PENDEDAHAN RASUAH ZAHID HAMIDI MENIPISKAN LAGI PELUANG UMNO MENANG PRU15

Kecuali ahli UMNO yang taksub, semua rakyat Malaysia rata-ratanya terkejut dengan keterangan seorang saksi dalam perbicaraan rasuah melibatkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkaitan sistem pengurusan visa luar negara pada minggu lalu.

Saksi tersebut, bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Harry Lee Vui Khun mengesahkan bahawa syarikat tersebut telah menghantar wang tunai antara SG$200 ribu dan SG$520 ribu setiap bulan selama empat tahun dari 2014 kepada 2018 kepada Zahid Hamidi yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Harry Lee juga memberitahu mahkamah, UKSB turut menaja percutian Zahid Hamidi ke luar negara, majlis sambutan hari jadi isterinya serta untuk hari raya.

Walaupun saksi itu kemudian memberitahu mahkamah, semua pemberian wang itu adalah sumbangan politik, perkara itu tetap menimbulkan banyak persoalan.

Benarkah ia sumbangan politik atau saksi itu berkata demikian untuk mengelakkan dirinya terkait dengan pertuduhan memberi rasuah?

Bukankah memberi rasuah dan menerima rasuah sama-sama suatu kesalahan?

Lagi pun, kalau ia sumbangan politik, mengapa semua wang itu diberikan dalam bentuk mata wang Singapura?

Pernahkah UMNO bahagian-bahagian menerima peruntukan dalam bentuk wang tunai Singapura daripada Zahid Hamidi untuk aktiviti parti?

Tidakkah selama ini semua peruntukan untuk UMNO bahagian-bahagian diuruskan oleh ibu pejabat parti?

Pernahkah juga Zahid Hamidi memasukkan duit yang diterimanya dalam mata Singapura itu ke dalam akaun ibu pejabat UMNO?

Dengan banyak persoalan mengenai wang itu terus bermain-main di fikiran rakyat Malaysia tanpa jawapan, keadaan itu dengan sendirinya meletakkan UMNO dalam kedudukan paling buruk di mata rakyat serta terus terhakis sokongan.

Selain Najib Razak selaku Presiden UMNO ketika itu yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sehingga menggegar dunia dan mengakibatkan BN ditolak rakyat pada PRU 2018, apa yang terdedah dalam perbicaraan Zahid Hamidi itu nampaknya satu lagi episod malang buat UMNO.

Dengan Zahid Hamidi sebagai pemimpin yang berimej agama, boleh jadi imam dan banyak membina surau, masjid serta pusat tahfiz telah terkait dengan rasuah dahsyat sebegitu, apa lagi yang boleh diharapkan kepada UMMO?

Sepatutnya, dengan imej sedemikian serta latar belakang baik keluarganya, Zahid Hamidi adalah manusia terakhir sekali yang boleh dikaitkan dengan amalan rasuah di negara ini.

Di mana-mana, sejak pendedahan saksi tersebut, rata-rata rakyat di pelbagai peringkat terlihat marah, sedih, mencemuh dan mencebik bibir terhadap Presiden UMNO itu.

Sungguh tidak disangka, begitu sekali apa yang didedahkan mengenai perlakuannya sebagai seorang pemimpin.

Kalau selama ini skandal Najib dianggap begitu dahsyat, apa yang dilakukan Zahid Hamidi ternampak tidak kurang dahsyatnya.

Dengan itu, sekurang-kurangnya selagi Zahid Hamidi ada sebagai Presiden UMNO dan mengambil bahagian lagi dalam PRU15 akan datang, BN pasti dalam keadaan sukar dan nipis peluang untuk diundi rakyat.

Rakyat yang waras sudah tentu akan menolak dan tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin buruk seperti itu.

Menerima rasuah melalui jawatan awam yang disandang, di samping seseorang itu telah menerima kemudahan gaji, elaun dan kediaman mewah yang dikutip daripada cukai rakyat, perbuatan ini adalah pengkhianatan paling celaka sekali sebenarnya.

Sebab itu, pemimpin yang begitu, selagi mereka ada, bukan saja dirinya wajar ditolak, malah juga parti yang mereka menjadi pemimpinnya.

Rakyat mesti dan wajib menolak mereka itu jika mahu negara ini selamat dan anak cucu kita memperolehi kehidupan yang terjamin di masa depan. – ShahbudinHusin 21/05/2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 21 May 2022 — 10:55 am
Subscribe
Notify of
guest

15 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
zunnun
zunnun
22 May 2022 12:50 am

.. yg ditinggalkan oleh muhammad tiada lain, kenabian nya, kekal sentiasa, agar barang siape yg mengamalkan nya jgn mengambil setengah dan tinggalkan setengah hanya kerana ada yg lebih penting dari nya… apekah muhammad menghimpun & meninggalkan kekayaan bukan milik nya ? apekah kehidupan muhammad dlm penafian2 sentiasa atau memberi penerangan sebagai memimpin pd kaum nya..? apekah #melayu2 menerima peninggalan kenabian muhammad, hanya sekadar dijadikan #moral code sj atau merangsang keSEDARan diri utk meneruskan legasi nya mencari2 kebenaran #tuhan semesta..? apekah #kitab yg kumpulkan oleh mereka2 sepeninggalan muhammad, cukup utk mengandungi segala yg terkandung dlm kitab induk, Luf, Tuhan #Nya.. ?… Read more »

zunnun
zunnun
22 May 2022 12:22 am

berteraskan ape #melayu2 perjuangkan #islam mereka.. memperkasakan #bangsa, #islam atau kedua2 nya dlm seiring & sekata ? jgn pula ada pendustaan & kepentingan diri menafikan keseiringan kedua2 nya… jika sedemikian, maka #melayu yg ada hanya satu ketrampilan bangsa sj manakala #islam yg dibawa setakat hiasan semata2… ape intipati #islam dlm ertikata sebenar nya? jgn ada pendustaan & sekutu segala sifat2 Nya… apekah dgn amanah kuasa yg dipinjamkan, digunakan menghimpun harta kekayaan lalu cuba melakukan penafian2 pula, hingga pendustaan & penipuan menyelubungi suasana keamanan alam yg ada… ini kah #islam yg #melayu2 sedemikian gunakan utk menunjukan kekuasaan mereka… sedangkan Alam &… Read more »

zunnun
zunnun
21 May 2022 8:38 pm

dari sifat2 nya, #sifat mana yg dekat utk menyatakan #zat nya..? Maha Besar #Nya..? Maha Hidup #Nya..? Maha Pengasih #Nya..? Maha Penyayang #Nya..? Maha Mengetahui #Nya..? apekah #Tuhan suatu yg sulit utk mengenal #Nya..? apekah #sembah & #sujud itu tidak membawa ke’SEDAR’an utk mengenal #Nya..? apekah dgn mengunakan istilah #melayu2isle, merangsang mengenali #Nya.. apekah yg bukan #melayu itu, ada #tuhan lain yg menjadikan mereka..? apekah #roh2 yg ada pd setiap manusia itu, bukan menyaksikan Maha Hidup #Nya..? yg mana pd diri manusia itu, yg menegakan islam #Nya… apekah #emosi & #prasangka manusia yg membenarkan #tuhan & #islam #Nya.. jauhi mendustai… Read more »

zunnun
zunnun
21 May 2022 7:29 pm

byak #kepercayaan percaya #tuhan itu, #siape ?

hanya segelintir sj yg memahami dari #syuhud/#enlightenment mereka, bahawa #tuhan itu sebenar, #ape jauh sekali #siape…

#tuhan itu, #zat kesemestaan, semesta…

the #unbeing of all #beings…

jgn pula ada yg cuba menunjukan kecenderungan utk menipu rakyat jelata, bersumpah merata2 dgn menyembut #nama #tuhan tanpa menyatakan sifat2 #Nya..

kerana ketika saat nyata nya sifat2 #Nya, hancur belaka ke’aku’an diri..

zunnun
zunnun
21 May 2022 5:53 pm

dimana arah penyokong2 #omNO yg nak dibawa olleh #zahid & #najib…

tidak dinafikan #zahid & #najib berjaya mengambil peluang dari warga #omNO yg dlm dahaga kehausan..

kehausan menjurus pd #animalness atau #animosity utk menjayakan impian #zahid & #najib ?

lain pula dgn Anjing yg merayap dlm blog #budin, bukan #animalness bukan #animosity tapi #moronic sifat nya..

tiada kemampuan utk menunjukan sifat keaslian nya, dan tiada daya menunjukan pemusuhan nya tapi tegar dgn sifat myopic ‘bingai’ banggang nya..

zunnun
zunnun
21 May 2022 5:40 pm

#buaya yg bela dlm kolam, melihat ‘syurga’ nya sebesar kolam yg ada berbanding dgn #biaya yg di sungai’ ‘dunia’ nya dari hulu ke muara.. #ahli2 #omNO kini terperangkap dgn syndrome ‘dunia’ yg dibuat oleh pemimpin2 mereka… berpecah, segelintir bersama #kluster menteri2 yg kini sedang mencalarkan image #zahid, #najib & #kluster2 mahkamah yg byak bilangan nya… hingga ke #pru15, mampu kah golongan yg segelintir menguasai #omNO atau #omNO masih di kuasai oleh golongan kepimpinan sediada.. #golongan2 yg sediada byak memerlukan #Anjing2 Politik seperti #rajapetra, #lokmanadam & #ishamjalil utk membangkitkan semangat ‘bingai2’ yg ada… bagus, jika #Anjing yg merayap dlm blog #budin,… Read more »

Din Remos
Din Remos
21 May 2022 11:07 am

Kemon Budin… Janganlah naive sangat. Juga tidak perlu mengeluarkan ayat yang semata-mata bertujuan untuk menyedapkan hati sendiri. Satu dunia sudah tahu yang Najib telah mencuri duit rakyat Malaysia berbilion ringgit jumlahnya. Ada nampak tanda2 penyokong2 tegar bosskurrr menjauhkan diri….makin menjadi-jadi sokongan mereka ada laa. Sebabnya, di kalangan masyarakat kita masih ramai penyangak, pelahap dan haprak . Apabila mereka tahu Najib menyorok duit yang banyak di sana sini…mereka semakin mahu mendekatinya untuk menumpang laba hasil rompakan. Lokman Adam tu contohnya bukanlah bodoh bingai seperti NENEK TN. Beliau mendokong Najib dengan harapan bosskurrr akan Najib memberi imbuhan lumayan untuk meneruskan hidupnya….halal haram… Read more »

Anonymous
Anonymous
21 May 2022 11:14 am
Reply to  Din Remos

Bro Shahbudin…

Penerampilan sesaorang bukanlah mencerminkan peribadi sebenar sesaorang insan. Setakat menjadi imam, menghamburkan ayat2-ayat suci al quran setiap kali berbicara, memakai jubah meleret dengan serban sebesar bakul…. cuma kostum untuk melakonkan watak orang baik-baik dan bertakwa.

Cuba tawarkan mereka dengan DUIT atau BURIT….maka terserlahlah belang yang sebenar….

zunnun
zunnun
21 May 2022 10:41 am

cuba2 renungkan Kesempurnaan Kejadian.. adakah intipati kejadian itu, berpandukan #kebenaran semata2 tanpa ada residue #kebathilan ? ..#Tuhan Yg Maha Sempurna, keinginan menyatakan #ketuhanan Nya, ape kah dgn menonjolkan Kesempurnaan Semata2 ? bagaimana #Sempurna ketahui #kesempurnaan Nya tanpa #Kebathilan ? oleh sedemikian, #Tuhan jadikan Manusia utk mencari & merungkai Kesempurnaan NYa.. ..dan dlm process kecarian ini yg berlaku2 byak #kebathilan.. ..#Awal memerlukan #Akhir utk Bersatu ? ..#Bathin memerlukan #Zahir utk Nyata ? maka nya rakyat yg inginkan perubahan, jgn terlalu mengharapkan kegilaan #omNO mampu berubah, biar mereka #SEDAR kegilaan yg menghantui bila kalah dlm #pru15 kelak.. ..yg perlu dilakukan kini, apekah… Read more »

zunnun
zunnun
21 May 2022 10:10 am

peluang #omNO tidak akan menipis kerana ahli2 nya akan tegar berdiri dibelakang #omNO walaupun #najib & #zahid ditelanjangkan oleh perundangan yg ada..

persoalan nya, apekah yg mreka2 yg menentang #omNO sudah bersedia utk merampas kekuasaan negara dari #omNO yg kini sedang mengiler dgn kepercayaan kembali berkuasa..

#pH perlu #Dana utk mengerakan jentera mereka, apekah dgn kekalahan team #saifuddin akan membantu mendapatkan duit yg kini dlm ketandusan mencari nya ..

zunnun
zunnun
21 May 2022 9:54 am

#Ramses II(Firaun) samapai ke sudah tidak menyerah kalah dgn #musa yg mnmbawa risalah #kebenaran..

apekah warga2 #omNO serta pemimpin2 mereka akan menerima risalah #kebenaran yg diakui oleh Mahkamah Malaysia ?

apekah Anjing Banggang #TanpaNama blh mengaku taraf #bingai bila berhujah..

tapi bila mua’FUCK’at ‘been fucked’ not be those who are laughing outside, but by those who were crying inside..

..kini baru lah persetubuhan #omNO & #pAs, diperakui sah oleh mereka berdua, lalu jadi bahan ketawa oleh kedua2 mereka pula..

zunnun
zunnun
21 May 2022 9:56 am
Reply to  zunnun

ralat..

#Ramses II, sampai ke sudah tidak mengalah pd #musa yg membawa risalah #kebenaran..

zunnun
zunnun
21 May 2022 9:20 am

…atau #omNO lagi menebal dlm kegilaan terus menyokong scandal2 kedua2 penyamun tegar mereka, #najib & #zahid…

perlu ada #Anjing2 utk terus menyalak sokongan mereka berdua, agar yg masih mendokong kedua2 nya, sentiasa dilihat betul belaka…

#India ada #Ram Rahim Nya, kini #Malaysia kini terkenal dgn #Najib & #Zahid pula..

manakala blog #budin terkenal dgn kegilaan #Anjing Nya..

Anonymous
Anonymous
21 May 2022 9:51 am
Reply to  zunnun

Kegilaan yang paling sekali ia lah DAP DIRTY OLD MAN ZUNNUN THE LANUN.

Mendokong DAP tapi DAP tak pedulikan nya.

Not even two hoot.

Anonymous
Anonymous
21 May 2022 9:55 am
Reply to  zunnun

Frustration has been when DAP tak pedulikan nya.