Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

WALAU KONGRES DITANGGUH, RAFIZI AKAN MULA GERAK KERJA PRU15 MINGGU DEPAN

Pandangan saya mengenai tindakan menangguhkan keputusan pemilihan KEADILAN baru-baru ini akan disampaikan mengikut saluran dalaman.

Keutamaan kita adalah membina kepercayaan rakyat kepada agenda masa depan yang boleh memperbaiki kehidupan rakyat.

PRU15 sebenarnya sangat dekat dan sewajarnya urusan dalaman parti-parti politik diselesaikan secepat mungkin.

Insya Allah saya akan mula mengumumkan gerak kerja kempen untuk berkongsi idea-idea baru melalui Ayuh Malaysia minggu depan.

Saya mohon bantuan seberapa rakyat Malaysia untuk mengikuti dan turut serta dengan menyumbang buah fikiran dab tenaga.

Kerajaan akan bertukar ganti tetapi negara akan terus maju apabila rakyat yang baik hatinya dan ikhlas niatnya kekal menggerakkan idea-idea pencerahan yang mendepankan kebajikan rakyat.

Jangan berharap kepada ahli politik semata-mata, rakyatlah raja sebenar negara ini.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden PKR.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

51 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
51
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x