Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TRAK AYUH MALAYSIA GEMPUR JOHOR, MELAKA HUJUNG MINGGU INI

Saya mohon maaf kerana ada masalah untuk mengakses Facebook sejak lebih seminggu lepas. Masalah itu sedang diselesaikan, Insya Allah saya dapat naikkan kandungan baru bermula hari ini.

Momentum #AyuhMalaysia diteruskan. Setakat ini, ada tanda-tanda peralihan sokongan dari pengundi atas pagar di seluruh Malaysia. Masih banyak yang perlu dibuktikan untuk meyakinkan pengundi, jadi kita perlu terus berlari.

Saya dan Izzah akan ke Johor dan Melaka hujung minggu ini (Sabtu, 17 September dan Ahad, 18 September).

Kempen bermula jam 3 petang 17 September dengan siri latihan PACA untuk sukarelawan di Johor Baharu.

Untuk jelajah trak, pada hari Sabtu, 17 September, saya akan bermula di Simpang Renggam dan Saudari Izzah akan bermula di Johor Baharu, kedua-duanya bermula serentak jam 9 malam. Kemudian kami akan bersilang tempat – saya akan menjadi penceramah terakhir di Johor Baharu dan Saudari Izzah penceramah terakhir di Simpang Renggam.

Kemudian saya akan bergegas balik ke Kuala Lumpur untuk melancarkan kempen lapangan KEADILAN yang melibatkan 600 pengurus kempen lapangan dari seluruh negara. Kempen lapangan KEADILAN akan bermula besar-besaran dari minggu depan dengan sasaran menghubungi 20,000 pengundi atas pagar setiap minggu di seluruh negara.

Selepas itu, saya akan bergegas balik ke Batu Pahat untuk mengumumkan barisan kepimpinan KEADILAN Johor dan strategi pilihanraya. Sidang media bersama kepimpinan penuh KEADILAN Johor bermula jam 130 petang.

Jam 5 petang, saya dan trak akan berada di Parlimen Ledang dan berakhir di Parlimen Tangga Batu pada sebelah malamnya.

Sedikit demi sedikit, kita telah berjaya membina momentum yang menggoyang keyakinan Kerajaan PUB (PAS UMNO BERSATU). Saya ajak seberapa ramai rakyat yang membenci pembodohan dan penyelewengan berjumpa saya dan Saudari Izzah di sepanjang jelajah trak #AyuhMalaysia untuk mendengar sendiri pandangan kami mengenai masa depan rakyat dan negara.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden Keadilan

14 September 2022.

5 4 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

44 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
44
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x