HARGA BARANG NAIK DAN RAKYAT SEDANG MARAH, PRU15 TIDAK SESUAI DIADAKAN TAHUN INI

Ketika ini rata-rata rakyat sedang mengeluh dan marah berikutan kenaikan kos sara hidup dan peningkatan harga banyak barang-barang keperluan seharian.

Ayam, sayur, ikan, minyak masak dan hampir semua barangan keperluan harian sedang menggila kenaikannya, walhal rakyat baru saja pulih untuk meneruskan hidup kesan daripada Covid19 mewabak lebih dua tahun lamanya.

Sementara kita tahu kerajaan sedang berusaha dengan pelbagai cara untuk mengatasi permasalahan tersebut, juga disedari menurunkan harga barang bukanlah boleh dilakukan dalam tempoh sehari dua.

Ia biasanya akan memakan masa beberapa bulan kerana kenaikan itu mempunyai hubung kait dengan penawaran dan permintaan serta bagaimana untuk meningkatkan bekalan di pasaran.

Maka itu, dalam bulan-bulan tetdekat ini dan sementara harga barangan keperluan belum begitu stabil, rakyat pada hakikatnya sedang dalam keadaan marah, mengeluh dan tidak puas hati terhadap kerajaan.

Apabila harga barang naik, darah rakyat pun akan segera menaik juga.

Di ketika rakyat marah, mengeluh dan tidak puas hati ini, perkara yang paling tidak harus dilakukan oleh kerajaan ialah mengadakan pilihan raya.

Pilihan raya hanya wajar diadakan apabila rakyat dalam keadaan selesa, puas hati dengan gembira dengan kerajaan.

Kecuali jika kerajaan memang sengaja mahu menempah kekalahan dan barangkali sudah bosan jadi kerajaan, barulah sesuai mengadakan pilihan raya ketika rakyat sedang marah itu.

Tetapi, sudah tentu tiada mana-mana kerajaan di dunia ini mahu kalah dalam pilihan raya semata-mata kerana sudah bosan jadi kerajaan.

Tidak terkecuali dengan kerajaan sedia ada di negara kita yang tidak mahu kalah pilihan raya dan Ismail Sabri Yaakob juga pastinya belum bosan untuk terus jadi Perdana Menteri, maka beliau tidak seharusnya tergesa-gesa mahu membubarkan Parlimen.

Biar pun sedang didesak dan diasak oleh pimpinan partinya sendiri iaitu UMNO agar segera membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya, Ismail Sabri mesti lebih bersabar dan bertenang menangani desakan serta asakan tersebut.

Sebaiknya hentikan seketika untuk melayan desakan UMNO itu kerana sebagaimana diketahui umum, sesetengah mereka itu berbuat demikian kerana hanya mahu menyelamatkan diri berikutan ketika ini sedang berdepan perbicaraan di mahkamah.

Berbanding mereka yang mahu memikirkan untuk menyelamatkan diri sendiri, Ismail Sabri punya tanggungjawab lebih besar iaitu ingin menyelamatkan kerajaan dan menyelesaikan masalah rakyat terlebih dahulu.

Dengan yang demikian, PRU15 sebenarnya lebih sesuai diadakan pada tahun depan, bukan tahun ini.

Rakyat sendiri secara umumnya lebih sedia berdepan PRU pada tahun 2023 berbanding 2022 yang penuh sengsara dan kegetiran dalam mereka meneruskan kehidupan sekarang ini. – ShahbudinHusin 26/05/2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 May 2022 — 9:16 am
Subscribe
Notify of
guest

11 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Firdaus Wong Pakar Cirit-Birit Luar Tabiee Yang Kabur
Firdaus Wong Pakar Cirit-Birit Luar Tabiee Yang Kabur
26 May 2022 1:53 pm

Penagih asap vape paling terkenal di Malaysia, Hishamuddin Tun Hussein kini ter-berak ci-rit-bi-rit atas kepala veteren askar. Jangan lupa kabur lagi bersama Azmin Ali Semburit ke luar negeri.

Firdaus Wong Youtuber Azhar Idrus Kuliah Lucah Kemaluan Wanita Akhir Zaman
Firdaus Wong Youtuber Azhar Idrus Kuliah Lucah Kemaluan Wanita Akhir Zaman
26 May 2022 1:31 pm

Apa kabar B40 semua? Ada yang nak cuba merangkak ke Padang Merbok lagi? Menyesal sekarang sudah terlambat. Jangan kaburkan masa depan sendiri macam muka Azmin Ali Semburit di Hotel Sandakan.

zunnun
zunnun
26 May 2022 11:54 am

#zuraidah dgn resmi nya meninggalkan #ppbm dan menyertai #pBm..

langkah strategic dgn meninggalkan #assmin atau merasakan #assmin telah #meniggal ‘dunia’ #zuraidah…

ape kah peluang #zuraidah diAmpang ?

yg pasti, #zuraidah telah jemu dgn #abah dan kini sedang menguji #mailsabri dgn meletakan..

apekah #mailsabri akan menerima perletakan jawatan nya atau memujuk nya

bermula dgn gagah nya dgn kegilaan #melayu2isle, kini yg tinggal hanya #melayu2 yg sedang bercakaran sesama sendiri …

zunnun
zunnun
26 May 2022 11:23 am

melayu2 #omNO perjuangkan hak #melayu, tapi dgn perbicaraan yg #najib & #zahid dihadapkan ..

…yg disebut2 nama2 kaum asli ke ?

hebat melayu2 #omNO terpekik terlolong perjuangkan #melayu2, tokei2 #cina ketawa sakan melihat #melayu di perbodohkan oleh pemimpin2 #omNO..

zunnun
zunnun
26 May 2022 11:12 am

melayu2 #omNO mengaku bragama #islam..

maka tak hairan sana sini, menyebut2 nama #tuhan mereka..

tapi, bila terbongkar kebenaran, salah laku yg bercangah dgn sumpahan dan sebutan nama #tuhan, apekah #tuhan mereka #patung-berhala, sekadar nama sj..?

zunnun
zunnun
26 May 2022 9:48 am

setiap #Nama ada pengertian Nya, ..baik dlm bentuk makna atau dari pengalaman #nostalgia nya.. maka nya, tidak kecuali Nama, #Allah, #Ilah, #YHWH …. ape kah pengertian #allah hingga membawa pd nama rahsia pd setiap yg mempercayai #Nya.. mulakan dgn #Al-a-h… sepertimana dgn #Min-Ha-Min-Dal agar bila disatukan kedua2 nya ternyata rahsia #tuhan & #ketuhanan #Nya, dan bila saat terbit kesedaran ‘certainty’, sesunggohnya, binasa #kepercayaan, cahaya #keyakinan terdiri dgn sendiri .. tapi rakyat tertanya2, apekah Nama #omNO itu sudah hilang #roh melayu Nya dgn pemimpin2 tak segan2 merompak & menyamun tiada lagi perlu bersembunyi tapi kini dilakukan dgn terang2 sekali… malah #omNO,… Read more »

zunnun
zunnun
26 May 2022 10:00 am
Reply to  zunnun

ralat..

mulakan dgn #Al-la-h..

Anonymous
Anonymous
26 May 2022 10:56 am
Reply to  zunnun

Bodoh bangang kamu tak menyedari bahawa puak mana pun memerintah ada “pemimpin2 tak segan2 merompak & menyamun ..”

Lagi baru parti itu dalam politik, lagi “tak segan2 merompak & menyamun”

Anonymous
Anonymous
26 May 2022 11:03 am
Reply to  Anonymous

Tentukan pihak2 yang berkuasa di pimpin oleh orang yang bertamadun tinggi, kuat berdisiplin dan pegang pendurian “no nosense by anybody”

zunnun
zunnun
26 May 2022 11:07 am
Reply to  Anonymous

betul2 hingga satu ‘dunia’ jadi bahan ketawa, kisah #melayu bangang bersama budak #cina..

kini di Malaysiam sedang bicara, kisah #melayu di bayar bulanan oleh tokei #cina ..

klu bingai, jgn dibawa pd anak2 & bini pula, nanti satu keluarga hilang ‘cerdik’ mereka..

zunnun
zunnun
26 May 2022 9:29 am

sepatut nya dengan permasaalah barang2 keperluan pemakanan rakyat yg kian meruncing dan jika kerajaan #mailsabri bertegas utk mengadakan #pru15, ini membawa keuntungan pd pembangkang … tapi oleh kerana #omNO & #bN dgn keadaan sudah bersedia utk mengerakan jentera pilihan raya nya, yg dlm ketakutan, dilihat pembangkang yg di terajui #pH.. ngape ? jgn di perbodohkan rakyat walaupun sedang tertekan, masih matang utk membuat pilihan.. maka nya, gerakan bilik perang #pH dan jgn asyik berseloka dan bersunggoh2 mengadakan program tanaman & ternakan peringkat negeri2 yg di kuasai oleh #pH agar rakyat melihat kesunggohan pemimpin2 nya membantu rakyat jelata.. #AyuhNurul… tunjukan langkah… Read more »