PEGAWAI BANK SAHKAN RM45 JUTA DIPINDAH KE AKAUN NAJIB

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa sejumlah RM45.8 juta telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi AmBank Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Vista Equity International Partners Ltd (Barbados) antara Oktober dan Disember 2014.

Naib presiden Jabatan Operasi Perbendaharaan di Ambank (M) Berhad, Salmah Daman Huri, 50, ketika membacakan kenyataan saksinya berkata bahawa dana itu, berjumlah GBP8,706,021.92 juta (RM45,837,485.70 – kadar penukaran semasa) dipindahkan ke akaun bekas perdana menteri itu yang berakhir dengan nombor 880 dalam lima transaksi.

Vista Equity ialah ‘shell company’ yang dimiliki dan dikawal oleh Eric Tan, rakan amanah ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Sejumlah RM30,032,250 telah dipindahkan pada 23 Okt 2014; RM3,624,473.70 dan RM 11,567.57 masing-masing dipindahkan pada 24 dan 26 Nov.

“Dua transaksi lain RM5,360,065 dan RM6,809,129.43 berlaku pada 10 dan 18 Dis,” kata saksi pendakwaan ke-23 itu semasa perbicaraan bekas perdana menteri berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Salmah mengesahkan lima dokumen, yang kesemuanya menunjukkan pemindahan daripada Vista Equity melalui Amicorp Bank dan Trust Ltd, Barbados melalui Standard Chartered Bank, London sebelum ia sampai ke akaun “AmPrivate Banking-1MY” sama, yang berakhir dengan 880.

Pada hari pertama perbicaraan, pihak pendakwaan berkata ia akan menunjukkan bahawa dana 1MDB telah dipindahkan dalam pelbagai transaksi ke akaun Najib, iaitu AS$20 juta bersamaan RM60,629,839.43 atau lebih RM60 juta daripada fasa pertama, AS$30 juta bersamaan dengan RM90,899,927.28 atau lebih RM90 juta (fasa kedua), AS$681 juta bersamaan RM2,081,476,926 atau lebih RM2 bilion (fasa ketiga), dan urus niaga dalam pound British yang bersamaan dengan RM4,093,500 dan RM45,837,485.70 daripada jumlah gabungan RM49,930,985.70 juta atau lebih RM49 juta (fasa keempat).

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Najib Wan Aizuddin Wan Mohammed, Salmah mengakui bahawa Bank Negara atau AmBank tidak menunjukkan apa-apa tanda amaran (red flag) semasa semua urus niaga itu berlangsung.

Beliau seterusnya berkata beliau tidak sedar bahawa akaun yang berakhir dengan “880” itu adalah milik Najib pada masa itu, dan beliau hanya mengetahuinya semasa siasatan oleh pihak berkuasa.

Saksi itu juga memberi keterangan bahawa dia tidak dapat mengesahkan bahawa urus niaga pertukaran asing itu datang daripada Najib kerana jabatannya berurusan dengan pengurus perhubungan pemegang akaun berhubung urus niaga ini.

Sementara itu semasa pemeriksaan semula oleh timbalan pendakwa raya kanan (DPP) Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi itu berkata biasanya bank akan menghantar penyata kepada pelanggan pada hujung bulan untuk memaklumkan pelanggan mengenai jumlah baki dalam akaun mereka.

Kepada soalan lain oleh DPP Najwa Bistamam, saksi itu berkata Najib tidak pernah membangkitkan sebarang laporan terhadap transaksi berkenaan kepada bank.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/624548

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 13 June 2022 — 9:01 pm
Subscribe
Notify of
guest

9 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Log in
Log in
25 May 2023 6:35 pm

The point of view of your article has taught me a lot, and I already know how to improve the paper on gate.oi, thank you. https://www.gate.io/ar/signup/XwNAU

zunnun
zunnun
14 June 2022 7:47 am

..persoalan yg perlu #rakyat acukan pd pemimpin2 #negara.. adakah #najib & #zahid a ‘threat’ atau ancaman pd keselamatan dan integrity negara ? integrity negara yg kini jadi bahan perbualan oleh penganalisa serantau dan antarbangsa dari segi pelaburan & kawalan aturcara transaksi kewangan yg disalah gunakan ketika berkuasa.. ancaman pd negara yg membawa mudarat pd pembangunan dan kemajuan kerana pelabur akan merasa curiga mengenai kelemahan sistem yg ada, tidak mampu mengendalikan kes2 di mahkamah kerana ada campur tangan dari pemimpin2 yg sedang berkuasa maka nya utk kembalikan maruah dan kedaulatan negara, kes perbicaraan #najib & #zahid yg ketika itu menyandang #pM… Read more »

zunnun
zunnun
14 June 2022 12:52 am

..kepimpinan, itu memahami mana yg perlu di utama dan mana yg perlu di ketepikan sementara.. yg rakyat amat perlukan, perlindungan agar barang2 asas keperluan tidak melambung2 harga dlm pasaran semasa.. tapi lain pula dgn kerajaan #cap-ayam yg dipimpin #mailsabri… pengunaan #bahasa-melayu yg di utamakan dan cuba membawa pengunaan nya diperingkat antarabngsa.. lain pula dgn #lebai2-pAs, cuba melebihi kuasa mereka yg diada pd #raja.. seperti jua kini, kesedaran rakyat2 di benua barat, mendakwa #mahluk-asing #ketuhanan pd tamaddun manusia pd awal nya… dgn tekno & kedatangan dgn penerbangan, #mahluk2-asing di dewa sebagai #ketuhanan di zaman purba mereka… kini, kesedaran para2 ‘scientist’ cuba… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 June 2022 7:55 am
Reply to  zunnun

WOWW.. BRAVO BRO ZUNNUN!

Ha ha ha.. mmg hebat & terbaiklah (sebahagiannya) Bro..

KAH KAH KAH KAH
😀😃😄😆😅😂🤣
Fiddunya = pemain kabaddi..!!!
Et Tu Brute..!!!

zunnun
zunnun
14 June 2022 12:00 am

#najib baru2 ini berucap di konvensyen #omNO di #pwtc, dgn berkata..

“saya tidak dituduh kerana mencuri tapi di tuduh bawah #AMLA utk kegunaan #bN dan rakyat jelata…

hebat hero #melayu beragama ##islam, seperti mana #nenek-tua yg menjadi polis pacak melindungi #melayu & #islam dlm blog #budin dari dicemar oleh pengunjung2 nya…

yg amat lucu nya, polis pacak #nenek-tua ini, dipernah berdoa meminta perlindungan dari #tuhan nya, dari #fiddunya yg diisi dgn tahi benggali #fiddu-kabbadi, kekasih nya..

ape punya turr, hero #melayu & #islam sebagini bingai nya..

Anonymous
Anonymous
14 June 2022 7:54 am
Reply to  zunnun

WOWW.. BRAVO BRO ZUNNUN!

Ha ha ha.. mmg hebat & terbaiklah (sebahagiannya) Bro..

KAH KAH KAH KAH
😀😃😄😆😅😂🤣
Et Tu Brute..!!!

zunnun
zunnun
13 June 2022 11:43 pm

rakyat ingin mengacukan persoalan..

apekah kerajaan #cap-ayam yg dipimpin oleh #mailsabri berani melakukan yg terbaik memastikan perbicaraan #najib & #zahid tidak ada unsur2 campur tangan dari #ayam2 yg #bebas berkeliaran dari disembelih utk pemakanan rakyat jelata…

tapi mampukan #ayam2 peliharaan #kluster-menteri2 #omNO mampu menguasai para2 sembelih terdiri dari #kluster-mahkamah yg di ketuai oleh #najib & #zahid yg mana pisau di tangan mereka…

zunnun
zunnun
13 June 2022 10:42 pm

kes SRC kini dihadapkan di mahkamah persekutuan dari keputusan mahkamah tinggi pd July 2020 dan di sahkan oleh mahkamah rayuan pd Dec 2021..

antara kedua2 mahkamah mengambil masa 18 bulan..

.. dan tidak keterlaluan mengatakan kes di mahkamah persekutuan akan mengambil masa yg sama jua, yg mana mahkamah persekutuan akan memberi keputusan nya pd suku pertama 2023..

agar dilihat

….’justice is seen to be done & served..’

dgn sedemikian, baru #mailsabri merasakan #omNO telah bersedia utk menghadapi #pru15…

lagi meraung #lokman/#isham

zunnun
zunnun
13 June 2022 10:29 pm

..soalan yg perlu d tanya oleh rakyat jelata mengenai kes SCR .. ..dana RM 42 juta bersamaan Pound 8.7 Juta (ketika itu) di bawah kawalan #Jho Low/#Eric Tan atau di bawah kawalan #najib … tindakan selanjut nya ini boleh di buktikan dari tindakan selanjut nya dari #najib.. …tiada keraguan, beyond reasonable doubt, duit sebanyak itu dipindahkan ke akuan #najib tanpa kerelaan #najib dan tiada pengetahuan #najib… …tiada keraguan, beyond reasonable doubt, #najib membuat laporan polis tentang kemasukan dana ke akuan pribadi nya .. selain itu, kes 1MDB yg didengar dari kamar Collin Lawrence , mengesahkan duit Pound 8.7 Juta di… Read more »