NASIHAT IKHLAS UNTUK ORANG-ORANG UMNO YANG SEDANG MARAH DAN KECEWA

Ketika ini ramai pemimpin UMNO dan UMNO bahagian sedang marah dan kecewa kepada pucuk pimpinan parti susulan pengumuman calon pada 1 November lalu.

Kemarahan dan kekecewaan mereka didorong pelbagai sebab, antara yang utama – tak dipilih sebagai calon, nama yang dicadangkan UMNO bahagian tidak diterima sebagai calon, calon yang dinamakan adalah “payung terjun” daripada luar UMNO bahagian atau negeri dan kerusi diserahkan kepada parti komponen BN yang lain.

Oleh kerana UMNO merupakan parti yang bersifat tempatan atau kawasan dan pemimpin parti peringkat bahagian adalah mereka yang biasanya dipilih sebagai calon pilihan raya, meletakkan calon luar memang merupakan perkara yang sukar diterima.

UMNO tidak sama dengan parti lain seperti PKR, Pas atau DAP misalnya di mana mereka amat terbuka dan tiada masalah menerima kehadiran orang luar sebagai calon pilihan raya.

Jika perkara itu berlaku di satu atau dua kawasan, ia mungkin boleh diselesaikan dengan mudah, misalnya dengan pemimpin yang tak terpilih itu dijanjikan lantikan Senator, dipindahkan bertanding di DUN, diberi jawatan dalam GLC atau dihulur kontrak perniagaan yang lumayan.

Namun, dalam PRU15 ini, jumlah yang digugurkan itu bukan saja ramai, bahkan melibatkan mereka yang berjawatan menteri, timbalan menteri dan mengetuai UMNO peringkat negeri.

Begitu juga dengan calon “payung terjun” dan meletakkan orang luar sebagai calon, jumlahnya juga ramai dalam PRU15 kali ini.

Selain itu, ada juga kes di mana kerusi milik UMNO diserahkan kepada parti komponen, walaupun UMNO bahagian sejak bertahun-tahun gigih menambah pengundi dengan harapan itu kekal menjadi milik mereka.

Terdapat juga UMNO bahagian yang menuntut sesuatu kerusi itu diserahkan kepada mereka meletakkan calon berdasarkan perubahan suasana politik sejak 2018 lalu.

Namun, apa yang berlaku, banyak tuntutan itu tidak dilayan oleh pucuk pimpinan parti dan mereka ketika ini sedang menahan marah serta kecewa seolah-olah suara mereka tidak didengari.

Di media sosial, luahan kemarahan dan kekecewaan itu terpapar dalam bentuk gambar, berita dan video yang kini tersebar luas dan menjadi perbualan ramai di seluruh negara.

Persoalannya, apakah yang patut dilakukan oleh orang-orang UMNO yang sedang marah dan kecewa itu?

Satu perkara yang orang-orang harus sedar ialah pucuk pimpinan parti secara jelas dan nyata telah memperdaya mereka dalam hal ini.

Ketika sokongan mereka amat dikehendaki bagi sesuatu perkara, seperti untuk menangguhkan pemilihan, meminda perlembagaan dan menggesa dipercepatkan PRU15, berdegar-degarlah pemimpin atasan mengatakan UMNO ialah sebuah parti akar umbi.

Dan disebabkan apa yang dihajati itu berjaya menjadi kenyataan, mereka kemudiannya secara terbuka memuji ahli akar umbi dan mahu kedudukan UMNO sebagai parti yang ditunjangi oleh akar umbi hendaklah sentiasa dipertahankan.

Buat seketika, kembanglah hati ahli-ahli UMNO bawahan seluruh negara seolah-olah merekalah penentu hala tuju parti.

Malangnya, apabila tiba memilih soal calon pilihanraya, suara akar umbi langsung diketepi dan dibakulsampahkan.

Kenapa tuntutan UMNO bahagian agar calon sedia ada dikekalkan tidak didengari?

Kenapa suara akar umbi yang menyenaraikan calon-calon pilihan untuk dipertimbangkan senang-senang diketepikan, sebaliknya calon yang tidak tersenarai dijadikan pilihan?

Kenapa suara akar umbi yang mahu anal tempatan sebagai calon turut tidak didengari dan calon “payung terjun” daripada negeri berjauhan yang diletakkan?

Begitu juga dengan tuntutan agar sesuatu kerusi itu dikekalkan sebagai milik UMNO atau kerusi yang lain ditukar menjadi milik UMNO berikutan situasi yang dirasakan lebih mudah untuk menang, juga tidak dipedulikan?

Suara akar umbi atau keputusan pimpinan atasan yang mendasari pemilihan calon?

Atas semua kejadian yang membuatkan pemimpin, ahli dan orang UMNO marah serta kecewa itu, dinasihatkan janganlah dibiarkan kemarahan itu berpanjangan sehingga merosakkan jiwa dan kehidupan.

Ambil masa untuk bertenang dan berfikir dengan matang, yang penting jangan dibenarkan calon luar daripada bahagian, calon bukan pilihan bahagian, calon “payung terjun” dan calon parti komponen yang tidak disukai itu menikmati kemenangan.

Sebagai pengajaran, pastikan semua mereka itu kalah dan kecundang supaya dalam PRU seterusnya nanti, kerusi-kerusi itu dapat diambil semula sebagai hak akar umbi yang selama ini berjuang siang dan malam untuk parti.

Kalau calon berkenaan menang, maka teruslah mereka bertanding lagi di situ dan melopong teruslah suara akar umbi untuk mendapat hak mereka yang sewajarnya.

Kalahkan mereka kali ini supaya pimpinan atasan akhirnya sedar suara akar umbi tetap berbisa dalam UMNO. – ShahbudinHusin 04/11/2022.

4.3 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 4 November 2022 — 3:26 pm
Subscribe
Notify of
guest

14 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
7 November 2022 5:37 pm

Ostad Mat Sakau keluar tender haram 2 billion

_skandal2BPN.jpg
Anonymous
Anonymous
7 November 2022 11:45 am

Manifesto PRU15 Be end – Pee end

  1. SERAH PULAU & TANAH KEPADA CHINA
  2. JAGA BERUANG PANDA GUNA CUKAI (Melayu Islam)
_jagakomunis.jpg
Anonymous
Anonymous
7 November 2022 9:33 am

Manifesto PRU15 Be end – Pee end

  1. POTONG GAJI PENJAWAT AWAM
  2. BELI PERABOT BARU PEJABAT PM10
_jimat.jpg
Anonymous
Anonymous
5 November 2022 6:31 am

HA HA HA…
MUSUH MELIHAT SPT PENDEKAR SI GONDRONG🤣

gettyimages-1288667296-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
5 November 2022 6:34 am
Reply to  Anonymous

😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 Pendekar Umno msuk gelanggang, utk bertarung! Keris asyik terhunus & dicabut keluar dari sarung! Apa jua rintangan & halangan, pasti akn diharung! Musuh² pulak takut & sedih, semua lari berkurung Mereka tu bgai tamban, melihat Kejora spt jerung Cai² PH dan GTA, dalm keadaan bersedih murung Bg Riani bapok yg takut, kecut dan sentap burung Nek tak jumpa Bg Ali, hanya bermain buah terung Diafira terus lari bersembunyi,… Read more »

gettyimages-185330131-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
4 November 2022 7:27 pm

HA HA HA… MANA PIGI “DIAFIRA” AND THE GANG?🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Ke mana dah menghilang habis, PH punya macai? Apakah dah terjun dgn labu-labu, mcm si Luncai? PRU-15 nanti nampaknya PH akn hancur berkecai Dulu PH tu ‘Mercz’, tapi kini dah jadi motor kapcai 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 🖕 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎 👎… Read more »

gettyimages-1206350478-594x594.jpg
Anonymous
Anonymous
4 November 2022 5:04 pm

HA HA HA.. AYUH MELAYU DI KOTA DAN DESA!😅
KITA AKAN MENANG JIKA KITA TAK PUTUS ASA!💪

gettyimages-1192703804-594x594.jpg
Anonymous
Anonymous
4 November 2022 5:08 pm
Reply to  Anonymous

😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 Mari lah Melayu, kita langkah dgn gagah perkasa! Jgn berlengah, kita tidak punya banyak lagi masa Jika kuasa kita ditakluk, Melayu akan jadi binasa! 22 bulan di bawah PH, mengajar kita jadi dewasa Kerana, dalm tempoh itu kita bagai hidup tersiksa Penipuan dan putar belit mereka terus berleluasa Tapi lega, Umno kembali, dngan kehendak Yg Esa Di bawah Umno rahmat & kesejahteraan kita rasa Melalui kerajaan Umno kita… Read more »

gettyimages-51333899-594x594.jpg
Anonymous
Anonymous
4 November 2022 6:35 pm
Reply to  Anonymous

DIK IRA🌹@ DIK NADIA🥀@ NADIA SAFIRA🌷,
MAAFKANLAH🙏 DIRI ABG INI SAYANG♥️!🤣

gettyimages-1288667296-170667a.jpg
Anonymous
Anonymous
4 November 2022 6:37 pm
Reply to  Anonymous

😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 💪 Mungkin, dalam diri abg ini ada darah hulubalang Abg tk rela melihat Melayu nanti bernasib malang Ke manakah dinda pergi, begitu lama menghilang Moga dlm percintaan, politik tak jadi penghalang! 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 🌼 🌻 🏵️ 💮 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 ♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💚 🤍 💜 💙 💚 💛… Read more »

Wau Bule
Wau Bule
4 November 2022 4:30 pm

Kuman diseberang laut tampak
Gajah dipelupuk mata tak nampak
Dalam Umno yang marah kecewa sedang bergolak
Fizi dinasihati bincang keputusan Anwar perlu dielak

Senang tuding satu jari pada musuh anda
Namun 4 jari lain tuding ke arah sendiri
Jangan berlagak hanya pandai berkata-kata
Orang lain memerhati mungkin gelak ketawa

Anonymous
Anonymous
4 November 2022 5:58 pm
Reply to  Wau Bule

HA HA HA.. BRAVO AYAHANDA WAU BULE!👍 BUDIN BAGAI KENA DILANGGAR DEK JENTOLAK!🤣 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 👍 Bagus sngt lah, bila kain Budin tu ayahanda selak Sebab, keadaan Budin itu, mcm dgn org gila talak Setiap hari pasal rumahtangga Umno dia melalak Org Umno mcm Kejora ini, klau baca hanya gelak! Sewajarnyalah Budin tu ayahanda taji & tempelak Kerna dia tak sedar yg parti dia juga sdg bergolak Tapi, klau bincang kelemahan… Read more »

gettyimages-1544865-594x594.jpg
Anonymous
Anonymous
4 November 2022 6:00 pm
Reply to  Wau Bule

Owhh.. lupa lak, ayahanda!😅
Salam Kejora buat si dia bongsu♥️ yg kat umah tuh!🤣

Anonymous
Anonymous
4 November 2022 11:06 pm
Reply to  Wau Bule

PH 26% has edge over BN 24% , PN 13% with GTA and Warisan below passing mark 2% Merdeka Centre Polls (proBN) Oct 19 – Oct 28 1,209 voters  An opinion poll of 1,209 people shows that 26% prefer Pakatan Harapan, 24% for Barisan Nasional, 13% for Perikatan Nasional and 31% are unsure. PETALING JAYA: Pakatan Harapan is slightly ahead of Barisan Nasional in an opinion poll of voters’ preference among the various political coalitions competing in the general election. The survey by Merdeka Center was held from Oct 19 to Oct 28 and involved 1,209 voters across all ethnic… Read more »