Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KES 1MDB – AMBANK MENGAKU TUKARKAN AS$710 JUTA KEPADA RM2.1 BILION DALAM AKAUN ‘SEORANG PELANGGAN’

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa AmBank telah menukar lebih AS$710 juta kepada RM2,172,376,853.28 dalam akaun peribadi seorang pelanggan antara 31 Okt 2012 dan 10 April 2013.

Perkara itu dimaklumkan ketika perbicaraan rasuah melibatkan bekas perdana menteri, Najib Razak berkaitan dakwaan penyelewengan dana RM2.28 bilion 1MDB.

Bagaimanapun, Naib Presiden Jabatan Operasi Perbendaharaan bank itu, Salmah Daman Huri tidak menyatakan pemilik akaun berkenaan.

Sambil diperhatikan Najib dari kandang tertuduh, saksi pendakwaan ke-23 itu membacakan keterangan saksi bertulis dan mengesahkan 11 transaksi pertukaran mata wang asing berkenaan (berdasarkan kadar tukaran wang asing ketika itu).

Semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam, Salmah berkata pertukaran mata wang asing itu melibatkan “Amprivate Banking Mr C/O Amprivate Banking”.

Dia berkata, transaksi pertama dilakukan pada 31 Okt 2012 melibatkan jumlah AS$4,999,988 dan transaksi ke-11 pada 10 April 2013 melibatkan AS$200 juta.

Salmah memberi keterangan bahawa urus niaga lain turut melibatkan jumlah AS$24,999,988, AS$50 juta, AS$60,999,988 dan AS$100 juta.

Berdasarkan kenyataan pembukaan perbicaraan oleh pihak pendakwaan pada Ogos 2019, timbalan pendakwa raya, Gopal Sri Ram berhujah bahawa sebanyak AS$5 juta dimasukkan ke akaun Najib di AmPrivate Bank pada 30 Okt 2012.

Sri Ram yang juga bekas hakim mahkamah persekutuan turut berhujah bahawa AS$681 juta telah dipindahkan ke dalam akaun tertuduh antara 21 Mac 2013 dan 10 April 2013.

Prosiding di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah akan disambung pada hari Isnin minggu depan.

Najib diwakili peguam bela Wan Aizuddin Wan Mohammed.

Tertuduh dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Selain merupakan bekas perdana menteri dan menteri kewangan, Najib juga pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB. 1MDB dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat pertuduhan rasuah di AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Berkenaan dengan 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di presmis yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/624111

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
12
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x