JANGAN SUSAHKAN ISMAIL SABRI, TIADA RUANG UNTUK ZURAIDA KEKAL LAGI JADI MENTERI

Menjelang pertemuannya dengan Perdana Menteri pada minggu ini bagi membincangkan perletakan jawatannya sebagai menteri, Zuraida Kamaruddin dalam masa yang sama berharap kedudukannya akan kekal dalam kabinet.

Kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu, ini bagi membolehkan beliau menyelesaikan pelbagai perancangan yang telah diatur oleh kementerian itu.

β€œSaya harap ada berita baik iaitu terus dikekalkan lagi kerana mudah untuk habiskan program dan perancangan yang telah diatur selain menstabilkan negara dan kabinet,” tambahnya.

Kedudukan Zuraida menjadi perbualan ramai berikutan tindakannya keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia pada 26 Mei lalu.

Beliau sendiri ketika mengumumkan keluar Bersatu turut memaklumkan kesediaan meletakkan jawatannya sebagai menteri, namun mahu berbincang terlebih dahulu dengan Ismail Sabri Yaakob.

Dalam hal ini, memandangkan Zuraida sendiri telah memperlihatkan kesediaan untuk meletak jawatan, cuma ingin membincangkannya terlebih dahulu dengan Perdana Menteri, kenyataan terbarunya yang berharap terus dikekalkan dalam kabinet adalah tindakan yang salah dan bercanggah.

Setelah keluar Bersatu dan dalam masa yang sama sedia untuk meletakkan jawatan, beliau tidak sepatutnya lagi berharap untuk terus dikekalkan sebagai menteri.

Harus disedarinya, perlantikan beliau sebelum ini adalah atas kouta Bersatu dan parti baru yang disertainya iaitu PBM tiada apa-apa peruntukan jawatan dalam kerajaan.

Soal parti baru itu mahu menyokong Ismail Sabri dan kerajaan adalah soal lain.

Jawatan dalam kabinet adalah atas perlantikan Perdana Menteri berdasarkan kouta kepada parti-parti tertentu dan perpindahan kepada parti baru tidak bermakna jawatan dalam kerajaan boleh dibawa sekali.

Kalau mahu terus lagi jadi menteri, kekal sajalah dalam Bersatu dan buat apa keluar parti?

Apabila keluar Bersatu, memang risikonya adalah hilang jawatan menteri dan hal itu sepatutnya disedari serta difahami oleh Zuraida.

Lebih daripada itu, kenyataannya yang masih berharap terus dikekalkan dalam kabinet juga ternampak hanya bertujuan menyusahkan Perdana Menteri.

Bukankah lebih menyenangkan Ismail Sabri jika dalam pertemuan nanti beliau terus saja menyerahkan surat perletakan jawatannya?

Dengan menyerahkan surat perletakan jawatan, selain Ismail Sabri mudah untuk mengisi penggantinya daripada Bersatu, ia juga lebih memudahkan Perdana Menteri mempertimbangkan untuk memberi jawatan lain kepadanya.

Tetapi dengan mengumumkan keluar Bersatu, diikuti kenyataan sedia meletakkan jawatan dan kemudian berharap jawatan dalam kabinet dikekalkan lagi, Ismail Sabri pun jadi pening kepala memikirkan apa sebenarnya yang dimahukan oleh Ahli Parlimen Ampang itu. – ShahbudinHusin 20/06/2022.

Updated: 20 June 2022 — 12:31 pm

8 Comments

Add a Comment
  1. HA HA HA…

    πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
    Mmg nya kita semua sgt merindui Nek si tua kedi
    Semoga berkomen di blog ni dia akan masih sudi
    ‘Et tu Brute’ menjadi bahan lawak kenangan abadi
    Tak kurang juga lucu, ‘fiddunya = pemain kabaddi’
    πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

    KAH KAH KAH

  2. HA HA HA…

    πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
    Nek “Et Tu Brute” terus menyepi, tak lagi bersuara
    Teruk Nek tu kat blog ni dia asyik kena buli & dera
    Dia jadi mangsa buli Din Remos, Zunnun & Kejora
    Barulah kini Nek tu tahu siapa ini ‘Trio Bersaudara’
    πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

    KAH KAH KAH
    (Credit to Din Remos & Zunnun)

    β€œFiddunya Wal Benggali Kabaddi”
    πŸ˜€πŸ˜ƒπŸ˜„πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜‚πŸ€£
    β€œEt Tu Brute”..!!!

  3. #si-tua-saka ‘buat2-lupa’ nya dah…

    apekah #duit sogokan yg diterima oleh #mahiaddin masuk dlm tabung #bersatu atau akuan #mahiaddin..

    tak kan #sprm ketika buat siasatan hingga #zahid di hadapkan ke mahkamah tak diberitahu oleh #latifah-koya…

  4. Diharap tuan-tuan pembaca blog sekelian dapat bersabar. Nenek TN sedang mempersiapkan komen dia dalam bahasa Inggeris mengenai tajuk di atas untuk dipersembahkan kepada kita.

    Dengan munculnya komen tersebut, dapatlah kita sedikit sebanyak mempelajari kaedah penulisan kreatif dalam bahasa Inggeris yang terulung serta kita berpeluang mengenali ungkapan-ungkapan Shakespeare yang malar segar sepanjang zaman seperti “Et tu Brute”….

    Bersabarlah…Nenek masih terkial-kial melayari google mencari ayat-ayat yang sesuai serta mentelaah kamus dwi-bahasa bagi mencari makna perkataan-perkataan khusus untuk diterjemahkan ke bahasa Inggeris seperti “mengelenot” “mencaci cacah”, “fiddu” dan sebagainya.

    1. cabaran yg amat berat utk budak hindu, #TN, lakukan…

      baik berdiam diri dan datang menjengok2 sj, dan menunggu peluang utk serang hendap sj…

      kini budak hindu, #TN, dan ada punahsehat bernama #fiddu-kabbadi…

      1. HA HA HA…

        πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
        Perkataan pelik2 Nek itu, Din Remos sdg merindu
        Antaranya ‘mengelenot’, mencaci cacah dan fiddu
        Zunnun pula beri gelaran kat Nenek ‘budak Hindu’
        Pasti Nenek ‘Et tu Brute’ kini dlm keadaan terkedu
        πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

        πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•πŸ–•
        Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
        🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣

        KAH KAH KAH
        (Credit to Din Remos & Zunnun)

        “Fiddunya Wal Benggali Kabaddi”
        πŸ˜€πŸ˜ƒπŸ˜„πŸ˜†πŸ˜…πŸ˜‚πŸ€£
        “Et Tu Brute”..!!!

  5. Jika mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan, terima saja perletakan jawatan Zuraida…bukannya boleh pun jika mahu disimpan sebagai penyejuk mata. Dia buakannya cun melecun seperti Rina Harun selepas menjalani pembedahan buang lemak….kah kah kahhhh

    Zuraida tu elok sikit saja dari Nenek TN….patah selera melihatnya…

    Dan setelah Zuraida diberhentikan, kekosongan tersebut tak perlu diisi bagi menjimatkan beratus ribu sebulan bagi membayar gaji dan elaun menteri, gaji dan overtime SUSK, SUS, Pegawai Khas, Pegawai Tidak Khas, PA, pemandu, bodyguard dll. Ismail Sabri boleh memangku jawatan tersebut. Trust me…tak ada menteri pun kementerian tersebut mampu berfungsi kerana adanya bilangan pegawai dan kakitangan kementerian yang lebih dari mencukupi untuk meneruskan kerja.

  6. …ape yg #mailsabri perlukan ketika ini banyakkan ‘kawan’ dan kurangkan ‘musuh’…

    jika mengekalkan #zuraidah akan membuat #bersatu tersinggung, maka baik sembelih sj #zuraidah kerana #pBM tidak byak MP2 nya dibandingkan dgn #bersatu…

    let’s see siape yg ‘wrinkle’ dulu…

    …dan apekah #pBM sudah diterima oleh #bN sedangkan #bN kini cuba mendapatkan #GpS utk bersama …

Leave a Reply

Your email address will not be published.