KERAJAAN HARUS BANTU 200 RIBU VETERAN ATM TAK BERPENCEN

Pada hari semalam Jumaat 1.7.2022 saya telah menghadiri pertemuan ramah Mesra dengan anggota Persatuan Veteran ATM Tak Berpencen Malaysia (PVATTBM) Cawangan Pasir Gudang di Taman Desa Perwira.

Di dalam pertemuan itu saya dimaklumkan terdapat lebih 100 orang pesara atau veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tak Berpencen di Pasir Gudang dan majoritinya tinggal di Taman Desa Perwira.

Saya juga dimaklumkan terdapat lebih kurang seramai 200,000 orang veteran tidak Berpencen di seluruh Malaysia.

Pesara atau veteran tidak berpencen ini telah berkhidmat pada tahun-tahun 60an, 70an, 80an pada zaman Malaysia menghadapi ancaman bersenjata dari Parti Komunis Malaya.

Rata-rata Veteran ATM tidak berpencen ini sekarang berumur warga emas iaitu lebih 60 tahun. Kebanyakannya menghadapi masalah kewangan dalam kehidupan dan masalah kesihatan.Bantuan Kebajikan dari Kerajaan amat diharapkan.

Pada masa sekarang Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM hanya memberi elaun Kos Sara Hidup secara berpilih-pilih dan amat terhad kepada pesara veteran ATM yang dikategorikan sebagai amat daif dan miskin.Elaun Kos Sara Hidup itu sebanyak RM300 sebulan.

Dalam pertemuan semalam, anggota Persatuan Veteran ATM yang tidak berpencen itu memohon perhatian Kerajaan supaya bantuan Kos Sara Hidup diberikan secara otomatik kepada semua pesara veteran.

Mereka juga berharap Kos Sara Hidup itu dinaikkan dari RM300 kepada RM500 sebulan memandangkan harga barangan keperluan Harian yang meningkat Tinggi sekarang.

Dengan Hal yang demikian, selaku Ahli Parlimen saya menyeru kepada Kerajaan supaya mendengar keluhan ratusan ribu pesara veteran tidak berpencen ATM di seluruh Malaysia.

Keamanan Negara sekarang dan kemewahan Hidup yang dinikmati sesetengah golongan Rakyat istimewa di Malaysia kini adalah hasil pengorbanan jiwa dan raga termasuk nyawa para perajurit dan tentera ATM.

Kerana itu adalah tanggungjawab Kerajaan yang berkuasa sekarang untuk menolong golongan veteran tersebut yang kebanyakannya Hidup dalam keadaan susah.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

02.07.2022

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 2 July 2022 — 11:10 am
Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
zunnun
zunnun
2 July 2022 4:46 pm

#mailsabri memberi amaran, jgn siape berani menyangkan perlantikan #tajuddin sebagai duta ke #indonesia… ..kerana perlantikan tersebut diperkenankan #YDPA… kini dgn perlantik 72 menteri2 & duta2 khas berjumlah 72 kesemua nya, lalu #anwar memberi amaran pd kerajaan serba bingai #mailsabri… #indonesia ada 280 juta penduduk, hanya ada 40 menteri sj malah $india & #china lebih rendah menteri2 mereka dari negara…. apekah dgn 72 menteri2 & duta2 khas, kerajaan #bN-melayu2islam-mailsabri yg paling ‘super efficient’ dlm dunia…? terlebih efisen kini kini sanggup berjiohad melawan #ayam2 & telor2 utk rakyat jelata…. kesian, ape nak jadi dgn slogan #melayu2islam… apekah istilah #melaytu2islam itu satu penjenamaan… Read more »

zunnun
zunnun
2 July 2022 12:42 pm

..#mailsabri merayu, #bN perlu menyerang pembangkang, bukan sesama sendiri….

#mailsabri merayu, #bN perlu perkukuhkan kerajaan yg di anggotai oleh mereka bersama dgn #pN, #grs, #gps & #pN bersama dan menyerang pembangkang …

..salahkan pembangkang kerana kenaikan harga barang, tarik subsidi, darurat, wabak-covid, bergaji byak menteri, bergaji buta menteri2…. rasuah sana sini…

zunnun
zunnun
2 July 2022 12:07 pm

..’jihad tangani insflasi…’

…dari kepimpinan #melayu2islam….

..pemimpin2 #melayu2islam blh ke lakukan seperti berikut…

…jihad mengurangkan jemaah menteri dan rehatkan menteri2 yg bergaji buta saban hari…

..jihad melakukan rasuah dan jihad menjauhi samun menyamun sana sini…

zunnun
zunnun
2 July 2022 11:56 am

…lagi parah kerjaan #mailsabri kini perlu pula berhadapan #warga-pencen-ATM pula…

…dgn keadaan duit perbendaharaan semakin berkurangan, ape sj semua nya taka kena..

…lagi pening #mailsabri tercari2 #dana-formula pilihanraya utk membolehkan kemenangan dgn slogan baru pula…

lain pula…

bukan lagi #gemilang-terbilang-temberang, bukan lagi #transformasi dah jauh sekali #emergency…