“SETIAUSAHA YANG CUAI, SAYA YANG KENA”…OOHHHH…IA KE?

Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas setiausaha eksekutifnya telah melakukan pelbagai kecuaian dalam mengendalikan pengurusan kewangan peribadinya dan Yayasan Akalbudi (YAB).

Ahmad Zahid, 69, berkata Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly telah melakukan kecuaian antaranya gagal memahami dan membaca penyata kad kredit miliknya sehingga menyebabkan pembayaran kad kredit yang dibuat oleh bekas setiausaha eksekutifnya itu tidak mencukupi dan berlebihan.

“Kesalahan yang dibuat oleh Mazlina termasuk membuat bayaran kad kredit secara berlebihan sebanyak RM71,283 sedangkan jumlah yang perlu dibayar adalah RM65,153.32. Selain itu dia (Mazlina) terkurang menjelaskan bil kad kredit dan hanya membayar RM2,600, walhal dia sepatutnya membayar RM64,668.24,” katanya ketika membacakan penyataan saksi pada hari ketiga prosiding membela diri atas 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Beliau berkata Mazlina telah memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau tidak tahu, tidak pasti dan tidak ingat berkenaan pengurusan bil-bil kad kreditnya selain mengaku cuai dalam mengendalikan perbelanjaan kad tersebut.

“Sebagai banker (jurubank) yang terlatih dan berpengalaman, saya menyatakan bahawa sekiranya saya tahu Mazlina berkelakuan sebegini saya tidak akan memberi kebenaran dan akan memberhentikan perbuatannya serta-merta,” katanya.

Kepada soalan peguamnya Datuk Ahmad Zaidi Zainal mengenai bagaimana Mazlina boleh mendapat jumlah lebihan dalam penyata kad kredit sehingga menyebabkannya membuat pembayaran lebih, Ahmad Zahid menjawab: “Inilah yang saya tak faham, kenapa bayar lebih dan kadang-kadang bayar kurang, ertinya ini cuai, yang kena saya. Adakah ini satu keadilan?

Ahmad Zahid berkata Mazlina tidak pernah menunjukkan penyata bulanan kad kredit kepadanya walaupun pernah diminta.

“Dia (Mazlina) kata akan memberi penyata kad kredit kepada saya dan dia akan ke pejabat saya, saya tunggu tetapi dia tidak datang dan buat-buat lupa, tiap kali tanya pelbagai alasan diberikan kepada saya.

“Yang Arif, saya seorang yang sangat sibuk… saya mengutamakan tugas untuk kementerian dan negara sebab itu saya tidak dapat mengesan berlakunya kecuaian oleh Mazlina dalam menguruskan kewangan peribadi saya dan Yayasan Akalbudi,” katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata Mazlina telah menggunakan cek milik YAB untuk membuat pembayaran kad kredit miliknya tanpa arahan, pengetahuan atau persetujuannya.

“Mazlina telah menggunakan cop tandatangan saya pada cek Yayasan Akalbudi untuk membayar kad kredit persendirian milik saya dan isteri (Datin Seri Hamidah Khamis) tanpa pengetahuan saya, sebaliknya cop tersebut sepatutnya digunakan untuk sijil-sijil penghargaan dan kad-kad perayaan.

“Saya tidak pernah mengarahkan Mazlina untuk menggunakan cek-cek Yayasan Akalbudi yang telah saya pratandatangan untuk tujuan selain daripada kegunaan kebajikan dan amal jariah Yayasan Akalbudi dan saya tidak pernah membenarkan Mazlina untuk menggunakan cop tandatangan atau cek pratandatangan bagi tujuan pembayaran kad kredit peribadi atau polisi insurans kenderaan saya,” katanya.

Ahmad Zahid juga tidak mengetahui bahawa terdapat cek-cek yang menggunakan cop tandatangan dan pratandatangan yang digunakan oleh Mazlina sepanjang 2013 sehingga 2016 dan sekiranya mengetahui perkara itu berlaku beliau akan terus memberhentikan wanita itu kerana telah menyalahguna cek yayasan tersebut.

“Disebabkan kegagalan-kegagalan Mazlina ini, saya terpaksa mengambil keputusan untuk melantik Tetuan Lewis & Co sebagai pemegang amanah kepada dana Yayasan Akalbudi,” katanya.

Ditanya Ahmad Zaidi, mengapa anak guamnya itu tidak mengambil tindakan terhadap Mazlina, sedangkan saksi pendakwaan ke-90 itu telah melakukan beberapa kesalahan.

“Saya seorang yang profesional… saya melayani pegawai-pegawai bawahan saya yang bertugas di bawah agensi dan jabatan bawah saya dengan profesional. Saya tidak pernah menurunkan pangkat mana-mana pegawai, sebaliknya saya memberikan nasihat dan panduan serta menaikan pangkat dengan cara tertentu supaya pegawai itu tidak lagi bertugas di pejabat atau kementerian yang saya ketuai.

“Biarpun Mazlina membuat kesilapan beberapa kali, namun sebagai seorang yang profesional, saya merasakan nasihat, panduan serta tunjuk ajar perlu diberikan. Saya menukar cara di mana saya menasihati seseorang pegawai itu kerana mereka merupakan aset kepada jabatan, agensi atau kementerian yang saya ketuai, dengan cara itu saya tidak menzalimi dan menganiaya atau merendah-rendahkan mana-mana orang dan tidak merosakkan kerjaya seseorang itu,” katanya.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Pada 24 Jan lepas, mahkamah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap kesemua pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. – Bernama

Updated: 24 May 2022 — 7:11 am

18 Comments

Add a Comment
  1. apekah #tuhan dikenali hanya dlm kegelapan, ape yg lakukan oleh mereka bermunajat berkhalwat bersetubuh mengasingkan diri, dlm kesunyian..

    kini,

    #tuhan blh dikenali dlm cahaya terang, seiring dgn tamaddun manusia yg bergerak dgn kadar yg bagitu mengkagumkan ….

    dimana berakhir nya, tamaddun manusia bila berjaya menjadi tetamu di #marikh…

    apekah #bumi berasa lega atau telah melepaskan tanggung jawap nya…

    perlu kah #israil meminta izin terlebih dulu dari #marikh sepertimana yg di lakukan pd #bumi…

    apekah #melayu2 akan membawa benih #moral-code #melayu2isle ke #marikh jua..

    apekah #omNO akan memperlopori budaya sedemikian kelak di sana ?

    ape yg di cari oleh #muhammad hingga perlu bermunajat sendirian di gua..?

    renungkan dgn mendalam, melihat cahaya, agar cahaya diri menyamai …

    ketika itu, dgn kelajuan 299,792,458 m/s, segala rahsia alam terungkai

    akan lahir ‘new breed of metaphysics’, mengantikan ‘the old breed of gnostics’ yg mana agama digantikan oleh metaphysical realm of predictability…

    bukan itu yg #tuhan inginkan ketika dijadikan manusia….

    tapi lain pula dgn #azazil, sifat randomness, ribuan tahun tidak mengenali #tuhan, memberi peluang pd perompak2 penyamun2 mengambil kesempatan…

    hingga melahirkan ‘metaphoric’ #melayu2isle yg tergiler2 berdalih & berhelah utk meneruskan ‘randomness’ #azazil seterus nya…

  2. pepatah #melayu menyampaikan kata..

    ‘bapak borek anak rintik’

    lalu omputi dgn proverb yg sama,

    ‘like father like son’

    apekah bila #najib, #rosmah & #zahid bebas bila #omNO berjaya memenangi slim majority dlm #pru15…

    warga2 #omNO akan mengikut jejak ketiga ‘stooges’ dgn merompak sana sini…

    like ‘pemimpin’ like ‘yg dipimpin’..

    #melayu2 ketika itu tak segan silu, melakukan #rasuah, hingga #melayu2 akhir nya hilang di bumi sendiri…

  3. ..apekah warga #omNO tak terasa #zahid dok mencuri duit dari syarikat milik #omNO, setiap bulan purata RM 1.4 Juta, selama ketika menjawat Timb #pM..

    apekah ..

    apekah warga #omNO dok asyik berputih mata
    sedangkan sentiasa berpeluh berputih tulang

    biar ape sekali pun #zahid curi dari #omNO
    namum semangat kami, tetap bersama #zahid…

    kesian #melayu, tegar membingai akal fikiran kalian..

  4. Tajuk Thread #Budin Terkini..

    “SETIAUSAHA YG CUAI, SAYA YG KENA’

    OOHHHHH…. IA KE

    “SAYA YG CUAI BERBELANJA, #omNO YG KENA”

    ..tak terasa ke warga2 #omNO, duit yg sepatut nya hak syarikat milik #omNO, #zahid samun utk kegunaan keluarga sendiri..

  5. wak ponorogo dlm mahkamah mcm certa ali baba bujang lapok. Semar Ngiseng Wak jahid Ngiseng, Kabeh Ngiiseng.

  6. ‘..#bunga2 di taman, harum semerbak bau #mu…’
    ‘..perawan2 di taman, cantik sunggoh wajah #mu..’

    mak aii..

    buta kah mata #mu, mendustai #aku..
    di dlm tanah, akar2 pohon bergelumang dgn tanah mencari2…
    di dlm tubuh, sel2 organ, bergelumang membersihkan sisa2 toksik..

    cantik kah rupawan yg sedang menyangkung membuang kencing & tahi.. ?

    .. jgn leka dgn ape yg dilihat, guna akal ketika hati tenang sekali..

    apekah warga2 #omNO ‘cerdik’ memuji2 #najib, #rosmah & #zahid..?
    hingga air kencing #rosmah harum semerbak, dan taik2 #najib & #zahid karamah #melayu ?

  7. HA HA HA

    😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
    Blog Budin ini bgaikan Bro Zunnun jajahi & takluki
    Naper Nek ‘Ed tu Brute’ dah tak lagi menjejak kaki
    Tiada lagi darinya ungkapan tahi & mencaci maki
    Apakah dia kini sdg sibuk menggunting bulu puki?
    😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

    🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    KAH KAH KAH

  8. Datuk Seri Dr #Zahid..

    apekah anugerah ‘Datuk Seri’, yg diberi, #Amanah atau #Pemujaan diri..

    apekah anugerah ‘Dr’ yg dipelajari, #Ilmu Kemanusian atau #Ilmu Mencuri

    sekadar rakyat panggil sj #zahid, mengelak menambahkan hina pd nama nya..

    anugerah bila senang dilewati, ketandusan #roh utk menghidupkan nya..

  9. #anwar ketika penyampai #holistik terbaru nya membicara kadar infasi yg tinggi hingga memberi kesan pd bahan2 pemakanan yg perlu di ‘import…

    lalu rakyat marhem tertanya2, kan #pH berkuasa ke atas 3 negeri, ngape tidak mulakan industri pemakanan negara, utk membantu menurunkan kadar inflasi hingga menjejaskan pemakanan dlm negara..

    tak kan #reformasi sekadar di jalan raya sj..

    tapi #nurul lain pendirian nya, selalu teringat2 ‘siape’ yg ‘berani’ membantu permasaalahan kos sara hidup keluarga nya…..

  10. #assmin ‘berani’ melontarkan keinginan utk melakukan #reformasi dgn memberitahu #anwar keperluan mengantikan pucuk kepimpinan parti dgn diri nya sebagai #president ..

    bagus cadangan ini, tapi ngape tidak lakukan dgn menawar diri dgn bertanding agar ahli2 parti blh buat keputusan..

    ngape baling batu sorok tangan…

    ..kedua2 #saifudin & #rafizi mampu mengetuai parti, tapi apekah melakukan seperti #assmin, dgn #membakar parti..

    ada cara lain utk dapat mengetuai parti, dgn menangkap #nurul dijadikan #isteri..

    #de-lusignan berjaya lakukan sedemiian dgn mengawini #sibylla lalu di mahkotakan #Raja pd #holy-land..

    apekah dn kawini #nurul membolehkan jadi #Raja pd #holistik-parti ..?

  11. ape itu #reformasi ?

    adakah bila #nurul dapat suami, #nurul telah melakukan #reform pd diri..?

    adakah bila ##anwar pengudur diri, #anwar telah melakukan #reform pd diri & parti..

    maka nya, jika ingin melakukan #reform, cuba2 lihat pd diri, sanggup kah melakukan perubahan…

    tapi, boleh kah, #wawi bersuami baru mengantikan #anwar yg sibuk dgn #holistik nya sana sini, ketika itu ape akan jadi dgn #pkr, betul2 dah melakukan reform ke ? ..

    hanya #zunnun tertanya2, apekah Anjing #TanpaNama telah melakukan reform pd diri, dgn menjauhi blog #budin yg kerap dilewati..

  12. jika #ph ingin menjadi satu gagasan yg mampu bersaing dgn #bN, sudah tiba masa nya, #anwar & serta kepimpinan bingai2 yg sekeling nya beri laluan pd #rafizi & #nurul…

    #wawi perlu menerajui parti, & #anwar sekadar jadi #punahsihat dgn #holistik nya sana sini..

    ini memandangkan peratus nya keluar mengundi amat rendah sekali…

    apekah #anwar masih #buta hati nya tidak mengetahui perkara ini ?

  13. Ha ha ha. Zahid & Najib sama hebat. Masing2 terlalu sibuk utk urusan demi negara hinggakan transaksi & kedudukan kewangan akaun sendiri pun tak ambil peduli. Semua transaksi disalahkan orang lain. Anihnya sebahagian transaksi itu bertujuan utk manfaat peribadi, menguntungkan diri sendiri.

    Kenapa Mazlina tak pula sampai cuai guna duit2 dlm akaun milik Zahid tu utk dirinya sendiri? Cuai tapi yg untung Zahid juga. Cuai jenis apa ni ya???

    Inilah antara ciri2 penunggang bangsa & agama. Bila dah terdedah, cuba dicari “kambing hitam“. Mazlina cuba di kambing hitam oleh Zahid & lawyer ya manakala Jho Lho & Pengurusan 1MDB pula antara senarai kambing hitam” utk Najib & lawyernya.

    Kalau tak kerana jasa “kambing2 hitam”ni, beranikah Zahid & Najib bershopping sakan guna kad kredit atau debit utk shopping dan bayar keperluan peribadi mereka. Macam Najib, berbelanja sakan kat luar negara. Menasabahkah tak check status akaun dan kewangan sebelum nak berbelanja besar melainkan dah tau duit dlm akaun/credit card/debit memang berlambak & bertimbun.

    Tak ke gitu wahai pejuang bangsa & agama nombor Wahid bernama Zahid & Najib???

    Ingat… ciri2 pedagang/pelacur agama, salah satunya adalah spt apa yg berlaku itu. Semuanya dilakukan secara licik & pasti ada perantaraan, calon kambing hitam

    Tepuk dada soal minda!

  14. #rukun Negara…

    5) kesopanan & kesusilaan…

    dlm mahkamah siape punya ‘polite & decent’ dgn ketrampilan diri…

    tapi, bila melakukan rasuah & temberang, asal ada kesopanan & kesusilaan blh jadi..

    #moral-code yg perlu di perbaiki..

    perhaps

    (5) jati diri & kemanusian..

  15. kahkahkah..

    ape akan jadi #omnO diwargai oleh bingai2 seperti #zahid…
    ape akan jadi #omnO diwargai oleh bingai2 seperti #najib..
    ape akan jadi #omnO diwargai oleh bingai2 seperti #rosmah..

    #omNO tak ubah parti #melayu ‘kaki kuat temberang’ bila berhadapan dgn kebenaran..

    adakah #temberang2 ini ‘cerdik’ dimata rakyat ?

    ‘credik’ #Anjing yg menyalak2 didepan cermin tak lah sampai membodohkan diri nya dlm semua kehidupan nya…

    tapi, dgn #zahid, #rosmah & #najib, negara tidak perlu anasir dari luar utk membinasakan nya..

    1. Apa akan jadi pada PKR apabila hanya 8% saja ahli keluar mengundi untuk memilih pemimpin tertinggi?
      Nampak jelas ahli2 akar umbi sudah tidak teruja lagi dengan halehwal polotik dalaman PKR.

      Den bukannya ahli mano2 parti…tapi den nak bagi pandangan pasal PKR …jangan marah k…

      Den ghaso kalau Piji amik aleh pimpinan PKR dari brader Nuar…ghaso2nya PKR akan kembali menarik perhatian rakyat….

      1. mako nyo,#anwar kono pikir didih masak, bori ajo pd #fizi…

        den book #nurul jo, kemano dio poii..

      2. Setuju 100% 👍

Leave a Reply

Your email address will not be published.