ZURAIDA KELUAR BERSATU, KERAJAAN HILANG MAJORITI TIDAK BERLAKU

Spekulasi serta andaian beberapa pihak bahawa Ismail Sabri Yaakob dan kerajaannya akan hilang majoriti berikutan tindakan Zuraida Kamaruddin keluar daripada Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebenarnya adalah tidak tepat.

Ini kerana, meskipun Zuraida memaklumkan akan berbincang dengan Perdana Menteri mengenai perletakan jawatannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, beliau dalam masa yang sama turut menegaskan akan tetap bersama dan menyokong kerajaan sedia ada pimpinan Ismail Sabri.

Sokongan yang sah kepada Perdana Menteri oleh seseorang itu adalah atas kedudukannya sebagai Ahli Parlimen, bukan kerana letak jawatan daripada kabinet.

Yang mungkin berlaku selepas ini hanyalah Zuraida akan hilang jawatan menterinya berikutan perlantikannya sebelum ini adalah atas kouta Bersatu.

Kekosongan yang ditinggalkan Zuraida itu sudah pasti akan diisi oleh pemimpin Bersatu dan Mahiaddin tidak mungkin menunggu lama untuk menamakan calon pengganti itu.

Penegasan Zuraida yang melompat parti daripada Bersatu untuk menyertai PBM, tetapi kekal menyokong Ismail Sabri dengan sendirinya menyebabkan kedudukan majoriti kerajaan tidak tergugat apa-apa.

Dengan perletakan jawatan Zuraida sebagai menteri dan kedudukannya pula diganti oleh pemimpin lain daripada Bersatu, Ismail Sabri bukan saja boleh terus kekal di jawatannya, malah bebas pula melantik Ahli Parlimen Ampang itu memegang apa-apa jawatan lain seperti menerajui GLC, agensi kerajaan dan sebagainya untuk memblas budi sokongannya kepada kerajaan.

Jika Zuraida dilantik mengetuai GLC misalnya, beliau akan menuruti langkah Ahli Parlimen Julau, Larry Sg yang juga sebelum ini keluar PKR dan kini bersama PBM, tetapi menyokong kerajaan yang telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia atau MPOC.

Hal yang sama juga berlaku sebagaimana Khairuddin Attakiri, Ahli Parlimen Kuala Nerus yang mengumumkan keluar Pas, namun kekal menyokong kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Hakikatnya, kedudukan seseorang itu yang berubah parti tidak akan menjejaskan majoriti kerajaan kerana yang diambil kira ialah sokongannya sebagai Ahli Parlimen.

Cuma, tindakan Zuraida melompat parti di saat-akhir penggubalan Akta Lompat Parti sedang dalam proses akhir untuk dibentangkan di Parlimen dengan jelas memperlihatkan akta tersebut begitu penting untuk diwujudkan di negara ini.

Tiada alasan lagi untuk menangguhkannya jika kita ingin melihat dunia politik lebih bermaruah dan tidak dicemari dengan fenomena “asal hujan saja mesti ada katak-katak yang ghairah ingin melompat”.

Cukuplah setakat ini dan biarlah Zuraida menjadi “katak terakhir” yang bebas melompat untuk mencari kenikmatan lain. – ShahbudinHusin 26/05/2022..

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 May 2022 — 7:55 pm
Subscribe
Notify of
guest

19 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
zunnun
zunnun
27 May 2022 10:56 am

kesian..

..melutut2 lagi di tepi gantang #pkr & #pH..

perhaps #situanyanyuk should have sent wakil yg ‘cerdik’ sikit di sini..

Wau bule
Wau bule
27 May 2022 10:06 am

A laughing stock is tong kosong
Alleged support formidable strong
Only 12 per cent came out to vote
What is this, party left to rot?

Wau bule
Wau bule
27 May 2022 10:12 am
Reply to  Wau bule

Alleged support formidable strong
Failed gimmick only day dreaming
Ingat everybody dapat dikelentong
No shame with bad moral standing

Wau bule
Wau bule
27 May 2022 10:18 am
Reply to  Wau bule

Only 12 percent came out to vote
PKR to lead winning coalition
Laughable joke good to note
Silap-silap total demolition

Wau bule
Wau bule
27 May 2022 10:22 am
Reply to  Wau bule

What is this, party left to rot?
A party which is actually a nought
Depending on a man who started reformasi
Unfortunately no longer relevant and basi

zunnun
zunnun
27 May 2022 10:54 am
Reply to  Wau bule

kesian..

12 % votes is 3000 % of #pujawang ?

mathematic is fact while excuse is factual..

zunnun
zunnun
27 May 2022 8:54 am

“here comes a fantasy, to make #sinyanyuktua an immortal dream..”

‘..failing to see an obvious, rakyat have given their verdict, enough is enough..’

..time to go & take a long rest, till the eventuality, for a final rest..’

‘..stop being a laughing stock..’

Wau bule
Wau bule
27 May 2022 8:51 am

Ketulahan Anwar sejak dulu
Ketulahan najib sangat nyata
Ketulahan Yiddin dah berlalu
Ketulahan Zahid muncul pula

Wau bule
Wau bule
27 May 2022 6:56 am

Zuraida keluar Bersatu, so what?
Hilang majoriti dengar pun meluat
Manakah stabiliti yang dijanji?
Apakah yang sudah rakyat dapati?

Yang ada laungan reformasi
Namun reformasi pun dah basi
MOU hanya kepentingan peribadi
Bukan untuk political stability

zunnun
zunnun
27 May 2022 8:41 am
Reply to  Wau bule

exactly..

‘#zuraidah keluar bersatu, so what ?’

“#situanyanyuk & #pujaWANG hilang kesemua deposit, so what ?

life goes on, no matter what, even if it breaches 100 yrs later

‘..let’s hope, he remembers..

zunnun
zunnun
27 May 2022 9:50 am
Reply to  Wau bule

kesian..

terkial2 mencari excuse to reason..

#melayu atau #kutty ni ?

Wau bule
Wau bule
27 May 2022 5:45 am

Amongst close friends we used to debate On malays, their never changing fate When compared to others in this country Even at the bottom we are smiling happily What saddened us all were malay mentality No hard work, things must roll-in and easy News are aplenty but bad for nation Nothing good but blatant corruption Ada yang tergila kuasa Perangai pun teruk juga Perkataan malu tiada Jawatan PM diidamkannya Melayu muslim malangnya kita Agama dipertunggangkan bersahaja Demi jawatan, imbuhan dan kuasa Tanpa rasa bersalah dan berdosa Sesungguhnya Allah tidak akan ubah nasib kita jika kita sendiri tak mahu berubah Wallahuaklam… Read more »

zunnun
zunnun
27 May 2022 8:35 am
Reply to  Wau bule

“..on malays, their ever changing fate..”

“then came , kutty, ‘tidak mudah lupa & buat2 lupa’ faith.

ingat2 klu nak bermadah, fikir mendalam every possibility..

Wau bule
Wau bule
26 May 2022 9:27 pm

Zuraida adalah anak didik Anwar
Juga Azmin berperangai serupa
Pemimpin PKR berkembang sukar
Presiden sejak dulu gila kuasa

Zuraida’s loss sets no ripples
Ingsignifican she is in reality
A leader with no principles
In/out she goes no one takes pity

zunnun
zunnun
27 May 2022 8:31 am
Reply to  Wau bule

“zuraidah anak didik #anwar..”

dgn didikian 1 + 1 = 2

kemudian di ‘re’didik oleh #situanyanyuk

berdasarkan politik 1 +=1

kini, #zuraidah #zombie merayau2 dlm kesesatan..

Anonymous
Anonymous
26 May 2022 8:41 pm

jika ditakdir terjadi perang nuklear,tamaddun teknologi akan lenyap….ekonomi runtuh…tiada lagi pekerjaan bergaji

siapa pon dah tak mau pegang jawatan utama

kecuali seorang

dialah tun….pemimpin keramat

pembai’ah almahdi

teori aku…bakal terjadi pada 2024..diusia 1oo tahun tun

Anonymous
Anonymous
26 May 2022 8:45 pm
Reply to  Anonymous

2o24,hingga 2o3o….perang almarhamah selama 7 tahun

nabi isa turun dari langit pada 2o3o untuk membunuh dajjal

ramai dah jadi pengikutnya dajjal kini!

Anonymous
Anonymous
26 May 2022 8:47 pm
Reply to  Anonymous

kembalilah semua ke jalan yg benar

zunnun
zunnun
26 May 2022 8:17 pm

ape yg dirasai oleh kepimpinan #pkr & #pH terdahulu oleh pengkianatan nya, kini dirasai oleh nya pula..

masa depan politik nya berkemungkinan berakhir dgn penyertaan nya dgn #pBm ..