DIBELENGGU KESUNTUKAN MASA, MAMPUKAH PASUKAN ZAID IBRAHIM TAMPIL CEMERLANG MEMBELA NAJIB?

Apa yang dicari semua orang dalam kes-kes yang dibicarakan di mahkamah ialah keadilan.

Mahkamah itu sendiri diwujudkan untuk memberi keadilan dan orang yang pergi mahkamah, tidak lain yang dicarinya melainkan keadilan.

Untuk mencari keadilan itu pula, prosesnya mestilah juga adil supaya keadilan yang berjaya ditegakkan adalah keadilan yang sejati.

Meski sesuatu keputusan mahkamah terlihat adil, ia tetap akan menjadi persoalan jika proses menuntut keadilan itu terdapat elemen-elemen yang tidak adil.

Seseorang yang dihukum bersalah dan dihantar ke penjara, bukan saja keputusan yang dibuat itu mesti mencerminkan keadilan, tidak terkecuali ialah prosesnya juga mesti adil.

Keputusan yang adil, tetapi diputuskan melalui proses yang tidak adil hampir tidak berbeza dengan keputusan yang tidak adil yang dibuat dalam proses yang adil.

Inilah yang menimbulkan pertikaian, malah kebingungan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu menolak permohonan pasukan peguam bela Najib Razak yang baharu untuk memohon lebih masa bagi membuat persiapan terhadap kes rayuan itu.

Selain keadaan itu mencetuskan pertikaian dan kebingungan beberapa pihak, ia sekali gus menimbulkan persoalan sama ada mahkamah bertindak terlalu tegas dalam menolak permohonan tersebut.

Pada 26 Julai lalu, firma guaman, Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka dilantik Najib untuk mengendalikan rayuan kes SRC International bagi menggantikan Shafee & Co.

Sementara firma guaman diketuai Zaid Ibrahim diberi lantikan, tetapi peguam veteran, Hisyam Teh Poh Teik dinamakan sebagai peguam bela utama yang mengetuai penghujahan di mahkamah untuk menggantikan Shafee Abdullah.

Najib terpaksa melantik pasukan peguam bela baharu untuk mengendalikan kes rayuannya berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lima hari sebelum itu menolak permohonan untuk melantik peguam diraja UK, (Queen Counsel) Jonathan Laidlaw, seorang pakar perundangan jenayah kolar putih untuk menjadi peguam bela utamanya dalam rayuan muktamad kes itu di Mahkamah Persekutuan.

Sejurus selepas dilantik, firma guaman yang diketuai Zaid itu segera menulis kepada mahkamah memohon penangguhan tarikh rayuan yang sebelum itu telah ditetapkan pada 15 Ogos hingga 30 Ogos.

Antara alasan yang diberikan dalam permohonan itu ialah firma berkenaan memerlukan masa untuk membuat persiapan komprehensif dalam membentangkan rayuan terakhir mereka, termasuk berpuluh ribu helai dokumen.

Berikutan permohonan penangguhan itu ditolak, firma guaman Zaid hanya mempunyai masa sekitar tiga minggu untuk membuat persiapan sebelum tarikh perbicaraan rayuan bermula pada 15 Ogos ini.

Mampukah Zaid dan pasukan peguamnya membuat persiapan komprehensif dan membentangkan hujah konkrit bagi mencari keadilan dalam tempoh yang relatifnya sangat terbatas itu?

“Mahkamah Persekutuan nampaknya menguruskan penjadualan kes rayuan Najib ini dengan amat ketat,” kata seorang peguam kanan sebagaimana dipetik daripada portal FMT.

“Keadaan ini memberikan gambaran salah, seolah-olah mahkamah mahu menyelesaikan kes rayuan ini secara tergesa-gesa.

“Ini sesuatu yang merunsingkan,” kata peguam itu yang tidak mahu namanya disiarkan.

Dalam kes Najib, meskipun mungkin ramai yang mahu melihat beliau segera dihantar ke penjara, tetapi sebagaimana dalam semua kes mahkamah yang lain, bukan saja keputusan yang dibuat itu mesti adil, proses dalam mencari keadilan itu juga hendaklah adil.

Adakah Zaid dan pasukan peguamnya sekarang ini dan sehingga 15 Ogos apabila kes rayuan itu bermula, sedang bekerja 26 jam sehari? – ShahbudinHusin 04/08/2022.

4 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 8 August 2022 — 10:46 am
Subscribe
Notify of
guest

7 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Din Remos
Din Remos
6 August 2022 9:21 am

nenek Et tu Brute telah menyambut seruan Ilahi
sepupunya bgriani juga sudah jarang ke mari
jika bapok tu datang pun sekadar berpantun tahi
akhirnya ke pangkuan benggali juga diserah diri

Kah kah kahhh
Hih hih hiiii

Anonymous
Anonymous
6 August 2022 3:21 pm
Reply to  Din Remos

WOWW.. BRAVO DIN REMOS!

HA HA HA.. MMG HEBAT & TERBAIKLAH BRO…

KAH KAH KAH

“Fiddunya Wal Kabaddi..”
“Et tu Brute!”
😀😃😄😆😅😂🤣
“Tak Kuaser I Tau!”
“Ayw.. auuww.. auuuwww..”

gettyimages-1162309382-170667a.jpg
Din Remos
Din Remos
6 August 2022 9:14 am

Kes Najib ni “very straightforward” kata orang Jawa. Sudah dua Mahkamah putuskan bahawa Najib bersalah. Mahkamah yang terakhir ini cuma perlu menilai samada keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan itu betul atau sebaliknya. Selain dari itu, keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan kes saman oleh bekas Peguam Negara Affandi Ali ke atas Lim Kit Siang, juga memberi kesimpulan yang jelas apabila Hakim memutuskan bahawa Affandi Ali telah menyalahgunakan kedudukannya untuk melindungi jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung dgn penyelewengan MDB. Maknanya Najib didapati bersalah dalam dua perbicaraan yang berbeza. Namun begitu kita harus sedar bahawa kita sekarang berada… Read more »

zunnun
zunnun
5 August 2022 4:41 pm

keadilan ? keadilan ! keadilan… maka, dgn keadilan yg mahkamah berikan sepanjang perbicaraan #najib dari mahkamah-tinggi ke mahkanah rayuan dan kini mahkamah persekutuan selain melayan kerenah #najib hingga anjing belaan shafee sakit pun dapat penangguhan…. cukup memberi gambaran akan keadilan dan kesabaran yg telah diberi pd #najib…. hanya yg #najib rasa terkilan, sandiwara nya utk mengantikan peguam pd saat2 akhir memakan diri sendiri…. dinafikan #queen-council memberi #najib alasan utk mengantikan shafie dgn #zaid utk mendapatkan penangguhan selama 2 bulan…. dgn penangguhan 2 bulan membolehkan #mailsabri membubarkan parlimen dan mengharapkan kemenangan #bN agar sedikit sebanyak dapat mempengaruhi #mahkamah-persekutuan … kesemua nya… Read more »

Anonymous
Anonymous
5 August 2022 7:43 pm
Reply to  zunnun

Friday, August 5, 2022 Dr Mahathir Announces Getah. What Happened to Pejuang? Dr Mahathir announced formation of Gerakan Tanah Air (GTA) (OSTB : Getah is easier to remember). loose political group aims to go against Umno in 15th general election. movement will contest 120 parliamentary seats, won by Umno in peninsula My Comments: won by Umno in peninsula? So what about Sabah? Tak laku in Sabah kut? Here is some elections information: “In Malaysia, the deposit is RM 10,000 to contest a parliamentary seat and RM 5,000 to contest a state assembly seat” The other day Pejuang lost ALL their… Read more »

Anonymous
Anonymous
5 August 2022 7:51 pm
Reply to  Anonymous

👆🏿GTA Political funds from Syed Mokhtar Al-Bukhary lifetime support, Daim Tin Milo Collection as CEC PM7 22 months/PM4 22 years and Lee Kim Yew and all Chinese tycoons/ cronies lifetime support.

Guarantee selamat Melayu/Islam dan Boboi dapat safe passage sambung legacy.

Anonymous
Anonymous
5 August 2022 11:08 pm
Reply to  Anonymous

8 bahagian bubar selepas Shafie lantik ‘orang luar’ ketuai Warisan Perak FMT Reporters – August 5, 2022 10:45 PM Jurucakap ahli, Murad Abdullah, berkata tindakan Presiden Warisan Shafie Apdal melantik orang luar menunjukkan seolah-olah tiada ahlinya di Perak berkelayakan. PETALING JAYA: Tindakan Presiden Warisan Shafie Apdal melantik “orang luar” sebagai ketua Warisan di Perak mengakibatkan lapan bahagian di negeri itu terbubar, selain 600 ahlinya bertindak keluar. Tidak cukup dengan itu, wakil ahli itu, Murad Abdullah, mendakwa Warisan sudah tersasar hala tuju susulan kenyataan Shafie akan bergabung dengan mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Katanya, bahagian bubar… Read more »