MENANTI MELETUSNYA ‘PERANG BESAR’ DALAM UMNO

Malam ini akan berlangsung majlis pengumuman calon-calon BN bagi menghadapi PRU15 pada 19 November depan.

Majlis yang akan berlangsung di WTCKL, jam 8.30 malam ini adalah serentak dengan majlis pengumuman calon-calon PN yang turut diadakan di Mitec, Jalan Duta.

Meskipun dua acara bakal berlangsung serentak malam ini, tetapi gelora dan ribut nampaknya lebih dulu mengombak di pantai UMNO berikutan ramai calon yang bertaraf menteri dan timbalan menteri diberitakan akan digugurkan.

Sehingga ini, dua menteri iaitu Shahidan Kassim dan Annuar Musa, melalui hantaran di media sosial masing-masing dengan jelas membayangkan mereka telah kena “pancung” dan tidak lagi dicalonkan.

Malah, Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengumumkan penutupan bilik gerakan BN di Arau dengan serta-merta dan semua bendera diturunkan sebagai tanda yang beliau gambarkan “kesedihan yang amat sangat” terhadap diri dan penyokongnya.

Annuar pula mempertikaikan cara pemilihan calon kali ini dengan peranan Top 5 UMNO seolah-olah diketepikan dan bakal calon telah dipanggil oleh pimpinan atasan untuk menandatangani dokumen dan akujanji tertentu sejak dua hari lalu.

Gambarannya ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia itu tidak dipanggil sama sekali untuk menandatangani dokumen serta akujanji berkenaan.

Di media sosial dan berdasarkan cakap-cakap dalam UMNO sendiri, didapati sekurang-kurangnya ada lapan pemimpin lain turut disebut bakal tercicir dalam pengumuman malam ini.

Mereka ialah Noh Omar (Tanjung Karang), Dr Adham Baba (Tenggara), Halimah Saddique (Kota Tinggi) Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak), Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar), Salim Sharif (Jempol), Ismail Abdul Mutalib (Maran) dan Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar.

Begitu pun, melihat kenyataan Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebelum ini yang menyebut BN akan menampilkan 70 peratus muka baru pada PRU15 kali ini, ia dengan sendirinya bermakna lebih ramai lagi wakil rakyat sedia ada akan digugurkan.

Dan melihat kepada nama-nama yang telah dan bakal “dipancung” itu, ramai yang menjangka “perang besar” akan berlaku dalam UMNO selepas ini.

Kata mereka, kalau Shahidan boleh menutup bilik gerakan sebagai tanda protes, takkan Annuar, Noh, Tajuddin dan yang lain-lain hanya berdiam diri saja bila “kena sembelih” dengan Presiden UMNO?

Menjadi percakapan yang meluas juga kononnya rombakan besar-besaran dalam pemilihan calon kali ini ialah untuk memastikan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN mempunyai lebih cengkaman terhadap Ahli-Ahli Parlimen yang menang nanti agar sentiasa akur dan mendengar cakapnya.

Ramai yang menafsirkan ia bukan saja agar sususan kabinet selepas ini memihak kepadanya, malah dikatakan tidak mustahil sebagai sebahagian perancangan untuk mengambil alih kerusi Perdana Menteri.

Cuma soalnya, jika banyak protes berlaku dan mereka yang digugurkan itu bertindak melakukan sabotaj, bagaimana BN mahu memenangi PRU15 akan datang dan seterusnya untuk membolehkan Zahid Hamidi berjaya dalam perancangannya itu?

Apa yang berlaku dalam UMNO bermula esok iaitu selepas calon-calon diumumkan dan mereka yang digugurkan sudah diketahui, adalah sesuatu yang menarik untuk ditunggu serta diperhatikan sehinggalah hari pengundian pada 19 November nanti.

Apakah akan berlaku “perang besar” dalam UMNO, wujudkah sabotaj besar-besaran, bagaimana jika mereka yang digugurkan itu bertanding Bebas dan mampukah Zahid Hamidi menangani krisis tersebut, seterusnya memastikan BN muncul sebagai parti yang dominan untuk membentuk sebuah kerajaan yang makmur dan stabil dalam keadaan UMNO sendiri tidak stabil disebabkan ramai yang digugurkan itu?

Atau semua ini suatu petunjuk bahawa BN bakal kalah sekali lagi? – ShahbudinHusin 01/11/2022.

4.4 8 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 1 November 2022 — 8:33 am
Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Wau Bule
Wau Bule
1 November 2022 3:53 pm

I’d be first to oppose Anwar-Zahid pact, says RafiziAre you sure Rafizi and frankly it would not be easy Heavyweights replaced by Anwar and his family I do not hear noises from PKR and you especially But chinese opera will contiue undisturbed Guan Eng and Mat Sabu also unperturbed If Rafizi wants to make a scene now, better watchout Other candidates do not want to be washed out If no denial from Anwar it is just a matter of time The bell would certainly ring with very loud chime The ground would shift, Rafizi would definitely react It could also… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 November 2022 3:51 pm

DIK IRA🌹@ DIK NADIA🥀@ NADIA SAFIRA🌷, 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Abg pun sedar, yg Umno kini ada sedikit bergolak Dinda pula tentu tau yg DSAI, org Mlayu tempelak Di dlm politik semuanya itu mmg tak dapat dielak Lbh baik jika kita difikir hal masa depan kita kelak 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 🌼 🌻 🏵️ 💮 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 ♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💚 🤍 💜 💙 💚 💛 🧡 ❤️ Kah… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 November 2022 3:58 pm
Reply to  Anonymous

DIK🌹IRA🥀MANJA🌷, 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 🌼 🌻 🏵️ 💮 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 Mari lah Ira, bersama abg, kita bina cinta yg sejati Abg berjanji..akan setia dan ingin sehidup semati Demi kebahgiaan..kita lupakan sekejap soal parti Terima lah ini Ira, ikIhlas dari abg setangkai melati 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 🌼 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 ♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💚 🤍 💜… Read more »

gettyimages-513793053-170667a.jpg
Wau Bule
Wau Bule
1 November 2022 3:17 pm

Do not worry about Tun & Yiddin and the boys
They will bow out, most detractors wish it soon
Any event pursuant to this, treat it as decoys
Allah has other plans for us, KUN FAYA KUN

Zahid & Anwar need each other for a reason
To realise their pact, cannot afford mistakes
Zahid must avoid at all cost, the prison
Anwar must get PM seat whatever it takes

Both Umno and PKR are in a dlemma
Both need each other, like a son and a mama
Selection of candidates proved uncertainty
Heavyweghts replaced have caused anxiety

Wau Bule
Wau Bule
1 November 2022 2:17 pm

Umno and PKR will form a pact after pru15, wanna bet?
An open secret since leaked out quite sometime ago
Have you heard Zahid hitting Anwar, and vice versa of late?
Surely no, they want to realise their pact, what an ego!

Wau Bule
Wau Bule
1 November 2022 11:50 am

Jika tajuk “MENANTI MELETUSNYA ‘PERANG BESAR’ DALAM UMNO”Kita tukar “MENANTI MELETUSNYA PERBALAHAN BESAR DALAM PKR” Tersangatlah tepat dan relevan dalam pilihanraya Numero Uno Parti-parti seperti Umno dan PKR berpecah berkecamuk bergegar Many Umno heavyweights were allegedly displaced By Zahid Diponegoro who were unpleased with their loyalty So were many PKR veterans whom Anwar have replaced PKR the only party, 3 candidates chosen from a single family You can deny you can ignore Facts and truths are not lies Wierd action, expect it more See who has tears in the eyes Welcome to my world Won’t you coming in Miracles I… Read more »

Wau Bule
Wau Bule
1 November 2022 11:02 am

MENANTI MELETUSNYA ‘PERANG BESAR’ DALAM UMNO   Nampak tak Budin telah memulakan Serangan bertali arus ke arah Umno/BN Meriam dah dibedil niat nak koyakkan  Kedudukan Umno/BN dari kemenangan Ini timbul sejak poll report telah bayangkan Populariti zahid kalah dengan Muhyiddin, meyakinkan Budin harap peralihan pengundi pada Pakatan Harapan Ingatlah No Anwar No DAP, tak memungkinkan Mulanya kutuk konon Tun dipulaukan Oleh Perikatan Nasional dan juga Pakatan Harapan Naikkan nama Anwar dan keluarga ketuai kerajaan Kepada pengundi Budin cuba klentong dan yakinkan Bila kleptokrasi dan korupsi mahu dihapuskan Umno/BN adalah sasaran yang dimaksudkan  Bila No Anwar No DAP dijaja dan laungkan Tiada… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 November 2022 9:46 am

DIK IRA🌹@ DIK NADIA🥀@ NADIA SAFIRA🌷, 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 Bab politik itu, abg kini tak begitu nak ambil hirau! Pasal Fathin & Syazwana pula abg hnya bergurau Tanpa Dik Nadia hati abg akan jadi spt kemaruau Kini ingatan abg ini hanya lah pada dinda & surau ♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💚 🤍 💜 💙 💚 💛 🧡 ❤️ 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 🌼 🌻 🏵️ 💮 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 Kah… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 November 2022 9:49 am
Reply to  Anonymous

DIK🥀IRA🌹, 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 😅 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 🌼 🌻 🏵️ 💮 🌸 🌷 🌺 🥀 🌹 💐 Abg tak kesah pun dgn apa yg Budin dok war-war Tak apalah, klau dinda nak sokong PH dan Anwar Yg penting, dinda bagi ini, ada lah ibarat penawar! Utk Dik Ira terimalah dari abg ni sekuntum mawar 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 🌹 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂… Read more »

gettyimages-1225652780-170667a.jpg