Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BOLEHKAH PRESIDEN UMNO SEBUT SATU NEGARA KOMANWEL YANG TOLAK KES NAJIB?

Bolehkah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, memberikan satu contoh di mana kes SRC International Najib dipetik sebagai satu contoh perbicaraan tidak adil dalam mana-mana negara Komanwel selepas seminggu Najib ke penjara untuk menjalani hukuman penjara 12 tahunnya?

Zahid mengatakan perkara ini dalam taklimat khasnya untuk UMNO pada minggu lepas.

Agak mengejutkan apabila berita Najib dipenjarakan selepas rayuannya ditolak di Mahkamah Persekutuan — keputusan yang dikekalkan oleh sembilan orang hakim di ketiga-ketiga peringkat mahkamah — ini dilaporkan di akhbar di seluruh dunia, tidak ada satu pun yang melaporkan perbicaraan ini sebagai tidak adil.

Majalah The Economist melaporkan perbicaraan Najib ini bukan sahaja melibatkan nasib seorang individu, tetapi melibatkan hala tuju yang bakal diambil oleh Malaysia sebagai sebuah negara.

Bagaimanapun, Zahid masih belum menjawab persoalan saya semalam mengenai mengapa dia tidak menjadi saksi dalam perbicaraan SRC Najib, memandangkan dia telah mengatakan yang dia telah berjumpa dengan keluarga kaya dari Arab yang dikatakan mendermakan dana ini kepada akaun peribadi Najib.

Saya masih menunggu jawapan Zahid mengenai perkara ini.

LIM KIT SIANG

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor.

9 responses to “BOLEHKAH PRESIDEN UMNO SEBUT SATU NEGARA KOMANWEL YANG TOLAK KES NAJIB?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *