Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PEMUDA UMNO CABAR MAHIADDIN TEKAN BUTANG

Keadaan ekonomi hari ini jauh lebih baik daripada waktu beliau buat ‘Lock-Down’ separa masak paling lama dan menggantung Parlimen sewenangnya beberapa bulan.

Jadi siapa sebenarnya yang gagal urus ekonomi?

Siapa Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri MITI? Siapa Menteri Perancang Ekonomi (EPU)?

Dan siapa Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi?

Bukankah semuanya termasuk Tan Sri daripada parti BUNGA?

Sekali lagi siapakah yang sebenarnya gagal?

Apakah setelah Tengku Zafrul isytihar menyertai BN, maka Menteri Kewangan lantikan Tan Sri bahkan disyaratkan oleh Tan Sri sendiri untuk dikekalkan sebagai Menteri Kewangan zaman Datuk Seri Ismail Sabri terus diisytiharkan gagal juga?

Paling utama, jika Tan Sri Muhyiddin meyakini kerajaan hari ini gagal urus ekonomi dan perlu adakan PRU-15, maka jangan hanya menyalak dan menggertak, buktikan dengan tindakan sebagai anak jantan untuk SEGERA ARAH anak-anak buah Tan Sri dalam Kerajaan untuk MENARIK SOKONGAN terhadap PM.

KALAU BERANI TEKAN BUTANG SEKARANG!

DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x