TOK MAT DAN NAJIB – CUBA CERITA HAL SEBENAR TENTANG GERAKAN UNDURKAN ZAHID HAMIDI?

Antara perkara yang didedahkan oleh bekas ahli MT yang dipecat, Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang medianya semalam ialah tentang gerakan pemimpin kanan UMNO yang pernah dilakukan pada tahun 2020 untuk memaksa Zahid Hamidi berundur daripada terus memimpin parti.

Katanya, antara pemimpin kanan yang terlibat dalam gerakan itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin.

Bagaimanapun kata Ahli Parlimen Pasir Salak itu, gerakan tersebut gagal kerana Mohamad Najib telah belot di saat-saat akhir.

Tambah beliau, Mohamad atau Tok Mat belot kerana digertak oleh pegawai kanan Zahid Hamidi.

Namun, Tajuddin tidak menghuraikan sebab mengapa Najib juga belot daripada gerakan tersebut.

“Ketuanya siapa? Tok Mat (Mohamad) dan Bossku (Najib).

“Mereka suruh turun buat tinjauan, berapa ramai Ketua UMNO Bahagian yang setuju. Kalau saya tak silap ada 130 bahagian (di seluruh negara) yang setuju.

“Tok Mat setuju, Bossku setuju. Kenapa tak jadi? Sebab Tok Mat sebagai ketua dengan Bossku belot,” tegas Tajuddin lagi.

Sebagai bukti wujudnya gerakan tersebut, Tajuddin turut menunjukkan sekeping gambar pertemuan pemimpin-pemimpin kanan UMNO itu yang dirakam lebih dua tahun yang lalu.

Petang tadi, Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai gerakan itu berkata, beliau tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya tidak mengetahuinya.

“Kalau ada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan kedudukan saya sebagai presiden parti, mereka mesti ikut saluran yang betul,” kata beliau.

Begitu pun, berdasarkan pendedahan Tajuddin itu, satu perkara yang nyata ialah Tok Mat dan Najib pasti tahu mengenai gerakan tersebut.

Kalau tidak, mana mungkin Tajuddin berani menyebut nama mereka.

Sehingga ini pun, setelah lebih 24 jam berlalu setelah pendedahan Tajuddin itu, kedua-dua pemimpin berkenaan belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan dengannya.

Jadi, sekarang bolehkah Tok Mat dan Najib segera memberitahu semua ahli UMNO sama ada benar atau tidak wujud gerakan tersebut?

Apakah sebabnya mereka pada mulanya setuju terlibat dalam gerakan untuk menekan Zahid Hamidi berundur sebagai Presiden UMNO?

Dan mengapa pula mereka kemudian jadi belot?

Apakah perkara yang pegawai kanan Zahid Hamidi gertak kepada Tok Mat sehingga beliau jadi layu, seterusnya setuju untuk belot?

Kepada Najib, apakah sebabnya beliau juga belot setelah setuju pada peringkat awalnya untuk menekan pengunduran Zahid Hamidi?

Lebih menghairankan, mengapa setelah belot, Tok Mat dan Najib sehingga sekarang jadi begitu kuat mempertahankan Zahid Hamidi?

Adakah apa-apa rahsia mengenai kedua-dua pemimpin itu yang disimpan oleh Zahid Hamidi?

Tok Mat dan Najib – tolong munculkan diri dan cerita segala-galanya kepada semua ahli-ahli UMNO? – ShahbudinHusin 28/06/2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 28 June 2022 — 8:05 pm
Subscribe
Notify of
guest

15 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
zunnun
zunnun
29 June 2022 3:00 pm

‘..malaysia is the ‘most’ corrupt country to do business, according to Asian Wall Street Journel…

lalu ditanyakan soalan pd #zahid oleh timb. pendakwaraya, #raja-rozela kpd #zahid..

‘…apekah kamu setuju..?’

lalu #zahid menjawap…

‘…itu semua persepsi sj…’

bila persepsi mula dilontarkan, membawa pergertian, ada kesedaran mengenai nya…

amat memalukan negara bila mantan perdana menteri & timb nya ditelanjangkan bertubi2 dlm mahkamah dgn pendakwaan rasuah sedangkan #melayu2-omNO masih mendewa2 akan mereka…

terkini menjemput kedua2 mereka ke konvensyen #omNO-sabah dgn kehormatan luar biasa oleh #ahli2 nya dgn memberi jolokan #negarawan pula..

zunnun
zunnun
29 June 2022 2:30 pm

#hakim yg mengendalikan perbicaraan amat kecewa dgn #guan=eng memberitahu wartawan2 bahawa beliau tidak bersalah…

tapi hakim2 yg mengendalikan kes #najib tidak pula kecewa dgn dakwaan beliau tak bersalah…

what a bull…

Lan Kangar
Lan Kangar
29 June 2022 11:52 am

Geng kemaruk haloba cuba meneran kencing, nak kencingkan kepala orang. Inilah contoh nya…

https://malaysiadateline.com/guan-engs-trial-witness-agrees-zarul-is-someone-who-is-willing-to-fabricate-evidence/

Betapa musibatnya spesis melayu rakus haloba ini. Pastinya dia tak sendirian. Terang lagi bersuluh.

Bila jahiliah bertopeng alim, inilah jadinya

Anonymous
Anonymous
29 June 2022 1:08 pm
Reply to  Lan Kangar

Krg lbh kes sodomi 1 & 2 Anwar. Byk cerita tunggang langgang & bertentangan antara fakta & auta yg blh diikuti ketika perbicaraan. Episod LGE & terowong ni tak lbh tak krg. Tgk saja adegan seterusnya

zunnun
zunnun
29 June 2022 2:26 pm
Reply to  Anonymous

intipati nya, mana bukti money trail nya…

yg ada setakat pengakuan #zafrul yg mengatakan memberi wang pd #guan-eng dan menerima nya dgn senyunman…

jari2 dlm #sprm &corridor-of-power dari kerajaan #mahiaddin yg ‘orchestra’ pendakwaan ini utk memperkukuhkan #kerajaan-melayu2-islam nya agar dilihat #dAp itu benar2 musuh mereka….

zunnun
zunnun
29 June 2022 2:25 am

kini #tajuddin telah ‘pluck’ tali guitar nya, hingga resonate pd keseluruh ‘dunia’ politik semasa negara… apekah tenaga dari ‘pluck’ yg #tajuddin lakukan mencukupi? ape kata, #tajuddin ‘pluck’ tali guitar yg lebih halus, let say, 10 kali halus dari ape yg diperkatakan nya…? apekah tenaga dari ‘pluck’ terbaru nya blh membekalkan musuh2 politik #omNO pergunakan utk menghadapi #pru15 nanti ? tapi ape kah #tajuddin mampu ‘plucking’ kehalusan 10 kali ganda dari yg telah di lakukan dlm press conference nya ? jika sedemikian, maka ape yg #tajuddin cuba terangkan benar belaka… bagitu lah bila manusia cuba mempercayai #tuhan mereka, cuba2 buat ‘plucking’… Read more »

zunnun
zunnun
29 June 2022 1:50 am

‘..burden of proof (2)..’ ‘..covenant/perjanjian manusia dgn #tuhan dan #tuhan dgn manusia..’ ..benar ke ada perjanjian sedemikan antara #tuhan pd manusia sedangkan ape yg perjelaskan hanya perjanjian manusia pd #tuhan mereka sj…’ apekah janji #syurga & #neraka itu benar ? ..di sini nya yg berlaku satu kesangsian… hingga covenant/perjanjian #tuhan pd manusia menjadi satu #fallacy hingga menimbulkan (A) = (-A) antara sesama manusia … …percaya akan syurga/neraka nya, percaya akan carrot/stick nya, dan tidak percaya akan perkara sedemikain jua…. ngape sedemikian ? ‘…adakah kerana penjelasan yg diberikan oleh yg mempercayai tidak tidak diterima cognitve logic nya oleh mereka yg tidak… Read more »

zunnun
zunnun
29 June 2022 1:30 am

‘…the burden of proof..’

sejak sekian lama manusia melihat #mahluk-asing di merata lokasi #bumi dan ruang udara nya, malah melihat serpihan #alat penerbangan yg jatuh ke bumi seperti di #roswel & #pergunungan-ural..

..selain jasad2 #mahluk2-asing jua..

the burden of proof yg terdahulu terletak ditangan mereka2 yg menjumpai & melihat nya kini ‘shifted’ beralih pula pd kekuasaan manusia ditangan pemimpin nya utk membuktikan kebenaran nya…

ape pula burden of proof yg rakyat perlukan dari pemimpin2 nya di negara ini utk membuktikan bahawa pemimpin2 yg di beri mandat benar2 prihatin terhadap mereka…?

atau

masih lagi leka dgn bersandiwara mengayakan kepentingan mereka ?

zunnun
zunnun
29 June 2022 1:11 am

kesempurnaan kejadian itu bukan sj bermaksud bertalian #zat-sifat2 sj…

..perlu melibatkan symmetry bentuk afaal nya..

maka, apekah tindakan #politik, sesuatu keputusan/tindakan politik yg dicaknakan perlu berbentuk ‘symmetrical’….

apekah itu tindakan yg symmetrical ?

tindakan yg mana, kedudukan pd neraca menimbangi yg di kanan dan yg di kiri…

dlm sepakatan…

bukan kah itu tujuan manusia, mengimbangi kemanusian mereka…

zunnun
zunnun
29 June 2022 12:57 am

tidak hairan jika ada usaha #najib & #mAt-hassan cuba ‘usurp’ kedudukan #zahid dgn mendesak nya letak jawatan nya dlm mengetuai #omNO…

dlm #dunia-politik tiada kesetian, dan yg perlu dilihat disini apekah reaksi penyokong2 #zahid dlm #omNO akan melihat nya satu niat utk merampAs kuasa…

dgn tersebar nya uasaha sedemikian, apekah #najib & #mAt-hassan tidak lagi dilihat kepimpinan yg akar umbi #omNO hajati ?

atau sesikap tuli, buat buta, buat pekak & buat bisu, asalkan dapat upah tak kisah sekali pun dgn melacur maruah diri..

zunnun
zunnun
29 June 2022 12:43 am

#tajuddin ‘terpaksa’ tandatangani #SD..

atau

#tajuddin dipaksa tandatangani #SD…

walau bagaimana pun, integriti #anwar dlm perkara ini berkisar pd..

#anwar perolehi #SD2 dari #15-MP2-omNO

termasuk #najib & #zahid…

bermakna ape yg dilakukan oleh #mahiaddin tidak ada beza nya dgn ape yg dilakukan oleh #anwar ?

jika sedemikian, maka dlm dunia #politik, tiada istilah ‘bersih’, hanya sekadar siape yg berjaya berkuasa…

oleh yg demikian, #tuhan-hadi yg #hadi perkatakan melalui #amanat-nya, sama jua, tidak perlu ‘bersih’ asalkan berjaya utk berkuasa sentiasa…

Din Remos
Din Remos
28 June 2022 10:48 pm

Sementara menunggu puak-puak dua ekoq tu menjelaskan duduk perkara, elok juga kita tuntut penjelasan dari DSAI, benarkan dia bersekongkol dengan Zahid Hamidi supaya mendapatkan sokongan cluster mahkamah agar beliau ada majoriti untuk jadi PM…….?

zunnun
zunnun
29 June 2022 12:05 am
Reply to  Din Remos

..right-on..

#mahiaddin tergiler2 mendapatkan #najib & #zahid…

apekah #anwar sama juga sikap nya dgn #mahiaddin ?

ini yg menyebabkan #rafizi melarang #pkr/#pH ‘shake-hand’ with the ‘devil’…

dlm perkara ini, yg dilihat, #si-tua-saka sj yg menjauhi tidak rela bersama #najib & #zahid akhir nya tidak mengikut serta bersama #mahiaddin…

..tapi yg pelik nya, #nyanyuk tahap ape yg membuat nya meletakan jawatan, tanpa berunding dgn kepimpinan #pH..

Anonymous
Anonymous
29 June 2022 5:45 am
Reply to  Din Remos

SEMUANYA KERANA ATOK….JAHAT BETOI ATOK YA…MEREKA BELAJAR DARI ATOK YANG LAMA MEMERINTAH.. 3 Ahli Parlimen Umno lompat ke Bersatu selepas PRU14 demi ‘selamatkan diri’, kata Zahid V Anbalagan -June 28, 2022 Ahmad Zahid Hamidi (tengah) berkata, tiga Ahli Parlimen terbabit adalah dari Masjid Tanah, Jeli dan Bagan Serai. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiga Ahli Parlimen daripada partinya berpaling tadah kepada Bersatu sejurus selepas pilihan raya umum ke-14 untuk “menyelamatkan diri” selepas disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Saya faham mereka mempunyai beberapa kes yang disiasat SPRM,” kata Zahid dalam perbicaraan… Read more »

Anonymous
Anonymous
29 June 2022 5:46 am
Reply to  Din Remos

ATOK PUN PUNCA JUGA- ATOK PUNCA BENDA INI BERLAKU KERANA TIDAK MAHU MELEPASKAN JAWATAN KEPADA ANWAR. KALAU IANYA BERJALAN TERATUR , NEGARA INI PUN AKAN BERJALAN ERATUT Kerja mereka tukar PM, bukannya nak tadbir negara, kata Dr M FMT Reporters -June 28, 2022 Dr Mahathir Mohamad berkata, pendedahan Tajuddin Abdul Rahman berhubung gesaan menandatangani akuan bersumpah menunjukkan ada banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. PETALING JAYA: Tanpa menamakan mana-mana parti politik, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad membidas pakatan yang cuba menukar perdana menteri, bukannya hendak mentadbir negara. Beliau berkata demikian susulan pendedahan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno,… Read more »