ROS PERLU DOKUMEN TAMBAHAN, UMNO CUAI?

Berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan semalam, adalah jelas Jabatan Pendaftar Pertubuhan atau RoS memerlukan lebih banyak masa lagi sebelum dapat memutuskan sama ada pindaan perlembagaan parti itu diluluskan atau sebaliknya.

Ini kerana surat yang dihantar UMNO kepada RoS sebelum ini didapati tidak lengkap dan jabatan itu memerlukan dokumen tambahan sebagai sokongan.

Untuk itu, RoS telah meminta dokumen berkenaan daripada UMNO dan parti itu telah menghantar lapan dokumen tambahan sebagaimana diminta.

Menurut Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian itu, tambahan masa itu perlu diberikan untuk membolehkan RoS meneliti dokumen tambahan yang yang telah diberikan.

“Oleh kerana permohonan RoS yang meminta sebanyak lapan jenis dokumen tambahan, maka itu dianggap sebagai tambahan masa sebelum mereka memberikan maklum balas.

“Kita berilah sedikit masa kepada RoS …mungkin seminggu dua lagi,” tambah beliau.

Dalam hal ini, ternampak bahawa surat permohonan UMNO kepada RoS berhubung cadangan pindaan itu adalah cacat dan tidak lengkap.

Lantaran tidak lengkap itulah menyebabkan RoS memerlukan dokumen tambahan daripada UMNO.

Jika permohonan UMNO lengkap dan sempurna, sudah pasti tiada masalah untuk RoS meluluskannya.

Kenapa ini berlaku?

Ahmad Maslan yang tidak teliti dalam mengemukan surat permohonan kepada RoS atau sememangnya ada peraturan tertentu dilanggar UMNO?

Apakah UMNO berharap oleh kerana UMNO sudah jadi kerajaan dan pemimpinnya memegang jawatan Perdana Menteri, permohonannya mesti diluluskan walau ada peraturan tidak dipatuhi?

Namun demikian, meskipun lapan dokumen telah dihantar, ia belum benar-benar menjamin permohonan UMNO itu sudah lengkap dan tidak lagi berdepan masalah.

Yang nyata, UMNO telah melakukan kecuaian dan tidak mematuhi peraturan dan sebab itu RoS memerlukan dokumen tambahan.

Apabila dokumen tambahan diminta, masa juga diperlukan untuk menelitinya sama ada boleh diluluskan atau tidak.

Makna kata, kalau permohonan itu selepas ini tidak diluluskan, ia bukanlah salah RoS, tapi memang salah UMNO sendiri. – ShahbudinHusin 18/07/2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 15 August 2022 — 12:04 pm
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
gate io para yatırma
gate io para yatırma
21 May 2023 1:14 am

I am a website designer. Recently, I am designing a website template about gate.io. The boss’s requirements are very strange, which makes me very difficult. I have consulted many websites, and later I discovered your blog, which is the style I hope to need. thank you very much. Would you allow me to use your blog style as a reference? thank you!

zunnun
zunnun
18 July 2022 5:32 pm

ape yg kerajaan/petronas perolehi dari usaha utk melambatkan process sita asset negara bernilai USD 14.92 Billion hanya berbentuk ‘stay-of-execution’ dari #mahkamah di perancis…

…’a delay in the court order’…

..ini menunjukan betape negligence AGC menguruskan kes tersebut atau sejak mengambil tapuk jawatan AG, #idrus-harun, cuai mengambil langkah2 proaktif utk menyelesaikan permasalahan yg dihadapi antra kerajaan malaysia dgn kesultanan-sulu…

the best from this predicament, satu settlement win-win antara kedua pihak yg bertelagah, yg ini membawa satu bayaran lebih tinggi jika dibandingkan dgn pembayaran RM5,300/tahun x 10 tahun…

memandangkan Malaysia tidak membuat bayaran sejak 2013 …

zunnun
zunnun
18 July 2022 4:34 pm

antara #omNO-putrajaya/#omNO-pwtc kini menghadapi satu adegan stimulasi..

..dan dlm setiap adegan stimulasi, sudah pasti ada bibit2 stimulasi sebelum nya dan seterus nya…

yg pasti, #omNO-pwtc mempunyai #apparatus-kerajaan utk melakukan stimulasi sedangkan #omNO-pwtc mempunyai #matrix yg sentiasa menunggu2 petunjuk baru….

setiap stimulasi mempunyai sifat2 ‘independency dan dependency’, dan yg pasti, dgn apparatus yg ada dgn #mailsabri, mampu mengambil sifat kedua2 nya dlm satu masa….

zunnun
zunnun
18 July 2022 4:37 pm
Reply to  zunnun

ralat

yg pasti, #omNO-putrajaya mempunyai #apparatus-kerajaan utk melakukan stimulasi sedangkan #omNO-pwtc mempunyai #matrix yg sentiasa menunggu2 petunjuk baru…

zunnun
zunnun
18 July 2022 4:21 pm

jika #anwar ingin menjadi #pM, maka tunjukan cara nya bukan dgn asyik ‘membantai’ #mailsabri tapi dgn gara #pM is waiting….

#pH menguasai 3 negeri di semenanjung, tunjukan pd rakyat bagaimana dgn kekuasaan 3 negeri dan sedemikian digunakan/dipertontonkan kpd rakyat sebagai asas-model mengurusan negara….

walk the talk…

zunnun
zunnun
18 July 2022 5:09 pm
Reply to  zunnun

ralat

jika #anwar ingin menjadi #pM, tunjukan cara bukan asyik ‘membantai’ #mailsabri…

… tunjukan sifat sebagai #perdana-menteri yg sepatut nya …

Anonymous
Anonymous
18 July 2022 5:15 pm
Reply to  zunnun

1. Bekas Ketua Wanita PKR, Fuziah Salleh menyelar mereka yg kalah election parti membuat laporan kpd PDRM dan ROS. Beliau cdg mereka ini diblacklist dan diambil tindakan disiplin 2. Bekas Ketua Komunikasi PKR, Fahmi Salleh jugak bidas tindakan ini, move on dan menyeru sikap kalah dgn bermaruah spt beliau sendiri tewas bertanding jawatan VP. 3. Bekas S/U Agong PKR, Saifudin Nasution yg kalah dalam perlawanan jawatan Timbalan Presiden kpd Rafizi berikrar tugas terakhir jawab terbaik enquiry ROS terbit dari aduan2 mereka yg kalah. 4. Utk rekod, Salvador yg heboh complain pasal result dan odit forensik telah bertanding dan kalah dgn… Read more »

zunnun
zunnun
18 July 2022 5:50 pm
Reply to  Anonymous

dari laporan, #RoS menerima ‘byak’ aduan mengenai ‘salah laku’ ketika pemilihan …

‘byak’ bermakna, buka sj dari #farhash…

#saifuddin kena duduk mencari alasan yg terbaik kerana dlm keadaan terkini, semua keputusan bersifat #politik …

zunnun
zunnun
18 July 2022 4:12 pm

#mailsabri dgn kuasa ditangan nya sebagai #pM-in-waiting, mempunyai segala #apparatus kerajaan ‘at his disposal’…

dgn para2-nasihat sedang berusaha dgn sebaik nya utk mengambil alih #omNO-pwtc agar diterima dgn baik oleh majoriti warga-omNO…

..ini dapat di sahkan bila mana kerajaan-mailsabri akan melanjutkan #MoU dgn #pH utk kelangsungan kekuasaan nya…

zunnun
zunnun
18 July 2022 4:51 pm
Reply to  zunnun

ralat

#mailsabri dgn kuasa di tangan nya sebagai #pM-in-sitting menpunyai segla #apparatus kerajaan ‘at his disposal’

zunnun
zunnun
18 July 2022 4:07 pm

satu #sinister (perancangan membawa keburukan) akan berlaku…

dgn melambat2kan, #RoS meletakan #omnO dlm keadaan ketidak-tentuan, dan ini amat genting kpd #omNO merancang sesuatu bik dari segi persiapan menghadapi #pru15 mau pun kelestarian #omNO itu sendiri….

#mailsabri sebagai #naib-president-omNO dan #perdana-menteri blh melakukan sesuatu utk mendamaikan suasana tapi ‘he choose not’…

ngape ‘he choose not’, ada sesuatu perancangan, #omNO-putrajaya sedang mengatur sebaik sj #najib/#zahid disabitkan pd penghujung-ogos/awal-sept…