APA KATA KALI INI APANDI KEMUKA SAMAN SIVIL PULA TERHADAP TUN MAHATHIR

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak setuju dengan penyelesaian luar mahkamah yang diputuskan kerajaan terhadap saman bekas Peguam Negara, Apandi Ali.

Katanya, kerajaan juga tidak patut menyelesaikan kes penamatan perkhidmatan Apandi sebagai Peguam Negara di luar mahkamah dan merahsiakan terma serta pampasan yang dibayar kepadanya.

Perkembangan itu, tambahnya, amat mengejutkan kerana beliau dimaklumkan bahawa tindakan ke atas Apandi dibuat mengikut undang-undang sewaktu memberi keterangan kepada Peguam Negara sekarang, Idrus Harun.

“Saya telah beri kenyataan saya kepada Peguam Negara.

“Saya pertahan tindakan saya dan percaya bahawa saya telah ikut prosedur yang ditetapkan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.

“Pada masa itu saya berasa Apandi tidak dapat bertindak bebas kerana dia merupakan peguam UMNO sejak sekian lama.

“Dia tidak mungkin dapat berlaku adil dalam siasatan terhadap 1MDB dan salahlaku Najib Razak,” jelas Tun Mahathir lagi berhubung tindakannya menamatkan perkhidmatkan Apandi pada 2018 lalu.

Seterusnya, tegas Tun Mahathir lagi, beliau kekal dengan pendirian tidak mengaku atas tindakannya menamatkan perkhidmatan Apandi serta sedia mempertahankan pendiriannya di mahkamah.

Kenyataan penuh Tun Mahathir adalah seperti di bawah:-

********************************

PENAMATAN PERKHIDMATAN TAN SRI APANDI ALI

1. Tan Sri Apandi Ali telah fail tuntutan di Mahkamah terhadap saya setelah saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Dia tuduh yang saya berniat jahat dan tidak turut undang-undang dalam menamatkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.

2. Saya telah beri kenyataan saya kepada pihak Peguam Negara. Saya pertahan tindakan saya dan percaya bahawa saya telah ikut prosidur yang ditetapkan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara.

3. Pada masa itu saya berasa Tan Sri Apandi tidak dapat bertindak bebas kerana beliau merupakan peguam UMNO sejak sekian lama.

4. Dia tidak mungkin dapat berlaku adil dalam siasatan terhadap 1MDB dan salahlaku Dato Seri Najib. Malahan dia telah kata bahawa Najib tidak bersalah kerana kononnya tiada kes, sebelum apa-apa tindakan siasatan dibuat.

5. Sikap berat sebelah Apandi ini terbukti apabila Najib didapati bersalah oleh hakim Mahkamah Tinggi dan Rayuan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

6. Semasa saya beri keterangan kepada pihak Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) bagi persediaan kes saman Apandi terhadap saya, saya telah dimaklum bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosidur dan Rule of Law.

7. Mereka maklumkan bahawa saya dan kerajaan telah memberi nasihat betul pada Yang di-Pertuan Agong supaya Tan Sri Apandi Ali ditamatkan perkhidmatan.

8. Saya terkejut apabila baca berita baru-baru ini tentang satu penyelesaian diluar mahkamah dibuat diantara Kerajaan dan Apandi. Terma penyelesaian juga dirahsiakan.

9. Saya tidak pun dimaklum tentang terma penyelesaian walaupun saya merupakan saksi utama.

10. Saya menulis pada Peguam Negara. Saya tidak bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut dibuat. Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandang bahawa tindakan penamatan perkhidmatan Apandi mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada Kerajaan.

11. Saya tidak faham kenapa terma penyelesaian harus dirahsia dari saya serta rakyat. Rakyat berhak tahu. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan.

12. Apakah pampasan perlu dibayar jika tindakan dibuat mengikut undang-undang? Di mana prinsip Rule of Law.

13. Saya berpendapat penyelesaian memberi pampasan besar itu untuk seorang yang gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik adalah amat dikesali diwaktu mana sekalipun. Saya tidak mengaku salah dan bersedia untuk tuntutan Apandi di adili di mahkamah.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

6 Mei 2022

********************************

Dalam hal ini, meskipun saman Apandi terhadap kerajaan dan Tun Mahathir telah dikira selesai dengan tindakan kerajaan menyelesaikannya di luar mahkamah, tetapi dari segi moral kepada bekas Peguam Negara itu, ia belum lagi dianggap sudah berakhir.

Tindakan Tun Mahathir mempertikaikan penyelesaian di luar mahkamah yang diputuskan kerajaan, tidak mengaku salah atas tindakannya menamatkan perkhidmatan Apandi serta sedia ke mahkamah untuk mempertahankan pendiriannya, adalah suatu cabaran terbuka kepada Apandi sendiri.

Ternampak masih ada calit-calit hitam yang diragui yang tidak beres yang ingin diberitahu oleh Tun Mahathir di dalam mahkamah yang mulia berhubung keputusannya menamatkan perkhidmatan Apandi.

Secara tidak langsung, rakyat juga tentunya ingin tahu kebenaran yang sebenar mengenainya.

Maka, apa kata, terutama jika Apandi kekal berpegang dengan pendirian bahawa pemecatannya oleh Tun Mahathir adalah tindakan yang salah sebagaimana beliau mengemukakan saman sebelum ini, kali ini beliau terus saja menyaman sivil bekas Perdana Menteri itu kerana masih lagi mengaibkannya serta mempertikaikan keputusan kerajaan menyelesaikan kes samannya itu di luar mahkamah.

Harap-harap Apandi sentiasa berani, tidak menunggu lama untuk memfailkan saman tersebut dan meletakkan nilai moral sebagai keutamaan dalam dirinya. – ShahbudinHusin 06/05/2022.

Updated: 6 May 2022 — 5:02 pm

16 Comments

Add a Comment
  1. mariam dgn A – Agong Nya & B – Banduan Nya manakala C –

    mengape pihak Istana membenarkan kedua2 Banduan, #najib & #rosmah menjadi tetamu kpd Payung Singgahsana Negara..

    apekah Air dgn Minyak blh bercampur utk menghasilkan kesebatian ?

    Bila kedua2 Banduan tersebut dihadapkan kerana Salah Laku mengunakan Duit Raykat & Negara, apekah pihak #istana tidak sensitive perkara sedemimian rupa walaupun Banduan tersebut Orang Kaya Istana sekali pun…

    sepatut nya, #Istana jauhi Banduan2 ini sampai Maruah mereka di bersihkan oleh Pengadilan Negara…

    Penasihat2 #Istana sepatut nya ambil kira tentang sensitivity rakyat jelata kerana #istana itu Payung Negara dan Banduan Itu Sampah Rakyat jelata…

    masakan kedua2 nya blh bercampur

  2. satu perkataan yg sering digunakan dan sering di salah gunakan…

    #absolute, #absolutely. Suatu Yg Mutlak Suatu Yg Haqiqi…

    bila digunakan bersama agama maka terbit satu inggauan pd kesejahteraan manusia..

    #Dogmatic Absolute ..(1)

    bila digunakan bersama nilai kemanusian terbit pula inggauan pd kesejahteraan manusia jua..

    #Moral Absolute …. (2)

    bila diberi pd #Tangan Yg Berkuasa, kedua2 nya akan membawa kehancuran kerana Mutlak Yg diketahui hanya berkisar pd kefahaman Manusia sj..

    Mutlak itu sesuatu yg bersifat Mujaraq, ‘Pure State of Unbeing’, dan bila dimanifestasikan pd ‘Being’ terbit segala ‘opinion’. persepsi dan prasangka…

    Afifi yg menumpang kuasa dari Tangan Yg ‘Mutlak’ mengenai Hal2 Agama dan berlatar belakangkan Ilmiah Oxford memberi risalah agama diapit kiri kanan dgn penyedap di disco, kini melambangkan penjenaman baru Agama Negara…

    tidak salah ke Disco tapi salah nya ‘pakaian’ yg dipakai nya..

    tidak salah #pM dgn Jho Low tapi salah nya ‘pakaian’ yg dipakai nya.

    ‘pakaian’ yg diamanahkan jgn pjula disalahgunakan…

  3. dlm keadaan negara sedang menghadapi kemulut politik semasa dgn tiada petunjuk bila akan reda memandangkan tiada mana gagasan (coalition) yg mampu meraih undi ‘majority’ yg selesa…

    apelah negara akan ‘slide’ dlm kawah negara yg gagal..

    not yet, not yet, not yet..

    Malaysia sebuah negara yg masih ‘defensive’ mampu pertahankan ekonomi dan kejasteraan rakyat jelata dari terjerumus se bagai “Failed State”…

    Saving Reserve, Natural Commodity, Kadar Golongan Rakyat Pertengahan YG Tinggi, Infrastruktur Yg Sedia Ada dan Hutang Luaran Negara Yg Mampu di kendalikan …

    Yg tertekan bagaimana Negara Mampu Menambah Kecairan ‘Money Supply” dlm pasaranmmemandangkan Instituisi Bank terlalu berhati2 memberi pinjaman

    ..satu sucidal jika ada mana syarikat yg ingin menyenaraikan syarikat di Bursa Saham kerana pulangan tidak memberangsangkan dgn tiada ‘Support’ dari Instituisi Kewangan..

    ..krisis semasa telah memberi kesan pd sistem kewangan negara utk menjana pertumbuhan disbbkan pungutan cukai tidak memberangsangkan utku membantu dlm masa terdekat…

    keinginan utk mengadakan #pru15 tidak akan menyelesaikan suasana yg negara hadapi kerana post #pru15 tidak mampu memberi petunjuk yg dikehendaki…

    parti2 politik masih dlm kegawatan mereka tercari2 utk membentuk ‘coalition’…

    ini lah akibat nya bila negara di landa dgn pemimpin2 bingai cuba mengunakan perkauman dan agama meraih populariti..

    sunggoh sial bila #situa nyanyuk dan bingai2 seumpama nya, menapi2kan suasana perkauman dan sentimen agama utk kepentingan mereka…. ..

  4. ape itu ‘kebenaran’ ? apekah yg membuat nya benar ? maka bertanya sibadut #nyanyuktua, berape pampasan yg dibayar kerajaan kpd #apandi ?

    apekah #situa nyanyuk cuba menegakan ‘kebenaran’ atau cuba membuat lontaran bahawa perkara sedemikian satu political mileage yg blh menaikan dan membantu #pujaWANG kini dilihat irrelevant pd rakyat jelata…

    true value/truth will remain perpetual until it is proven wrong and inconsistence over time…

    tapi dgn tergiler2 usung tilam sana sini, tapi lain pula pendirian #situa nyanyuk mengenai aksi berahi dua jantan, tidak pula kelihatan #situa nyanyuk tergiler2 bersuara malah ketua polis yg di ambil bekerja jua byak membuat penafian bersama…

    ape kah #situa nyanyuk ‘consistence dgn peranan nya dlm kedua2 episode tersebut..?

    lalu cai2 nya dgn ‘cerdik’ cuba menjual ayat power surah ikhlas, utk menunjukan ‘cerdik’ mereka bahawa ‘kebenaran’ itu tak blh ada ‘addition, subtraction, division and multiplication..’

    mak aii, salakan #anjing2 jalanan sekurang2 nya berbunyi bising, tapi puppies jgn cuba berlagak #anjing..

    1. Mahathir for PM lagi sampai mampos masok kubor

  5. debat antara #saifudin dgn #rafizi is non-event, tiada lagi tiang seri nya kerana kedua2 nya perlu berhati2 mengelak pihak ketiga mengambil kesempatan mengaut keuntungan …

    bagaimana pula debat #anwar & #najib ? ini jua tidak ada kesudahan nya, kerana terlalu subjective, dgn #anwar membawa obor keluhan rakyat manakalan #najib melontarkan cadangan semata2…

    #najib bukan musuh #pH walaupun maruah nya sudah tercalar, #najib masih berdiri kerana ape bentuk ‘opinion’ terhadap nya, hanya persepsi semata2…

    ini memandangkan #najib masih ada ruang di mahkamah persekutuan dan masih bebas seperti biasa…

    #anwar telah pun membayar ‘cash’ pertuduhan terhadap nya dan telah dibebaskan …

    konspirasi yg dilakukan oleh #situa nyanyuk dan diikuti #najib mengunakan kaedah yg sama byak mengajar rakyat betape hina nya politik #melayu mengunakan nilai moral agama utk menghina..

    lain pula pd cai2 #situa nyanyuk, dgn tahap separa #anjing2 jalanan cuba menunjuk ‘cerdik’ yg serba cacat mereka..

    apekah ini sj kah cybertrooper2 #sinyanyuktua mampu ?

  6. kedua2 pemula yg akan berdebat pd 12th hb May di Matic, telah lama dimulai oleh #situa nyanyuk ketika menjawat #pM atas ehsan #pH, dan telah meluluskan bail-oututk menyelamatkan Sapura Energy…

    #najib akan bertanya dgn sinis pd #anwar, bahawa #anwar jua terlibat berdasarkan ‘collective responsibility’…

    ..dan sebarang penafian menunjukan kelemahan #pH, hingga membenarkan #situa nyanyuk melakukan ape sj…

    ape kah #anwar akan pertahankan lontaran sinis dari #najib …

    dari perspektif #anwar pula, mampu kah #anwar melontarkan sinis pd #najib sedangkan #najib hanya memberi cadangan utk kerajaan melakukan bail-out terhadap Sapura Energy sj…

    the enermy is at the gate, yet both are in-fighting to say the least, none are involved …

    mana dia pelaku nya ? sering melakukan bail-out ketika menjawat perdana menteri ?

  7. siape yg perlu dipertanggung jawapkan dgn kemelut politik yg kesan nya lebih teruk dari pandemik dan peristiwa banjir yg melanda…

    apekah langkah Sheraton itu yg mencetuskan krisis politik semasa hingga jadi bahan ketawa negara jiran2 tetangga ..

    …’musuh’ akan sentiasa menunggu utk mengambil kesempatan dari kelemahan yg tonjolkan..

    ..setelah diberi mandat oleh rakyat utk melakukan terbaik pd rakyat dan negara…

    tak lain, tak lain, tak lain…

    #sinyanyuktua diberi amanah utk terajui kepimpinan, lain pula yg #situa nyanyuk ini lakukan..

    mempecah belahkan pakatan yg sedia ada dan sentiasa berusaha utk terus menjawat #pM jauh sekali menunjukan usaha utk menyerah jawatan tersebut sepertimana yg dijanjikan…

    dlm senyap2 cuba usurper kemengangan bersama dgn pakatan dgn mengantikan pula dgn jajaran baru melibatkan pembangkang2 yg ada…

    ape punya kesialan yg #situa nyanyuk lakukan sedemikian rupa..

  8. apekah rakyat teruja dgn #situa nyanyuk cuba menunjuk ‘cerdik’ nya dgn ketengahkan pampasan yg kerajaan bayar pd #apandi

    ..sedangkan ketika #sinyanyuktua ini menjadi #pM4 & #pM7, byak sgt yg dilakukan dgn buddy rapat nya #situa daim membazirkan wang negara dgn bail-out anak2 nya dan bail-out croni2 mereka, selain memberi kerajaan #kelangtang hampir RM 400 Juta hanya ingin mendapatkan sokongan dari mereka….

    terlalu byak ketirisan yg dilakukan oleh #situanyanyuk ini, dgn kegagalan2 projek pengswastaan yg separa bingai seumpama nyanyuk nya jua..

    jgn terperangkap dgn main setaraf cibai yg dipaparkan oleh #situa nyanyuk ini sedangkan ape yg dibayar kpd #apandi tak lah seberape jika dibandingkan ke pembaziran yg #situa nyanyuk ini lakukan sepanjang menjawat #pM selama hampir 24 tahun..

  9. laa

    bingai #situanyanyuk dah lari ?

    baru nak mula, tiba2 menghilang diri ?

  10. bbbberapeee kos pampasan yg negara perlu bayar pd #apandi atas kecuaian #situa nyanyuk jika dibandingkan dgn bail-out syarikat penerbangan #mAs utk elak dari muflis kerana kecuaian #sinyanyuktua memilih kroni utk menerajui conglomerate negara..

    blh ke cai2 #sinyanyuktua beri sikit penerangan pd rakyat jelta..

  11. berape nilai pampasan yg negara perlu bayar atas kecuian #sinyanyuktua menyingkir #apandi jika dibandingkan dgn duit yg negara keluarkan utk menyedapkan hati #situanyanyuk yg tergiler2 membina #Perwaja Steel tanpa kajian menyeluruh impak terhadap lambakan besi keluli dari #India, #China, Jepun & Australia..?

    sj ingin bertanya, ada siape cai2 #sinyanyuktua yg ingin beri penjelasan nya..

  12. berape pampasan yg #apandi perolehi yg negara perlu tanggung jika dibandingkan dgn kos bail-out #konsortium perkapalan dan #sapura energy kedua2 nya ada kepentingan keluarga #situa nyanyuk..

  13. #omNO kini menghadapi enigma, kekalutan, samada memilih utk menunggu #pru15 atau mengadakan pemilihan parti sebelum 29hb Dec 2022..

    MKT perlu segara membuat pilihan, jgn nanti tunggu hujan tak kunjung tiba, air setempayan dibuang bagitu sj…

    jgn ikut resmi #situanyanyuk, yg tinggal hanya 3 bingai2 sj, utk berjuang mempertahanakan #sinyanyuktua mereka…

  14. I hope Apandi anak jantan.

    Jangan macam HN….cakap tinggi ke langit, tin kosong macam Peliwat….NATO…..

  15. seboleh2 nya jgn ada di antara kita yg bawa #situanyanyuk ke mahkamah baik menghadapi kes sivil mau pun kes salah pengunaan kuasa..

    jantung nya tak sekuat mana, terencat sikit, akan pedam lah dia…

    biarkan sisa2 hidup nya menghadapi enigma ‘tidak mudah lupa’ nya hingga ke saat kematian…

    bagus, teramat bagus, selepAs berlaku kematian, #roh nya, masih mampu retains ‘tidak mudah lupa’ nya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.