“SELAIN HANTAR SETIAP BULAN ANTARA SG$200 RIBU HINGGA SG$520 RIBU SELAMA 4 TAHUN, KAMI JUGA TAJA PERCUTIAN ZAHID HAMIDI DAN SAMBUTAN HARI JADI ISTERINYA”

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) telah menaja bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi melancong ke luar negara, sambutan ulang tahun isterinya dan hari raya.

Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.

“Terdapat juga beberapa bulan kami tidak membuat bayaran tetapi kami telah menggandakan bayaran pada bulan berikutnya untuk menampung bulan yang kami terlepas.

“Secara peribadi saya tidak menyimpan rekod pembayaran itu namun saya tahu David Tan (Pengurus Pentadbiran UKSB dari 2012 hingga 2018) menyimpan lejar mengenai bayaran bulanan itu yang ditunjukkannya kepada saya dari semasa ke semasa,” katanya ketika membaca pernyataan saksi dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Abdul Malik Ayob.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-15 itu mengesahkan bahawa UKSB telah menyerahkan wang tunai secara bulanan berjumlah antara SGD200,000 dan SGD520,000 kepada Ahmad Zahid dari 2014 kepada 2018 berhubung Kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Sebelum ini, saksi ketiga pendakwaan iaitu bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal imigresen Kementerian Dalam Negeri Siti Jalilah Abd Manap memberitahu mahklamah bahawa Ahmad Zahid telah melanjutkan kontrak UKSB bagi projek VLN meskipun kontrak sedia ada sah untuk tempoh tiga tahun lagi.

Menjelaskan bagaimana sumbangan itu bermula, Lee berkata Ahmad Zahid telah membayangkan bahawa dia memerlukannya untuk dana politik dan meminta saksi tersebut membantu dalam hal berkaitan Umno.

“Wang tunai itu disediakan oleh David Tan. Setelah siap, David Tan akan memberikan sampul mengandungi wang itu dan saya akan menghantarnya.

“Biasanya, kami bertiga iaitu Wan Quoris (Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani – pengarah UKSB), David Tan dan saya akan pergi sendiri ke rumah Datuk Seri Zahid namun hanya seorang yang diberikan tanggungjawab menyerahkan wang itu.

Saksi itu berkata tarikh penghantaran wang itu tidak ditetapkan dan bergantung kepada keselesaan Ahmad Zahid.

Dia berkata meskipun pembayaran itu dikatakan untuk dana politik, UKSB tidak pernah memasukkannya ke akaun Umno atau diberikan resit atau perakuan bagi pembayaran tersebut.

Lee juga berkata UKSB tidak akan memberikan wang itu kepada Ahmad Zahid jika dia tidak memintanya.

Dia berkata kali pertama bertemu Ahmad Zahid ialah pada Mei 2013 di Hospital Tawakal ketika anak Presiden Umno itu kemalangan dan dirawat di situ.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB ketika menjadi menteri dalam negeri untuk melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan membekalkan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontrak bagi membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa meminta SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan hakim Mohd Yazid Mustafa bersambung hari ini. – Bernama.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/621652

Updated: 19 May 2022 — 7:49 am

13 Comments

Add a Comment
  1. Political donation…..not rasuah.

  2. bila #perut berbicara, akal kehilangan daya utk berfikir..

    bila diberi #cermin pd #Anjing, hilang kekuasaan akal nya..

    ada ke #Anjing sedemikian dlm blog #budin ni..?

  3. ada sesiape yg ‘sighted’ $100 B DTC “Manual Download” into CIMB Account recently..

    ada kah Transfer ini, kegunaan MPN atau Dana Pilihan Raya ?

  4. ..3 pencabar terbesar run-up #pru15, terdiri dari #pH, #bN & #pN….

    dari ketika2 golongan ini, #pN dlm keadaan selesa utk menghadapi #prn15, memandangkan sejak berkuasa di bawah #mahiddin berjaya, telah mengumpulkan dana melalui projek2 diluluskan pd tahun semasa 2020 & 2021..

    manalaka kluster2 menteri #omNo, dana2 yg mereka perolehi dari projek kementerian yg mereka terajui, byak digunakan utk melakukan gerak saraf utk huru harakan kepimpinan #zahid selain perkasakan kawasan parlimen2 mereka……

    #omNO byak menerima dana2 dari ‘simpanan’ #najib selain syarikat2 milikan Nya..

    …#pH byak bergantung pd dana2 projek2 #Selangor & #PP yg dikawasi Nya..

    ..#anwar akn dilihat tercenderong pd kemenangan #saifuddin & #amiruddin shaari, utk membantu menjana dana menghadapi #pru15..

    realitas semasa kepimpinan2 parti2 politik menghadapi #pru15, keperluan Dana2 utk mengerakan jentera…

    ..walaupun #pN mempunyai dana2 yg sudah mereka sediakan, kekurangan ahli2 inggauan mereka…

    1. ralat..

      ..dari ketiga2 golongan ini..

  5. dari mula lagi, sepatut nya, #najib & #zahid, menuntut bahawa syarat menyokong #mahiaddin utk menerajui #pM, #mahiaddin mesti melantik senarai2 MP yg diberikan oleh President #omNO…

    tapi ini tidak berlaku, kerana ketika itu, #najib & #zahid sedang kemabukan dlm keriangan dapat menumbangkan kerajaan #situa nyanyuk yg kuat ‘dendam’ nya..

  6. #zahid kini merasakan ape yg #najib alami terkini, bila ‘kebenaran’ mula menyerlah pd umum …

    ‘the damage is a done deal..’

    kenyataan sedemikian telah di ‘scripted’ oleh pendakwaraya utk di paparkan pd umum..

    seperti jua tilam di usng sana sini ketika #anwar menghadapi ‘pendakwaraya’..

    ..walaupun bangunan tivoli ketika ‘salahlaku’ masih belum dibina..

    #zahid’ akan menghadapi byak lagi episode ug memalukan, dan penyokong2 bingai nya sudah tentu termenung utk mencari alasan agar dijadikan ‘teman’ utk mengembirakan mereka..

    dgn #zahid & #najib kini ditelanjangkan sebagitu rupa, ape option yg #omNO ada ?

    apekah #mAt hassan sanggup memikul tanggungjawap seterus nyaa sedangkan scandal RM 10 Juta Nya, SPRM telah membuka fail siasatan semula..

    yg amat mengejutkan usaha utk membersihkan ‘amanat hadi’ sedang diusahakan sejak kerajaan #pN sebelum nya, ape kah kesemua ini perancangan #pN bersama kluster menteri #omnO…

    jika ini hala tuju nya, ape kah #omNO akan dikuasai oleh kluster2 menteri #omNo ?

    #omnO kini sedang menghadapi ‘structural problem’ …

  7. Manusia yg tak siuman & berkepentingan peribadi saja yang masih tergamak terima Zahid sbg pemimpin mereka. Dah terang lagi bersuluh. dia terima duit dari UKSB, konon utk tujuan politik tetapi tidak pula di masukkan ke akaun parti (UMNO). Duit dari sumber sama inilah digunakan utk perbelanjaan peribadi & keluarga.

    Hancur & rosak negara jika koruptor mega spt Najib & Zahid ini kembali jadi pemimpin utama negara. Kes sapu duit bawah meja ni & 1MDB tertutup rapat di era Najib sbg PM krn masing2 dapat habuan besar sbg pemimpin utama negara. They protect each others demi mengaut kekayaan dgn segala institusi diperkuda demi menutup pekung.

    Kepala dah perasuah besar, cuma sibuk buat duit, nak harap pengikut rapat mereka buat perkara betul???. Boss Ku Borek, Anak2 Buah Rintik.

    SPRM perlu siasat lagi hingga lubang caching krn saya yakin ramai lagi yg ikut terlibat, Bezanya mungkin dlm skala lbh kecil. Tu sebab 2 ekor ni amat disayangi oleh sekelompok pimpinan UMNO lain sbb rezki tepi melimpah ruah.

    Mohon SPRM lebih drastik & efektif, siasat habis2an…

  8. Saya merasa amat sedih. Seorang lagi pemimpin Melayu (keturunan Jawa Ponorogo pun kira Melayu juga la) yang jujur, iklas dan bertakwa kini difitnah lagi. Zahid tu sangat warak orangnya…ayat2 suci sentiasa keluar dari mulutnya. Dia juga seorang yang lembah lembut berbudi bahasa yang disegani dan ditakuti. Jantan mengorat anak dia pun disantuninya dengan penumbuk sampai juling biji mata Mamat tu mendapat cacat kekal.

    Walaupun Zahid adalah seorang pejuang Melayu yang tegar dengan retorik semangat kebangsaannya yang pekat, namun beliau ternyata seorang yang mudah berkawan dengan bangsa lain tanpa sebarang masalah. Lihat saja contohnya…Lee, Pengarah syarikat UKSB yang menghantar berjuta-juta wang tunai ke rumah Zahid itu, berbangsa China. Zahid langsung tidak memperlihatkan sebarang masalah perkauman sewaktu berurusan dengan Lee, walaupun Zahid adalah seorang yang tegar membela nasib orang Melayu.

    Zahid juga berkawan rapat dengan seorang billionaire Bangladesh yang bergelar Datok Seri. Katanya Bangla tersebut adalah proxy perniagaan beliau. Tak kiralah apa keturunan sekali pun…Zahid akan tetap memperlihatkan kelahapannya dalam urusan kewangan.

    Janganlah manusia tinggi darjat ini dianiayai hendaknya….!

    1. Din REMORSE perlu tahu bahawa di negara ini yang di katakan Bumiputera atau Melayu, kalau tak keturunan Jawa, Bugis dll berasal dari Indonesia, ada lah keturunan Orang Asli saperti Sakai, Jakun dsb nya.

      Tak salah apa asal pun, penting nya beragama Islam Islam, boleh di terima sebagai Melayu.

      1. Di Sabah dan Sarawak, Bumiputera juga termasuk yang bukan beragama Islam.

      2. You missed the point nenek TN. The core issue is not about asal usul keturunan Zahid or bumiputera. Lain kali baca bagi faham dulu baru komen.

      3. dah terlebih sgt ‘cerdik’ ….

Leave a Reply

Your email address will not be published.