PEMECATAN TAJUDDIN PETUNJUK UMNO BAKAL PECAH BESAR?

Pemecatan Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli MT UMNO di saat-saat parti itu makin meningkatkan tekanan agar Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob segera membubarkan Parlimen, isyarat paling mudah difahami daripadanya ialah perpecahan lebih besar kian hampir mendekati ambang pintu.

Tindakan Zahid Hamidi memecat Ahli Parlimen Pasir Salak dan Duta Besar ke Indonesia hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MT UMNO malam Jumaat lalu, sekaligus mengundang kaitan dengan ketidakhadiran Ismail Sabri dalam mesyuarat itu.

Sebagaimana yang diketahui dan bukan lagi rahsia, Tajuddin adalah penyokong kuat Ismail Sabri yang secara terbuka berani menunjukkan pendirian tidak setujunya terhadap kepimpinan Zahid Hamdi dalam beberapa isu.

Keputusan Ismail Sabri tidak hadir dalam mesyuarat itu tentu saja kerana beliau ingin meredakan keadaan berhubung desakan kluster mahkamah mahu PRU diawalkan, tambahan lagi Isham Jalil yang merupakan pendokong kuat Najib Razak diumumkan sebagai pengganti Tajuddin.

Jika pemimpin lain, misalnya yang berjawatan Ketua UMNO Bahagian dilantik menggantikan Tajuddin dan bukan Isham Jalil yang diketahui seorang yang totok Najib serta tiada sebarang jawatan dalam mana-mana hireaki kepimpinan, kebarangkalian untuk Ismail Sabri hadir mesyuarat MT mungkin masih ada.

Begitu pun, tidak hadir dan tidak melayan buat seketika desakan PRU awal di ketika rakyat sedang terbeban dan merungut dengan pelbagai perkara berkaitan kos sara hidup, ini boleh dikira tindakan bijaksana telah ditunjukkan oleh Perdana Menteri.

Di waktu yang sama, pemecatan Tajuddin bukan saja memberi isyarat bahawa Zahid Hamidi sedia memecat lebih ramai lagi mereka yang bersikap menentang dan tidak sebulu dengan kemahuan kepimpinan sedia ada, bahkan ia juga tidak lari daripada petunjuk semua penentang itu bakal digugurkan sebagai calon dalam PRU15 akan datang.

Dalam keadaan sekarang, jika PRU15 diadakan di ketika Zahid Hamidi masih Presiden UMNO dan Najib pula kekal sebagai “de facto” yang menguasai parti, sudah hampir pasti Tajuddin tidak akan dicalonkan lagi.

Bersamanya, tidak mustahil Annuar Musa, Shahidan Kassim, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin UMNO lain yang sealiran dengan Tajuddin dan pro Ismail Sabri, akan turut menerima nasib yang sama.

Adalah dijangkakan Zahid Hamidi akan memilih hanya mereka yang sehati sejiwa dengannya saja sebagai calon, manakala yang menentang semuanya bakal diketepikan.

Ia tidak lain, walaupun UMNO telah bersetuju meletakkan Ismail Sabri sebagai “poster boy” dalam PRU15 akan datang, Zahid Hamidi tetap mahu meletakkan dirinya lebih kukuh dan pencatur barisan kabinet jika ditakdirkan BN mampu membentuk kerajaan.

Dalam keadaan itu nanti, semua orang memahami, kehendak Zahid Hamidi dan Najib ialah mahu menjadikan Ismail Sabri sebagai “tawanannya” semata-mata.

Bagaimanapun, sebelum semua perancangan Zahid Hamidi dan Najib itu boleh direalisasikan menjadi kenyataan, perkara buruk yang paling hampir di depan mata berikutan tindak-tanduknya ketika ini ialah UMNO sedang menuju perpecahan yang serius.

Semua perpecahan itu akan menjadi tatapan kita semua apabila senarai calon diumumkan dan di ketika terbukti ramai pemimpin yang berada dalam kerajaan, tetapi tidak sehati sejiwa dengan Zahid Hamidi, digugurkan satu persatu.

Ia tidak saja akan mencetuskan rasa tidak puas hati dan mungkin pemberontakan, lebih buruk jika pemimpin UMNO yang digugurkan itu diambil pula oleh parti lain, misalnya Bersatu atau Pas, sebagai calon mereka.

Bagaimana pula jika sebagai tanda protes atas pengguguran ramai nama besar itu sebagai calon, beberapa pemimpin UMNO lain yang selama ini berdiam diri turut bertindak memihak kepada penama-penama yang digugurkan itu?

Dalam keadaan itu, masih ada lagikah peluang untuk UMNO dan BN memenangi PRU15?

Akhirnya, jika UMNO kalah sekali lagi, bukankah Zahid Hamidi yang menjadi punca parti berpecah seharusnya diletakkan semua beban kesalahan dan kekalahan? – ShahbudinHusin 26/06/2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 June 2022 — 5:50 pm
Subscribe
Notify of
guest

7 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
nimabi
nimabi
30 November 2023 7:58 pm

Thank you very much for sharing, I learned a lot from your article. Very cool. Thanks. nimabi

zunnun
zunnun
27 June 2022 8:25 am

seketika pemimpin2 dgn kekuasaan mereka ada, akan melakukan #false-flag-operand, satu indikasi utk membawa maksud, bahawa berlaku nya sesuatu yg tidak serasi dgn kemahunan & hajat kepentingan mereka…

ape yg #omNO kini lakukan dgn #tajuddin, ada lah satu tindakan #false-flag mengugut #kluster-menteri2-omNO mereka kerana melambat2kan mengadakan #pru15…

dgn sedemikian, tindakan #zahid diharapkan akan ‘filter’ ke akar umbi ahli #omNO bahawa #false-flag yg mereka lakukan benar utk kepentingan #omNO…

tidak mereka ketahui, #false-flag ini hanya ‘rekaan-sementara’ sj tapi akhir nya dijadikan satu penerimaan yg memerangkap parti itu sendiri…

..tidak blh U-Turn lagi…

satu konfrontasi yg tidak blh dielakan lagi…

zunnun
zunnun
26 June 2022 5:00 pm

..bertahun2 #omNO memerintah, berasaskan penafian2 bahawa segala fitnah yg dilemparkan terhadap pemimpin2 mereka semua nya bidaah, sesat, karut & menyelewengkan dgn agenda martabatkan supremacy bangsa #melayu yg sedang #omNO cipta…

kaum-bangsa- #melayu yg menagih2 pemimpin2-#melayu-omnO sedangkan pimimpin2 yg telah diberi kuasa oleh kaum2 #melayu meraihkan kekayaan bersama #tokei2-cina sj…

zunnun
zunnun
26 June 2022 4:26 pm

apekah #mailsabri-#melayu-omNO perdana menteri Malaysia atau #duta-khas Burberry ?

dari keturunan penoreh di #bera, tak kan bila dah jadi perdana menteri terus lupa dgn gaya berpakai jenama mahal2 sedangkan rakyat jelata dlm kesusahan …

tak ada penasihat yg blh menasihati #mailsabri, hingga menunjukan betape terpisah akan beliau dari bumi nyata….

sudah jadi kebiasaan bahawa tabiat sedemikain lumrah bagi #melyu2-omNO berpisah tiada dgn menunjuk2 kemewahan bila berkuasa…

Anonymous
Anonymous
26 June 2022 4:17 pm

Yang kata “MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI” adalah SiKutty Tua Bangka, bukan Anwar, bukan Rafizi apatah lagi DAP & AMANAH. Makhlok tua Serampang Dua Mata Langkawi ni bukan saja dah sailang PH bahkan UMNO juga. https://m.malaysiakini.com/news/626121 UMNO dari sebuah parti Melayu gah satu waktu dulu dgn keahlian setia lebih 3 juta hampir bersepai gara2 SiKutty Tua Bangka. Lahir Semangat 46 & Keadilan (PKR) adalah hasil “gila kuasa” dan tangan jijik Situa Bangka ini. Melalui BERSATU sekali lagi Situa Bangka ini huru harakan PKR & UMNO BN hingga PH runtuh dan Kerajaan haram Tebuk Atap berkuasa. Situa yg sama inilah yg meranapkan… Read more »

zunnun
zunnun
26 June 2022 4:16 pm

…tak cukup di selar berpakaian jenama mahal baju burberry ketika petemuan dgn perdana menteri #hsien-loong di #jepun, dan kali kedua lagi dilakukan nya di negara hari ini…

memang tak sedar2kan diri #mail-bingai nih, cuba2 lihat di seberang, president2 #hsieh-loong & #jokowi tak lah tergiler2 berfesyen ketika rakyt sedang mengadapi permasaalah, asas kehidupan mereka…

yg ini #melayu dari mana pula…?

zunnun
zunnun
26 June 2022 3:46 pm

habis ? hancur ! musnah …

habis kaum #melayu jika #omNO berpecah…

hancur kaum #melayu jika #omNO berpecah…

musnah kaum #melayu jika #omNO berpecah…

satu2 nya tunjang #melayu dlm negara, bila berpecah, habis, hancur & musnah kaum #melayu….

#habis-hancur-musnah #melayu kerana pemimpin2 #melayu #omNO berpecah…

parti keramat, parti suci, parti pejuang bagi kaum #melayu…..

#habis,-hancur-musnah #melayu di bumi malaysia oleh pendatang2 #melayu -bugis-jawa-kerala….