JANGAN TAKUT DENGAN RAFIZI, BELIAU BUKAN ANCAMAN KEPADA ANWAR

Entah dirasuk jembalang apa, ada segelintir pihak yang rapat dengan Anwar Ibrahim dilihat telah terseleweng pemikiran mereka sehingga melihat keputusan Rafizi Ramli bertanding jawatan Timbalan Presiden setelah dua tahun bercuti sebagai ancaman kepada Presiden PKR itu.

Dengan itu, meskipun Rafizi secara realitinya sedang berlawan dengan Saifuddin Nasution Ismail yang memang adat bertanding cuba mengalahkannya, bekas Ahli Parlimen Pandan itu juga sebenarnya turut sama cuba dikalahkan oleh “inner circle” Anwar sendiri.

Melalui pelbagai maklumat yang diterima, mereka dikesan memang tidak selesa jika Rafizi akhirnya berjaya memenangi jawatan nombor dua dalam PKR itu.

Sejak awal lagi, ada kalangan mereka itu mencadangkan agar lebih baik Rafizi bertanding jawatan Naib Presiden saja dan memberi laluan percuma kepada Saifuddin menduduki kerusi Timbalan Presiden, meski hakikatnya beliau telah bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menentang Azmin Ali pada pemilihan 2018 yang lalu.

Takkan dah pernah ambil STPM, nak disuruh ambil SPM pula?

Apabila Rafizi kemudiannya mengesahkan beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden dan mula menggerakkan kempennya, ada kelompok tersebut dengan yakin mengatakan “Rafizi akan kalah” kepada Saifuddin.

Hari ini, melihat bagaimana kempen-kempen dan jamuan hari raya diadakan yang menampakkan ia seperti kebetulan yang disengajakan, kesungguhan untuk memastikan kekalahan Rafizi bukan lagi rahsia yang boleh diteka dalam gelap semata-mata.

Ia tidak saja boleh dilihat dengan nyata dan menjadi perbualan dalam PKR sendiri, malah tidak kurang yang kecewa dengan perkembangan yang berlaku itu.

Soalnya kenapa Rafizi begitu ditakuti dan benarkah beliau merupakan ancaman kepada Anwar?

Pertamanya, haruslah disedari bahawa kembalinya Rafizi dalam dunia politik dan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR telah berjaya meniupkan angin segar dalam parti itu yang agak lesu sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Bukan saja ramai ahli PKR yang tambah bersemangat, bahkan masyarakat umum yang kebetulan ditemui juga teruja dengan kembalinya beliau itu.

Maka itu, kembalinya Rafizi bukan saja seharusnya diraikan, malah patut disokong kerana ia jelas memberi nilai tambah dan semangat kebangkitan kepada masa depan PKR dan PH, lebih penting turut sama mencerahkan lagi peluang Anwar menuju singsahsana Seri Perdana.

Tepuk dada dan tanya selera, adakah Saifuddin Nasution memiliki ciri-ciri seperti itu?

Sejak Langkah Sheraton atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung yang mana beliau juga dilihat orang paling kanan kepada Anwar, apakah angin segar dan nilai tambah yang berjaya ditiupnya?

Atau adakah mereka yang rapat dengan Anwar itu lebih selesa beliau tidak dapat menjadi Perdana Menteri asalkan tidak tergugat memegang jawatan Presiden PKR sehingga mati?

Keduanya, tidaklah susah untuk kita memikirkan dari segi rasional bahawa Rafizi sama sekali bukan ancaman kepada Anwar kerana bersamanya ada Nurul Izzah, anak Presiden PKR itu sendiri yang mengelola Ayuh Malaysia bagi memastikan ada sinar lebih cerah untuk memenangi PRU15 akan datang.

Tentulah mustahil Nurul Izzah sanggup memilih untuk bersama Rafizi jika tujuannya untuk mengenepikan bapanya sendiri yang merupakan obor reformasi dan tonggak kebangkitan politik pembangkang yang tiada tandingnya di negara ini.

Lebih daripada itu, Rafizi juga tidak pernah menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri bagi PH untuk PRU15 akan datang ini.

Jadi, melalui lorong mana Rafizi begitu ditakuti dan dianggap mengancam Anwar?

Kesediaannya bertanding jawatan nombor dua dalam PKR bersama Nurul Izzah melalui Ayuh Malaysianya hanyalah untuk menawarkan pilihan pelapis untuk masa depan buat PKR memandangkan Anwar sendiri sudah berusia 75 tahun ketika ini.

Dalam hal ini, walaupun Anwar masih boleh diletakkan sebagai calon Perdana Menteri untuk PRU15, tetapi tentulah tidak munasabah jika namanya terus dicalonkan lagi untu jawatan tersebut dalam PRU16 nanti.

Anwar hanya boleh dikekalkan lagi sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU16 jika beliau berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri melalui PRU15.

Persoalan yang harus dicari jawapan ialah mampukah Anwar jadi Perdana Menteri dalam PRU15 akan datang ini jika Saifuddin Nasution dan pasukannya yang akan memenangi pertandingan nanti? – ShahbudinHusin 08/05/2022.

Updated: 8 May 2022 — 7:29 pm

18 Comments

Add a Comment
  1. Pemimpin PKR yg pro khemah besar seperti saifuddin ni tidak lain adalah mereka Yang kemaruk untuk mendapatkan jawatan semula kerana mereka bukan tak sedar yang tiada jaminan Anwar akan dapat dilantik menjadi PM kalau sekiranya kem khemah besar mendapat majoriti dalam Pru nanti sebab penyokong tun m alkutty tentu akn cari jalan utk memastikan dia yg akan jadi PM byka Anwar.

    Akhirnya Anwar yg ‘berjiwa besar’terpaksalah berkompromi. Dan beliau terpaksa melukut di tepi gantang sekali lagi. Apakah saifuddin nasution dan rakan2nya tak sedar atau mereka sebenarnya tidak peduli dengan nasib buruk yang bakal menimpa presiden mereka sendiri dek kerana kemaruk nak dilantik jadi menteri semula.

  2. Tak susah utk faham Kenapa Tun M, Shafie & semua musuh politik Anwar (PKR) tak suka kan Rafizi. Kumpulan ni lebih rela kelompok yg anti Rafizi berkuasa dlm PKR krn mudah mereka ni diuruskan sesuai dgn matlamat peribadi mereka. Kebencian Tun M ank beranak khususnya amat kuat terhadap Rafizi krn mrk tahu sosok satu ni tak mudah utk “dibeli” krn kuat pegangan prinsip dlm me realisasikan perjuangan reformasi yg diasaskan Anwar. Mrk tahu jika Rafizi berkuasa & memenangi jawatan Timbalan Presiden, onar mereka utk perkotak katikkan PKR & melemahkan Anwar dlm rangka menuju hiraki tertinggi akn semakin sulit.

    Congaknya mudah saja, mana2 pemimpin PKR yg tidak disukai Tun M ank beranak, Shafie Afdal, Mahiaddin serta pimpinan UMNO BN, maka kumpulan inilah yang seharusnya diangkat bagi menguasai parti PKR. Insyallah maruah PKR akn menjadi lebih tinggi dan lebih di hargai lawan mau pun rakyar marhaen.

    Mengangkat Rafizi tidak berarti menafikan jasa & kesetiaan Saifudddin Nasution kpd Anwar & PKR. Percaya lah bahawa parti akn lebih kuat dan solid dgn gabungan 2 tokoh ini kelak. PKR tidak perlu gadai prinsip hanya utk kuasa. Biar lah berkuasa secara bermaruah tanpa perlu menggadai prinsip kpd sekelompok pimpinan parti picisan yg haloba & jelas amalan kronisma mrk. KHEMAH BESAR hanyalah UMPAN utk menggoyahkan prinsip asas penubuhan PKR ke arah Reformasi Total Institusi demi memastikan kesinambungan habuan yg telah di nikmati sekian lama oleh para politikus haloba ini.

    Celiklah wahai rakyat marhaen Malaysia. Beranilah lakukan perubahan sebelum terlambat krn puluhan tahun sudah PM bertukar ganti dikalangan DNA yg sama. Natijahnya Malaysia makin jauh ketinggalan & marhaen kekal susah dan hidup dlm ekonomi yg kian parah. Hanya pemimpin yg berprinsip mampu membawa Malaysia ke era baru yg lebih gemilang.. Insyallah.

  3. I Have The Numbers. Siapa dan Apa disebaliknya.

    1. Pada 27 April 2022, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mempertahankan usaha PKR menarik sokongan ahli Parlimen parti lawan untuk menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, kerana tindakan itu tidak sama seperti melompat parti. Beliau berkata, ahli Parlimen yang mesra boleh memberikan sokongan kepada Anwar tanpa perlu bertukar parti. “Kita ada 109 (ahli Parlimen). Untuk membentuk kerajaan kita kena ada sokongan 112 (ahli Parlimen). Bermaksud kita kena cari sokongan tambahan.
    2. Dua tahun sebelum itu pada 4 Julai 2020 telah diwarwarkan perlantikan Jurucakap Parlimen Keadilan dengan harapan ‘untuk memastikan dan mempertingkatkan keberkesanan Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN dan membayangi Menteri-Menteri Perikatan Nasional, mengikut portfolio-portfolio yang ada.’

    3. Walaupun ada kenyataan parti menyebut barisan ini adalah bukan Kabinet Bayangan tetapi tidak boleh disangkal bahawa senarai tersebut adalah pilihan terbaik jika ‘I Have The Numbers’ berjaya. Senarai teratas adalah Johari dan Saifuddin selepas DSAI dan Kak Wan.

    4. Dengan mengulangi usaha PKR menarik sokongan ahli Parlimen parti lawan untuk menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, jelas tragedi ‘I Have The Numbers’ yang memalukan Presiden dan parti akan berulang.

    5. Rupa-rupanya cita-cita untuk menjadi kerajaan masih dalam fikiran Saifuddin dan Johari yang merupakan barisan teratas jurucakap parlimen ini. Mimpi untuk menduduki kerusi empuk jawatan menteri dan timbalan masih berlarutan. Kegagalan PKR tidak pernah dijadikan iktibar untuk memperbaiki parti malah mimpi yang diutamakan.

    6. Walaupun tidak tidur sebantal tetapi mimpi kumpulan ini boleh dikatakan sama. Ini tidak dapat dinafikan kerana dalam pemilihan cabang kali ini terdapat ahli-ahli parlimen Keadilan yang menyatakan sokongan penuh kepada Saifuddin dengan harapan kalau berjaya boleh menjadi timbalan menteri.

    7. Siri-siri pengkhianatan tidak pernah dijadikan pengajaran oleh kumpulan ini. Nama baik parti dan Presiden bukan lagi hitungan kumpulan ini. Matematik mudahnya kalau DSAI berjaya maka ahli-ahli kumpulan ini akan menjadi menteri dan timbalan. Matematik mudahnya juga kalau DSAI gagal, yang malunya adalah DSAI dan parti. Kumpulan ini mungkin tidak menyedari bahawa ahli-ahli parti melihat permainan mereka. Kumpulan Saifuddin bekerja keras untuk memenangi jawatan diperingkat cabang sehingga sanggup memalukan dan menghina kumpulan yang menentang mereka walaupun dari parti yang sama.

    8. Politik menghalalkan cara adalah falsafah perjuangan mereka. Maka berlakulah pertembungan dua pihak dengan teras perjuangan yang berbeza.

    9. Alasan ke mana Rafizi menghilang menjadi tohmahan kumpulan Saifuddin. Tohmahan ini dijaja dalam kempen-kempen pemilihan Cabang. Kumpulan ini cuba menyembunyikan perancangan ‘I have The Numbers’ adalah perancangan seterusnya mereka yang boleh menyebabkan keruntuhan kreadibiliti Keadilan di mata rakyat buat kali seterusnya. Akibat perbuatan dan tindakan kumpulan ini, telah meletakkan Keadilan menjadi parti bahan ketawa parti-parti UMNO, PAS dan sekutu-sekutunya. Jangan dijadikan alasan kegagalan ‘I Have The Numbers’ disebabkan berlakunya penarikan diri disaat-saat akhir ahli-ahli parlimen yang menyokong DSAI. Kalau alasan ini memang benar, maka jelaslah PENGKHIANATAN adalah sifat paling utama yang ada dalam diri ahli politik kita.

    10. Yang menanggung beban adalah DSAI dan parti. Atas nasihat kumpulan ini, imej DSAI dan parti tercalar. Kita percaya ahli parti yang sedar permainan kumpulan ini, menitis airmata bila DSAI dengan memimpin tangan Kak Wan dan disebelahnya adalah Saifuddin mengadakan sidang akhbar pada 23 September 2020 untuk mengumumkan I Have The Numbers. Laungan Reformasi bergema. Dan itu adalah kemuncak kegagalan Keadilan. Dan itukah kejayaan yang hendak dibanggakan oleh Saifuddin. Pihak istana mengambil tindakan terbaik dengan berjumpa semua pemimpin parti.

    11. Watak sebeginikah yang parti perlukan untuk menjadi orang nombor dua dalam parti. Apa yang dilakukan oleh Saifuddin adalah menghancurkan parti. Tidak perlu mencanangkan kesetiaannya pada parti kalau kesetiaan pada kuasa lebih utama daripada berkhidmat untuk parti dan rakyat. Kalaulah watak ini terpilih, kita percaya Azmin2.0 akan ada.

    1. whatever therein to the purported, apparent, allege negotiation involving #omNO …

      #anwar shown his excitement based on #saifudin close relationship with #zahid, since #saifuddin was all along #zahid trusted aide while in #pemuda before been arrested in KK Airport…

      the very basis, why #anwar wen on with the collision based on #saifuddin initiative talking tot he devils…

      never, never, never used the same thinking to solve a problem that created them…

      bila bingai #assmin mengunakan khemah besar nya utk merampas kuasa ape kah #anwar & #saifidun juga mengunakan cara yg sama utk berkuasa..?

      apekah #anwar sama bingai nya dgn #assmin & #saifuddin ?

  4. blog budin satu wadah perjuangan #pkr & #pH, jgn pula ada diantara pengujung yg tergiler2 membawa penyakit giler #pujaWANG #situa nyanyuk ke dlm nya…

    nanti disumpah penyakit ‘mudah lupa’…

  5. PKR will never achieve success
    As failed Anwar continue to mess
    PKR needs new untainted leader
    To give the party new breather

    High Noon hates Si Nyanyuk Tua
    #bingai Anwar he also quoted
    To him sins are forgiven by Isa
    A confused mind and corrupted

    PH would not win in coming PRU
    Even Nurul has sensed defeat
    For PKR, one day you shall rue
    #bingai Anwar is totally unfit

    Forget old PKR and old Anwar
    Think new PKR and new war
    Opportunity does not come twice
    Either you make it or go bust

    Si Nyanyuk Tua is no longer a threat
    But HN felt threatened and used to continually fret
    Blaming him for all negativities and complications
    Forgetting his contribution albeit imperfections

    1. macai #sinyanyuktua tergiler2 keinginan utk mendapat perhatian…

      pi tanya #situa, adakah bingai yg tergile2, apekah kini ‘mudah pelupa’ dgn ‘nyanyuk’ nya …

      1. KENAPA KITA JUAL DIRI KITA!! RAFIZI BALUN KHEMAH BESAR ATOK – AZMIN,ZURAIDA & TIAN CHUA/SAIFUDIN

        https://youtu.be/hsMSY3ntOuQ

        1. When he quit to join Anwar as a protege, Rafizi was a high flyer climbing the corporate ladder in Petronas with excellent background in both engineering and accountancy. He was ready to go to prison for his belief and political expediency.

          This Atok Bingai ex-LNG STFU what was he in charge, catering and cleaners? Got grind to axe just like the other exPTD Rahman JPC whose cronies not gotten MOF favours, both old fart 70+ bitching Atok’s propaganda behind convenient keyboard, how contract not renewed by MOF?

          So much for superficiality breeds hypocrisy, go public enter politic, man to man to face Anwar. At least, another Atok Saka barua, Papagomo got enough balls to kena and pay Anwar RM800K for sodomy liable.

  6. Sun Tzu jua berkata..

    ‘the secret of success in war is to confuse the enemy..’

    tapi lain pula dgn tikus2 politik di negara, meraih jawatan & pulangan itu satu perkara yg jelas dilihat rakyat..

  7. .dari petikan “Sun Tzu, Art of War”

    ‘dlm setiap Choas ada Opportunity..’

    hanya yg Sun Tzu tidak terperinchikan,

    ..perlu ada pencetus ‘choas’ utk meraih peluang.. ?

    there is a ‘predicament’ among punters, in buying and selling…

    the buyer is also the seller

  8. Zunnun ke rumah wak nak gi raya ooo
    Wak tak de,dia cari kat Sungai Jenun
    Wak atas dahan standby lepas torpedo
    Jatuh selepuk kat atas kepala zunnun

    Zunnun lari tak cukup tanah!!!!

    1. Sejak aku masuk wak lari lintang pukang
      dah aman blog nih,tiada lagi gambar babi
      kalu berani masuk lerrr,aku kasi plempang
      atau aku kasi kupas ,buat jeruk kelubi!!

      tau pun takut!

      huhu

    2. kesian

      pantun taraf karat.

      ..pi bersila depan rumah kejora sampai diizinkan masuk, baru masuk belajar cara memantun …

  9. penyakit #pkr ketika ini, remnant (sisa2) #assmin masih berkeliaran dlm parti…

    mereka2 ini ‘dibayar’ supaya #pkr sentiasa dlm keadaan lemah dan memerlukan ‘khemah besar’ utk stay relevant…

    yg amat ketara nya, bingai #anwar membiarkan perkara ini terus berlaku kerana kuatiri akan buat #pkr akan menghadapi krisis berterusan…

    ini enigma #anwar, hingga memerlukan #nurul terpaksa membantu #ayuh malaysia di luar sebagai satu gerakan alternatif tanpa diganggu gugat …

  10. pujangga berkata..

    jgn rapat dgn mereka2 yg bersikap pessimist yg sentiasa merasakan mereka benar terhadap pencetus idea ..

    rapatkan diri pd pencetus idea yg optimist tapi dimusuhi oleh yg ada..

  11. Mengharap kemenangan melalui “KHEMAH BESAR”?. Jujurlah tanya diri sendiri. Ketika PKR masih kukuh, Tun M melalui BERSATU menghulur tangan persahabatan, memohon restu Anwar & PKR utk bergabung me jatuh kan UMNO. Begitu JUGA Shafie Afdal melalui WARISAN. Bukan rahsia umum lagi bahawa TUN M bersetuju menjadi PM sementara & bersedia serah kan jawatan PM kpd Anwar. Tapi sebaliknya yg berlaku. Segelintir dlm PH sendiri tidak melihat kerajaan PH runtuh disebabkan Tun M tapi menyalahkan Mahiaddin walhal ketika menjawat PM, jelas Tun M berusaha meruntuhkan PKR dari dalam. PIMPINAN tertinggu dlm DAP & AMANAH jadi buta kerana kalangan pimpinan tertinggi mereka mendapat laba besar, anugerah jawatan menteri dari Tun M walhal menteri2 dari PKR ditentukan oleh Tun M sendiri iaitu memilih mereka yg kelihatan tidak sehaluan dgn Anwar.

    Hari ini “KHEMAH BESAR” itu dilaungkan kembali walhal semua tahu Tun M & Mukhriz (bapak borek anak rintik), Shafie Afdal mahu pun Mahiaddin tidak mungkin bersetuju Anwar dilantik sbg PM. Pengalaman, kenyataan & tidak laku semasa mereka2 memberi gambaran jelas. Apa jaminan kemenangan PRU 15 hasil KHEMAH BESAR INI, Anwar akn menjadi PM?. Apa jaminan jika PH Plus menang, sokongan terhadap Anwar sbg PM akn kekal sehingga habis penggal?. Apakah dasar & perlaksanaan ke arah reformasi total institusi akn sepenuhnya didokong oleh mereka2 ini khususnya Tun M anak beranak? Beranikah pimpinan tertinggi DAP & AMANAH memberi jaminan ini @ sekadar mereka ini gian menjadi menteri kembali???.

    Berdasarkan sejarah lepas & tidak tanduk pimpinan tertinggi PEJUANG & WARISAN yang terkini, Anwar tidak mungkin akn menjadi PM selagi dalam KHEMAH BESAR ini masih ada watak2 spt Tun M, Shafie Afdal mahu pun Mahiaddin yg masih bercita2 menjadi PM walau pun realiti parti mereka hanya lah parti picisan berbanding PKR yg jauh lebih besar.

    Logik apa ular lidi menelan ular sawa??? Tapi buat Lim Guan Eng & Anthony Loke, Mat Sabu, Khalid Samad dan Salahuddin Ayub.. ini sangat logika asalkan mereka dapat kembali menjadi menteri.

    Selagi Tun M anak beranak, Shafie Afdal, Mahiaddin & apa lagi kalangan UMNO yg menjadi PM, jangan mimpi Malaysia akan berubah lebih baik. Pi Mai Pi Mai Tang Tu juga sedang kan negara jiran spt Thailand & Indonesia makin jauh mengatasi pertumbuhan ekonomi Malaysia. Harimau Asia dah jadi Tikus Munduk Asia kerana PM2 selepas Tun M adalah ber DNA yg sama & yg disukai Tun M awalnya. Bahkan sbg PM kali kedua, Tun M ternyata gagal total. Masih tak serik nak harapkan gagalis yg sama ini.

    Bodohlah jika itu yg kalian mahu!!!

  12. sang #nadim jauh sekali ancaman pd #sultan & pemerintah, tapi dibunuh dlm layar cerita singapura dilanggar todak..

    #rafizi bukan ancaman pd #anwar yg serba bingai tapi idea pemikiran nya yg mengacam jalur kekuasaan kartel2 yg membingai bersama bingai #anwar..

    ngape #anwart serba bingai sebagai pemimpin ? kerana mempercayai bingai #saifudin bahawa #omNO sedia kerjasama dgn #pkr dan menerima #anwar sebagai #pM mngantikan #mahiaddin…

    lalu kesana kemari mengiler2

    ‘I got the number, a formidable number’…

    mulut bila kuat memuki, kini jadi bahan ketawa rakyat jelata…

    lain kali, be discreet, jgn terlalu percaya, baik dgn #assmin mau pun #saifuddin…

    the one that give you the #comfort is more deadly than the one that argue with reasoning…

    how long have #assmin been giving you such comfort ?

    klu rasa tidak mampu to lead, biar yg berani dan berkemampuan diberi peluang pula…

    jgn mencibaikan rakyat dgn beri harapan kerana kecuaian pemimpin2 bingai yg ada..

Leave a Reply

Your email address will not be published.