LANTIK SEGERA SULAIMAN SEBAGAI PENGERUSI UMNO MELAKA

Seperti tahun ini tiba-tiba diumumkan hari raya, secara tiba-tiba juga kerajaan negeri Melaka ternampak mula bergelora.

Walaupun ia setakat ini hanya bersifat khabar angin dengan ada yang menafikan dan ada yang mengesahkan, selalunya spekulasi beginilah yang akhirnya menjadi berita yang benar-benar menjadi kenyataan.

Gelora di Melaka ini berpunca tidak lain kerana Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali dikatakan sedang dipaksa untuk meletak jawatan kerana ada pemimpin lain bercita-cita mahukan jawatan tersebut.

Jika kita masih ingat, walaupun BN menang cemerlang melebihi dua pertiga dalam PRN Melaka pada November lalu, tetapi majlis angkat sumpah Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka diadakan pada jam 2 pagi.

Ketika itu, Ab Rauf Yusoh yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, tidak hadir dalam majlis angkat sumpah berkenaan.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Rospandi Leman berkata, beliau tidak menafikan ada paksaan pihak tertentu supaya Sulaiman menandatangani surat pengundurannya.

“Yup, yes (ya). Awak pun tahu ler siapa (dalang),” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan secara terbuka siapa dalang yang dimaksudkannya itu.

Beberapa Ketua UMNO Bahagian yang lain pula berkata, mereka tetap berpegang kepada janji dan persetujuan sebelum ini bahawa Sulaiman akan memegang jawatan Ketua Menteri sehingga habis penggalnya.

Semalam, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ali Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu dilaporkan berkata, lima Ketua UMNO bahagian di negeri itu sebulat suara mempertahankan Sulaiman sebagai ketua menteri sehingga habis penggal sebagaimana dijanjikan dalam manifesto PRN Melaka.

Apa sebenarnya masalah di Melaka itu dan bagaimana mengatasinya?

Memang diketahui ada orang bercita-cita mahu mengambil alih jawatan yang dipegang Sulaiman, tetapi masalah itu akan terus berbangkit selagi wujud keadaan dua nakhoda dalam satu kapal di negeri tersebut.

Sementara Ketua Menteri Melaka dipegang oleh Sulaiman, sebaliknya jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka sekarang oleh Ab Rauf yang sekarang merupakan Exco kerajaan negeri di bawah pentadbiran Sulaiman.

Keadaan ini memang nampak tempang dan tidak baik, malah boleh mencetuskan gelora bila-bila masa kerana masing-masing ada ego sebagai ketua dalam portfolio yang berbeza.

Bagi menanganinya, UMNO tidak ada pilihan lain melainkan harus segera melantik Sulaiman sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka bagi menggantikan Ab Rauf.

Ab Rauf tidak sesuai lagi dikekalkan mengetuai UMNO kerana beliau hanya Exco dan jawatan Ketua Menteri sudah dipegang oleh Sulaiman.

Semasa jadi pembangkang sebelum ini dan kerajaan negeri ditadbir parti lain, ketika itu bolehlah diterima kedudukan Ab Rauf mengetuai UMNO negeri Melaka.

Ia kini sudah berbeza apabila UMNO telah jadi kerajaan dan perubahan atau rombakan perlu dilakukan bukan saja untuk keharmonian, tetapi juga sesuai dengan konsep parti menguasai kerajaan.

Sebelum ini, di mana-mana negeri yang UMNO berkuasa, itulah yang menjadi amalannya dan ia terbukti dapat memberi keharmonian serta kedamaian.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi tidak harus berlengah lagi untuk melakukan rombakan dan mesti melihat masalah ini sebagai keutamaan yang perlu dilakukannya.

Selain Melaka, di Johor juga berlaku masalah satu kapal dua nakhoda di mana Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar, namun jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor masih kekal lagi dipegang oleh Hasni Mohamad, Menteri Besar sebelum ini.

Sebagaimana di Melaka perlu dilakukan perubahan, di Johor juga tidak terkecuali sebagai persediaan awal untuk memastikan tiada sebarang kocakan yang mungkin boleh bertukar gelora pada bila-bila masa. – ShahbudinHusin 09/05/2022..

Updated: 9 May 2022 — 11:37 am

6 Comments

Add a Comment
  1. Firdaus Wong Pengedar Film Lucah Melayu

    Temuduga outrider anak2 Menteri kini dibuka.

    Syarat utama calon wajib handal melawan kereta dan langgar lampu merah.

    Keutamaan untuk anak2 Menteri yang memandu melulu dan mengancam nyawa orang.

  2. #pH dgn kemenangan nya mmenangi #pru14 menpuyai satu peluang keemasan ‘to make it right’ dgn pejenamaan alternatif dari sediada yg dijelmakan oleh #bN /#omNO sebelum nya…

    bermula dgn satu iktizam utk membawa pembaharuan, tapi malang sekali, kesialan #situa nyanyuk masih mengiler tak puas menunjukan ‘cerdik’ nya bahawa hanya #situa nyanyuk sj yg ‘cerdik’ dibandingkan pd semua tikus2 politik yg ada…

    amat sial nya, harapan rakyat utk melihat pembaharuan dgn cemari dgn #situa nyanyuk yg tergiler2 membesarkan khemah #ppbm utk mengantikan #omNO…

    …dan yg amat sial sekali, bila pemimpin2 bingai #pH yg lena diberi jawatan menteri tidak ketahui ape yg akan mendatang…

    kehancuran kerajaan yg diberi mandat oleh rakyat membawa kecelakaan pd negara & rakyat dan ditambah kesengsaraan yg ada dgn penularan pandemik membawa kesan yg amat ketara pd ekonomi negara…

    dlm masa negara2 jiran menunjukan daya utk bangkit semula, Malaysia terperangkap dgn kesialan tikus2 politik bercakaran mengejar kuasa…

    it takes a spark to reap opened a sectarian fault lines to bring down a prosperous nation, a spark propagated oleh penyakit #situa nyanyuk yg tergiler2 ‘tidak mudah lupa’..

  3. #tuhan dan segala #sifat2 Nya, #sifat pengasih & #penyayang itu melebihi sagala #sifat2 nya yg ada…

    jgn pula kesialan tikus2 politik dan penguasa2 semasa negara, terus menerus tergiler mengejar kuasa, nyatakan #sifat #pengasih & #penyayang nya dgn menujukan sikap bertanggung jawap pd rakyat jelata & sesama manusia….

    bantu rakyat jelata, kerana rakyat itu asset yg beharga pd negara…

    tunjukan tanggung jawap kamu sebagai pemimpin & tunjukan sifat kemanusian kamu pd yg mengharapkan nya…

    kurang2 kan kegilaan berlumba2 utk berkuasa sedangkan rakyat dibawah menderita…

  4. boleh kah negara ‘endure; keadaan kegawatan politik semasa hingga beberape tahun kemudian ?

    ..negara mampu kerana indicator ekonomi nya masih utuh dgn hutang luar negara tidak seberape byak hanya hutang dlm negara yg amat kritikal, hingga menjejaskan ‘money supply’ dlm pasaran…

    sebarang ‘attempt’ utk menggangu ‘money supply’ dgn ‘print new notes’ akan membawa kecelakan pd negara..

    BNM kemungkinan menurunkan kadar faedah utk memberi kecairan ‘mpney supply’ dlm pasaran tapi ini akan memberi kesan pd inflasi kerana negara mengimport keperluan makanan sebanyak RM 60 Billion agaran 2022.

    diharapkan rakyat dilindungi dari segi inflasi yg melanda dan stagflasi eknomi yg akan dihadapi jika pengaliran dana terus keluar dari negara…

    pd pemimpin2 negara, utamakan kesejahteraan rakyat, stimulate growth dan kawal selia harga barang…

    protect the people, jaga maruah negara lebih dari kegilaan menegakan #Absolute Dogma Agama dan #Absolute Moral Bangsa…

    kerana teras kemanusian itu, memastikan survival manusia…

  5. #omNO yg sekian ‘lama’ tidak memegang kuasa persekutuan dgn authoritarian sepenuh nya, kan menghadapi ‘pocket’ of resentment sesama mereka..

    ini perkara biasa bila suatu kekuasan muncul utk berkuasa..

    post #najib & #zahid era akan melihakan pergelutuan warlord@ bila mana #Naib President #omNO masih menjawat #pM negara…

    maka utk #omNO kembali berkuasa dgn sepenuh nya di pusat, #pM mesti mengetuai #omNO, kegagalan sedemikian melihat #omNO akan dilanda dgn ‘power struggle’ utk bebas berkuasa..

    this is the art of mastering others, is strength. Ini intipati kekuasaan #Tuhan Semesta…

    bayangkan jika ada #Tuhan lain selain #Tuhan yg ada..

    tapi, tapi, tapi..

    post #pru15, kan melihat suatu suasana yg akan menjejaskankan kuasa #omNO kerana kekuasan yg mereka ada tidak mampu utk menguasai perlembagaan negara tanpa memenangi 2/3 kerusi parlimen utk melakukan perubahan pd perlembagaan…

    malah kuasa yg dimenangi dari #pru15 hanya majoriti tipis sj…

    negara akan menghadapi kegawatan politik hingga ke #pru16, dan segala perubahan perlu di lakukan dan di rancangkan ke arah itu…

    ketika itu #situa nyanyuk jika masih hidup, pasti ‘pelupa tegar negara’..

    yg pastinya dgn #judiciary di perlakukan dgn penghinaan sedemikkan terhadap #Nazlan, #najib & #rosmah akan kekal penghuni sg buluh membayar prilaku penghinaan terhadap negara & rakyat jelata…

  6. “…1 kapal 2 nakhoda..”

    di melaka & kini di Johor…

    bagaimana pula, Kerajaan Persekutuan yg dipimpin oleh #Naib President #omNO manakala #omNO dipimpin oleh #Presient Nya…

    ape lain pula dgn #pujaWANG, rakyat tertany2, #situanyanyuk bersama 3 hulubalang pengiring setia nya, kerap terlupa bertanya,

    ..’bila agak nya, mereka2 dapat menjawat ketua menteri mau pun menteri ?

Leave a Reply

Your email address will not be published.