ROSMAH HARUS SELALU ADA DI SISI NAJIB, BARULAH FITNAH DAN MAINAN PERSEPSI BOLEH DIELAKKAN

Malam semalam, setelah sekian lama, adalah julung kali Rosmah Mansor menampilkan dirinya secara terbuka dalam majlis awam bersama orangramai untuk mengiringi suaminya, Najib Razak.

Beliau membuat penampilan itu dalam majlis rumah terbuka sempena hari raya Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Gombak yang turut dihadiri Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi serta ramai pimpinan parti yang lain.

Sebelum ini, sebaik kekalahan BN pada 2018 lalu, Rosmah boleh dikata tidak lagi membuat kemunculan terbuka mengiringi suaminya di program-program bersama orangramai sebagaimana yang biasa dilakukannya ketika Najib masih memegang jawatan Perdana Menteri.

Lantaran itu, sejak tidak bergelar Perdana Menteri, Najib selalu dilihat muncul bersendirian, tidak kira dalam apa majlis atau program terbuka apa pun yang dihadirinya.

Sebaliknya, Rosmah hanya sesekali kelihatan ada bersama Najib dalam majlis rasmi seperti berbuka puasa dan jamuan hari raya di Istana Negara saja misalnya.

Tidak dapat dipastikan mengapa Rosmah tiba-tiba memilih untuk hadir bersama Najib pada majlis rumah terbuka UMNO Gombak malam semalam, tetapi rata-rata ahli UMNO dilihat gembira dengan kehadiran beliau itu.

Terutama di tengah-tengah penyebaran sekeping gambar Najib baru-baru ini yang belum disahkan kesahihannya yang menperlihatkan seolah-olah beliau mempunyai keluarga baru, kehadiran Rosmah pada malam semalam dengan sendirinya telah berjaya menutup cerita tersebut daripada terus dibualkan.

Apalagi Najib dan Rosmah kelihatan sangat mesra dan dilihat selalu tersenyum bersama, suatu keadaan yang memperlihatkan hubungan mereka masih utuh serta bahagia.

Cerita mengenai Najib kononnya sudah berkahwin lain sebenarnya sudah lama kedengaran dan menjadi percakapan ramai, terutama di kalangan kelompok UMNO.

Antara sebabnya, memang begitulah lumrah dalam masyarakat Melayu, adalah kerana Najib sering muncul sendirian dan tiada lagi kelihatan Rosmah mendampingi beliau di sisinya.

Jika sejak dulu Rosmah sentiasa ada bersama Najib, percayalah, tidak mungkin ada yang berani menyebar berita atau membawa mulut mengatakan bekas Perdana Menteri itu ada isteri yang lain selain daripadanya.

Harus difahami, Najib bukan saja mempunyai musuh politik di luar UMNO, tetapi juga di dalam UMNO dan sudah tentu popularitinya merupakan ancaman buat mereka.

Di dalam UMNO, kecuali Ismail Sabri Yaakob yang sudah duduk sebagai Perdana Menteri yang mungkin tidak merasa terancam dengan populariti Najib, yang lain-lain yang sedang mengidam kedudukan di puncak kuasa tentu saja gelisah dengan popularitinya itu serta kemungkinan beliau mampu muncul semula menggenggam kuasa.

Bermula sekarang dan masa-masa mendatang, di sebalik mungkin ada lagi cerita-cerita tidak enak lain disebarkan selepas ini, jalan terbaik jalah Rosmah harus sentiasa ada di sisi Najib.

Dengan beliau sentiasa ada bersama Najib, bukan saja fitnah dapat dikekang, malah mainan persepsi yang bertujuan mengganggu populariti Najib juga boleh dielakkan.

Sama juga macam kita lelaki biasa, kalau asyik jalan berseorangan saja ke mana-mana, biasanya akan muncullah juga macam-macam cerita.

Untuk itu, sesekali haruslah juga ditunjukkan keluarga dan wajah isteri secara terbuka.

Kepada Rosmah, untuk keselamatan dan kejayaan masa depan suaminya, jangan lagi dibiarkan Najib muncul secara terbuka seorang diri selepas ini.

Sentiasalah ada di sisi Najib ke mana saja dan di sepanjang masa. – ShahbudinHusin 23/05/2022.

*** Terima kasih kepada Rafi Awg Kechik yang kacak, handsome dan lawa kerana sudi meminjamkan gambar-gambarnya untuk artikel ini.

Updated: 24 May 2022 — 10:48 am

8 Comments

Add a Comment
  1. berkata2 akan #tuhan pd segala para2 #keupayaan2 nya,…

    siape diantara kalian yg mampu membantu membawa kemenangan dlm perperangan…

    bangkit #keupayaan dgn nama ‘Angel of Music’, lantas berkata, keupayaan #aku mampu menaikan semangat pejuang2

    bangkit pula #keupayaan dgn nama ‘Angel Pendengaran’, lantas berkata, keupayaan #aku mampu mendengar ape yg diperkatakan oleh #lawan utk membawa kemenangan ..

    lalu tiba2 satu rintihan dgn berkata, yg #tuhan #ku, ngape tak berdamai sj…

    laa, ‘Angel dari Luar Kotak’ kesan Nya..

    ..saya diberi nama “Angel of Listening” mampu mengintai kata2 keluhan dari sesiape sekali pun…

  2. blh ke #anwar & wawi beri restu membolehkan #nurul dijadikan #icon mengantikan yg terdahulu, #pH gunakan ketika run-up #pru14, mascot #sinyanyuktua..

    sudah tentu ramai yg menyimpan perasaan utk mendampingi #icon terbaru #pkr, #AyuhNurul…

    yg perlu, cari tema lagu yg sesuai …

    jadi di sisihkan #nurul, ia permata berharga, air mata nya keluar spontan tanpa perlu di paksa..

  3. pemimpin2 #pH tak perlu gusar, tak perlu rasa cemas, tak perlu rasa pening & juah sekali kemabukan…

    renungkan akan ape #najib, #rosmah & #zahid sedangkan lakukan…

    ketiga2 mereka sedangkan melahirkan ramai watak2 mereka bertiga dan akahir nya #omNO itu #najib2, #rosmah2 & #zahid2 ketrampilan yg dijenamakan oleh warga nya..

    personality #najib, #rosmah & #zahid perlu dijadikan watak #zilch berlawanan dgn #iconic yg dimainkan oleh cybertroopers mereka..

    beri tugas tersebut pd anak2 muda, itu memberi kegembiraan pd mereka..

  4. apekah impasse/kebuntuan keadaan politik semasa hanya cara politik sj yg mampu beri penyelesaian ?

    cuba2 pula tikus2 politik membuka ‘baju politik’ mereka lalu menyarung ‘baju rakyat’ pula..

    pergi ke desa2 bersama menemui kemiskinan kampung, ke urban menhayati kemiskinan bandar pula…

    ..yg rakyat ingin melihat pemimpin2 tertinggi merendahkan diri dan berdiri sama tinggi dgn rakyat bersama…

    ..bukan sekadar wakil cabang, wakil bahagian, bukan sekadar wakil2 yg dihantar tapi kesunggohan pemimpin2 tertinggi datang mendapatkan mereka…

    duduk selantai, semeja makan bersama dgn tiada byak protokol, pengiring & escort malah tiada juru gambar sekali pun…

    jika #nurul sering melakukan sedemikian, nescaya cepat menemui bakal suami terbaru nya…

    jika #rafizi yg melakukan, sudah pasti akan lahir ramai lagi #rafizi2 dari kalangan rakyat hingga kerja menjadi senang utk menubuhkan pasukan perang nya…

  5. #pH perlu membetulkan keadaan semasa yg dilakukan oleh pemimpin2 dgn memulakan tanaman pertanian & ternakan utk membawa mengatasi barang makanan yg melambung harga…

    ..amat malang sekali, bila pemimpin2 #pH dilihat asyik perhatin dgn kegelisahan rakyat, tapi setakat bercakap2 sj…

    tunjukan tindakan dgn segera dgn #selangor & #negrisembilan ‘test-bed’ mengeluarkan permakanan utk rakyat jelata..

  6. negara perlu bangkit dari kemelut kecelaruan politik semasa…

    dibiarkan pd tangan tikus2 politik, mereka akan mengunakan agenda parti utk berkuasa…

    maka, sudah tiba #rakyat bertanggungjawap membuat penentuan pula..

    ..bagaimana cara nya ?

    bukan pilihan raya tapi menyuarakan kegelisahan, dan pilih tikus2 politik yg ‘mendengar’ nya..

    tapi, ngape tidak, tikus2 politik yg melakukan, dgn menyuarakan kegelisahan dan membawa rakyat bersama2..

    ‘the seller is also the buyer..’

  7. ngapa salahkan #omNO sedangkan #pH sendiri tidak bersedia utk membetulkan kepincangan mereka..

    bukan #pN, bukan #situa nyanyuk, bukan #pH tapi pengundi yg berhak telanjangkan #omNO, maka pergi mendapatkan mereka…

    #pru15 tidak akan menukar ‘political landscape’ negara sepertimana #indonesia sejak #suharto dipaksakan oleh rakyat nya, tertunggu kemunculan siape yg akan membawa negara ke mercu kejayaan nya..

    kerosakan negara mengunakan bangsa & agama utk berkuasa kini menampakan ‘image ugly’ nya…

    dan pemimpin2 #omNo dan #pN akan terus mengunakan modal sedemikian rupa utk terus berkuasa dan selagi itu, negara dilihat betape pariah dimata ‘dunia’…

    rakyat masih belum terasa kesan #melayu2isle, yg sedang berluluasa…

    rethorik pengunaan sedemikian tak ubah satu #fesyen, akan bila jemu, memerlukan fesyen yg baru pula…

    apekah #pH sudah ada fesyen terbaru utk rakyat jelata ?

  8. bukan #najib, bukan #rosmah, bukan #zahid yg akan memenangkan #omnO..

    .. tapi #pH, yg merasakan ketiadaan #idea telanjangkan #omNo…

    #pH mampu buat kejutan, memandangkan perundangan masih berjalan membongkar scandal2 penyamun2 #omNO…

    biar #rosmah bersuka ria di sajikan oleh bingai2 #omNO yg ada, dlm kedukaan yg dia terasa hina, dimadukan oleh #najib, selain mahkamah hampir membuat ‘deliverance’ nya…

    malaysia akan sentiasa di lihat negara #pariah selagi #omNO yg diketuai oleh #najib & #zahid terus berkuasa…

Leave a Reply

Your email address will not be published.