INI CARANYA UNTUK JADIKAN UMNO DILIHAT BERSIH….

Berkata seorang Ahli MT UMNO, Zahidi Zainul Abidin, parti itu perlu masuk bertanding PRU15 akan datang dalam keadaan ia benar-benar bersih supaya mudah diterima rakyat.

“Kita perlu cari jalan yang terbaik,” kata Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Soalnya bagaimana mahu menjadikan UMNO bersih atau setidak-tidaknya dilihat bersih dalam keadaan Presiden UMNO sendiri, Ahmad Zahid Hamidi terpalit dengan kes mahkamah berkaitan rasuah?

Meski belum disabitkan sebarang kesalahan, tetapi berdasarkan keterangan beberapa saksi yang antaranya menunjukkan ada hantaran wang dilakukan kepada Presiden UMNO itu, apakah dengan itu UMNO masih boleh dianggap serta dilihat bersih?

Terpakaikah di hati rakyat yang bakal mengundi nanti dengan ungkapan popular – seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah – walhal keterangan saksi-saksi di mahkamah dan laporan di pelbagai platform media adalah sebaliknya dan boleh dibaca di seluruh dunia?

Begitu juga dengan Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN yang sudah pun dijatuhi hukuman bersalah dalam kes SRC International dan sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan di mana status dirinya kini adalah seorang pesalah sehingga dibuktikan tidak bersalah di mahkamah tertinggi itu, adakah UMNO akan kelihatan bersih dalam keadaan bekas Perdana Menteri itu tidak henti-henti menonjolkan dirinya di atas pentas parti?

Atas apa hujah sekali pun, hakikatnya keberadaan Zahid Hamidi dan Najib atas nama parti menjelang PRU15 akan datang pasti meletakkan UMNO sentiasa dilihat tidak bersih di mata rakyat.

Pelbagai isu berkaitan diri kedua-dua pemimpin itu dengan mudah boleh dijaja oleh parti-parti lain untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap UMNO.

UMNO akan dilihat bersih, kalau pun tidak bersih sepenuhnya, hanya apabila Zahid Hamidi dan Najib tidak lagi dilihat berperanan dalam parti, sebaliknya memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain yang tiada pertuduhan mahkamah dan tiada sabitan bersalah mengambil alih teraju kepimpinan.

UMNO hakikatnya tidak tandus dengan pemimpin yang baik, malah dengan kedudukan sebagai Perdana Menteri sekarang, Ismail Sabri Yaakob adalah pilihan paling wajar untuk ditonjolkan dan beliau sepatutnya diberi peluang mengambil alih teraju kepimpinan, sesuai dengan konsep parti menguasai kerajaan.

Tetapi, dengan keengganan UMNO sendiri meletakkan Ismail Sabri di tempat yang sewajarnya, bahkan proses pemilihan parti sebelum PRU15 juga cuba dielakkan dengan pelbagai taktik dan tipu muslihat, akhirnya UMNO sendiri yang dilihat tandus dengan pelapis yang berwibawa.

Lagi-lagi Najib yang disanjung dan mahu diangkat semula – lupakah ahli UMNO semua kepada sejarah buruk kepimpinan beliau dan karenah ahli keluarganya sehingga parti kalah dalam PRU tahun 2018 lalu?

Mahukah sejarah lama berulang kembali?

UMNO hanya boleh dibersihkan dan diperlihatkan bersih di mata rakyat jika proses pemilihan parti dapat diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15 dilangsungkan.

Atau jika tidak – Zahid Hamidi dan Najib – kedua-duanya hendaklah tidak campur lagi dalam urusan UMNO mulai sekarang serta tidak sibuk-sibuk lagi mahu bertanding dalam PRU akan datang.

Sekarang ini, terutamanya setelah ada Perdana Menteri daripada lapisan kedua saf kepimpinan UMNO sendiri di samping beberapa tokoh muda yang lain dalam kabinet, ia adalah waktu yang paling sesuai untuk Zahid Hamidi dan Najib bersara terus daripada politik.

Mereka seharusnya menyelesaikan kes mahkamah seperti amalan sebelum ini iaitu dengan melepaskan jawatan masing-masing, seterusnya menumpukan lebih banyak masa kepada keluarga-keluarga sedia ada.

Selagi Zahid Hamidi dan Najib ada, buat apa pun, UMNO tidak mungkin kelihatan dan dilihat bersih di mata rakyat.

Malah selagi ada kedua-dua mereka, lebih mudah untuk rakyat menolak UMNO sekali lagi, kali ini tumbang yang mungkin tidak mampu bangkiit lagi. – ShahbudinHusin 21/06/2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 21 June 2022 — 10:22 pm
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
zunnun
zunnun
22 June 2022 9:14 am

scandal #UKSB..

raja petra mempersoalankan bagaimana pengurusan #UKSB yg membayar ‘cash’ wang dari #HK melalui ‘money-changer’ blh di buktikan sedangkan #auditor- &-money changer yg terlibat tidak di bawa sebagai saksi utk mengesahkan bayaran2 pd pemimpin2 yg menerima nya…

tapi bagaimana pula syarikat #UKSB mampu mendapatkan kontrak dari kementerian yg di ketuai #zahid pula ?

bagaimana kontrak tersebut di beri ?

Anonymous
Anonymous
22 June 2022 8:32 am

HA HA HA

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Wow..komen dri Zunnun terus masuk bertalu-talu
Nmpaknya blog ini, Zunnun pula yg jadi penghulu!
Tapi, Nek “Et tu Brute” dah tak masuk mcm selalu
Kelihatannya Nek dah jadi bagaikan bisu dan kelu
Dari sorang yg aggresif tetiba jer Nek jadi pemalu
Naper Nek kini langsung dah tk lagi melintas lalu?
Mungkinkah Nek kini dalm keadaan bersedih pilu?
Atau dia tu dok kalut gunting puki dia punya bulu?
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

“Fiddunya Wal Kabaddi”
😀😃😄😆😅😂🤣
“Et Tu Brute”..!!!

Anonymous
Anonymous
22 June 2022 8:42 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Agaknya Nek tu tk larat lagi sebab dah lanjut usia
Yg mampu dibuat hanya lah gunting bulu puki dia
Di blog syahdu ini bleh ler Kejora nak berpesta ria
Tiada gangguan lagi klau nak pantun kt Dik Nadia
💐🌹🥀🌺🌷🌸💮🏵️🌻🌼💐🌹🥀🌺🌷🌸💮🌹💐
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💚❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

zunnun
zunnun
22 June 2022 8:11 am

..let’s ask a simple question …

..ada ke kepimpinan #omNO yg hidup nya sederhana, tidak ‘excessive’ dlm ketrampilan hidup mereka…?

memenangi ketua bahagian #omNO satu passport utk siape sj mendapat kemewahan dari kerajaan yg dipimpin oleh #omNO, ini kerana #pM yg mengetuai kerajaan pimpiuan #omNO memerlukan mereka utk memastikan kekuasaan utk menguasai parti…

dan bagitu jua, ketua2 bahagian #omNO memerlukan cawangan2 yg ada utk sentiasa memenangi cawangan nya…

#top-bottom semua hidup dgn gejala rasuah utk berkuasa, dan #bottom-top tidak kecuali jua, dgn mengugut2 jika tidak diberi ‘upah’ mereka….

…gejala ‘upah’ yg berubah2 dgn kerja2 yg perlu dilakukan oleh mereka…

zunnun
zunnun
22 June 2022 7:53 am

#rasuah telah menjadi darah daging warga #omNO, dan mengalir ke kaum keluarga mereka hingga ke keturunan mereka…

#duit/#harta yg di perolehi dari #rasuah jelas kelihatan dgn cara hidup mewah mereka..

..ini membuat ramai keinginan utk menjadi ahli2 #omNO utk mempelajari bagaimana menzarah duit dari kekayaan negara …

#omNO bukan sj parti tapi juga institusi gedung ilmu mengajar bagaiamana cara mencuri, menyamun, merompak kekayaan milik rakyat jelata…

lihat sj bagaimana #UKSB menagih2kan sogokan pd pemimpim2 #omNO dan mantan2 mereka..

#DNA-omNO membawa pengertian, unsur2 penyamun, merompak, mencuri & menyalahi kuasa satu budaya tegar dgn bangunan #pwtc melambangkan gedung kejayaan rasuah mereka…

Anonymous
Anonymous
22 June 2022 7:49 am

HA HA HA

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Budin rujuk kata2 Ahli MT UMNO, bernama Zahidi
Lalu, dia cuba kaitkan dgn keadaan Zahid Hamidi
“Kebersihan” akn tentukan Umno punya ‘peti undi’
Apakah PRU-15 nanti, Umno akan ditimpa trajedi?
Tapi lain pulak keadaan Nek ‘Et Tu Brute” tua kedi
Dlm blog ini, dia hanya muncul sbg badut komedi
Lawak bodohnya itu, makin hari kian menjadi-jadi
Ada ke dikata Nek tu, ‘fiddunya=pemain kabaddi’?
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

“Fiddunya Wal Kabaddi”
😀😃😄😆😅😂🤣
“Et Tu Brute”..!!!

zunnun
zunnun
22 June 2022 7:44 am

apekah warga #omNO cuba prerbodohkan rakyat jelata, bahawa #omNO bersih & anti-rasuah sedangkan tidak berani utk nyahkan pemimpin2 dlm kalangan mereka yg terpalit dgn rasuah …

..dan #timb President nya jua tidak kecuali, #mAt-hassan, membawa lari RM 10 Juta melalui ‘money-changer’ ke London utk membeli #apartment..

rakyat tertanya2 mana #mAt-hassan perolehi duit sebanyak itu, ape kah #mat-hassan menabung sejak dlm kandungan ibu nya..?

zunnun
zunnun
22 June 2022 7:39 am

pemimpin2 tertinggi #omNO sedang mengatur langkah agar tiada unsur & image #rasuah, parti bersih dari rasuah, agar rakyat melihat #omNO bersih dari gejala rasuah dan membawa pembaharuan bahawa #omNO anti-rasuah…

jika benar ape yg mereka inginkan, mulakan dgn nyah pemimpin2 yg ada kini menghadapi tuduhan rasuah dlm mahkamah ..

yg mengunakan tangan kanan memegang teliga kiri, apekah tangan kiri tiada upaya ?

zunnun
zunnun
22 June 2022 7:31 am

ada dua mangkuk bingai dlm kalangan #melayu2isle yg menyertai #mahiaddin..

satu drp #bersatu, bernama #fayhsal dan yg satu lagi dari #omNO, #zahidi-kangar

#fayhsal dgn bingai nya mengesa kerjaan #mahiaddin cetak byak duit kerana kekurangan dlm negara..

#zahidi dgn bingai menempelak pelajar yg membuat pondok di atas pokok utk mendapatkan jaluran internet utk menghadapi peperiksaan nya ketika pkp..

zunnun
zunnun
22 June 2022 7:55 am
Reply to  zunnun

#ralat

#zahidi-padang-besar