Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

MALAYSIA PERLU KEMPEN ANTI RASUAH BAHARU

Malaysia memerlukan satu kempen anti-rasuah yang baharu memandangkan bekas Perdana Menteri sendiri pun berpendapat gaji Ketua Setiausaha Negara – yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri sendiri – “terlalu rendah”.

Parlimen yang dijadualkan besidang selama 12 hari dari 18 Julai sehingga 4 Ogos perlu menjadi ruang untuk kempen anti-rasuah ini.

Sebagai permulaan, Perdana Menteri Ismail Sabri patut memberikan Kenyataan Menteri di Parlimen mengenai apa yang sedang dilakukan kerajaan untuk memastikan Malaysia berada dalam kalangan 30 negara dengan paling sedikit rasuah menjelang 2030, sasaran yang sepatutnya dicapai pada tahun 2008 di bawah Plan Integriti Nasional sebelum ini.

Dalam sidang Parlimen Julai ini, Perdana Menteri juga patut mendedahkan kepada orang awam, gaji-gaji semua ketua-ketua syarikat berkenaan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkenaan kerajaan (GLIC), sama ada 1MDB, Petronas, Khazanah, KWSP, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Lembaga Tabung Haji (LTH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Axiata Group Bhd, Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Bhd, Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), Kumpulan Wang Pesaraan (KWAP), Ministry of Finance Inc (MoF Inc), Maybank, Sime Darby Bhd., CIMB Group Holdings, MISC Bhd, Proton Holdings dan juga Malaysian Resources Corporation Bhd.

Pada bulan Ogos tahun lepas, kerajaan telah melancarkan Perkukuh dengan 20 inisiatif untuk menambah baik GLC dan GLIC di Malaysia, tetapi apa yang masih tidak cukup adalah usaha untuk menjadi GLC dan GLIC ini model ketelusan dan integriti awam apabila syarikat-syarikat ini dicemari dengan ahli-ahli politik – membuatkan semua orang berfikir yang GLC dan GLIC ini tidak bagus.

Perlu ada pembersihan sistem GLC, termasuk beribu-ribu syarikat berkaitan kerajaan yang tidak disenaraikan.

Perlu ada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang melibatkan semua parti yang diamanahkan dengan tanggungjawab kempen anti-rasuah baharu ini, yang sepatutnya menjalankan kerja pembersihan GLC dan GLIC untuk menjadikan mereka sebagai entiti yang boleh menjadi tauladan ketelusan dan integriti awam.

Saya amat bimbang apabila mendapati terdapat lebih banyak kebimbangan di Indonesia berbanding Malaysia mengenai keadaan rasuah di kedua-dua negara ini.

Pada tahun 1995, apabila Transparency International (TI) pertama kali menerbitkan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahunannya yang pertama, Malaysia berada di kedudukan ke-23 dan mendapat markah 5.32 daripada 10 mata manakala Indonesia menduduki tempat terakhir daripada 41 negara dengan markah sebanyak 1.94 daripada 10 mata.

Dalam 24 tahun sejak dari 1995, Indonesia telah mencapai kemajuan besar dalam perang menentang rasuah manakala Malaysia telah mundur ke belakang.

Dalam TI CPI 2021, Indonesia berada di kedudukan ke-96 dengan 38 daripada 100 mata berbanding kedudukan Malaysia di tempat ke-62 dan 48 mata.

Adakah Indonesia akan mengatasi Malaysia dalam siri TI CPI pada penghujung dekad ini dalam masa lapan tahun, memandangkan kedudukan Malaysia dalam TI CPI 2022 dijangka lebih teruk dari segi kedudukan dan markah berbanding TI CPI 2021.

Kempen anti-rasuah baharu, pembersihan GLC dan GLIC, dan usaha untuk memastikan Malaysia tidak terus mundur dalam perang menentang rasuah dan mengelakkan kemungkinan Malaysia ditinggalkan di belakang Indonesia dalam TI CPI sebelum tahun 2030 seharusnya menjadi isu utama dalam sidang Parlimen Julai ini.

LIM KIT SIANG

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

19 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
19
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x