APA CERITA PEMILIHAN UMNO 2022, BERJAYAKAH PINDAAN PERLEMBAGAAN TANGGUH LAGI TARIKHNYA?

Berikutan permohonan menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan sebagaimana dibenarkan dalam perlembagaannya diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan atau RoS, tempoh akhir parti itu mesti mengadakan pemilihannya ialah pada 29 Disember tahun ini.

Pemilihan UMNO diadakan tiga tahun sekali dan kali terakhir ia diadakan ialah pada 30 Jun 2018.

Oleh kerana Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu berganjak daripada keinginan mahukan PRU15 dilangsungkan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti diadakan, meskipun sudah menerima kelulusan menangguhkan selama 18 bulan, Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2021 pada Mac baru-baru ini telah meluluskan usul yang menetapkan pemilihan parti hanya akan diadakan enam bulan selepas PRU15 dilangsungkan.

Usul itu bagaimanapun masih perlu mendapat kelulusan RoS sama ada membenarkan ia dikuatkuasakan atau sebaliknya.

Setelah kira-kira dua bulan berlalu selepas usul tersebut diluluskan, sehingga ini belum ada sebarang khabar berita daripada RoS berkenaan dengannya.

Dan bagi tujuan mengukuhkan lagi usul berkenaan, UMNO seterusnya akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 16 Mei ini bagi meminda perlembagaan berkaitan usul yang telah diluluskan itu.

Dengan itu, peraturan bahawa pemilihan parti hanya akan diadakan enam bulan selepas PRU berakhir bakal menjadi ketetapan yang tertulis dalam perlembagaan UMNO.

Persoalan yang timbul dan menjadi tanda tanya ramai ialah apakah pemilihan parti yang dimaktubkan dalam perlembagaan yang hanya akan diadakan selepas enam bulan PRU dilangsungkan itu masih terpakai jika tempoh penangguhan selama 18 bulan telah digunakan?

Dari segi logiknya, menetapkan pemilihan parti hanya akan diadakan selepas enam bulan setelah PRU dilangsungkan tidaklah menimbulkan apa-apa masalah kiranya tempoh itu masih dalam lingkungan 18 bulan tempoh pemilihan dibenarkan untuk ditangguhkan.

Tetapi, bagaimana untuk menangguhkan lagi pemilihan parti sedangkan penangguhan selama 18 bulan telah pun dimanfaatkan oleh UMNO?

Peraturan mana yang akan membenarkan lagi penangguhan dilakukan selepas pemilihan ditangguhkan selama 18 bulan?

Bagaimana jika pindaan perlembagaan yang diluluskan dalam PAU Khas 16 Mei ini tidak diterima pakai oleh RoS untuk pemilihan UMNO 2022, sebaliknya hanya boleh digunakan untuk pemilihan tiga tahun akan datang lagi?

Sediakah Zahid Hamidi berdepan pemilihan UMNO lebih dulu sebelum PRU15 atau UMNO akan terus mendesak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan juga pembubaran Parlimen? – ShahbudinHusin 05/05/2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 5 May 2022 — 12:12 pm
Subscribe
Notify of
guest

12 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Eagle's Eye
Eagle's Eye
9 May 2022 9:24 am

Kaedah pemberian watikah pelantikan calon pilihan raya umum (PRU) untuk UMNO tidak sewajarnya bersandarkan 100 peratus bidang kuasa Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata. Sebaliknya, pemangku Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Abdul Aziz Derashid menegaskan parti itu perlu mempraktikkan satu mekanisme baharu dalam menentukan pemberian watikah pelantikan calon-calon parti pada pilihan raya umum ke-15 (PRU).SinarHarian 28/6/2021 SEBAB ITU “Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu berganjak daripada keinginan mahukan PRU15 dilangsungkan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti diadakan, meskipun sudah menerima kelulusan menangguhkan selama 18 bulan, Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2021 pada Mac baru-baru ini telah meluluskan usul yang menetapkan… Read more »

zunnun
zunnun
6 May 2022 6:59 am

kegilaan tahap ape bila #situa nyanyuk dgn 22 tahun memerintah, tidak mampu melaksanakan pembaharuan agar rakyat tidak dibelenggu dgn permasaalahan kaum & agama ?

sial jenis ape hingga mengunakan kaum dan agama utk terus berkuasa ?

sial jenis ape hingga konsep Malaysia Inc nya, 10 yg di beri pd croni2, 11 perlu di bail-out oleh kekayaan negara hingga rakyat menanggung hutang dari nya…

Wau bole
Wau bole
6 May 2022 8:48 am
Reply to  zunnun

Dengki? Tak per Isa will wash away your sins.

At leaat ada contribution albeit imperfections. Majority of families and their childten benefitted all throughout these years….not perfect.

BUT A GILA KUASA WITH MORAL PROBLEM? What have we got. ZERO. May Allah place him as PM Tepi till end of the world

zunnun
zunnun
6 May 2022 6:48 am

ape yg dimaksudkan bila bicara mengenai #kebenaran…? berdasarkan #kepercayaan ? berdasarkan usaha merungkai #objektif/matlamat….? berdasarkan perhalusan keinginan #positivis ? keperluan ape mencari #kebenaran sedangkan reaksi manusia sentiasa berubah2 dgn suasana kehidupan yg berpegang & memerlukan prasangka & persepsi sebagai dahan utk berpaut…? yg pasti, ape yg ada selepAs kematian itu sesuatu yg perlu dipastikan dan kehidupan itu dijadikan asas utk memastikan nya.. ..memastikan matlamat sentiasa seiring dgn kepercayaan & keinginan ini asas reality agama tapi pernah manusia bertanyakan sedemikian pd #tuhan ? sedangkan ke mana sj dlm setiap #nafas kehidupan, manusia sentiasa menumpang Maha Hidup #Nya ? Maha Pengetahuan Ilmu… Read more »

Wau bole
Wau bole
6 May 2022 8:42 am
Reply to  zunnun

Do not beat around the bush when talikng about Allah swt.

Just tell the difference between 73 books and 66 books….why the difference

Wau bole
Wau bole
6 May 2022 6:36 am

Surah Al Ikhlas in Al Quran says it all. No addition, subtraction, multiplication, division. There is no issue of we cannot see Allah, Musa failing to see Allah, trying to question Allah’s Omnipotence etc etc. Surah Al Ikhlas says it all. Human’a capacity to lead, act, etc has limitations. Allah blessed one leader with twice as PM and once an Interim. Record showed he was a leader for 22 years, 22 months, 22 days albeit all imperfections as human. Others had/have been given once. But Allah knows why THIS PARTICULAR one cannot be trusted to become a leader AT ALL.… Read more »

zunnun
zunnun
6 May 2022 6:52 am
Reply to  Wau bole

no addition, subtraction, multiplication and division…

maka nya, ilmu2 yg semasa tidak perlu di tambah dgn yg ada, kerana Ilmu2 sedemikian datangkan nya dari #tuhan yg lain ke ?

klu rasa bangang, sekurang2 nya, buka minda dgn belajar ..

zunnun
zunnun
5 May 2022 4:41 pm

..betul ke #tuhan itu suatu yg jauh dimata utk melihat nya..? musa anak Yukabid keinginan utk melihat #tuhan #Nya, lalu diraha oleh #tuhan mengalihkan penglihatan pd bukit yg ‘disana’… jatuh pengsan akan nya melihat bukit itu hancur lebur ketika #tuhan menyatakan diri nya… bagitu yg diceritakan oleh kitab dgn berlinan versi nya dari bukit kpd ‘burning bush’ pula… tapi, tak pula #musa pengsan melihat ‘burning bush’ tersebut malah kedengaran kata2 yg tajali bersama nya.. jauh kah #tuhan sedangkan #tuhan itu #omnipresence pd setiap penjuru semesta…? ngape tidak membiarkan #ketuhanan yg ada dgn diri melihat#tuhan #Nya ?jauhkah #ketuhanan dlm diri manusia… Read more »

zunnun
zunnun
5 May 2022 4:10 pm

#blh ke #mail sabri mencintai #omNO tanpa mencintai kepentingan diri sendiri…?

#blh ke #zahid mencintai #omNO tanpa mencintai kepentingan diri sendiri…?

remuk rendam tak tertanggung
harapan cinta yg mengunung

a case of two personalities at a crossroad…

bagaimana pula dgn #saifudin & #rafizi…

antara produk sejarah vs produk falsafah

ape yg kedua2 nya merindui ?

tapi lain pula dgn #situa nyanyuk, kesemua ini ilusi belaka….

produk ‘tidak mudah lupa’ itu segala2 nya..

… diberi kepercayaan dgn tambahan 2 tahun 2 bulan lagi tapi masih tidak lupa utk bail-out anak nya sekali lagi, yg tertekan nenunggu bayaran dari Sapura Energy…

zunnun
zunnun
5 May 2022 2:30 pm

pujangga ada berkata…

jika keinginan hidup sampai lanjut usia & kelihatan sihat,

makan setengah dari biasa, lipatkan usaha berjalan, ketawa riang, bercinta dan dicintai sentiasa..

tapi lain pula dgn #situa nyanyuk, konsep politik nya,

makan semua, rakyat dijadikan hamba utk menjayakan Malaysia Inc, pengsawastaan Nya, kuat berdendam bila memusuhi nya, dan terlalu mencintai diri nya dari rakyat jelata…

kini, #bumi mendera sebelum membunuh & kembalikan pd nya..

zunnun
zunnun
5 May 2022 2:10 pm

..membuat pilihan itu satu yg ‘percuma’ tapi akibat nya itu yg memberikan nya harga… musa anak yukabid, isa anak mariam & muhammad anak aminah kesemua nya membuat pilihan utk mencari kebenaran #tuhan lalu bersendirian dgn ‘diri’ agar ‘diri’ yg selama ini menyembunyikan memuntahakan kan ‘rahsia kesempurnaan’ #NYa… bagitu lah mereka yg terdahulu, post modernist2 terkini dan akan datang cuba mentajalikan Nur/Cahaya Pengetahuan Alam… sesunggohnya, zhulmat (kegelapan) itu pati rahsia cahaya, bila terbongkar, rahsia tajalikan Nur Pengetahuan… faculti keupayaan yg amat berharga pd manusia, bila mampu mengetahui akan keberangkalian berlaku sesuatu pd masa hadapan.. this psyche ability rest on how one’s… Read more »

zunnun
zunnun
5 May 2022 12:45 pm

isu utk menangguhkan pemilihan #omNO yg mana menangguhan akan berakhir pd 29hb Dec 2022 ini, akan menjadi satu permasaalahan yg dinanti2 kan oleh #mahiaddin, hamzah dan #mailsabri … ..tapi perkara ini tertakluk samada #najib didapati bersalah oleh mahkamah persekutuan dan di sumbat dlm penjara manaklan mahkamah tinggi mendapati zahid ‘guilty as count’… #mail bukan bodoh dlm perkara ini, keinginan nya utk menjawat #pM selepAs #pru15 satu enigma yg menghantui beliau, sunngoh pun di janjikan oleh #omNO melalui keputusan MKT nya baru2 ini, tidak menjaminkan sedemikian rupa… tapi jika #najib masih lagi bebas & #zahid masih lagi tidak disabitkan, maka #mail,… Read more »