Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

NAJIB FAIL PENGAMPUNAN, STATUS AHLI PARLIMEN KEKAL

Bekas perdana menteri, Najib Razak sudah memfailkan permohonan pengampunan diraja atas sabitannya dalam kes SRC International, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun.

Katanya, Najib memfailkan permohonan itu pada 2 Sept lalu, iaitu dalam tempoh 14 hari selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes itu.

Beliau berkata, Najib hanya akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan, sekiranya petisyen pengampunan itu ditolak.

“Ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

Najib memenangi kerusi Parlimen Pekan sejak 1976.

Menurut Perkara 48 Perlembagaan, seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika sabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/05/najib-mohon-pengampunan-diraja-akan-kekal-status-ahli-parlimen-kata-azhar/

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x