksud MENANG & syarat² kemenangan.. maka, mereka ke sana sini terkinja-kinja, melalak dan terjerit-jerit dengan angka 82, 73, 30…🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
21 November 2022 5:47 pm
Reply to  Anonymous

IZINKAN SAYA BERI SATU CONTOH PERTANDINGAN!

Pertandingan membaling botol. 

Syarat² kemenangan:

1) Seseorang individu itu dikira pemenang jika dia berjaya jatuhkan 112 botol atau lebih.

2) Jika tiada pemenang individu, yakni tiada individu yg berjaya menjatuhkan 112 botol atau lebih, dia boleh bergabung dgn individu² lain bagi mencantum “score” mereka. Jika cantuman “score” itu berjaya mencapai 112, maka kumpulan itu dikira pemenang.

Anonymous
Anonymous
21 November 2022 5:49 pm
Reply to  Anonymous

Selepas diadakan pertandingan, didapati tak ada peserta yg berjaya menjatuhkan 112 botol atau lebih.
Yg paling tinggi pun 82 botol yg berjaya dijatuhkan oleh cik Non.

Lalu, penyokong² cik Non berteriak sana sini, mengatakan pihak penganjur tidak adil kerana tidak memberi kemenangan kepada cik Non.😂

Kesian mangkok² ayun penyokong cik Non.. nak masuk bertanding tapi tak faham syarat pertandingan!🤣

😀 😃 😄 😆 😅 😂 🤣
KAH KAH KAH KAH

07-09-06-474f493906fbcf129ba96e687d9361b3.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2022 6:22 pm
Reply to  Anonymous

Layan je. Jangan lupa ratib DAP, DAP, DAP

https://www.youtube.com/watch?v=G3h2737s6L0

_2.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2022 6:30 pm
Reply to  Anonymous

MB Umno – DAP pertama di Malaysia

1829976.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2022 6:33 pm
Reply to  Anonymous

Pecatlah MB sendiri. Apo?

166.jpg
Anonymous
Anonymous
21 November 2022 6:47 pm
Reply to  Anonymous

Terbaik game botol. DUN Perak BN 9 botol, PH 24 botol, PN 24 botol. BN+PH 33 botol, MB BN Saarani. DiPahang, Negeri YDPA Sultan Abdullah dah ada persetujuan formula yang sama BN 16 botol, PH 8 botol, PN 17 botol. BN+ PH 24 botol dan Wan Rosdy kekal MB BN. Kerajaan Perpaduan. —————> BN’s Saarani Mohamad sworn in as Perak MB FMT Reporters – November 21, 2022 5:53 PM Saarani Mohamad’s appointment follows an agreement between the state chapters of Barisan Nasional and Pakatan Harapan to jointly form the Perak state government. (Bernama pic) PETALING JAYA: Kota Tampan assemblyman Saarani… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 November 2022 6:55 pm
Reply to  Anonymous

Wayang je, bagi MB kat BN tu, nak amik hati org² Melayu!

Saarani hanya akan jadi tunggul je dlm sidang DUN Perak nanti.
Dia setakat pengerusi mesyuarat je.

Org² Melayu/Islam Perak tak akan terbela nanti.

Anonymous
Anonymous
21 November 2022 7:00 pm
Reply to  Anonymous

Tapi formula ini sekali gus meranapkan semua formula Atok, Wow Bule, Johny Doe tukang tilik, Othman, Tanpa Nama/Ali Jaeger.

Malah semua Bani Tamim terkedu hilang 120 deposit kan.

Anonymous
Anonymous
21 November 2022 7:15 pm
Reply to  Anonymous

Balaci Atok dah mula jump ship satu per satu. Kelmarin AKJ Kadir Jasin mengalukan inisiatif Anwar dan Zahid. Hari ini, Tukar Tiub pulak yang raikan Perak Move sbg brilliant, permulaan baik. Hanya Tok Habib Outside the Box (OTB) yang maseh dalam denial syndrome kerana malu semua ramalan dan tuduhan dia kelaut kerana dendam tebal dia kpd Anwar. Semua calon Gerak dia hilang deposit, Taufik dan Siti Kassim proLGBT. OTB yalah case mixed mental nuts, on one hand dia tak minat prospek Muhyuddin dan Hadi tetapi minat PH-BN tanpa Anwar dan Zahid. Bila DAP dan Rafizi endorsed UG PH-BN dia terus… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 November 2022 5:18 pm

Patuhi aturan kebiasaan: Beri peluang Anwar dan PH membentuk kerajaan Aturan dan amalan demokrasi mesti dihormati dan diikuti demi kepentingan demokrasi berparlimen Aliran mengambil perhatian dengan peristiwa yang berlaku sejak pengumuman keputusan rasmi pilihan raya umum. Gabungan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi, jumlah kerusi terbanyak (walaupun kurang daripada majoriti mudah iaitu 112 kerusi), diikuti Perikatan Nasional dengan 73 kerusi, dengan semua yang lain ketinggalan jauh di belakang. Walau bagaimanapun, kini terdapat perbincangan di kalangan gabungan dan parti politik yang berbeza untuk segera menggabungkan kerjasama baru bagi membentuk kerajaan seterusnya yang dipimpin oleh perdana menteri baharu. Di bawah Perkara 43(2) Perlembagaan… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 November 2022 5:19 pm
Reply to  Anonymous

KITA JUGA TIDAK SUKA..BIAR JADI PEMBANGKANG.NAMUN MAMPUKAH MAHIADDIN HADI AWANG MENGENDALIKAN EKONOMI NEGARA ?   Pada ketika ini & saat ini, apa yg berlaku kami pun tak suka. Paling bagus & terbaik, PH tidak masuk dlm mana2 gabungan walaupun bersama umno Bn. Sekali lg, kami tak suka keadaan ini.  Mungkin YDPA perlukan masa utk menimbal semua perkara. PH 82 : PN 73 : BN 30.  Tapi arahan utk 112 kerusi, semua parti tergantung tak dapat cukupkan. PH harapkan dr Gabungan Parti Sarawak, dan parti yg lain tetapi Premier Sarawak terlebih dahulu nyatakan hanya utk bersama parti Muhyiddin saja. Dalam masa… Read more »