MENUNGGU TAJUDDIN RAHMAN JADI USTAZ TAJUDDIN RAHMAN…

Tidak lama selepas Tajuddin Abdul Rahman dipecat sebagai Ahli MT UMNO, kemudian disusuli kemungkinan beliau juga akan digugurkan sebagai calon dalam PRU15 akan datang, Pas dengan pantas menawarkan sedia memberinya laluan bertanding atas tiket parti Islam itu.

Kata Pas Perak, jika PN memperuntukkan kerusi Parlimen Pasir Salak kepada parti itu dan Tajuddin tidak terpilih sebagai calon mewakili BN, pihaknya sedia memberi laluan kepada Duta Besar ke Indonesia itu untuk bertanding mempertahan kerusinya.

Kiranya ini menjadi kenyataan, bermakna Tajuddin dalam PRU15 akan datang akan bertanding atas tiket PN mewakili Pas.

Tentunya juga beliau terpaksa berlawan dengan calon UMNO dan BN iaitu parti yang menaikkan namanya sebelum ini.

Wahhh…ini sudah dikira suatu perkembangan yang menarik?

Mahu tak mahu, apabila Tajudidn bertanding atas tiket Pas, tentu saja lebih afdal bagi beliau memakai kopiah putih sepanjang kempen dan mula belajar memetik beberapa ayat Al-Quran dan hadis dalam ceramah kempennya.

Mahu tidak mahu juga, untuk membezakan beliau ketika bersama UMNO dengan bersama Pas, lebih molek lagi namanya ditukar sebutan daripada Datuk Tajuddin kepada Ustaz Tajuddin.

Ya Ustaz Tajuddin…sedap pulak bunyi nama itu…

Politik adalah seni yang serba mungkin dan lawan menjadi kawan atau kawan menjadi lawan adalah lumrah yang tidak dapat dielakkan atas pertimbangan untuk mengekalkan kuasa serta menyingkirkan saingan.

Untuk itu, jika Tajuddin bertanding mewakili Pas atas tiket PN setelah namanya diketepikan oleh UMNO dan BN, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan.

Tambahan lagi, Pas dalam sejarah masa lalunya memang diketahui kerapkali bersikap pemurah memberi laluan kepada musuh yang bertukar menjadi kawan untuk diberi peluang bertanding.

Kamaruddin Jaafar daripada UMNO, apabila menyertai Pas selepas Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, dengan senang hati telah diberi peluang bertanding di Parlimen Tumpat.

Ibrahim Ali, tokoh kontroversi Kelantan juga pernah diberi peluang bertanding menggunakan tiket Pas di Pasir Mas.

Selain itu, Pas sendiri adalah parti yang paling terbuka di negara ini di mana ia mempunyai sejarah pernah berkawan dengan semua parti utama, termasuk DAP dan UMNO.

Kalau dengan DAP dan UMNO pun Pas boleh berkawan, meski berpisah akhirnya, apalah sangat setakat memberi peluang Tajuddin bertanding menggunakan nama partinya.

Setidak-tidaknya ada juga perkara tertentu yang menunjukkan Pas bukan sebuah parti yang jumud.

Di pihak Tajuddin pula, sama ada kalah atau menang jika bertanding menggunakan logo Pas nanti, ia bukanlah perkara pokok yang perlu dirisaukan sangat kerana yang lebih penting ialah menunjukkan sikap melawan terhadap UMNO.

Sebagai anak jati Pasir Salak, menunjukkan sikap melawan dan tidak berdiam diri begitu saja apabila namanya digugurkan sebagai calon adalah bukti yang menunjukkan darah pahlwan Datuk Maharaja Lela yang pernah membunuh JWW Birch benar-benar mengalir dalam tubuh Tajuddin.

Tidak melawan dan menyerah kalah apabila digugurkan jauh lebih memalukan daripada kalah setelah berani melawan.

Yang penting buat Ustaz Tajuddin, pilihan sudah ada buatnya dan tidaklah seperti Dr Puad Zarkashi yang sekadar mampu merungut, tetapi tidak berani melawan apabila namanya digugurkan dalam PRU14 tahun 2018 lalu. – ShahbudinHusin 27/06/2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 27 June 2022 — 8:16 am
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
27 June 2022 5:33 pm

FORMULA WAK JAHIT LEPASKAN DIRI:

1. Kerap mohon tangguh kes mahkamah
2. Pancung MP tak sehaluan & ganti dgn species sama.
3. Tangguh pemilihan UMNO
4. Desak PM bubar parlimen cepat utk PRU
5.Susun calon2 sehaluan utk PRU
5. Jika UMNO menang PRU, proses tunggang institusi akn bermula
6. Istihar Kenerdekaan.

zunnun
zunnun
27 June 2022 10:25 am

..apekah sesuatu yg menajubkan mengetahui akan supremacy agama & bangsa itu suatu yg mutlak… ..kerana pemikiran sedemikan sudah jauh ketinggalan tapi masih diguna-pakai oleh pemain2 politk semasa di kebanyakan negara dan malaysia tidak ketinggalan sama… ..ketinggalan bukan sj kerana manusia hidup bersama2 dgn species yg lain di #bumi, hingga menyuruh haiwan menyebut nama #tuhan, sesuatu yg amat menajubkan bagi mereka.. ..tapi lebih menajubkan bila zahir ‘intelligence’ yg melebihi dari kebijaksanaan manusia di #bumi nya… satu penemuan yg menjadi ‘changer’ pd pemikiran manusia sediada, bukan lagi terbatas pd permasaalahan ‘local’ #melayu2islam yg kini menu pd pemimpin2 yg tandus akal pemikiran meerka…… Read more »

Anonymous
Anonymous
27 June 2022 10:10 am

HA HA HA

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Kini citer politik agak heboh pasal Tajuddin Ramli
Tapi, ke mana pergi Nek “Et tu Brute” si pekak tuli?
Adakah tk berani masuk kerna takut didera & buli?
Atau, sbb Nek leka & asyik dlm pelukan Benggali?
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

“Fiddunya Wal Kabaddi”
😀😃😄😆😅😂🤣
“Et tu Brute”..!!!

zunnun
zunnun
27 June 2022 10:03 am

sedang negara terhempit dgn kecelaruan kepimpinan tergiler2 tidak melepaskan gengaman kuasa mereka…

#jokowi kini sedang berusaha mendamaikan konflik ukraine/russia …

..sedang negara terkesan dgn ‘pettiness’ mengunakan isu ketuanan #bangsa-agama negara maju sedang mencari jalan utk menimbangi usaha bagaimana melakukan ‘engagement’ dgn #mahluk2-asing yg kini bukan lagi satu keraguan tapi satu kebenaran bentuk nya…

‘engagement’ yg menyentuh struktur theologi yg selama ini dijadikan asas oleh sekelian agama…

…mengenai #tuhan dan Ujud #Nya…

zunnun
zunnun
27 June 2022 9:48 am

…kesempitan & ketandusan yg menyelubungi negara kini amat ketara dgn permasaalahan yg ada tidak dapat di selesaikan oleh kerana kerapuhan & fabrik pemikiran kepimpinan2 yg ada… dari singgahsana yg tergiler2 mengugut utk membawa keluar negeri nya dari persekutuan selain memberi ruang pd #banduan bersantap bersama nya di istana… kpd peimimpin2 yg ketakutan dipenjarakan hingga manjadikan #penafian sebagai #false-flag utk kembali berkuasa… ..di ikuti dgn para2 menjilat2 yg melintah dari upah2 yg diberikan… dan mahluk2-asing yg mengunakan agama utk bercerita akan nikmat bidadari penyedap di syurga… negara memerlukan amat ketandusan memerlukan pemikiran baru utk keluar dari kemelut2 yg dilakukan melalui acuan… Read more »

Anonymous
Anonymous
27 June 2022 9:45 am

Wow.. Demi kuasa PAS sanggup terima TR. Moga tidaklah nanti tercipta pula ustaz tua lalok, ustaz pelucah & bermulut celupar cap bulan putih hijau.

Tak dapat aku bayang TR siap berlebai berserban dengan perangai gatal merenyam tu bila berbahas dgn lawan jantina.

Adoyai PAS PIS PUS…

Lan Kangar
Lan Kangar
27 June 2022 9:32 am

Pulau Batu Putih. Apakah ada Kong Kali Kong? Ada makhluk dapat habuan???

https://malaysiadateline.com/tun-m-jawab-tentang-isu-pulau-batu-puteh/

Kerajaan hari ni wajib siasat hatta sampai ke lubang caching pun knp Mahathir selaku PM ketika itu begitu mudah melepaskan asset negara Malaysia ini. Alasan beliau krn Singapore & Riau boleh dilepaskan sebelumnya oleh pemerintah Malaysia terdahulu langsung tidak boleh diterima.

Apakah Mahathir semudah itu sanggup meneruskan kebodohan pemerintah Melayu era lampau atau ada muslihat lain yg disembunyikan? Barangkali Ada Udang Sebalik Batu!

Mohon pihak berkuasa berkenaan segerakan siasatan terperinci punca sebenar hak milik Pulau Batu Putih begitu mudah dilepaskan Mahathir kpd negara jiran, Singapore.

Anonymous
Anonymous
27 June 2022 9:50 am
Reply to  Lan Kangar

Sebut Sikutty Madet, teringat SiKitol dan Keling Mandeliar. Siri pengkhiatan terus berulang?

zunnun
zunnun
27 June 2022 9:18 am

#false-flag, dgn mengunakan taktik, dgn #tajuddin sebagai alat, utk menunjukan pd warga #omNO, #tajuddin cuba membunuh #omNO …

bukan musuh tapi warga nya sendiri yg cuba membunuh #omNO, telah membuat #zahid & #najib membakar jambatan mereka utk kembali pd normality pejuangan asal mereka…

kini pejuangan mereka tertumpu utk membebaskan diri2 mereka dari di penjarakan…

#omNO dari atas dikepalai oleh2 bangkai yg sedang terkial2 meminta talian hayat dari siape ?

bukan kah dari #mailsabri & kluster-menteri2 ?

zunnun
zunnun
27 June 2022 9:05 am

..tapi…

jika #tajuddin di gelar dgn sandaran terbaru, #lebai-tajuddin, apekah #tajuddin akan mengikut perangai #hadi atau #hadi yg terikut2 perangai #tajuddin akhir nya ..?

zunnun
zunnun
27 June 2022 9:03 am

ape akan berlaku jika sabitan #najib diperakui oleh mahkamah persekutuan dan #zahid di sabit kesalahan nya oleh mahkamah tinggi dgn scandal nya dgn #UKSB… apekah ramai dari kalangan #omNO mula menamakan diri nya #tajuddin2 merata… ape pula akan berlaku jika pertunduhan #SRC terhadap #najib perlu dibicarakan kembali atas teknikal bukan sesekali di bebaskan dan segala bibit2 rasuah mengenai kes 1MDB pula di ketahui umum… dlm keadaan ape sekali pun, keadaan #omNO yg mendewakan #najib & #zahid akan memakan diri mereka sendiri…. seperti jua #si-ska-tua dgn kelakukan & akhlak tergiler2 utk terus berkuasa yg ditunjukan terkini, memakan diri, tindakan nya jelas… Read more »

zunnun
zunnun
27 June 2022 8:34 am

..yg lucu nya, kesemua lebai2 #pAs, merasakan syok sendiri & perasan bahawa perjuangan mereka itu suci/holistik benar di sisi #tuhan mereka #reka & cipta, #tuhan yg tergiler2 berpolitik senada dgn ape di dekliminasi kan #hadi-awang melalui #amanat-hadi…

..#tuhan yg kerap melakukan kesilapan, berpolitik dgn helah-dalih utk terus berkuasa dgn persepsi & emosi…

kesian, benak sgt golongan #melayu2 yg terpedaya dgn ajaran sesat mereka…

sibodoh2 dan segiler2 #tajuddin, #pAs sama sekali bukan ‘taste’ nya utk di sertai…

…ada ramai lagi #tajuddin dlm golongan kluster-menteri yg menunggu2 utk #zahid melakukan harkiri pd diri nya sendiri…