BAWA MELAWAT KAPAL TAK SIAP IBARAT BNS TERJERLUS KE LUBANG SENDIRI…

Dua hari lalu, sekumpulan wartawan telah dibawa oleh BNS melawat tapak pembinaan kapal perang LCS di Lumut, Perak.

Lawatan itu adalah susulan kontroversi berterusan berkaitan pembinaan kapal perang LCS yang didakwa masih tidak siap, walaupun RM6 bilion sudah dibayar dan tempoh masa sepatutnya siap juga sudah lama berlalu.

Dalam lawatan itu, pihak media dibawa melihat kemudahan simpanan di tapak pembinaan sebagai langkah ketelusan berhubung pembinaan kapal-kapal tersebut.

Media turut dibenarkan naik dan melihat sendiri kapal pertama iaitu LCS1, yang setakat April lalu sudah siap 60 peratus.

Kemudian dimaklumkan kepada media bahawa lima kapal yang dibina serentak iaitu LCS2 sudah siap 48 peratus, LCS3 (43 peratus), LCS4 (36 peratus) dan LCS5 (22 peratus).

Pembinaan LCS6 iaitu kapal terakhir bagaimanapun diberitahu belum lagi dimulakan.

Pihak media diberitahu bahawa LCS1 yang sudah siap 60 peratus itu memerlukan kira-kira dua tahun lagi untuk siap sepenuhnya.

Kesimpulan mudah yang ditunjukkan kepada media dalam lawatan itu ialah ialah tiada satu pun lagi kapal LCS yang siap dibina, malah LCS1 yang paling tinggi proses kemajuannya iaitu 60 peratus, masih memerlukan tempoh dua tahun lagi untuk disiapkan.

Kapal-kapal lain dan kapal LCS6 yang belum dibina memerlukan berapa tahun lagi proses penyiapannya?

Walaupun ada pelbagai perkara lain yang disentuh dalam laporan PAC seperti peningkatan kos berbanding harga kontrak dan peralatan serta barangan yang disimpan dalam gudang BNS dikatakan hampir usang, perkara terpokok yang menimbulkan kegemparan umum sehingga menarik minat seluruh rakyat bercakap mengenainya ialah tiada satu pun kapal LSC dapat disiapkan di sebalik RM6 bilion sudah pun dibayar kerajaan.

Itulah isu yang terpenting sekali, manakala yang lain-lain hanyalah isu tambahan yang menyumbang kepada kegagalan kapal LCS disiapkan.

Lantaran itulah timbul sindiran mengatakan kapal LCS adalah projek halimunan.

Halimunan yang dimaksudkan di sini bukanlah ertinya tiada langsung kapal yang dibina, tetapi kerana tiada satu pun kapal yang dapat disiapkan sepenuhnya di sebalik RM6 bilion sudah diterima sebagai bayaran.

Kalau beli pisang goreng dengan harga RM6 pun dapat dilihat bungkusannya dan boleh dibawa balik ke rumah, maka halimunanlah sindiran paling tepat untuk menggambarkan kos RM6 bilion sudah dibayar, tetapi masih tiada kapal dapat dilihat belayar di lautan.

Dalam hal ini dan paling menjadi kerisauan rakyat, ke mana perginya RM6 bilion itu dan berapa lagi kos tambahan diperlukan untuk menyiapkan semua enam kapal itu?

Melalui tindakan BNS membawa media melawat limbungan tempat kapal LCS sedang dibina, tiada apa-apa yang berubah daripada segi tanggapan umum terhadap projek tersebut.

Ia sebaliknya hanya mengesahkan kepada dunia dan sebagamana dilaporkan PAC, memang tiada satu pun kapal perang LCS sudah siap dengan bayaran RM6 bilion sudah diterima oleh BNS.

Keadaan atau persepsi rakyat hanya boleh berubah jika yang ditunjukkan kepada media itu kapal yang sudah siap dan hanya menunggu masa saja untuk berada di dada lautan.

Ini masih perlu masa dua tahun lagi untuk sebuah kapal disiapkan, sedangkan projek sudah dimulakan sejak 2011 lagi.

Jadi, apa tujuan dibawa media melawat tapak limbungan, selain untuk mengesahkan bahawa memang benar tiada satu pun kapal LCS telah siap dibina?

Tidakkah sekarang ini BNS sebenarnya telah terjerlus ke lubang yang ada di depan matanya sendiri? – ShahbudinHusin 14/08/2022.

4.5 8 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 15 August 2022 — 12:06 pm
Subscribe
Notify of
guest

20 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
15 August 2022 12:49 am

Tangkap Menteri Pertahanan sumbat masuk SOSMA 10 tahun.

30.jpg
zunnun
zunnun
14 August 2022 4:38 pm

terkini…

CEO BNS- Azhar Jumat telah di ‘reprimand’ oleh ketua #pAC kerana berbohong dan bercanggah dgn ape yg diperkatakan ketika angkat sumpah utk berkata benar dlm siasatan #pAC ….

..dan dgn ape yg di perkatakan ketika ini, depan pemberita2 mengenai peralatan yg di beli yg mana keadaan barang yg telah usang melibatkan perolehan sebanyak hampir RM 1 Billion……..

#pAc perlu membuat aduan polis kerana sikap nya yg berbohong dan siasat siape yg arah nya berbuat demikian…

Last edited 1 year ago by zunnun
zunnun
zunnun
14 August 2022 4:17 pm

sikalang, byak bahaya meh, #dAP sulah kuasa negara meh, siape kasi #dAP kuasa bolih soal tentera malaysia meh…

#melayu2islam semua misti berani buang #dAP dari #pAC meh, suapaya byak wang bolih #melayu2islam-omNO kasi rompak meh…

zunnun
zunnun
14 August 2022 4:14 pm

penyamun2-melayu2islam-omNO bertanya….

apa motif #pAC keluarkan laporan #LCS ?

siape beri #dAP jadi ketua #pAC…..?

ini negara ketuan2-melayu2islam, mengape #dAP jadi ketua #pAc ?

mana boleh #dAP soal integriti #melayu2islam ?

byak bahaya jika #dAP tahu rahsia keselamatan negara ?

negara akan di jual pd anasir2 warga asing meh …

zunnun
zunnun
14 August 2022 2:12 pm

bila kapal rekaan #GOWING yg tak bersifat #modular akan menjadi liability pd #TLDM ketika siap kemudian bertaraf ‘obsolete.’….

… berlainan pula dgn reka kapal yg berdasarkan #SIGMA yg #modular, blh di ubah suai dan menambah Daya kecekapan tapi #zahid menukarkan nya kpd #GOWING …..

…dgn pembelanjaan terkini sebanyak RM 9 Billion terpaksa kerajaan mengeluarkan lagi pembelanjaan tambahan sekurang2 nya RM 3 ke 5 Billion utk menyiapkan kesemua kapal2 persisiran, dan bila siap menjadi asset ketinggalan zaman ….

Sultan Sulu X
Sultan Sulu X
14 August 2022 2:25 pm
Reply to  zunnun

Setiap 10 tahun beta akan minta rakyat Suluk upgrade LCS GOWING dengan upah billiun-billiun. Komisyen gowing to my BFF till jannah.

Sultan Sulu X
Sultan Sulu X
14 August 2022 1:40 pm

Beta berkenan merasmikan kapal LCS 1 yang siap 100%. Sultan lain nak rasmi kapal LCS siap 33% atau tak siap itu mereka punya pasal. En Jibbi BFF beta till jannah usahakan sampai jadi.

zunnun
zunnun
14 August 2022 12:26 pm

kepimpinan #melayu2islam-omNO kini tertekan dan terhimpit oleh scandl yg melibatkan #rhino-rosmah serta isteri nya #najib…

maka tertanya2 rakyat …

apekah #melayu2islam-omNO berani melakukan perubahan dan pembaharuan tanpa memerlukan …

#rosmah/#najib/#zahid/hishamuddin/#mAt-mazlan/#mAt-hassan

Oops, dgn nama2 yg disebutkan diatas, maka yg tinggal hanya tunggul2 kayu politik yg tiada kepala utk membawa pemikiran baru seperti noh-udang di selangor, bung-ketam di sabah dan lokman-keldai di johor ….

mcm mana nak memenangi #pru15

zunnun
zunnun
14 August 2022 12:16 pm

blh ke #melyu2islam-omnO bertahan dgn scandal2 yg asyik melibatkan kepimpinan mereka utk memenangi #pru15 yg akan di adakan bila2 masa..?

kini dah umumkan bahawa #melayu2islam-omNO akan #So-Low berlainan ketika #pru14, bersama #Jho-Low…

apakah #So-Low itu bermaksud, mengulangi pendirian mereka ketika bersama #DCNS hingga perlu korbankan #Aminah-Low……

apekah #melayu2islam-omNO akan korbankan #Rosmah/#Najib-Lows utk menghadapi #pru15

Last edited 1 year ago by zunnun
Anonymous
Anonymous
14 August 2022 11:45 am

HA HA HA.. KESIAN DIN REMOS🤣..

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Din Remos spt terkejut diganggu dek mimpi ngeri
Sukar untuk diterimanya, Nurul dah bergelar isteri
Dirasakan kini hidup dia lalui penuh ranjau berduri
Sebaliknya Shao Long ibaratnya mcm kena lotteri
China tu dh membuat Din terpaksa menggigit jari
Spt sia-sia lah selama ini Din dok pulun cas bateri
Viagra banyak dibeli, terpaksa simpan dlm almari
Mungkinkah Din akan habiskan hidupnya ‘Sendiri’
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
14 August 2022 11:46 am
Reply to  Anonymous

LAGU – SENDIRI
PENYANYI – KUMPULAN MAY
KARAOKE – https://youtu.be/rHFV82xPJlU

Anonymous
Anonymous
14 August 2022 11:46 am
Reply to  Anonymous

LIRIK –
💐🌹🥀🌺🌷🌸💮🏵️🌻🌼💐🌹🥀🌺🌷🌸💮🌹💐
Dinginnya di malam ini
Suasana pilu
Terkenang daku kembali
Sejarah silam

Setelah engkau pergi
Sepi hatiku
Terpadamlah api cinta
Musnah harapan

Mengapa engkau sanggup
Mengubah fikiran
Hanya kerana
Peristiwa itu

Kau hancurkan kota cinta
Yang kita bina bersama
Di masa Yang lalu

Kini aku terus tersiksa
Oleh kepalsuan cintamu
Tinggallah aku sendiri
Menanggung derita ini

Setelah engkau pergi
Tertutup hatiku
Tak mungkin bercinta lagi
Biarku sendiri
❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💝💖💗💓💞💕💌💚❤️

Anonymous
Anonymous
14 August 2022 2:12 pm
Reply to  Anonymous

HA HA HA…

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Din Remos dah tk lagi kerap ke sini macam selalu
Citer sensasi tentang Nurul, bikin dia berduka pilu
Bila Nurul kawin, Din rasa tercalar maruah & malu
Bunga yg dia puja, Shao Long dah sambar dahulu
Hatinya bgitu pedih terhiris bgai tertusuk sembilu
Klau dekat, kepala Shao Long tu dia rasa nak palu
Bukan sahja nak jamah makan minum dia tak lalu
Nak berbicara di blog ini pun, dia rasa kaku & kelu
😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥😥

💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔💔
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
14 August 2022 11:08 am

Talkin kapal LCS guna bahasa Melayu sahaja tegas Ustaz Gila nak baca talkin pada mayat Melayu

20220813_210009.jpg
Anonymous
Anonymous
14 August 2022 11:09 am
Reply to  Anonymous

Musuh Islam dan musuh Melayu ustaz penyokong Mat Sakau.

zunnun
zunnun
14 August 2022 11:03 am

#melayu2islam-omNO beli 2 kapal selam yg tidak boleh menyelam…

#melayu2islam-omnO beli 6 helicopter2 dgn harga RM 370 Juta, tapi kesemua nya tak kunjung tiba…

#melayu2islam beli 6 kapal persisiran pantai sejak 2011 hingga kini dah belanja RM6.08 Billion tapi tak jua kelihatan …

#melayu2islam-omNO ada #rosmah dan para2 bomoh nya…
#melayu2islam-omNO ada #najib dgn para2 peguam nya..

ape lagi yg kurang yg membuat #melayu2islam-omNO kehilangan kuasa ..?

zunnun
zunnun
14 August 2022 9:55 am

apekah dari scandal #SCOPENE ke #Scandal #1MDB ke scandal #LCS menunjukan golongan #melayu2islam-omNO golongan #melayu2 dan menghayati #islam yg patut di teladani…

bagaimana pula dgn #melayu2islam yg ada seperti #melayu2islam-pAs dan #melayu2islam-bersatu …..

..apekah mereka juga seperti #melayu2islam-omNO, yg mana rakyat perlu sanjungi dan hormati ?

jika tidak, apekah #istilah #melayu2islam itu hanya istilah rethorik semata2….

zunnun
zunnun
14 August 2022 9:48 am

rakyat tertanya2 ketika perasmian pd 2017 oleh sultanah perak pd 2017, kelihatan tiang kapal

… ape kah perasmian tidak menjemput sultanah serta dhaif terhormat naik ke kapal utk melihat betape canggih nya kapal persisiran pantai #GOWING dari kapal tempur #SIGMA

jauh beza nya kapal yg di resmikan pd 2017 dgn kapal yg dipaparkan kpd pemberita2 ketika ini …

byak persoalan yg perlu di jawap oleh #melayu2islam-omNO terhadap scandal yg terbaru oleh kepimpinan mereka

Last edited 1 year ago by zunnun
zunnun
zunnun
14 August 2022 9:41 am

percubaan2 oleh #BNS/BHIC utk mententeramkan masyarakat, pemberita2 dan pemimpin2 politik utk mengetahui lebih mendalam scandal yg menimpa pembinaan #LCS telah memerangkap diri mereka2 yg merancang utk meredakan keadaan….

siape kah mereka yg cuba meredakan keadaan tapi bersembunyi dlm lipatan ?

#mailsabri ? hishamuddin ? najib ? zahid ? mAt-mazalan ? mAt-hassan ?

…kerana scandal pembinaan #LCS ini di bahu pemimpin2 #melayu2islam-omNO ketika berkuasa sejak 2011 hingga di berhentikan seketika dari laporan yg dikemukakan #PAC menjelang #pru14 terdahulu….

Last edited 1 year ago by zunnun
Anonymous
Anonymous
14 August 2022 11:22 am
Reply to  zunnun

Lebai Rasis jangan lupa talqin mayat-mayat penerima komisyen kapal LCS 6.08B. Mana tahu mereka faham Bahasa?

20220813_210009.jpg