Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

MANA PERJANJIAN NO 7, 8 DAN 9?

Dikatakan inilah salinan perjanjian politik antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin yang menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini.

Dua menteri, Hamzah Zainuddin dan Annuar Musa disahkan menjadi saksi perjanjian tersebut.

Kandungannya antara lain tentang perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagaimana yang dibangkitkan Mahiaddin beberapa hari lalu.

Salinan perjanjian ini telah tersebar di media sosial sejak malam tadi lagi.

Tetapi, kenapa salinan yang didedahkan tidak lengkap?

Mana perjanjian No 7, 8 dan 9?

Apakah kandungannya?

Kenapa ia tidak didedahkan sekali, tapi seolah-olah disembunyikan pula?

Oleh kerana Mahiaddin yang mula-mula bercakap mengenai kewujudan perjanjian ini, bolehkah beliau mendedahkan apa kandungan No 7, 8 dan 9 itu? – ShahbudinHusin 12/06/2022.

24 responses to “MANA PERJANJIAN NO 7, 8 DAN 9?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *