Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

ULTRA KIRANA, BESTINET – ANWAR GESA PM BERTINDAK PANTAS

Saya mengikuti perkembangan melibatkan isu dua syarikat iaitu Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dan Bestinet mutakhir ini.

Ini setelah sebuah agensi buruh di Dhaka menuduh pengasas Bestinet Mohd Amin Abdul Nor menpengaruhi kerajaan untuk hanya menghadkan bilangan agensi yang membekalkan buruh kepada 25 syarikat sahaja.

Perkara ini ternyata terus menggugat kepercayaan dan menanam curiga di kalangan rakyat terhadap kerajaan dalam mengurus isu-isu penyelewengan dan kepincangan.

Isu sebesar ini semestinya menuntut tindakan yang tuntas dan pantas, terutamanya dari Perdana Menteri kerana ia melibatkan nama menteri dan mantan menteri yang berkaitan, dari PM dan juga Menteri Sumber Manusia.

Ini juga mustahak kerana ia turut melibatkan imej dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa serta tekad dan iltizam kita dalam menghentikan kebobrokan.

Pernah saya suarakan di Parlimen sebagai perhambaan moden di mana pekerja diperas sementara pedagang dan agen bertindak sebagai penindas yang mengaut keuntungan besar.

Saya menuntut siasatan penuh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua syarikat tersebut terkait urusan mencurigakan bagi memperoleh kontrak daripada kerajaan.

ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

14 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
14
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x