Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SEBAGAI PENGAJARAN, PIMPINAN UTAMA PH WAJIB SAMAN FITNAH BESAR-BESARAN TERHADAP HADI AWANG

Semalam, Presiden Pas Hadi Awang telah menulis satu rencana panjang yang terkandung di dalamnya beberapa fitnah besar terhadap PH.

Antara dakwaannya:-

⁃ ramai di kalangan pimpinan PH adalah mereka yang ‘tidak beriman dan tidak bermoral’.

⁃ gabungan pembangkang PH secara terbuka mengumpulkan ‘kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah’ di dalamnya.

⁃ dalam PH terkumpul kalangan mereka yang nyata bersikap anti-Islam, mengancam institusi Raja-Raha, rukun negara, dan asas-asas Perlembagaan Persekutuan.

Bersandarkan hujah-hujahnya itu, Hadi berpendirian untuk menolak sebarang kerjasama dengan PH.

Apa yang nyata, sebahagian daripada tuduhan di atas boleh dikategori sebagai fitnah besar yang boleh membawa dosa besar jika tidak dapat dibuktikan kebenarannya.

Soal Pas tidak mahu bekerjasama dengan PH, itu adalah pilihannya tetapi dengan pilihan itu tidak menghalalkan perbuatan Hadi untuk menuduh tanpa bukti dan melakukan fitnah terhadap PH.

Jika Pas tidak mahu kepada Pas, Hadi juga harus sedar, PH seribu kali lebih tidak mahu berkawan dengan Pas.

Pernahkah PH ada cuba memikat atau mengorat Pas untuk bekerjasama?

Jadi, kenapa Hadi tiba-tiba begitu perasan?

Walaupun ada pihak memberi pandangan bahawa tuduhan dan fitnah Hadi itu tidak perlu dipedulikan sangat kerana kata mereka, memang itu sifat Presiden Pas itu sejak dulu lagi.

Beliau pernah memfatwakan UMNO sebagai kafir, tetapi kemudian tanpa rasa malu ingin berbaik-baik dengan parti Melayu itu demi kepentingan politiknya.

Dalam banyak temubual dengannya pula, begitu sering beliau menjawab perkara yang lain daripada isu yang ditanyakan.

Dengan sudah begitu otak Hadi, kata mereka, buat apa hendak dilayan lagi?

Begitu pun, melalui tulisannya semalam, kecuali jika Hadi dapat mengemukakan bukti atas segala tuduhannya itu, itu tetap merupakan suatu fitnah besar yang bukan saja berbahaya kepada masyarakat, lebih daripada itu juga suatu dosa yang besar kepada pelakunya.

Di sebalik Hadi dalam waktu yang sama tidak lupa mengingatkan tentang dosa dan pahala dalam tulisannya, beliau sendirinya nampaknya tidak sedar dosa besar yang dimulakannya.

Dalam hal ini, adalah perlu Hadi diingatkan atau diberi pengajaran untuk bertanggungjawab kepada setiap tuduhan dan fitnah besar yang dilemparkannya itu.

Langkah pertama ialah PH harus segera memulakan gerakan besar-besaran membuat laporan polis agar beliau disiasat dan didakwa atas fitnah besar yang dilakukannya itu.

Kalau fitnah lain terhadap menteri atau pegawai menteri pun pihak polis boleh melakukan siasatan, tidak ada sebab fitnah lebih besar yang melibatkan kedudukan Raja-Raja, agama Islam dan Perlembagan negara tidak boleh disiasat dan diambil tindakan.

Pimpinan PH di semua peringkat tidak harus berdiam diri begitu saja dalam hal ini.

Langkah kedua, pimpinan utama PH khususnya, mesti segera mengemukakan saman firnah terhadap Hadi atas fitnah besarnya itu.

Saman fitnah itu mesti disertai dengan tuntutan gantirugi yang besar jumlahnya agar ia menjadi pengajaran kepada beliau supaya tidak mengulanginya lagi di masa depan.

Sebelum fitnah besarnya itu dihukum Tuhan di akhirat kelak, pimpinan PH harus menunjukkan jalan hukuman di dunia terlebih dahulu kepada Hadi.

Di dunia dan di negara ini, gelaran lebai, haji atau mengetuai parti Islam bukanlah lesen untuk menabur fitnah sesuka hati.

Pas dan Hadi, walaupun tercatat kalah dalam banyak saman fitnah dan terpaksa membayar gantirugi yang besar sebelum ini, mereka nampaknya tidak pernah insaf dan bertaubat.

Untuk itu, jumlah gantirugi yang lebih besar hendaklah dituntut sehingga berdepan tuntutan bankrapsi jika tidak mampu membayarnya.

Jangan sesekali jika saman telah dimulakan nanti, PH bersikap murah hati dengan permohonan maaf atau penyelesaian di luar mahkamah.

Orang degil seperti Hadi tidak akan berubah dengan kemurahan hati melalui kemaafan, beliau mesti diberi pengajaran yang sewajarnya. – ShahbudinHusin 16/09/2022.

4.6 8 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x