Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PENGERUSI PAC SANGGAH ZAHID HAMIDI, LAPORAN DISEDIAKAN BERDASARKAN DOKUMEN DAN KETERANGAN

1. Saya membaca ulasan Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai laporan PAC berhubung Perolehan Littoral Combatant Ship (LCS) yang โ€œmenyeru agar PAC seharusnya lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan, khususnya isu keselamatan negara kerana ia masih di peringkat siasatan.โ€

2. Saya tidak pasti apa dimaksudkan beliau yang didapati tidak sensitif apabila PAC yang bi-partisan sekadar melaksanakan tanggungjawab kami yang diamanahkan oleh Dewan Rakyat kepada Jawatankuasa ini dalam memastikan perbelanjaan wang rakyat adalah terpelihara.

๐—ง๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—ก๐—š๐—๐—”๐—ช๐—”๐—• ๐—ฃ๐—”๐—–

3. PAC mempunyai tugas dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan Mesyuarat (PM) 77(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PPMMDR) untuk memeriksa segala kira-kira Kerajaan Malaysia termasuk apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa ini patut diperiksa.

4. Semua saksi yang hadir di hadapan PAC mengetahui bahawa segala maklumat yang dinyatakan dalam Prosiding PAC akan direkodkan dalam rakaman percakapan bertulis atau dikenali sebagai hansard. Selalunya, pembentangan saksi akan dikendalikan melalui slide pembentangan yang disediakan oleh saksi sendiri.

5. Laporan PAC akan disediakan berdasarkan segala keterangan yang diberikan semasa Prosiding PAC, iaitu segala yang terkandung dalam hansard dan slide pembentangan saksi-saksi.

๐—ž๐—˜๐—›๐—”๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—ฆ ๐—ญ๐—”๐—›๐—œ๐—— ๐—›๐—”๐— ๐—œ๐——๐—œ

6. Datuk Seri Ahmad Zahid selaku mantan Menteri Pertahanan telah hadir di hadapan PAC pada 25 Oktober 2021 bersama Datuk Seri Muez Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

7. Hansard Datuk Seri Ahmad Zahid diserahkan kepada beliau melalui pos berdaftar 4 Januari 2022 berdasarkan PM83(10) PPMMDR dan beliau diberikan tempoh masa tujuh (7) hari untuk membuat sebarang pembetulan pada kenyataan yang diberikan.

8. Untuk rekod, Datuk Seri Ahmad Zahid tidak membuat sebarang pindaan, pembetulan atau pemotongan terhadap mana-mana maklumat yang diberikan dalam prosiding yang beliau hadiri.

9. Sekiranya mana-mana hansard yang mempunyai sebarang isu sensitif melibatkan kepentingan keselamatan negara dan dicadangkan untuk pindaan atau pemotongan oleh saksi, PAC akan berbincang sama ada hendak membenarkan permohonan tersebut, termasuk mendapatkan pandangan undang-undang daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) yang turut hadir dalam setiap prosiding PAC sebagai ex-officio PAC. Dalam prosiding kapal LCS, tidak ada mana-mana saksi-saksi yang mengemukakan permohonan sebegini.

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ฃ๐—”๐—–

10. Contoh terbaik bagaimana PAC mengendalikan isu sensitif yang menyentuh soal kepentingan negara adalah dalam Prosiding PAC berkaitan Perolehan Vaksin Covid-19 dan Penggunaannya Terhadap Rakyat Malaysia.

11. Tanpa prejudis kepada kebebasan PAC dalam melaksanakan tanggungjawabnya, PAC telah mencapai persetujuan dengan saksi iaitu YB Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI ketika itu supaya harga perolehan Vaksin Covid-19 dikeluarkan dari hansard selepas harga tersebut dimaklumkan kepada PAC. Malah, slide pembentangan yang mengandungi maklumat harga Vaksin Covid-19 juga dikeluarkan daripada laporan PAC.

12. PAC telah membuat keputusan sedemikian demi memastikan Kerajaan Malaysia tidak terdedah kepada risiko penamatan kontrak perolehan vaksin oleh pembekal vaksin yang mungkin akan memudaratkan pembekalan vaksin Covid-19 pada ketika itu.

13. Saya cadangkan Datuk Seri Ahmad Zahid merujuk Laporan Penuh PAC berhubung Perolehan Vaksin Covid-19 dan Penggunaannya di muka surat 3 hingga 5 laporan berkenaan.

(LINK: https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-234-287.pdf)

14. Amalan sama digunakan PAC dalam prosiding PAC pada 1 Disember 2021 yang membabitkan saksi YB Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kanan Pertahanan dan Datuk Seri Muez, KSU MINDEF dalam isu pertukaran tanah MINDEF (Land Swap) yang kini dalam proses penyediaan draf laporan.

15. Dalam prosiding berkenaan, saksi-saksi telah memaklumkan kepada PAC berkenaan ada maklumat sensitif yang membabitkan kepentingan keselamatan negara dan PAC telah bersetuju supaya perenggan yang terbabit dalam hansard dikeluarkan. Saya tidak boleh mendedahkan hansard tersebut kerana laporan dalam isu ini masih belum dibentangkan dan segala maklumat beradalah dalam status embargo berdasarkan PM85 PPMMDR.

๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—–๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—™๐—”๐—ž๐—ง๐—” ๐——๐—ข๐—ž๐—จ๐— ๐—˜๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก

16. Dalam isu LCS, PAC telah membentangkan laporan berdasarkan kepada fakta, dokumen dan keterangan yang diperolehi oleh Jawatankuasa ini sepanjang prosiding. Perbincangan rakyat dalam isu ini menunjukkan betapa rakyat mahu mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku dalam Projek LCS.

17. PAC menghormati keperluan untuk menjaga sensitiviti keselamatan negara. Namun, selaku Pengerusi PAC, saya tidak akan membenarkan nama keselamatan negara diguna sewenang-wenangnya dan semata-mata untuk menyekat rakyat daripada mengetahui maklumat sebenar bagaimana Kerajaan membelanjakan wang mereka.

๐—ช๐—ข๐—ก๐—š ๐—ž๐—”๐—› ๐—ช๐—ข๐—›

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—”๐—–

๐Ÿฌ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿด.๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ

4.5 2 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

58 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
58
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x