Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

“CUKUP-CUKUPLAH GILA TALAK, TERIMA HAKIKAT PAS TELAH DICERAI TALAK TIGA OLEH UMNO”

– Sejak seminggu dua ini saya tengok macam-macam polemik mengenai MN yang timbul. Kebanyakan datang daripada pemimpin PAS yang masih tak dapat terima kenyataan mereka sudah diceraikan talak tiga oleh UMNO.

– Saban hari mereka meroyan dan merapu bukan-bukan. Create macam-macam cerita pasal MN ini sehingga sanggup heret pemimpin UMNO lain sekali dalam cerita penuh sadis mereka itu.

– Hinggakan dari Mursyidul Am, Presiden sehingga ke SUA mereka sanggup buat cerita fitnah dan palsu kononnya ada pemimpin UMNO yang masih berminat dan berunding dengan mereka untuk teruskan kerjasama MN.

– Kononnya ada rundingan rasmi ‘pintu belakang’ antara PAS dan UMNO untuk tetap bekerjasama di bawah gabungan yang sudah lama mati itu. Tapi bila tanya orang UMNO…semua menafikan ada rundingan itu kerana orang UMNO tetap berpegang kepada keputusan parti yang sebulat suara sudah tutup pintu untuk MN.

– Bila Presiden Bersatu, Muhyiddin minta penjelasan dari geng Pak Lebai ini pasal dakwaan mereka ada rundingan sulit MN, Pak Lebai terus pusing cerita, cakap tak ada rundingan rasmi dan tak ada progress pun dalam rundingan itu. Nampak geng Tok Guru ni tukar cerita dan tipu pula anak guru agama. Tapi saya tak hairan pun, sebab sebelum ini pun anak guru agama tu pun tipu PAS pasal perjanjian politik sulit antara dia dengan PM.

– Orang PAS ni nak samakan UMNO dengan parti mereka yang demokrasi dan ketetapan dasar parti sudah ke laut. Bagi saya semua penipuan dan fitnah itu sebenarnya adalah cubaan untuk pecah belahkan serta melaga-lagakan pemimpin UMNO yang turut didalangi beberapa orang malaun dalam UMNO sendiri.

– PAS masih tergila-gilakan MN dan masih mahu bersama UMNO kerana mereka mula sedar PN dan Bersatu sudah tak kuat. PAS tahu jika mereka hanya bersama PN, peluang mereka untuk menang banyak kerusi pada PRU15 amat tipis dan mereka tak ada peluang lagi untuk jadi menteri serta dapat kemewahan yang dikecapi hari ini.

– Jadi saya nak pesan pada PAS terutamanya Haji Hadi tu, Masyaallah…cukup-cukuplah duk kejar dan gila talak dengan MN serta UMNO. Cubalah faham bahasa sikit, UMNO dah gerak solo dan tak perlukan lagi pasangan, jadi PAS tak payah lagi nak terhegeh-hegeh dengan MN.

– Baik Hadi dan PAS tumpukan saja buat kerja macam mana nak pertahankan Kelantan, Terengganu dan Kedah.

– Sebab saya dengar pun PAS sudah mula ‘kenaling’ di Kelantan sebab orang Kelantan sudah muak dengan PAS. Sampai hasil hutan pun sudah habis tapi rakyat Kelantan tak rasa pun nikmat pembangunan yang diusahakan Kerajaan PAS.

– Mungkin Kerajaan PAS ni hanya tahu berdoa dan tawakal saja tanpa usaha. Kononnya semua diserahkan pada takdir ilahi tanpa buat kerja. Jadi rakyat Kelantan sudah jemu dan tak mahu lagi dipermainkan oleh janji-janji palsu PAS.

– Di Terengganu pun, orang Tranung pung katanya PRU15 nanti mereka nak balik semua kepada Kerajaan BN selepas Kerajaan PAS gagal bela kebajikan serta bawa pembangunan kat negeri itu.

– Di Kedah pun, orang Kedah dah cemuih dengan peel MB Sanusi yang asyik sembang bergegaq saja tapi hasil takde langsung.

– Saya juga nak ingatkan kepada malaun-malaun dalam UMNO yang masih cuba nak bekerjasama dengan PAS dalam MN; berhentilah daripada buat kerja sia-sia tu. Kamu semua kena akur kepada keputusan parti yang dah tak mahukan MN. Tak payahlah jadi utusan tak rasmi atau pencacai haram nak berunding dengan PAS atau nak minta parti terima cadangan PAS untuk bincang tentang strategi 1 lawan 1 di 27 kerusi.

– Biarlah PAS berapa kali pun dan nak beri beribu cadangan pun, biar PAS dengan cara mereka dan kita orang UMNO dengan cara kita. Alangkah baiknya kamu semua kembali kepada perjuangan parti dan jangan jadi talam dua muka demi kepentingan peribadi.

*NOTA KAKI

– PAS nak buat solat hajat minta Allah bukakan hati orang-orang UMNO supaya terima gabungan PN dan MN. Hurmmm macam itulah sifat PAS sejak dulu lagi.

– Bila dah terdesak dan terselit belakang pintu, mereka mulalah pergunakan agama untuk merai sokongan dan menyerlahkan kononnya mereka warak serta menjunjung Islam.

– Selama lebih 2 tahun duduk senang lenang dalam Kerajaan PN, mengapa mereka tak sibuk-sibuk buat solat hajat ketika itu untuk minta dibukakan pintu hati orang UMNO sokong mereka.

– Ooo saya lupa, masa tu pemimpin PAS seronok dan leka mengecapi kemewahan duniawi di kerusi empuk dan bilik berhawa dingin di Putrajaya. Mereka selesa sebab ketika itu pasangan barunya, Bersatu tengah hebat dan gagah. Jadi mereka tak perlukan UMNO. Tapi bila sudah tiba hari penentuan nasib PRU15 yang di tangan rakyat barulah PAS nak ingat kat UMNO.

– Tapi sekarang ni Bersatu sudah lemah, tak larat dan tercungap-cungap. PAS tahu mereka tak boleh lagi nak harapkan Bersatu untuk terus berikan kemewahan dan menjamin tempat mereka dalam kerajaan selepas PRU15 nanti.

– Sebab itulah baru sekarang mereka nak ingat untuk buat solat hajat dan berdoa kepada Allah. Tapi masalahnya semua orang dah tahu pemimpin PAS ini jenis penunggang agama semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

– Di Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekah sendiri pun PAS gagal berdoa supaya UMNO Kelantan terima mereka dalam MN, apatah lagi di negeri-negeri lain. Mungkin Allah tak terima doa pemimpin PAS sebab mereka tak ikhlas.

– Jadi saya nasihatkan PAS, sudah-sudalah berlakon macam merekalah jadi mangsa politik.

DATUK NUR JAZLAN MOHAMED

TIMBALAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR MERANGKAP KETUA UMNO BAHAGIAN PULAI

4.1 8 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

31 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
31
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x