Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

WALAU SAMA-SAMA PERNAH DIRAWAT DI HRC, SITUASI NAJIB JAUH BERBEZA DENGAN ANWAR

Sebagai tindak balas untuk mempertahankan Najib Razak yang kini disahkan dirawat di Pusat Rehabilitasi Cheras atau HRC, media sosial sejak pagi tadi sarat dengan gambar-gambar Anwar Ibrahim yang juga pernah dirawat di sana.

Turut dipaparkan ialah gambar-gambar yang memperlihatkan beberapa pemimpin PKR bertemu beliau di pusat rawatan tersebut.

Malah, gambar Anwar sedang menonton majlis angkat sumpah Perdana Menteri melalui televisyen juga turut dipaparkan sama.

Terutama penyokong Najib, ternampak mereka begitu ghairah menyebarkan gambar-gambar tersebut dengan tujuan untuk mewajarkan keberadaan Najib menerima rawatan di HRC.

Seolah-olah dengan menyebarkan gambar-gambar Anwar di HRC itu, mereka ingin memberitahu dunia bahawa tiada salahnya juga bagi Najib menerima rawatan di situ.

Lebih daripada itu, dengan menunjukkan beberapa pemimpin PKR datang menemui Anwar di HRC, ia dengan jelas ingin menarik perhatian bahawa Najib seharusnya turut diberi peluang yang sama.

Dengan itu, ini seperti mengesahkan pendedahan penulis tanpa tanpa yang memberi Najib dengan kod nama merpati yang tersebar luas sebelum ini bahawa rancangan membawa Najib ke HRC adalah bertujuan membolehkan beliau menerima rawatan VIP serta mudah dikunjungi pelawat, sudah tentu daripada rakan-rakan politik UMNO.

Dalam hal ini, sebenarnya terdapat perbezaan yang ketara antara Anwar dan Najib yang sama-sama pernah di rawat di HRC.

Anwar dimasukkan ke penjara pada tahun 2015 dan beliau hanya menerima rawatan di HRC pada tahun 2018 iaitu ketika menjelang PRU14 diadakan kerana masalah sakit bahu yang dihadapinya.

Anwar menerima rawatan susulan di HRC selepas menjalani pembedahan bahu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 12 November 2017 setelah konvoi kereta membawanya dari HKL ke Penjara Sungai Buloh terbabit kemalangan jalan raya pada 22 September 2017.

Ketika beliau dirawat di HKL pada 2017 itu, Najib dan Zahid Hamidi adalah antara pemimpin kerajaan yang datang melawat beliau.

Ini bermakna, rawatan yang diterima Anwar di HRC itu berlaku setelah tiga tahun beliau hukum penjara daripada hukuman lima penjara yang disabitkan kepadanya, itu pun disebabkan sakit bahu yang berpunca daripada kemalangan jalan raya.

Anwar berada di HRC sehinggalah beliau diampunkan oleh Agong pada 16 Mei 2018, tetapi pada 18 Mei beliau kembali semula ke HRC untuk mendapatkan rawatan susulan sakit bahunya.

Bermakna, sakit bahunya adalah serius dan masih perlukan rawatan susulan, meskipun setelah diberi keampunan dan dibebaskan.

Ini sudah tentu berbeza dengan Najib kerana sebagaimana disahkan oleh Jabatan Penjara semalam, beliau dirawat di HRC ketika belum pun sampai sebulan menjalani hukuman penjara daripada 12 tahun sabitan yang dikenakan kepadanya.

Lagi pula, HRC adalah pusat untuk mendapatkan rawatan susulan atau fisioterapi seperti akibat strok, pembedahan, kemalangan dan sebagainya serta sangat sesuai dengan Anwar yang mengalami sakit bahu akibat kemalangan.

Dalam hal ini, Najib sakit apa sehingga perlu menerima rawatan fisioterapi di HRC?

Kalau setakat ulser di usus dan kesan luaran kerana ubat darah tinggi yang berbeza daripada yang biasa diambilnya, tidak cukupkah dirawat di HKL saja? – ShahbudinHusin 22/09/2022.

4.9 7 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

162 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
162
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x