SEKARANG MASA BEKERJA, USAH DILAYAN LAGI KARENAH GOLONGAN KALAH – RAFIZI

Keputusan terkini Pemilihan KEADILAN yang diumumkan semalam, sementara tidak banyak mengubah keputusan asal di peringkat pimpinan kanan pusat, menimbulkan tanda tanya bagaimana keputusan Ketua Wanita boleh bertukar di saat akhir dengan margin hanya 32 undi (0.09%, mungkin margin paling kecil dalam dunia untuk sebuah parti utama sebuah negara).

Saya juga dihubungi oleh pimpinan akar umbi di seluruh negara yang terkejut dengan pelbagai pertukaran di peringkat cabang.

Ada yang telah diumumkan menang tiba-tiba kalah. Ada cabang yang undi fizikal (yang melibatkan ratusan ahli keluar mengundi) dibuang semua undi dan hanya tinggal undi atas talian.

Sementara kita hanya boleh tahu sejauh mana keputusan berubah di seluruh negara selepas beberapa hari (apabila analisis keseluruhan siap), yang jelas keputusan yang diubah secara tidak konsisten begini telah mencemarkan pemilihan baru-baru ini.

Sejak dari awal lagi, saya telah membuat pendirian kepada Dr Zaleha Mustafa (Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, JPP) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Presiden Dipilih) bahawa tuntutan mengadakan audit digital ini hanyalah permainan segelintir anggota parti yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini.

Malangnya, mereka ini rapat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan merasakan mereka boleh mempengaruhi keputusan untuk memastikan saya tidak disahkan sebagai Timbalan Presiden.

Saya telah menjelaskan secara dalaman pandangan saya bahawa motif sesetengah pihak seperti Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terus mempersoalkan pemilihan parti adalah serampang dua mata, iaitu:

Pertama, untuk cuba mengubah keputusan supaya saya dan beberapa orang lain yang menang bersama saya tidak disahkan oleh Kongres Nasional.

Kedua, untuk membina persepsi kononnya kemenangan saya dengan jurang yang besar ialah disebabkan manipulasi besar-besaran.

Hakikatnya, mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa sentimen akar umbi sangat berbeza dengan bacaan mereka yang berlegar sekitar Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini.

Sebaik mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden, saya terus membuat satu kaji selidik terperinci untuk memahami sentimen dan kehendak anggota parti akar umbi. Kaji selidik itu juga menyelami pandangan pengundi terhadap KEADILAN.

Dapatan kaji selidik adalah jelas. Sokongan kepada saya di kalangan anggota akar umbi adalah 85% berbanding saingan saya. Isu-isu yang saya bawa adalah selari dengan kehendak anggota akar umbi.

Sebab itu keputusan pemilihan juga mirip kepada sentimen akar umbi: saya menang dengan ~60% undi popular dan 75% dari semua cabang di seluruh negara.

Selepas keputusan diubah akibat audit digital, ia masih tidak boleh mengubah sebahagian besar keputusan pemilihan kerana sentimen akar umbi telah diterjemahkan semasa pemilihan.

Malangnya, kumpulan yang kalah tidak boleh menerima kekalahan. Mereka terus mengasak dan mengelilingi Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan pemilihan semula atau setidak-tidaknya membuat audit digital untuk mencapai hasrat mereka.

Saya telah menyatakan pendirian bahawa parti akan terperangkap dengan permainan politik segelintir sedangkan majoriti parti telah membuat keputusan yang diterima dengan baik oleh rakyat umumnya.

Berlatarbelakangkan ini, saya cukup simpati dengan keadaan Saudari Rodziah Ismail yang keputusannya sebagai Ketua Wanita bertukar di saat-saat akhir.

Kami telah berbincang dan saya terharu dengan pendirian beliau bahawa parti mesti bergerak ke hadapan dan tidak terheret dengan permainan politik kelompok yang kalah.

Oleh itu, berikut adalah pendirian saya:

1) Kongres Nasional parti tidak boleh ditangguhkan lagi untuk melayan karenah segelintir calon yang kalah memandangkan pilihanraya umum boleh dipanggil bila-bila masa. Keutamaan saya sebagai Timbalan Presiden ialah untuk mempersiapkan pimpinan dan jentera parti untuk berdepan dengan lawan dalam PRU15.

2) Sementara kita meneruskan agenda pengukuhan parti ke arah PRU15, segala ruang dalam parti perlu dibuka untuk membolehkan isu-isu yang ditimbulkan akibat pertukaran keputusan di saat akhir ini terus disemak. Antara langkah utama saya sebagai Timbalan Presiden ialah untuk meneliti keseluruhan proses audit digital yang telah mengakibatkan kecelaruan yang berlaku untuk memberi keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak.

3) Sebagai Timbalan Presiden, saya akan mengusahakan supaya satu tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti berniat mensabotaj parti dengan terus-menerus mengkritik pemilihan bertujuan melengahkan kepimpinan baru KEADILAN mengambil tempat.

Sebagai sebuah parti, kita tidak ada banyak masa untuk kembali ke landasan asal perjuangan kita iaitu membela rakyat ke arah membentuk sebuah masyarakat pelbagai kaum yang saling menghormati, lebih berdaya dan menjamin kehidupan yang lebih baik kepada semua.

Saya dan rakan-rakan yang selama ini berdiam diri dengan segala karenah dari kumpulan-kumpulan yang berkepentingan peribadi ini akan mempercepatkan lagi kempen #AyuhMalaysia untuk membentangkan visi KEADILAN untuk masa depan yang lebih baik.

Saya seru seluruh anggota KEADILAN supaya tidak lagi menghiraukan kekecohan yang cuba ditimbulkan oleh segelintir kelompok yang kalah ini dan bekerja untuk kita meyakinkan kembali rakyat bahawa KEADILAN adalah pilihan terbaik rakyat.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden Keadilan (Dipilih)

5 Julai 2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 5 July 2022 — 5:35 pm
Subscribe
Notify of
guest

11 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
gateio
gateio
3 June 2023 5:15 pm

I have read your article carefully and I agree with you very much. This has provided a great help for my thesis writing, and I will seriously improve it. However, I don’t know much about a certain place. Can you help me? https://www.gate.io/th/signup/XwNAU

zunnun
zunnun
6 July 2022 12:03 am

….#mat-nassan terjaga dari #lena dgn mengatakan bahawa kerajaan yg ada ‘illegitimate’, maka perlu mengadakan #snap-lection’ dgn segera…

..dgn sedemikian #mAt-hassan cuba menyindir #YDPA bahawa kerajaan yg dinaungi nya, kerajaan yg ‘unauthorized’, #tanpa-ada-kebenaran…

..dgn sedemikian, #mAt-hassan cuba perkatakan bahawa tindak #omNO menyokong #langkah-sheraton itu sesuatu yg ‘prohibited’…

sejak kena sergah kerana mengusik MA63, kemudian terbabas dgn #Asia-Times dan terkini mengatakan bahawa kerajaan yg ada satu kerajaan yg unlawful…

betul kata #zaharin, #mat-hassan ini #byak-sembang-kari bila berucap…

zunnun
zunnun
5 July 2022 10:50 pm

lupakan #pujaWANg utk sementara waktu, utk mendapat pengesahan bahawa #si-saka-tua telah melantik #wau-bule, #TT, #jr-raggie & #kathrie sebagai colon #pru15…

#wau-bule dgn kegilaan nya dgn mantra, #anwar-peliwat, manakala #jr-raggie dgn pengakukan bahawa #si-tua-saka pemimpin #islam terulung negara..

..jgn pula nanti, bila kena saman tak mampu membayar nya, hingga terpaksa bergadai #anak-pornpuan #tokei berduit pula…

..yg pressing ketika ini, #ppbm mendesak jawatan #timb-pM dari #mailsabri dan surat #RoS kpd #omNO utk mengadakan pemilihan paling lewat 29hb Dec tahun ini…

ini akan menukar ‘landscape’ politik tanah air dari kekakuan sediada…

zunnun
zunnun
5 July 2022 10:39 pm

permasaalahan #farshah amat #kecil jika dibandingkan dgn ape yg dikatakan oleh #mAt-hassan dlm ‘interview’ nya dgn #Asia-Times baru2 ini..

..bila #mAt-hasan berkata, masaalah #omNO akan selesai, jika #najib di penjarakan …

..tapi kemudian nya membuat #U-Turn menafikan nya dn alasan ‘out-of-context’…

..lalu Nick Kochan, Wartawan yg membuat liputan ‘interview’ tersebut memperkukuhkan penafian #mAt-hassan dgn mengatakan bahawa #audio-recording ada sebagai bukti….

jika benar ape yg di katakan oleh #mAt-hassan, sebagai #timb-president -parti, maka ape yg #tajuddin katakan sebelum ini ada kebenaran nya …

zunnun
zunnun
5 July 2022 10:28 pm

..tindakan #rafizi (3) jelas menunjukan ‘conflict of interest’ kerana dgn memberi #rafizi kuasa utk memerangi sesiape sj yg cuba ‘sabotage’ parti sedangkan isu yg di bawa oleh #farhash hanya lah utk mendapatkan membelaan… ..bila #pkr cuba menunjukan mereka reformist, tapi tidak di tunjukan dan berbudaya sedemikian, akan di ketawakan pihak lawan… #farshah cuba mengambil kesempatan dgn membawa satu polimik menguji kepimpinan #anwar, seperti mana #assmin lakukan terdahulu, merasakan diri nya lagi rapat dgn #anwar dari #rafizi… persoalan nya dimana pendirian #saifuddin dlm hal ini…? jika #saifuddin bersuara dgn menyokong #rafizi, maka sedikit sebanyak merapatkan saf dlm kepimpinan berdasarkan #saifuddin masih… Read more »

zunnun
zunnun
5 July 2022 10:07 pm

terkini dgn resmi nya, bermula perang saudara dlm #pkr, antara #rafizi & #farhash…

jawatan discipline parti & kepimpinan tinggi #pkr ada #2-pilihan utk membuat keputusan…

..mengeluarkan surat amaran kpd farhash tindakan nya mempersoalkan keputusan resmi #audit-parti….

atau

…mengeluarkan surat memanggil nya mengadap jawatan discipline parti…

sementara itu, beri mereka2 peluang utk mendapatkan pencerahan mengenai keputusan JPP terkini, dgn mengemukakan rayuan, dan perlu di dengar dlm masa 14 hari..

ini memberi kesan pd tarikh kongress yg dirancang…

jika #pkr parti reformist, tunjukan sifat2 reform dlm etika mereka…

Din Remos
Din Remos
5 July 2022 7:17 pm

Pemilihan dah selesai, senarai pemenang telah diumumkan. Memanglah pihak yang kalah tidak akan berpuas hati terutamanya orang yang macam Salvador Wafer Roti Benggali tu. Awal-awal lagi dia sudah menunjukkan dengan jelas permusuhannya terhadap Rafizi. Once, he was one of Anwar’s most trusted lieutenants. Nuar pun suatu masa dulu mesti sayangkan Mamat ni…sebab tu dilantiknya jadi Ketua PKR Perak. Kemunculannya secara tiba-tiba saja dan terus diangkat menjadi orang kepercayaan Presiden PKR. Nuar ni mudah percaya kepada orang. Si Saiful yang kerjanya bancuh air saja pun diberi kepercayaan dan kebebasan yang lebih…kesudahannya apa yang berlaku…Oppss sori…ini mungkin kerja jahat Atok atau pun… Read more »

Anonymous
Anonymous
5 July 2022 11:56 pm
Reply to  Din Remos

WOWW.. BRAVO DIN REMOS!

HA HA HA.. MMG TERBAIKLAH BRO…

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Soalan Bro Din Remos ni ternyata sarkastik sekali
Nampak spt Nek “Et tu Brute” tu dia terus nak buli
Mmg nya blog Budin ini, Nek dah tak ambil peduli
Sbb, Nek dok sibuk mngangkang puki kt Benggali
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

“Fiddunya Wal Kabaddi”
KAH KAH KAH KAH
😀😃😄😆😅😂🤣
“Et Tu Brute”..!!!

Anonymous
Anonymous
6 July 2022 5:08 am
Reply to  Din Remos

Boleh belajar dari sejarah Atok Saka dgn semua No. 2 gara2 obsesi Machiavellian, matlamat kekal kuasa dunia menghalalkan apa cara tanpa fikir balasan akhirat dan kifarah dunia.

Musa Hitam, Ghaffar, Anwar, Pak Lah, Najib semua dipilih sendiri, awal disayangi dan semua berakhir dengan berdarah.

Musa Hitam terpaksa buat perakuan interview terbuka kalu dia tidak concede dan kekal defiant dgn Atok Saka, dia akan diframe up sodomi, video seks hatta dgn binatang sekali pun.

Cuma Moo berjaya hentikan putaran bila memecat Pengasas/ExPengerusi Bersatu, itu pun gara2 Sheraton Move bila sama2 rancang mengkhianat tangan yg menyuap mereka, sponsor dan bantu menang diPRU14.

zunnun
zunnun
5 July 2022 6:28 pm

..yg amat kritikal ketika ini, #pkr mengelakan perpecahan dalaman parti dari pemilihan yg telah diadakan… ..betul ke pemilihan telah selesai atau sentiasa sedang berlaku… bagaimana #pkr ingin menghadapi rakyat dan seteru mereka jika sesama sendiri bersengketa… di sini, #saifuddin & #wawi perlu memainkan peranan mereka manakala #anwar bergabung dgn #rafizi meneruskan agenda perjuangan utk membawa kesedaran rakyat jelata… ..move in tandem dan seiring dgn ketentuan semasa, ‘navigate’ the narrow pasage of #2-lautan, jgn melampaui antara kedua2 nya… ..keadaan ‘causal’ semasa yg sentiasa berubah2 bentuk nya… kitab yg di tulis oleh mereka2 setelah meninggalan #muhammad memerlukan #hikmah utk melaksanakan nya, jauh… Read more »

zunnun
zunnun
5 July 2022 5:44 pm

Oops ? Oops ! Oops .

..dari mana dtg nya kemenangan jika tidak dtg nya dari kekalahan…

..layani mereka yg kalah dgn berhemah, ape yg mereka inginkan tak lain, menunjukan kekalahan sebagai satu perjuangan…

bukan kah itu yg #pH selama ini lakukan, dlm kekalahan, bangkit membetulkan diri utk melakukan perubahan diri…

…jika tidak lagi melayan mereka seperti jua rakyat tidak melayan kekalahan #pH ….

..bawa mereka bersama jgn jadi kongkang dlm perjuangan, winner takes all, loser loose all…