ISMAIL SABRI PERLU JADI BERANI, TAMATKAN POLEMIK TARIKH PRU DENGAN SEGERA!!

Ribut-ribut mengenai sama ada PRU15 perlu diawalkan atau tunggu sehingga tempoh tamat penggal Parlimen sedia ada ini berakhir masih lagi menjadi perdebatan yang berpanjangan serta tiada kesudahan.

Yang peliknya, bukan saja parti-parti dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob yang seharusnya mereka itu bersatu hati tapi nampak terus berbalah tanpa henti-henti mengenainya, malah dalam UMNO sendiri juga tiada kata sepakat berkenaan dengannya.

Sementara UMNO sebagai sebuah parti dalam kerajaan telah membuat keretapan mahu PRU15 diadakan sesegera yang boleh, tetapi parti lain yang sama-sama dalam kerajaan, terutamanya Bersatu dan Pas, berpendirian sebaliknya.

Bersatu dan Pas berpendirian tiada keperluan Parlimen dibubarkan sekarang dan ia seeloknya dilakukan bila penggal Parlimen ini tamat tempoh iaitu Julai 2023.

Selain itu, walau diketahui UMNO telah membuat ketetapan mahu PRU15 disegerakan dan ia hendaklah diadakan lebih dahulu sebelum pemilihan parti melalui keputusan sebulat suara dalam PAU2021, kemudian disusuli dengan pindaan perlembagaan yang menetapkan perkara yang sama, seterusnya disemarakkan lagi dengan BN mengadakan konvensyennya, ketetapan itu bagaimanapun ternampak tidak dipatuhi oleh sebahagian pimpinannya sendiri.

Pemimpin UMNO yang berada dalam kabinet dan diketahui tidak sebulu dengan Presiden, Ahmad Zahid Hamidi, secara umumnya menentang PRU awal serta mahu ia dilewatkan sehingga habis penggal.

Mereka juga sedang bersungguh-sungguh mengeluarkan kenyataan demi kenyataan untuk meyakinkan Perdana Menteri supaya sependirian dan tidak goyah hati.

Pimpinan utama UMNO atau dikaitkan dengan gelaran kluster mahkamah pula terus menekan dan mengasak Ismail Sabri agar akur kepada ketetapan parti, dengan sandaran utama yang dicanangkan ialah mood rakyat didakwa sedang memihak kepada BN ketika ini.

Kebelakangan ini pula, perdebatan antara UMNO dengan Pas mengenai sama ada PRU perlu diawalkan atau dilewatkan tambah hangat memenuhi dada media dan dinding media sosial.

Selain UMNO berbalah sesama sendiri dan UMNO juga berbalah dengan parti-parti yang sama-sama menyokong kerajaan, tetapi perbalahan dengan Pas akhir-akhir ini nampaknya begitu serius, termasuk ada yang mendakwa Zahid Hamidi mahu PRU segera kerana dikatakan takut masuk penjara serta UMNO juga sebagai gila kuasa.

Perbalahan yang berterusan dan sehingga menyentuh hal-hal sensitif itu memberi petunjuk bahawa UMNO dan Pas memang tidak boleh berbaik dan seperti ditakdirkan akan berkelahi sampai ke mati.

Seperti mana kita sedia maklum, sama ada PRU mahu diawal atau dilewatkan, ia adalah hak Perdana Menteri menentukan waktu yang sesuai untuk menasihati Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Sedemikian itu, berterusan berbalah mengenai tarikh PRU yang mana ia sebenarnya bukan bidang kuasa mana-mana pihak yang berbalah itu untuk masuk campur, selain Perdana Menteri yang ada hak mengenainya, tetapi tidak pula dinafikan yang akhirnya menerima kesan dan dipandang tidak cantik di sebalik perdebatan yang berpanjangan ialah Perdana Menteri sendiri.

Selama ini banyak, sama ada di dalam UMNO atau di luar UMNO melihat Ismail Sabri tiada pendirian yang benar-benar jitu berkenaan penentuan tarikh PRU.

Kenyataan beliau dilihat sering berubah mengikut pentas di mana beliau berdiri dan ia sudah tentu menjadi satu sebab polemik itu terus berpanjangan sehingga sekarang.

Di atas pentas UMNO, selaku Naib Presiden parti, antara kata-katanya sebelum ini ialah beliau akan berbincang segera dengan “Top Five” kepimpinan UMNO berkenaan tarikh PRU15 serta tidak akan melewatkan walau sesaat pun jika jentera parti telah bersiap sedia.

Kenyataan seperti di atas memperlihatkan beliau benar-benar akur dengan kehendak parti dan sedia memenuhinya, cuma sudahkah ada perbincangan dengan “Top Five” dan kenapa setelah beribu minit berlalu, masih tiada juga ternampak bayang Parlimen akan dibubarkan?

Tetapi, di luar UMNO beliau menyebut, kuasa menentukan pembubaran Parlimen bukan hanya terletak di tangan Perdana Menteri secara individu, tetapi secara kolektif melalui persetujuan kabinet.

Kemudian, beliau juga menyatakan sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk diadakan PRU15 kerana rakyat sedang susah, harga barang mahal dan inflasi kian meninggi.

Minggu lalu pula, beliau berkata, di sebalik mandat ada padanya untuk menasihati Agong, kuasa sebenar berkenaan pembubaran Parlimen adalah di tangan baginda.

Ini kerana katanya, Agong boleh tidak bersetuju berkenaan pembubaran Parlimen yang dicadangkannya.

Kenyataan-kenyataan yang berbeza nada itu dengan sendirinya merangsang polemik terus berpanjangan dengan masing-masing jadi kreafif mengeluarkan kenyataan dan memberi alasan.

Namun demikian, sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri sebenarnya boleh bertindak menamatkan polemik berkenaan tarikh PRU15 ini daripada terus diperkata, apalagi berpanjangan tanpa kesudahan.

Meski Ismail Sabri adalah Perdana Menteri yang bukan memegang jawatan Presiden UMNO sebagaimana semua Perdana Menteri daripada UMNO sebelum ini, tambahan lagi fokus kerajaan ketika ini ialah untuk memulihkan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat, inilah masa yang sesuai untuk beliau segera menunjukkan ketegasannya.

Dalam hal ini, kalau pun tidak cukup berani mengatakan Parlimen hanya akan dibubar tahun depan atau sehingga tarikh penggal Parlimen berakhir, memadai dengan berpendirian tegas bahawa PRU15 tidak akan diadakan dalam waktu terdekat ini selagi isu ekonomi dan kesejahteraan rakyat tidak berjaya diatasi sebaiknya serta dalam masa yang sama meminta UMNO iaitu partinya sendiri, menghentikan segera desakan agar Parlimen dibubarkan secepat mungkin.

Kalau sebelum ini beliau pernah mengatakan, PRU15 tidak akan dilewatkan walau sesaat sekali pun, apa salahnya pula jika beliau berpendirian lebih baik ia dilewatkan berdasarkan situasi semasa negara sambil menggesa semua pihak melupakan hal-hal politik, sebaliknya menumpukan kepada masa depan rakyat dan negara terlebih dahulu?

Tidak perlu lagi untuk beliau menunjukkan nada keinginan yang tidak sama ketika di pentas yang berbeza.

Jika ini dapat dilakukan, percayalah, Ismail Sabri mampu mendapat lebih kepercayaan daripada rakyat kerana beliau akan dilihat sebagai ketua kerajaan yang tidak tunduk kepada nafsu pemimpin dan kehendak partinya sendiri, tetapi benar-benar mengutamakan kehendak rakyat yang belum begitu gembira untuk keluar mengundi dalam PRU.

Beranikah Ismail Sabri?. – ShahbudinHusin 14/06/2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 14 June 2022 — 7:46 pm
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
nimabi
nimabi
27 November 2023 2:30 am

Thank you very much for sharing, I learned a lot from your article. Very cool. Thanks. nimabi

Anonymous
Anonymous
15 June 2022 11:00 am

HA HA HA

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Puja-Wang kini dah bgaikan kapal buruk yg bocor
Di lautan politik dah tk berdaya lagi nak meluncur
Ketua macai Nek ‘Et tu Brute’ dah musnah hancur
Agaknya kini dia kat Lrg Hj Taib Chow Kit melacur
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
15 June 2022 10:43 am

HA HA HA…

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Terus tiada lagi kelibat, Nek “Et tu Brute” tua renta
Apakah Nek udah ke akhirat & meninggalkan kita?
Kini boleh lah Kejora bebas untuk berpantun cinta
Entah apa lah khabarnya si dara manja nan jelita?
💐🌹🥀🌺🌷🌸💮🏵️🌻🌼💐🌹🥀🌺🌷🌸💮🌹💐
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

❤️🧡💛💚💙💜🤍♥️💘💝💖💗💓💞💕💌❣️💚❤️
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
15 June 2022 10:49 am
Reply to  Anonymous

HA HA HA…

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
Dulu, Nek “Et Tu Brute” asyik saja kat sini tercegat
Tapi kini, dia dh terus menyepi dan tidak lagi ligat
Agaknya si puaka tu mampos tertelan ubat gegat
Kini Kejora bebas berpantun tnpa diganggu gugat
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
15 June 2022 10:34 am

HA HA HA…

😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡🤡
Nek “pemain kabaddi” sbg badut blog dia dinobat
Tapi kini si tua itu dah tak ada lagi bayang kelibat
Apakah Nek ‘Et tu Brute’ sakit teruk & sdg berubat
Atau pun, dah kat dlm kubor, malaikat dok sebat?
😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

KAH KAH KAH

Din Remos
Din Remos
15 June 2022 9:26 am

Et tu Brute lawak kekal abadi
Nak tunjuk pandai berbahasa Latin
Fiddunya disangka pemain kabbadi
Sah kepala dia ni sekecil susu punya tin

Din Remos
Din Remos
15 June 2022 9:19 am

nenek keparat sudah kembali
ingat dah mampos kekasih itu benggali
terjelir-jelir air liur bertali
kau anjing kurap di tepi kali

Anonymous
Anonymous
14 June 2022 10:51 pm

english din remos agak tonggang langgang.Ini belom wak gkk yang out terus.Masing-masing sekolah setakat SRP saja.

harap pergi amik tuisyen!

Din Remos
Din Remos
15 June 2022 9:06 am
Reply to  Anonymous

nenek 10:51

Belum mampos lagi…ingat ka dah gol.. Anyway, why don’t you write and let us judge you.

Asal jangan buat lawak Et tu Brute dan Pemain kabbaddi lagi sudah la…tak tahan sakit perut kami gelak…….

Kah kah kahhh

Din Remos
Din Remos
14 June 2022 9:43 pm

While Budin is playing a guessing game, whether the Bera man has the courage to postpone the election until the end of the term, he forgets to scrutinise the game the currents UMNO warlords are playing at this very moment. Today, Dato Zaharin is among the top character assassins in the country. RPK used to occupy the first position before he went on self-exiled or to be precise, hiding in UK. Both are lethal and both are out for sales. Even from his den thousands of mile away, PRK is still very much alive and kicking. His recent posting about… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 June 2022 11:14 pm
Reply to  Din Remos

Whatever it is Din, we must not forget one thing.. “Fiddunya wal akhirah..”…

Ha ha ha…

“Ed Tu Brute”..!!!

😀😃😄😆😅😂🤣
KAH KAH KAH KAH

Anonymous
Anonymous
14 June 2022 11:34 pm
Reply to  Anonymous

HOHOHO
dah muncul sikekasih bang ali punjjabi nih..hu.hu bontot merah taroh inai