KERUSI MENTERI ZURAIDA KOUTA BERSATU, PEMIMPIN UMNO JANGANLAH POYO SANGAT…

Berikutan kenyataan Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin dan beberapa pemimpin parti itu yang lain bahawa kerusi menteri yang bakal dikosongkan oleh Zuraida Kamaruddin adalah milik Bersatu, ramai pemimpin UMNO tampil membidas dan menyanggah perkara itu.

Kata mereka, Bersatu tidak berhak bercakap mengenai kekosongan tersebut serta menuntut kerusi menteri itu kerana perlantikan jawatan kabinet adalah hak prerogatif Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menentukannya.

Jangan mendahului Perdana Menteri, kata mereka.

Ehh…ehh…ehhh…poyonya!!

Sementara memang diakui bahawa kuasa melantik menteri adalah hak Perdana Menteri, tapi dalam mana-mana kerajaan, tambahan lagi jika berbentuk campuran, kouta kepada parti tertentu tidak dapat dielakkan dan harus diakui.

Cuba bayangkan jika ada menteri UMNO sendiri yang meletak jawatan, apakah pemimpin UMNO akan bercakap dengan nada yang serupa atau mereka akan menuntut Ismail Sabri kekal memperuntukkannya kepada pemimpin daripada UMNO juga?

Begitu juga, jika menteri MCA atau MIC meletakkan jawatan, adakah pemimpin UMNO berani memberi amaran agar parti Cina dan India itu tidak menuntut dan mencalonkan pengganti, sebaliknya memberi hak sepenuhnya kepada Perdana Menteri melantiknya?

Dalam hal ini, Ismail Sabri pun tentu lebih faham bahawa memang kuasa beliau sebagai Perdana Menteri untuk melantik sesiapa saja sebagai menteri, namun konsep perkongsian kuasa dan hak parti lain pastilah juga dalam pertimbangan utama beliau.

Pemikiran dan pertimbangan Perdana Menteri tentu saja lebih ke arah kestabilan dan keharmonian kerajaan yang sedang dipimpinnya, bukan seperti pemimpin UMNO yang menyanggahnya kerana ada niat tidak baik di sebaliknya atau berharap pemimpin Bersatu tidak diberikan jawatan menteri itu.

Pemimpin UMNO berkenaan juga seperti cuba menyusahkan Ismail Sabri dan mahukannya bergaduh dengan Bersatu.

Hello…janganlah poyo sangat dan sedarlah sikit kerajaan sekarang dibentuk dengan semangat perkongsian kuasa!!

Nak poyo pun, sedarlah juga UMNO tidak menang pun dalam PRU14 lalu, cuma kemelut politik yang berlaku saja memberi ruang kepada mereka menikmati kuasa semula.

Lainlah kalau UMNO menang pilihan raya dan menguasai dua pertiga kerusi Parlimen misalnya, ketika itu barulah boleh cakap besar sikit.

Itu pun, kalau kerusi menteri yang memang kouta parti komponen lain, ia mestilah harus dihormati dan tidak diganggu.

Mahiaddin dan pemimpin Bersatu bukan saja betul apabila mengatakan kekosongan jawatan menteri yang bakal ditinggalkan Zuraida adalah milik mereka, bahkan tindakan demikian mencerminkan prinsip keharmonian untuk mengekalkan kestabilan kerajaan.

Cuma yang barangkali agak keterlaluan ialah kerana terlalu awal menuntut kerusi menteri yang belum pun lagi kosong sebenarnya.

Zuraida dalam kenyataannya hanya menyebut beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri mengenai perletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi susulan tindakannya keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia atau PBM.

Setakat ini, selain pertemuan itu belum berlangsung lagi, juga tidak diketahui sama ada perletakan jawatannya itu diterima atau tidak oleh Ismail Sabri.

Meski hukum logiknya kekosongan yang ditinggalkan oleh Zuraida itu harus diisi oleh pemimpin Bersatu, seharusnya sabarlah dulu sehingga ia benar-benar sah kosong sebelum mahu menuntutnya.

Apa pun, reaksi Bersatu itu hanya mencerminkan mereka sedikit poyo berbanding pemimpin UMNO yang memang sah poyo dan tak sedar-sedar diri. – ShahbudinHusin 28/05/2022.

Updated: 28 May 2022 — 12:35 pm

9 Comments

Add a Comment
  1. Mengenai YIP KUM FOOK, lebih baik anda melarikan diri dari kawasan Kepong kerana anda adalah kawan baik saya pada hari-hari sebelumnya sehingga hari ini

    YIP KUM FOOK lebih baik tinggalkan kawasan Kuala Lumpur kerana seseorang untuk melaporkan kepada polis dan Balai Polis Sentul dan Balai Polis Breakfield mahu anda

    Kami tahu anda membuat lebih banyak kesilapan tetapi anda tidak boleh lari dari undang-undang negara, kali terakhir anda boleh menyelesaikan masalah dengan wang bayar untuk menutup mulut orang, tetapi sekarang berbeza, sekarang zaman teknologi seperti internet.

    Saya harap, awak akan faham apa yang saya cakap dalam ayat-ayat di atas, saya sayang awak dalam hati macam abang saya dan saya akan lindungi awak dari apa yang digosipkan orang tentang awak..ok

    Lee, Selayang
    diterjemahkan oleh Dr Chew

  2. Mengenai YIP KUM FOOK, lebih baik anda melarikan diri dari kawasan Kepong kerana anda adalah kawan baik saya pada hari-hari sebelumnya sehingga hari ini

    YIP KUM FOOK lebih baik tinggalkan kawasan Kuala Lumpur kerana seseorang untuk melaporkan kepada polis dan Balai Polis Sentul dan Balai Polis Breakfield mahu anda

    Kami tahu anda membuat lebih banyak kesilapan tetapi anda tidak boleh lari dari undang-undang negara, kali terakhir anda boleh menyelesaikan masalah dengan wang bayar untuk menutup mulut orang, tetapi sekarang berbeza, sekarang zaman teknologi seperti internet.

    Saya harap, awak akan faham apa yang saya cakap dalam ayat-ayat di atas, saya sayang awak dalam hati macam abang saya dan saya akan lindungi awak dari apa yang digosipkan orang tentang awak..ok

    Lee, Selayang
    diterjemahkan oleh Dr Chew

  3. umno sentiasa ready dgn pemimpin2 terhebat dlm dunia. pm in d waiting sapa lagi kalau x si banduan paling hebat mencuri dlm sejarah bumi ini sejak terprlanting nya adam n hawa d bumi ini. Menteri2 kanan, si wak maslan yg super duper genius dari gulungan cap ayam yh umno dediakan. untk maklumat, negara pengeluar sardin cap ayam sendiri x mampu menonjolkan menteri cap ayam sa hebat wak ini. Apa lagi umno, terajang zuraidah gantikan dgn super genius esk bobrok csp ayam. horey!!

  4. Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Melayu Islam Malaysia

    Ini lobang hitam berbulu YB Hilman budiman yang punya. Hohoho kabur masa depan macam Azmin Ali Semburit.

  5. …setiap masaalah membuka rahsia #treshold bermula nya dan kegagalan2 menghadapi nya..

    ..dgn kepimpinan #melayu2isle yg sedang bercakaran sesama mereka, #treshold, punca dan kegagalan2 mengatasi nya semakin rumit utk mencari penyeleaian nya..

    ..adakah kerana #melayu2 nya atau keprcayaan agama yg dianuti mereka..?

    ..perlu kah rakyat dilibatkan bersama dlm kemelut yg mereka sendiri lakukan ?

    perlu, kerana akhir nya, pd #rakyat, mereka merayu utk mendapatkan kuasa semula..

    apekah rakyat negara masih ‘confuse’ dgn keadaan semasa hingga dipergunakan sebagitu rupa ?

    maka nya #pkr/#pH perlu lipatkan usaha utk membawa kesedaran pd rakyat bahawa rakyat #king sebenar nya, dan ini yg #najib mengunakan utk di beritahu pd rakyat jelata, bahawa dia sebenar nya hamba..

    bagaimana pula dgn #pkr/#pH ? jika sedemikian yg di gunakan oleh #najib sebagai tagline terbaru nya, apekah #pkr/#pH menempelak pengakuan #najib atau betul2 tunjukan pd rakyat, rakyat sebenar nya #raja..

    apekah #anwar/#mAtsabu/#loke sanggup tertukar kediaman dgn memberi rakyat keselesaan menetap di kediaman mereka pula..?

    bukan bagitu cara nya..

    .. kerap turun ke bawah, bawa bersama, ape sj yg ada, sekecil2 nya, dgn membantu dapur mereka..

    setiap bahagian/cabang & cawangan/ranting perlu bergerak membuktikan ape kepimpinan kata..

    bermacam2 cara blh mendapatkan dana jika ada #idea..

    dgn #tangisan #nurul sj, #Ayuh Malaysia senang2 blh mendapat sumbangan2 dari yg sudi memujuk nya..

  6. dgn #srilanka menghadapi ‘mayhem’ hingga tiada sumber utk membayar impot minyak dan bayaran hutang semasa pd pemimjam2 luar..

    ..kini perkara sedemikian dirasai oleh #pakistan pula yg berhadapan kemelut krisis kepimpinan dan setaip bandar2 besar berlaku tunjuk perasaan oleh penyokong2 #imrankhan..

    IMF menagarkan #pakistan dgn sumber yg ada, hanya mampu menanpung ekonomi nya hanya utk 2 bulan sj..

    apekah negara akan berhadapan sedemikian jua ?

    ….not yet., not yet, not yet..

    kerana ekonomi negara amat ‘defensive’ dgn sektor pengeluaran masih berfungsi selain hasil komoditi nya mampu menjana pertukaran wang asing, dari hasil #minyak mentah, #sawit, #getah & hasil pengeluaran industri nya..

    dgn penduduk seramai 32 Juta, negara masih ‘terurus’ tapi yg amat ketara permasaalahan yg dihadapi, kekurangan kecairan aliran wang dlm pasaran…

    ..selain kadar inflasi yg tinggi…

    tapi, yg amat ketara sekali, pemimpin2 kerajaan yg ada, banyak berpolitik dari mencari penyelesaian masaalah semasa rakyat ..

    ape sj yg mereka lakukan, tak lain utk perkasakan kuasa dan kesinambungan seterus nya..

    parti2 politik yg berkuasa sedang tergiler2 mengutip dana dari sumber negara melalui projek2 yg di reka dan di kawal selia..

    ini permasaalah sebenar

  7. menceduk penyampaian #zaharin mengenai pegawai #sprm bintang 3 menyimpan betina warga asing di apartment di #ampang kini sedang tular di social media…

    yg pelik nya pegawai tertinggi #sprm tidak rasa malu malah berbangga membawa kereta resmi ke apartment utk melepAskan nafsu nya…

    hebat, #melayu2 isle, mcm2 cerita yg #melayu2 kini mampu jenamakan, dari mengangkang puki dgn bayaran Dollar 10 Juta, ke Sandakan menjadi #menteri kanan pula…

    ..apekah ini yg di ajar oleh #situa nyanyuk dgn ‘rule & divide’ nya, membiarkan gejala sedemikian senang dijadikan ugutan kemudian nya..

  8. ..pertemuan #mailsabri berasaskan #melayu2isle #hadi dgn #hsienloong, melihatkan pemimpin negara bergaya artist dgn pemimpin singapura bergaya sederhana..

    yg memisahkan mereka berdua, rational yg memisahkan mereka..

    sedangkan #rakyat dlm negara menghadapi kesusahan, pemimpin #omNO dgn gaya kebiasaan ‘excessive’ mereka menujukan artistic utk menuntup kelemahan kepimpinan yg dimilik mereka..

    ..#mailsabri perlu di lihat satu pemimpin yg berwawasan, maka terbit usaha di kalangan bingai2 nya, agar #mailsabri mempelopori bahasa #melayu sebagai bahasa resmi di rantau ASEAN pula..

    ape kah bahasa yg diutamakan dlm kepimpinan nya, sedangkan pemimpin2 serantau ketahui betape rapuh nya kepimpinan yg #mailsabri miliki..

    ..kurang2 membingai diri sendiri, elak mengunakan ‘cara yg sama’ yg membawa negara dlm kancah hura hura politik semasa, hadapi permasaalahan yg ada dlm negara, jgn jadi badut di mata pemimpin2 luar, dlm berjabak tangan, dibelakang terbahak2 diketawakan..

    .. #melayu2isle bila diberi amanah lain pula digunakan, ‘instead being’ perdana menteri dgn menampilkan #idea, tergiler2 bergaya artist dgn kesana kemari dgn Burberry pula..

    bukan baju yg diuatamakan #idea bagaimana utk mencari penyelesaian kemelut yg rakyat & negara yg kini dihadapi..

  9. kerap kedengaran bahawa jawatan menteri/timb ‘is the discretion of the #pM semasa’..

    #pM semasa dari #omNO, maka pemimpin2 #omNO perlu menyuarakan ‘bagi pihak’ #pM yg mana jawatan nya sekadar naib-president sj..

    let’s see how #mailsabri buka langkah #silat dari ‘tok kiay’ nya, sambil #tajuddin mengasap kemayan dan membaca mentere pula..

    seperti #musa dgn kaum nya, memerlukan #roh utk menghidupkan #simangsa tapi inggauan nya beralih #sapi yg diutamakan pula..

    seperti #simangsa, pemimpin2 #omNO & #bersatu, berlumba2 utk mendapatkan ‘harta & kedudukan’ peninggalan #zuriadah mangsa terbaru percakaran #melayu2isle yg sedang mabuk kuasa..

    kini, di tokyo (kota terbaru #kyoto) #mail, #shahidan & #situa nyanyuk sedang beratip dan #mahiaddin ikut bersama melalui tekno zoom terkini di sediakan oleh #annuar musa yg mahu turut sama..

    decision made in #tokyo byak membawa #nostalgia utk mengerakan mainan politik di negara..

Leave a Reply

Your email address will not be published.