ALANG2 DEMOKRASI DAH NAK MATI, LEBIH BAIK DITETAPKAN SAJA PEMILIHAN UMNO SETIAP ENAM TAHUN SEKALI?

Jika diperhalusi, pindaan perlembagaan yang diluluskan melalui Perhimpunan Agung UMNO Khas semalam dengan sendirinya menjadikan pemegang jawatan dalam parti itu dapat “berkubang” di kedudukan masing-masing sekitar lima tahun selepas memenangi jawatan yang ditandingi.

Meskipun ketetapan sebenar mensyaratkan pemilihan adalah setiap tiga tahun sekali, tetapi dengan keistimewaan sedia ada untuk melanjutkannya selama 18 bulan dan ditambah dengan pindaan baru iaitu enam bulan selepas PRU diadakan, bermakna tempoh pemegang jawatan dalam UMNO selepas ini adalah lebih lama berbanding hayat penggal Parlimen itu sendiri iaitu lima tahun.

Jika PRU diadakan genap lima tahun daripada tarikh pembubaran Parlimen sebelumnya dan dengan itu pemilihan UMNO hanya diadakan enam bulan kemudiannya, mereka yang berjawatan dalam UMNO lebih menikmati keistimewaan lagi kerana mampu memegang jawatan masing-masing selama lima setengah tahun lamanya.

Woww…seronoklah mereka yang ada jawatan dalam UMNO sekarang, terutama Presiden dan mereka yang segerombolan dengannya.

Mereka kini masih boleh mencatur kuasa dan menentukan calon dalam pilihan raya bagi memastikan masa depan tetap ceria, walaupun sedang ada kes mahkamah misalnya.

Daripada sudut yang lain, apakah keadaan yang berlaku dalam UMNO ini mampu menjadikan parti itu lebih diminati oleh generasi muda dan terus disokong oleh rakyat jelata?

Dalam keadaan UMNO berkuasa selama ini, memang diakui ada kewajaran untuk menangguhkan pemilihan selama 18 bulan bagi memberi laluan PRU diadakan terlebih dahulu.

Ini kerana pada ketika itu, penentuan tarikh PRU adalah dalam lingkungan kuasa Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO menentukannya.

Tetapi, setelah UMNO tumbang dan kini kerajaan yang berkuasa adalah kerajaan campuran, malah mungkin selepas ini parti itu hilang lagi kuasa tanpa menang pilihanraya yang sedang dipegangnya sekarang, mengekalkan ketetapan lama itu sudah tidak lagi relevan.

Sebagaimana sekarang ini misalnya, disebabkan kerajaan yang berkuasa adalah kerajaan campuran, UMNO tidak lagi mempunyai kuasa menentukan tarikh PRU secara mutlak di sebalik kerusi Perdana Menteri yang hilang sebelum ini sudah pun dimiliki UMNO.

Lebih tidak relevan sebenarnya dengan UMNO melakukan pindaan baru semalam yang menetapkan pemilihan hanya akan diadakan enam bulan selepas PRU dilangsungkan.

Bayangkan, sementara mungkin parti lain yang berkuasa menentukan tarikh PRU, tetapi pemegang jawatan dalam UMNO tetap dapat bertahan dengan jawatan masing-masing tanpa tergugat sama sekali.

Dengan itu, apa gunanya ditetapkan tempoh pemilihan setiap tiga tahun kalau akhirnya mereka senang-senang dapat bertahan selama lima atau lima setengah tahun dengan jawatan yang dipegang?

Demokrasi apa begitu?

Apakah ini bermakna demokrasi dalam UMNO sedang menuju kematiannya?

Bukankah, sesuai dengan pengajaran daripada kekalahan pada 2018 lalu, pembesar-pembesar UMNO seharusnya lebih berjiwa besar dengan lebih wajar menetapkan pemilihan diadakan setiap tiga tahun secara mandatori tanpa ada keistimewaan lanjutan masa selama 18 bulan atau enam bulan selepas PRU dilangsungkan?

Atau alang-alang demokrasi semacam sudah mati jadinya di bawah kepimpinan sekarang, baik saja dipinda terus perlembagaan UMNO dengan menetapkan pemilihan hanya diadakan setiap enam tahun sekali? – ShahbudinHusin 16/05/2022.

Updated: 16 May 2022 — 3:02 pm

16 Comments

Add a Comment
  1. umno dah jadi parti koliang mabok. koliang mabok krna todi. ahli umno mabuk mahu kuasa tanpa had. lebih terok lagi darimabok ketum.

  2. #mailharon & #zaharah live feat..

    lagu – Ilham Pujangga

    Pembela, harapan, dan tiang segala bangsa & negara
    mcm mana patut aku tunjukan kewajiban2 ini ?
    kao ada akal bukan, tepuk dada tanya selera..

    lalu #zunnun melakukan rumusan…

    #hadi, amanat sesat, bila tepuk dada, terasa lapang dgn bergaji buta..
    #situa nyanyuk, rahsia didada dibawa ke kepala agar ‘tidak mudah lupa’
    #sipenyamun tersohor dunia, #najib, lapang dada, kini rakyat ‘king’
    #abah, masih tersemput2 dada, kanser nya bila masa bawa mati..

  3. rakyat perlu sedar akan keadaan yg semakin meruncing dgn ringgit kini paras 4.40 pd setiap dollar dan imported inflasi kian mencengkam dan terakhir, AS sedang menghadapi recession, akan memberi kesan pd export negara yg sedia ada..

    maka rakyat perlu prihatin, pandai membezakan antara harga & nilai sesuatu permasaalah, perkara & perolehan..

  4. mana sibingai #TanpaNama yg sering menyalak2 dlm blog budin..

    bila diberi cermin, tak terhenti2 menyalak dan bila diberi soalan simple algebra, lari lintang pukang…

    selesaikan 1 +=1 dgn segera..

  5. ‘cerdik2 pandai’ negara perlu berani utk melahirkan pedagogi khas dgn menulis peristiwa2 yg menyebabkabkan negara yg satu ketika disegani di rantau ASEAN kini hilang keupayaan utk menyelesaikan permasaalahan politik mau pun ekonomi ..

    ini perlu agar generasi hadapan tidak terperngkap dgn kesundalan kesialan #situa yg nyanyuk dgn ‘rule & divide’ nya selain pemimpin2 yg di tarik hidung dan telinga oleh pornpurn2 sebelah mereka..

  6. This YIP KUM FOOK forced the Buddhist monk out of the temple and locked the Temple gate, then he also called the police to arrest the monk in the temple and he called his thugs to come harass the monk as well

    Now many know about YIP KUM FOOK and what he did before, a lot he cheated in Kepong area, he will suffer relentlessly in his life, and the next time he dies, his family generation will carry on his bad karma

    YIP KUM FOOK is a lawyer but his character and attitude are not like a lawyer because he can deceive various people and do bad things without embarrassing people, everyone knows you are not a law student, you pay money to get a certificate, if you are a true lawyer you have to understand the law

    When we got to know him in Taman Ehsan in 1989, that time we opened the official SAMNAK SAMBODHI and he was the MCA chairman in Taman Daya, Kepong, and also a business as a furniture shop, he was not the founder of SAMNAK SAMBODHI and also he was not a committee member of the SAMNAK SAMBODHI, also he was not a lawyer at that time

    Now the life of his drama will be open to the public to know, he will cannot close in what he did before, in one day it will open all .. at that time, he will suffer and vibrate for a lifetime

    Next time he must answer the Buddhist devotees because Buddhists will ask the question of where the Temple money is lost, Ms. Lim was appointed president of the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur

    Share by Ah Thong, Taman Ehsan

    1. huh

      sampai kesini mencari #platform utk disuarakan permasaalah yg ada..

      dgn #emosi telah di sampaikan kini perlu melihat penjelasan #prasangka pula..

      xixie

  7. #wira perlu ada pornpuan disebelah nya, agar ada rangsangan selain ‘set off the trigger, utk memulakan perancangan..

    maka nya tidak hairan, kejayaan #najib dgn #rosmah yg melakukan ‘triggering,’ lalu #najib tergiler2 berlari utk mendapatkan #jho low yg menanti ‘made by #rosmah & riza aziz’..

    hebat noh, bangsawan #melayu2 …

  8. rakyat bawahan kini terperangkap dlm ‘neraka kesengsaraan’ bukan kerana kurang Ilmu, tapi kerana elite2 negara sedang tergiler2 dgn ‘neraka kebosanan’ mereka..

    tikus2 politik sedang meraih keseronok berlumba2 mengejar kekuasaan…

    siape di antara tikus2 politik ini yg sanggup menghulur tangan tanpa memikirkan kemenangan utk berkuasa..

    ‘mana boleh, perlu memenangi pilihan raya baru boleh membantu rakyat jelata.. ‘

    betul ke ?

  9. bila #tuhan memberikan Sifat #Cinta dari Maha Pengasih & Maha Penyayang Nya pd Manusia..

    diharapkan dgn sedemikian, manusia perkasakan kemanusian mereka sesama sendiri…

    tapi malang sekali, manusia gunakan malah mabuk dlm kegilaan bercinta dgn #prasangkla, #kepercayaan & #kepentingan diri…

    ‘cinta’ pd #tuhan di jadikan satu sandaran dgn mengutip2 upah…

  10. #kesusahan dan penderitaan satu normality pd rakyat jelata tapi terlalu sedikit dapat rakyat dapat lihat ujud nya kemanusian dlm golongan elite negara…

    ini yg membuat negara menghadapi ‘free fall’ kerana bangsawan2 negara sedang tergiler2 mengejar kuasa dan harta..

  11. tidak, tidak, tidak..

    tidak ada bala tentera mana sekali pun yg blh mempertahankan kekuatan sesuatu #idea yg mamapu perubahan manusia bila ia datang..

    kerana #ilmu sedemikian datang nya dari Perbendaharan Luf #Nya..

    akan tetapi, ape yg di rencanakan sesama manusia utk lestarikan nilai #moral mereka, sedemikian tidak lain, pembetulan2 kemelut #emosi & #prasangka sesama manusia..

    ..leave it to humans, to get it right, to solve their differences based on All The Universal Possibilities and Permutating Variables per se

    ‘..#tuhan tidak akan merubahkan #nasib melainkan kaum itu yg sendiri mengubah nya..’

    let’s rewrite it again..

    ‘..#Maha Sempurna & Maha Mengetahui tidak akan merubah #nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri iktiar mencari Kesempurnaan & Ilmu Pengetahuan #Tuhan utk melaksanakan Perubahan …’

    dgn menguruskan #emosi & #prasangka agar ketenangan kesedaran diri dapa berfikir dgn kewarasan..

    1. ralat

      ..yg mampu membawa perubahan pd manusia bila ia datang.

  12. negara kini dlm keadaan yg amat kritikal ketrampilan nya di mata dunia..

    dgn #mailsabri yg hilang suaka utk memimpin, & #sipenyamun tegar tersohor dunia di terima bersantai dlm #istana dan parti politik blh ‘shift the goal post’ utk tidak mengadakan pemilihan ..

    tidak kah ini semua memberi ‘signal’ bahawa negara kini, ‘rotten to the core’ hingga tidak ada keupayaan utk membetulkan kepincangan yg ada..

    hingga kini, siasatan terhadap #nazlan masih tidak diketahui sedangkan #penyamun tersohor sedunia bebas dan malah di terima pakai sebagai panelist utk menjayakan debat bertaraf #perdana..

    apekah integriti negara diambang kemusnahan dgn tiada petunjuk ada satu kuasa yg #berani membetulkan..

    Duli Sultan Selangor dilihat amat tegas, menarik balik segala kebesaran negeri yg diberi pd #najib & #rosmah…

    syabas Tuanku, ini yg rakyat sanjungi….

  13. #mailsabri ketika mencecah kaki nya balik dari Washington dan bergambar dgn ketua2 negara ASEAN bersama Biden disambut seperti #wira …

    #wira yg telah membawa kemenangan utk negara selain kemenanagan bahawa bahasa #melayu diterima pakai sebagai bahasa resmi ASEAN & AS…

    lalu beribu2 warga #bera memekik terlolong menyambut #wira bera kembali, mengharumkan nama negara…

    yg amat membanggakan negara, bila pemimpin2 ASEAN bergambar dgn #biden, hanya #wira negara sj yg tidak memandang ke depan dgn senyuman #cheese yg diperlukan..

    ..kerana #wira negara terlalu prihatin utk memastikan barisan pemimpin2 ASEAN tegak & berdiri dlm barisan lurus..

    hebat2 #wird negara, patut menjadi teladan pd semua2 pemimpin2 negara yg ‘berjaya’ mengharumkan nama negara di mata dunia..

  14. kini kelemahan yg menghantui #omN0 sudah dapat diselesaikan melalui EGM, trepulang lah pada #RoS samada utk menerima nya..

    tapi yg nyata, #omNO betul2 tertekan utk tidak mehgadakan Pemiliahn, kerena masaalahan dalaman parti yg bagitu ‘serious’..

    apekah, masaalah sedemikian akan berlarutan dgn perselisihan antara kluster mahkamah & kuster menteri2 mereka..

    #zunnun masih tertunggu2 ‘cerdik’ #sibingai utk selesaikan soalan simple algebra 1 +=1, berape jawapan nya ?

    jgn pula soalan simple berlarutan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.