Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

DIHUKUM PENJARA 10 TAHUN DAN DENDA RM970 JUTA, ROSMAH MENANGIS DI MAHKAMAH

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah Mansor selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Hakim Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Rosmah atas tiga pertuduhan rasuah dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Hakim turut memerintahkan Rosmah menjalani hukuman penjara 10 tahun lagi jika gagal membayar denda RM970 juta.

Pasukan pendakwaan bagaimanapun tidak membantah permohonan Rosmah untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda.

Rosmah dibebaskan dengan jaminan RM2 juta yang dibayarnya sebelum ini, ketika kali pertama didakwa di mahkamah empat tahun lalu.

Terdahulu, Rosmah, 70, didapati bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan dikenakan ke atasnya.

Rosmah didakwa meminta suapan RM187.5 juta untuk dirinya sendiri, daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin yang dibuat melalui bekas pembantu Rizal Mansor, sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan projek tenaga solar.

Dia juga didakwa menerima rasuah berjumlah RM5 juta daripada Saidi, melalui Rizal, di Seri Perdana di Putrajaya pada 20 Dis 2016 dan menerima RM1.5 juta lagi daripada Saidi di Jalan Langgak Duta pada 7 Sept 2017.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/01/rosmah-dipenjara-10-tahun-denda-rm970-juta/

Sementara itu, suasana suram menyelubungi Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini apabila Datin Seri Rosmah Mansor menangis ketika memaklumkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa beliau tidak bersalah kerana tidak pernah terfikir untuk menggelapkan wang negara.

Rosmah, 70, yang kelihatan begitu emosional ketika memberikan kenyataan dari kandang tertuduh, berkata beliau adalah mangsa dalam kes ini kerana tidak pernah meminta rasuah.

“Saya harap Yang Arif akan menimbang fakta bahawa saya adalah seorang wanita yang terpaksa mengambil alih peranan seorang lelaki di rumah saya. Yang Arif, pandanglah saya sebagai seorang wanita dengan sedikit belas kasihan dan perikemanusiaan.

“Saya tidak pernah menyentuh wang itu meskipun ketika berada dalam Bakti (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri).

“Saya tidak kenal (bekas Pengarah Urusan) Jepak Holdings (Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin)… Saya tidak pernah minta wang itu. Tiada siapa nampak saya mengira wang itu.

“Bagaimanapun, saya hormati keputusan Yang Arif tetapi saya ingin meninggalkan mahkamah ini dengan kenangan yang baik-baik. Saya telah membentuk sebuah mahkamah khas untuk kanak-kanak (bagi kesalahan seksual).

“Tiada sesiapa pun (sebelum ini) yang memikirkan tentang nasib penagih dadah dan duduk berbincang dengan pihak kerajaan serta sektor swasta serta mengguna pakai idea Unicef untuk bermula dengan kanak-kanak dari bawah,” katanya ketika merayu hukuman ringan. – Bernama.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/634236

5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
12
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x