MOHON MENCADANGKAN – ISMAIL SABRI JANGAN SESEKALI BUBAR PARLIMEN SELAGI TAK JADI PRESIDEN UMNO

Hari ini Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bercakap lagi buat kesekian kalinya mengenai tarikh PRU15.

Katanya, walaupun tarikh paling lewat untuk diadakan PRU15 ialah Julai 2023, tetapi ia mungkin diadakan lebih awal daripada itu.

“Walaupun tamat tempoh Julai tahun depan, ianya lebih kurang setahun sahaja dari sekarang. Setahun tidak lama bagi parti-parti politik untuk menghadapi pilihan raya, setahun bukanlah jangka masa yang lama.

“Sebab itu kita kena bersedia sentiasa, itu kalau paling lewat setahun, pilihan raya mungkin diadakan lebih awal dari tarikh akhir penggal.

“Maknanya kalau paling lewat setahun, kalau lebih awal, jangka masa itu lebih dekat. Semua jentera, tak kira UMNO, Barisan Nasional perlu sentiasa bersiap siaga kerana akhirnya pilihan raya akan tiba juga,” katanya ketika bercakap di Bera, kawasan Parlimen yang diwakilinya.

Apa pun, sebagaimana biasa, kenyataannya kali ini tidak juga membolehkan sesiapa untuk meneka dengan pasti bila Parlimen akan dibubarkan.

Segala-segalanya jelas masih samar dan kekal dalam teka-teki di mana hanya Perdana Menteri saja yang tahu bila masa yang sesuai untuk beliau menghadap Agong bagi memohon pembubaran Parlimen.

Lalu, sebenar-benarnya bilakah masa yang paling sesuai untuk diadakan PRU15?

Sama ada awal atau lewat, tahun ini atau tahun depan, tarikh yang paling sesuai dan sebenar-benarnya tepat untuk Ismail Sabri memohon pembubaran Parlimen dan mengadakan PRU15 ialah setelah beliau menjadi Presiden UMNO.

Selagi tidak memegang jawatan Presiden UMNO dan jawatan itu dipegang oleh orang lain, PRU15 sama sekali tidak sesuai diadakan kerana ia hanya mendatangkan lebih banyak masalah kepadanya.

Jika PRU15 diadakan dalam keadaan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri tidak menjadi Presiden UMNO, beliau akan mula berdepan masalah sebelum pilihan raya itu diadakan, ketika kempen berjalan dan malah selepas keputusan diumumkan.

Sebelum pilihan raya, masalah yang akan dihadapinya ialah berkaitan pemilihan calon-calon yang ditentukan oleh orang lain, sedangkan beliau adalah “poster boy” yang telah ditetapkan oleh parti.

Bagaimana beliau sebagai “poster boy” mahu masuk ke medan pertempuran sedangkan anggota pasukannya ditentukan oleh orang lain?

Ketika tempoh berkempen pula, masalah akan berterusan lagi di mana mungkin akan berlaku pertembungan sesama sendiri dalam pengaturan program-program kempen.

Program anjuran parti sudah tentu akan melebihkan Presiden UMNO dan Najib Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN, sementara hanya program anjuran kerajaan akan memihak kepada Ismail Sabri.

Paling kronik masalah yang akan muncul ialah selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

Kalau BN ditakdirkan menang, terjaminkah Ismail Sabri akan dinamakan sebagai Perdana Menteri, walhal yang akan pergi menghadap Agong untuk mempersembahkan nama calon Perdana Menteri ialah Pengerusi BN merangkan Presiden UMNO?

Jika BN kalah pula, siapa yang rela hati memikul tanggungjawab atas kekalahan itu – Presiden UMNO atau Perdana Menteri?

Yang pasti, kalah atau menang, masalah tetap akan membuatkan Ismail Sabri tambah pening kepala.

Masalah hanya lebih mudah diselesaikan jika Perdana Menteri dan Presiden UMNO adalah orang yang sama ketika menghadapi PRU15 nanti.

Kalau saya boleh mencadangkan kepada Perdana Menteri – buatlah dengan apa cara sekali pun, tetapi jangan sesekali bubar Parlimen selagi beliau tidak jadi Presiden UMNO. – ShahbudinHusin 19/06/2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 19 June 2022 — 10:22 pm
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
20 June 2022 12:31 pm

HA HA HA

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Budin cadang, agar DSIS tidak bubarkan parlimen
Tapi naper Nek ‘Ed tu Brute’ tk tampil beri komen?
Apakah dia malu, muka dirasa spt tembok simen?
Atau dgn kekasih Benggali, dia kini sdg beromen?
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

“Fiddunya Wal Benggali Kabaddi”..!!!
😀😃😄😆😅😂🤣
“Et Tu Brute”..!!!

zunnun
zunnun
20 June 2022 12:12 pm

…the #MoU or #CSA is a well thought piece of work..

it gives stability while at the same time provides room for alternative & improvement …

maka, lakukan dgn terbaik, biarkan #kerajaan-mailsabri memilih jgn mana yg hendak di terokai…

tapi jgn pula terperangkap dgn alternative hingga kaku utk melakukan improvement pula…

terprangkap dgn kegilaan #si-saka-tua

zunnun
zunnun
20 June 2022 12:14 pm
Reply to  zunnun

ralat

..#kerajaan-mailsabri memilih jln mana yg hendak di terokai…

Anonymous
Anonymous
20 June 2022 12:54 pm
Reply to  zunnun

Want to see hypocrisy at his best? When PH offered olive branch to join opposition PH nego the MOU, Atok Saka, Boboi, Bedal thumped their noses. 1st paradox when Atok Saka Sodomy-Fixer, Khairuddin bitched Pejuang and Warisan not consulted when PH signed MOU. 2nd paradox when Boboi and Azis Jamman bitched for opposition MPs’ allocations and anti-hopping bills, both negotiated by PH in th MOU. So it is a case of want the cake and eat it too, Atok Saka and Bedal can’t stomach Anwar lead the MOU. That also explains why bingai in this blog went berserk with ha-ha,… Read more »

zunnun
zunnun
20 June 2022 10:49 am

..di sebelah kanan #omNO telah menunjukan niat jelas mereka, terbawa2 dgn kesuntukan masa kerana kedua kepimpinan #zahid & #najib tertekan dgn kes2 yg sedang di bicara.. di sebelah kiri, #si-saka-tua yg menunggu2 samada #peluang & #pujaWANG nya blh di terima ‘pakai’ oleh rakyat .. #anwar/#pkr/#pH tak perlu terbawa2, biar #Ayuh Malaysia dan kepimpinan #rafizi melakukan perbetulan minda pengundi2 yg masih terkesan dari kemelut politik samasa.. tunjukan keiklasan dlm perjuangan, tunjukan kebenaran dlm tindakan dan tunjukan keberanian membawa pembaharuan… jgn sesekali ‘usurper’ kerajaan yg telah di beri ‘confidence’ oleh Parlimen & YDPA… …lakukan hanya utk memberi ‘alternative’ sj.. jgn ulangi perbuatan… Read more »

zunnun
zunnun
20 June 2022 10:21 am

#mailsabri telah diberikan kuasa oleh Parlimen & YDPA utk memimpin negara..

..berdasarkan dgn ‘confidence’ yg di perolehi..

maka, lalukan yg terbaik utk rakyat & negara, dan biar lah #tuhan yg menentukan kedudukan nya bila tiba masa #Nya..

ketentuan itu bergantung dgn ape yg di lalukan oleh #mailsabri dgn amanah yg telah diberi…

jgn tergiler2 dgn pemimpin2 #omNO yg keinginan utk berkuasa dan ulangi kegilaan #mahiaddin & #assmin, lalu bersekongkong dgn mereka merampas kuasa yg diberi oleh rakyat terdahulu pd #pH…..

..dan jika #mailsabri masih terbawa2 utk menunjukan kegilaan nya seperti #mahiaddin, maka tiba pula masa nya, #anwar membetulkan nya…

zunnun
zunnun
20 June 2022 8:05 am

..there is one thing #mailsabri can do beyond wilderness and imagination, without having to undo the political impasse facing the nation, by being #HIMself..

membiarkan percakaran politk semasa dan melakukan yg terbaik pd rakyat & negara…

dgn tiada membuat ape2 perancangan, hanya tumpunkan segala tindakan membetulkan keadaan ekonomi semasa yg menghantui rakyat jelata dan negara…

do #nothing to undo the political impasse, let #God decides…

…jgn mendahului kuasa yg ada pd #Nya..

zunnun
zunnun
20 June 2022 7:33 am

#mailsabri ada byak pilihan walaupun kerajaan yg di pimpin byak kelemahan dan sramai bilangan ‘little napoleon’ yg sedang buat perancangan halu tuju mereka ‘jika’ #mailsabri tersungkur akhir nya.. #assmin, #zuraidah, #mahiadin, #zahid, #najib, #anwar, #si-tua-saka, & #hadi mereka2 ini yg duri dlm daging nya… hanya #kluster-menteri2-omNO sj yg berada sekeliling nya membentuk hala tuju seterus nya… ‘the is a saying, always keep your friend around you and your enemy closer to you..’ siape musuh2 politik #mailsabri yg dlm pemikiran nya perlu diawasi selalu ? yg pasti, baik #pN & #pH ‘belum sedia’ utk menghadapi #pru15 dan ini selari dgn perancangan… Read more »

Din Remos
Din Remos
19 June 2022 11:26 pm

Budin…

Macam mana Mael Bera nak jadi Presiden UMNO…Bukankah Persidangan Khas MKT baru-baru ini mengambil keputusan untuk mengubah perlembagaan UMNO bagi membolehkan Perhimpunan Agong mengadakan pemilihan hanya diadakan selepas Pilihanraya Umum.

Hanya satu pilihan saja yang Mael ada dan langkah tersebut lebih menjamin kedudukan beliau…SEGERA MASUKKAN NAJIB dan ZAHID ke dalam penjara…Khalas.

Bila dah duduk dalam penjara, pangkat Presiden pun sudah tidak berguna lagi. Semua penyokong akan bertukar menjadi keng pembelot dan menggesa supaya dia meletakkan jawatannya. Masa tu boleh la Bera jadi Presiden UMNO.

zunnun
zunnun
19 June 2022 11:14 pm

3 nama penting yg amat rapat dgn #mailsabri yg anggotai kerjaan #cap-ayam nya…

khiary, naina & hishamuddin..

jika mereka2 ini di ambil tindakan oleh kerjaan #mailsabri yg mana #sprm mengikut arahan nya, maka baru negara tahu akan hala tuju #mailsabri mengenai #pru15..