YANG MENANG, YANG KALAH PRU15

PILIHAN Raya Umum ke-15 yang menarik 73.89 peratusan orang keluar mengundi menghasilkan keputusan bersejarah, tiada pakatan politik berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Pakatan Harapan (bersama Muda) menang 82 kerusi, diikuti rapat Perikatan Nasional dengan 73 kerusi.

Barisan Nasional, Umno terutamanya, yang mendesak pilihan raya awal diadakan tersungkur teruk dengan hanya menang 30 kerusi, manakala Pejuang kalah semua, termasuklah Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.

YANG MENANG

PAS 

Parti Islam itu yang berkempen atas slogan perpaduan ummah- sekaligus bermesraan dengan Umno dan Bersatu serentak- akhirnya mengukuhkan kekuatannya pada pilihan raya kali ini dengan bekerjasama dengan Bersatu dan Gerakan di bawah sepanduk Perikatan Nasional.

Ia menyapu bersih kerusi di Terengganu dan Kelantan menggunakan benderanya sendiri, menandakan yang jenama parti Islam itu terus diterima penduduk Pantai Timur serta di Kedah.

Kegagalan bekas setiausaha Majlis Syura PAS Mohd Khairuddin Aman Razali yang bertanding menggunakan tiket BN, misalnya, mencadangkan yang tsunami PAS tidak boleh lagi dipandang enteng.

Kejayaan besar parti itu membuktikan yang kekuatannya kini perlu diakui bukan sahaja di dalam PN tetapi juga dalam arena politik negara.

Ia turut membuktikan yang politik kaum dan agama membuahkan hasil, yang menjelaskan mengapa pemimpin Bersatu Muhyiddin Yassin terus menang besar -walaupun atau kerana- kenyataan Kristianisasi negara yang dibuatnya menjelang pengundian.

GPS

Gabungan Parti Sarawak yang menang selesa 22 kerusi adalah ‘kingmaker’ dalam situasi semasa Parlimen tergantung. Hanya masa akan menentukan sama ada GPS bersedia bekerjasama dengan PN yang kini mempunyai rakan parti Islam yang sangat kuat.

Pakatan Harapan  

Gabungan politik PKR, DAP dan Amanah yang bekerjasama dengan Muda meraih kejayaan di 91 kerusi, merosot berbanding yang dikecapinya pada pilihan raya lepas.

Walaupun PH berjaya mempertahankan kebanyakan kerusinya, perlu diingatkan yang Setiausaha Agung PH Saifuddin Nasution tewas di Kulim kepada calon PN Roslan Hashim, Nurul Izzah Anwar kehilangan kerusi legasi keluarganya di Permatang Pauh kepada calon PN Fawwaz Mat Jan yang menang dengan majoriti 5,272 undi.  

Tidak mempunyai jumlah kerusi Parlimen mencukupi bermakna PH perlu mencari kesepakatan dengan parti lain, terutamanya pakatan politik dari Borneo.

YANG KALAH

Barisan Nasional

BN di kedudukan ketiga pada pilihan raya kali ini, hanya menang 30 kerusi di bawah kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi yang bergelumang dengan kes mahkamah.

Kesannya, kepimpinan Zahid dalam Umno kini tergugat dan ahli parti dijangka mendesaknya meletak jawatan kerana prestasi buruk BN.

Tindakan Zahid yang mengugurkan beberapa orang kuat Umno yang dilihat mesra Ismail Sabri Yaakob pada pilihan raya kali ini juga turut menyumbang kepada nasib buruk Umno.

Ismail Sabri kini sah memegang gelaran perdana menteri tersingkat dalam sejarah negara, manakala impian Khairy Jamaluddin menjadi perdana menteri hancur berkecai apabila tersungkur di Sungai Buloh.

Pejuang

Pengerusi Dr Mahathir Mohamad kalah teruk di tangan calon PN yang mendapat majoriti 13,518 undi sehingga hilang wang deposit apabila hanya meraih 4,566 undi.

Anaknya, Mukhriz, serta calon Gerakan Tanah Air lain turut kalah teruk, menimbulkan persoalan sama ada Pejuang dan GTA akan terus bertahan sebagai entiti politik selepas PRU15.

Pengkhianat PKR

Antara “Penggerak Langkah Sheraton” yang dibenam pada PRU15 adalah Mohamed Azmin Ali di Gombak yang kalah kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, dan juga Zuraida Kamaruddin yang bertanding atas tiket Parti Bangsa Malaysia.

Nampaknya pengundi tidak dapat memaafkan pengkhianatan kedua-dua mereka.

Dalam beberapa hari akan datang, negara akan menyaksikan kesibukan pakatan dan parti politik berunding untuk menentukan pihak mana yang mentadbir Malaysia, dan pengundi selepas menjalankan tanggungjawab akan menanti penuh debar. – 20 November, 2022.

Sumber – https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/412775

3 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 20 November 2022 — 11:53 am
Subscribe
Notify of
guest

20 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
anonymous
anonymous
20 November 2022 10:52 pm

PASCA PRU15 :

POLITICIANS! SHOW ME YOUR LOYALTY TO THE COUNTRY

anonymous
anonymous
20 November 2022 10:33 pm

PASCA PRU15:

PROFESOR LALANG SEDANG BICARA DI ASTRO AWANI NOW

anonymous
anonymous
20 November 2022 10:20 pm

PRU15 : ANA PUAS HATI

  1. MAHATHIR & PEJUANG MAMPOS
  2. UMNO/BN MAMPOS
Anonymous
Anonymous
20 November 2022 7:48 pm

Sunday, November 20, 2022 DONKEY ON THE ROOF : PANIC IS SETTING IN AMONG CHINESE PEOPLE, AND OTHERS AS WELL   Really no one expected PAS to win 49 Parliamentary seats. It was purely the Malay protest vote against UMNO and the BN.  Now there is talk that Hadi may become the 10th Prime Minister. Or at least the Deputy Prime Minister. Or that PAS clowns may get important Cabinet posts like Finance Ministry, Ministry of Education etc. What will happen to the already screwed up banking system? Or the already screwed up education system? Or they may just buy more Mecedi… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 7:46 pm

Haha…ada ahli ameno sanggup hulur tali bagi menjerutkan leher mereka sendiri?

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 4:47 pm

Ada desas desus mengatakan PH akan mengadakan gabungan dengan BN. Dengan gabungan ini (82 + 30) akan membolehkan mereka membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, yakni 112 kerusi. Ini mungkin terjadi dan sekaligus membolehkan DSAI menjadi PM. Tapi sanggupkah DSAI menggadai maruah dan menjilat ludah lebih teruk lagi dari TDM? Relakah dia bergabung dengan AP² dari parti yang selama ini dia canang dan laung²kan sebagai korup, bobrok, parti rasuah, parti songlap, parti sakau, parti penyamun, parti penyangak, parti pencuri, parti perompak dsb? Apakah rakyat Malaysia akan mendapat seorang ketua pemimpin yang rela menjual prinsip, menggadai maruah diri serta menonjolkan sifat munafiq… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 4:28 pm

TSUNAMI MELAYU PRU15. Orang² Melayu mula terasa bimbang dengan kebangkitan semula PH beserta dengan kepincangan dalam kepimpinan Melayu khususnya Umno/BN. Kes ‘Najib’ dan ‘Zahid’ akan dijadikan modal untuk memancing undi bagi PH. Jika PH dapat memenangi PRU15, maka Anwar Ibrahim (DSAI) akan diangkat jadi PM.. dan ini yang sangat ditakuti oleh orang² Malayu (sebabnya itu, ramai yang tahu). Untuk menghalang DSAI daripada jadi PM, orang² Melayu hanya ada 2 pilihan, iaitu undi BN atau PN. Namun, ramai yang tidak yakin dengan kemampuan BN kerana isu ‘Najib dan Zahid’ itu. Maka, sebab itulah undi lebih banyak pergi ke PN. Keputusan menyaksikan… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 1:35 pm

PH, BN alliance offers Malaysia its best chance to build back Letter to the Editor – November 20, 2022 12:54 PM From Ibrahim M Ahmad A long wait spanning two dozen years may be about to end as Anwar Ibrahim stands on the cusp of becoming Malaysia’s 10th prime minister. Yet, for that to happen, the secret pact between him and Umno president Ahmad Zahid Hamidi, which I wrote about previously, must come to light and be accepted by all. That time had not yet come when Anwar, leader of the Pakatan Harapan (PH) coalition that won highest number of… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 1:36 pm
Reply to  Anonymous

Penyelesaian Parlimen Tergantung  1. Saya mendapat perkhabaran yang Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi, telah menghulur ranting zaitun kepada Pakatan Harapan.  2. Malah dikatakan yang sebelum Subuh tadi Ahmad Zahid telah menghantar surat kepada Istana Negara mengenai hal itu.  3. Ia bersangkut-paut dengan penubuhan kerajaan campuran di kalangan PH, BN dan parti-parti dari Sarawak dan Sabah bagi mengatasi situasi parlimen tergantung. Kalau betul Alhamdulillah.  4. Bukan parlimen saja tergantung malah dua buah dewan undangan negeri iaitu Perak dan Pahang menghadapi situasi yang sama.  5. Dalam pilihan raya umum semalam tidak ada parti yang mendapat majoriti (112 kerusi) bagi membentuk kerajaan.… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 2:07 pm
Reply to  Anonymous

Anonymous 20 November 2022 1:35 pm!

Kenyataan ini tak betul:

He, however, steadfastly refused to “entertain rumours” that the alliance would include Barisan Nasional (BN).”

The real situation is,

Question by audience:
“D. Seri.. there are rumuors saying that that Barisan Nasional is approaching Perikatan Nasional to form coalition”!

Anwar replied: 
“I’m entertaining rumuors.. I’m discussing based on facts..”.

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 2:14 pm
Reply to  Anonymous

You can go and visit here:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/11/20/ge15-anwar-claims-simple-majority-but-mum-on-party-pakatan-is-cooperating-with

You can watch the video here☝️ and you can also read the true report:

Anwar also refused to comment on the possibility that Barisan had approached Perikatan to form the next government.

“I’m not entertaining rumours, I’m discussing facts. Rumours, you can ask Muhyiddin,” added Anwar.

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 1:33 pm

Nicky Jeffku Only one option to save Malaysia. PH with coalitions of BN & GPS can counter Pas from forming the government. With a combined of more than 130 seats, it could be a stable government rather than an extremist government that I am sure will slowly erode democracy and the rights of the royalties of the country. Even before the election, evidently Pas Hadi and PN Mahaiyudin had gone outright against the degree of the YDPA. This is the last chance, not only for Malaysia and also for the royalties. With Pas/PN in government, Malaysia’s economy will never recover.… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 1:34 pm
Reply to  Anonymous

Unite or face religious extremism, Zaid warns PH, Umno FMT Reporters – November 20, 2022 12:57 PM Former cabinet minister Zaid Ibrahim is calling on PH and Umno to set aside their differences and form a moderate coalition for the good of the country. PETALING JAYA: Former law minister Zaid Ibrahim has called on Pakatan Harapan (PH) to work together with Umno to form a “more moderate Malay-based” political bloc to resist further advances from the more “extreme” Perikatan Nasional (PN). He said that coming into the 15th general election (GE15), PH, which has been attacking Umno relentlessly for being… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 1:35 pm
Reply to  Anonymous

GPS dah cakap:

“Not with PH”

GPS enggan bentuk kerajaan bersama PH!😅

https://youtu.be/cySM1c4kNZo

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 1:02 pm

Jika kerajaan gabungan PN mentadbir negara, bagaimana dgn reform institusi? Sukar utk mendengar kelompok ini bercakap serius mengenai perkara penting ini. Selagi reform institusi ini tak dilaksanakan, saya yakin Malaysia akan terus merudum, amalan rasuah terus bercambah non-stop. Negara ini akn terus ketinggalan, dipandang hina kerana tiada kesungguhan pemerintah utk lakukan perubahan hinggakan index rasuah merudum jatuh sejak pemimpin2 spesis ini mentadbir. Jumlah pelaburan asing mustahil dapat ditingkatkan kembali jika keyakinan mereka kepada pemerintah negara ini tidak ada. Nilai RM akan terus kekal menjunam. Ini lah antara sebab kenapa pelabur asing sedia ada ikut mengalih arah ke negara jiran lain… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 1:38 pm
Reply to  Anonymous

reformasi institusi sama sekali tidak wajar diabaikan.”

PH ada buat ker masa 22 bulan memerintah dulu?😅

Retorik saja lebih.. cakap tak serupa bikin!😂

Kah kah kah..

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 1:46 pm
Reply to  Anonymous

Pelabur akan berani dtg klau kerajaan stabil!

Kalau Kerajaan kucar kacir di bawah PH dgn ketegangan kaum, pelabur pun tak berani..

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 3:55 pm
Reply to  Anonymous

Anonymous
20 November 2022 1:46 pm

Yang dok kecoh agen yahudi, Cina komunis, kristianisasi tu saper. Bila jadi pembangkang, timbul laa citer komunis, yahudi, bmf, kes Melayu kena bunuh dan macam2 termasuk nak halus judi, kasino arak dll. Tapi bila ada kuasa, jadi bisu dan mcm telan sagon ja. Hang ni bodoh piang laa, yg pelabur lari masa saper, yg index rasuah negara merudum masa siapa, kes rasis menjadi2 angkara siapa? Memang bodoh pun. Saiz kabinet menteri punyalah besar, tapi hampeh. Konfirm negara ni makin lingkup klu spesis perasan pandai mcm ni tadbir.

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 3:48 pm
Reply to  Anonymous

Anonymous
 20 November 2022 1:38 pm

Org tua Langkawi sailang masa PH tadbir untuk rosakkan PH. Dia yang x nak reform. Tu sebab dia sedaya upaya cuba halang Anwar jadi TPM @ PM. Yang ni pun hang tak faham ke? Biol betul hang.

Anonymous
Anonymous
20 November 2022 3:59 pm
Reply to  Anonymous

Anonymous 20 November 2022 3:48 pm!

Tak kan satu jemaah PH yg begitu kuat didokong oleh PKR, PAN dan DAP (49 + 11 + 42) tak daya lawan orang tua tu dgn team Bersatunya yg hanya 12 orang pada ketika itu? Bermakna Anwar memang lemah!

Atau Anwar tak berani lawan kerana takut nanti orang tua tu tak tunaikan janji untuk serah jawatan PM kepadanya nanti?

Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih!

Biol betul boss hang sekali dgn hang juga.😅

Kah kah kah.