PERATUS KELUAR MENGUNDI TERLALU RENDAH, MASIHKAH PKR ADA MASA DEPAN?

Dalam proses pemilihan pucuk pimpinan PKR yang sudah di penghujung sekarang, satu perkara yang ketara dan perlu diberi perhatian ialah berkenaan peratusan keluar mengundi yang terlalu rendah.

Secara purata dilaporkan peratusan keluar mengundi di kebanyakan cabang adalah sekitar lapan peratus dan ada pula di beberapa cabang yang hanya empat peratus saja yang keluar mengundi.

Hanya di Selangor ada peningkatan dalam peratusan yang keluar mengundi di mana terdapat cabang yang mencecah antara 20 hingga 25 peratus.

Setakat ini, masih ada lapan cabang belum selesai mengadakan pemilihan berikutan diarah mengadakannya semula atas pelbagai sebab teknikal.

Setelah lapan cabang itu selesai mengadakan pemilihan semula, barulah keputusan rasmi mengenai pemenang semua jawatan akan diumumkan oleh JPP atau Jawatankuasa Pemilihan Parti.

Kenapa peratusan keluar mengundi terlalu rendah?

Apakah ahli-ahli PKR yang mencecah lebih sejuta orang semuanya tidak teruja dalam proses pemilihan kali ini?

Kalau ahli-ahli PKR ternampak sudah tidak teruja dan malas keluar mengundi dalam pemilihan parti sendiri, apakah mereka turut lesu dan tidak mengundi juga dalam PRU15 akan datang nanti?

Jika begitu, bagaimana PKR dan PH mahu menang PRU15 nanti dan membolehkan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri?

Di sebalik kembalinya semula Rafizi Ramli ke kancah politik sehingga menyebabkan riuh rendah di media sosial antara penyokong dan penentangnya, peratusan keluar mengundi yang rendah ini tentu saja menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya.

Apakah peratusan keluar mengundi yang rendah itu kerana ramai ahli-ahli PKR jadi bosan dengan pertelingkahan dalaman dan kecam-mengecam sesama sendiri yang ternampak begitu berlebih-lebihan?

Selepas keputusan nanti, sama ada Rafizi atau Saifuddin Nasution Ismail yang memenangi pertandingan, siapakah yang lebih mampu menarik perhatian dan membuatkan ahli-ahli PKR sendiri keluar mengundi dalam PRU15 kelak?

Kalau ahli PKR sendiri tidak berjaya ditarik untuk keluar mengundi, bagaimana pimpinan mahu meyakinkan rakyat untuk keluar mengundi dan menyokong mereka?

Apa pun persoalannya, yang nyata, cabaran bagi pimpinan baru, termasuk Anwar yang menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, adalah sangat besar selepas pemilihan ini dan menuju PRU15 yang dijangka tidak berapa lama lagi.

Sesuatu harus dilakukan dengan pantas dan meyakinkan jika PKR masih ada impian untuk menjadi kerajaan dan menguasai Putrajaya.

Pimpinan baru nanti tidak boleh berlengah lagi dalam memulakan gerak kerja, sekaligus merawat segala luka dalam pemilihan yang telah berlalu.

Gagal menarik ahli-ahli PKR sendiri keluar mengundi dan tidak berjaya membuatkan mereka teruja untuk memenangi PRU15 bermakna tipislah juga peluang untuk melihat rakyat dan pengundi atas pagar mengundi PH.

Gagal semua itu, maka lupakanlah impian dan harapan untuk menerjah bintang dalam PRU15 akan datang.

Meskipun dijangka tiada parti yang mampu menang majoriti kerusi secara sendirian dalam PRU15 akan datang dan rundingan masih diperlukan untuk menubuhkan kerajaan, tetapi memenangi jumlah kerusi yang banyak dan munasabah adalah asas untuk memulakan apa jua perbincangan.

Dengan tiada kerusi munasabah mampu dimenangi, jangankan mahu menjadi kerajaan, untuk diajak berunding oleh pihak lain pun tentu saja tidak lagi dalam keutamaan.– ShahbudinHusin 23/05/202/.

Updated: 23 May 2022 — 9:37 am

4 Comments

Add a Comment
  1. Din Remos23 May 2022 at 9:17 am

    “Harap-harap cikgu Murni aku yang menang…”, kata Haji Bakhil. Namun di sudut kamar usang, seorang nenek tua sedang mengkelebet sesuatu yang amat buruk rupanya…bersimpul berselirat kedut seribu macam getah sekerap yang terbiar sekian lama…..sungguh menjijikkan….

    Berdasarkan peratusan keluar mengundi yang amat rendah di kalangan ahli PKR….ternyata ramai ahli yang sudah keletihan akibat terlalu banyak berpolitik. Yang belum letih dan masih mengharap untuk menjadi PM adalah abam Nuwar. Semoga tercapai hasrat sebelum menutup mata.

    Reply

    1. HA HA HA.. BRAVO DIN REMOS!

      😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅😅
      Nenek “Ed tu Brute”, dah tak lagi bersuara nyaring
      Kini si tua tu dh jarang masuk, wlau dulu tu sering
      Takda lagi kata² Shakespeare yg dia dpt nak iring
      Betina itu kini bagaikan anjing tua yg patah taring
      Maklum lah tua kerepot puki menopos dan kering
      Bulu puki habis putih berserabut mcm putu piring
      Bibir puki dan bijik kelentit, dah serupa kulit jering
      Agak nya kini di sisi Bg Ali si tua iblis itu terbaring
      😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂

      🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕🖕
      Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
      🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

      KAH KAH KAH

  2. ..manusia perlu berpolitik, tapi apekah #tuhan sama jua ?

    kepenatan hidup tidak dirasai kerana manusia sentiasa berpolitik utk mengayakan hidup harian mereka…

    terperangkap dlm kemewahan, dlm kemiskinan, dlm kesusahan, dlm kesedihan, dlm keringan….

    the cycle of life will continue, jika tidak sekarang senang, keturunan kemudian yg meraihkan kesenangan….

    maka utk menghilangkan kepenatan turun mengundi, elak berjanji, lebih memberi…

    jika #Moral-Dogma mengatakan, kesalahan menabur duit memancing undi, so be it, realitas nya, parti mana yg menabur akan meraih kemengangan…

    ‘respect must be earned, votes are not free, this time around..’

    buat ape perkayakan tikus2 politik sedangkan pengundi2 juga dlm keperluan…

  3. parti yg akan mendapat kerusi terbanyak dlm #pru15 bila ahli2 nya keluar mengundi..

    dgn #omnO yg dianggotai 3,300,000 ahli, dilihat ‘favorite’, selain dibantu dgn jentera yg kuat..

    dgn bantuan #mCA yg mempunyai 1,300,000 ahli dan #mIc 600,000 atas kertas, #bN akan kembali berkuasa…

    tapi ini hanya satu senario yg mana #omNO tidak menghadapi permasaalahan dalaman dan berkemungkinan di gantung oleh #RoS…

    apekah #mailsabri & #mahiaddin sanggup melihat kembali nya #zahid & #najib menguasai #omNO sedangkan kedua2 nya masih bebas ..

    sementara ini, biar lah pemilihan #pkr selesai dan pd Jun 2022 bila Kongress PKR mengadakan persidangan dan mengumumkan dgn resmi siape yg menjawat timb president terbaru nya…

    terus perkasakan #Ayuh Malaysia…

    ‘the fight will never end, and the end will always make a new start to continue the fight..’

Leave a Reply

Your email address will not be published.