Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TRAK RAFIZI MULA JELAJAH SELURUH NEGARA SABTU INI

Insya Allah saya, Nurul Izzah Anwar dan rakan-rakan yang lain akan mula berkempen setiap minggu menjelajah ke seluruh negara.

Kami akan mula panaskan enjin trak dan suhu kempen dengan ceramah #trakAyuhMalaysia yang pertama bagi kerusi parlimen Setiawangsa/Wangsa Maju dan kawasan sekitar (termasuk Batu, Gombak, Ampang, Titiwangsa dan Selayang).

Selain dari menyentuh isu-isu panas seperti skandal LCS, kami juga akan menghuraikan idea-idea baru untuk melonjakkan Malaysia menjadi sebuah ekonomi yang kukuh dan menghasilkan pekerjaan bergaji tinggi.

Saya jemput semua yang mahukan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita untuk bersama-sama menghidupkan semangat #AyuhMalaysia.

Temui saya dan rakan-rakan di hadapan Restoran Red Chairs, Jalan Wangsa Delima 6, Wangsa Maju pada hari Sabtu ini bermula jam 9 malam.

Mohon sebarkan kepada seberapa ramai yang mungkin.

Minggu depan, trak akan tiba di Seremban! Tunggu kami di Seremban.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden Keadilan

18 Ogos 2022.

5 6 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

45 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
45
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x