LUPAKAN KHEMAH BESAR, TIGA PENJURU BERI PELUANG SEIMBANG PADA SEMUA

Berdasarkan realiti bahawa UMNO telah menolak Bersatu, Pas tidak mahu bekerjasama dengan PH dan DAP serta Amanah enggan menerima Pas sebagai rakan kerjasama, pertandingan satu lawan satu dalam PRU15 akan datang hampir mustahil menjadi kenyataan.

Hanya Bersatu yang menyatakan sedia bekerjasama dengan sesiapa saja bagi hasrat menumbangkan BN, tetapi haruslah diingat Pas adalah komponen penting dalam PN bersama-sama dengan Bersatu.

Jika Pas berkeras dengan pendiriannya, susah juga untuk Bersatu ingin bekerjasama dengan PH.

Meskipun Bersatu yang memimpin PN, namun Pas adalah parti yang lebih besar dan ramai ahlinya berbanding parti serpihan UMNO pimpinan Mahiaddin Md Yasin itu.

Demi survival PN, Bersatu tidak mungkin akan membuat keputusan yang meminggirkan pendirian Pas kerana jika Pas merajuk, ia lebih merugikan PN secara keseluruhannya.

Daripada segi PH, hanya Amanah, terutama Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin lainnya yang beria-ia mahukan konsep khemah besar menjadi kenyataan.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebaliknya tegas menolak untuk bekerjasama dengan parti yang ada dalam kerajaan sekarang seperti Pas dan juga Bersatu.

DAP turut menolak untuk bekerjasama dengan Pas dan Bersatu berikutan sejarah pengkhianatan dan tikam belakang kedua-dua parti itu sebelum ini.

Dalam PKR pula jelas ada dua pendirian, satu kelompok setuju rundingan diadakan sementara satu kumpulan lagi tegas dengan pendirian lawan tetap lawan.

Dengan semua kecelaruan di atas, tambahan lagi jika Rafizi Ramli yang menang sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti hujung bulan ini, adalah jelas bahawa pertandingan tiga penjuru – BN, PN dan PH – merupakan realiti yang harus diterima oleh semua.

Pertandingan satu lawan satu untuk menjatuhkan BN yang mengetuai kerajaan sekarang tampak sudah mustahil menjadi kenyataan.

Benarkan BN ada kelebihan kiranya berlaku pertandingan tiga penjuru dalam PRU15 akan datang?

Benarkah juga PH dan PN tiada peluang langsung untuk menang jika bukan bertanding satu lawan satu menentang BN?

Secara kasarnya, pertandingan tiga penjuru memberi peluang yang seimbang kepada semua parti untuk menang PRU15 akan datang.

Meskipun BN menang cemerlang dalam PRN Melaka dan Johor, hakikatnya undi yang diterima gabungan itu tidak pun bertambah, malah disumbangkan oleh peratusan turun mengundi yang rendah.

Lagi pula dua PRN itu hanya pilihan raya peringkat negeri yang mungkin tidak memberi cukup rangsangan kepada rakyat keluar mengundi dan melakukan perubahan.

Kalau dalam PRU14, PH berjaya memenanginya di sebalik juga berlaku pertandingan tiga penjuru dan BN ketika itu merupakan gabungan yang lebih besar, kenapa sekarang jadi takut berdepan dengan mereka dalam keadaan BN hanya tinggal ada empat saja lagi parti di dalamnya?

Begitu juga jika PN dianggotai oleh parti yang pernah khianat dan tikam belakang, apakah susah sangat bagi meyakinkan pengundi untuk menolak kedua-dua parti itu?

Dalam hal ini, kelemahan PH yang agak ketara sejak tahun-tahun kebelakangan ini ialah kurang gigihnya usaha dan perjuangan mereka dalam mengangkat suara rakyat ke tempat yang sewajarnya.

Berbanding UMNO yang nampak lebih agresif membela rakyat, misalnya dalam tuntutan pengeluaran KWSP dan pelbagai isu setempat di peringkat negeri dan bahagian, PH agak tersisih dalam perjuangan ini.

Asyik-asyik yang ghairah diperjuangkan oleh mereka yang suka mengeluarkan kenyataan media ialah berkaitan khemah besar, sedangkan ia bukan isu utama yang melibatkan kepentingan rakyat dan bukan juga benar-benar dikehendaki rakyat.

Walhal, dengan adanya MOU bersama kerajaan, PH sepatutnya lebih mempunyai ruang untuk memperjuangkan sesuatu perkara kerana ia lebih mudah dipenuhi untuk dilaksanakan.

Sebaliknya, khemah besar itu lebih menampakkan untuk menyelamatkan nasib diri sendiri dan jawatan mereka yang pernah jadi menteri sebelum ini.

Lebih memalukan lagi, dalam dua PRN sebelum ini, PN yang didakwa ramai pengkhianat dan kaki tikam belakang di dalamnya turut berjaya mendahului PH daripada segi sokongan pengundi.

Mujur dengan kembalinya Rafizi dalam arena politik dan bertanding jawatan nombor dua dalam PKR, ternampaklah sikit perjuangan mengangkat suara rakyat itu kembali menjadi keutamaan.

Mahu tidak mahu, dalam tempoh berbaki beberapa bulan lagi sebelum PRU15, PH dan PKR khususnya, jika mahu ada tempat di hati masyarakat terbanyak, mereka mestilah lebih agresif dan gigih memperjuangkan isu-isu tentang kepentingan rakyat.

Lupakan khemah besar dan bersama slogan perjuangan PKR yang merupakan peneraju PH iaitu lawan tetap lawan, maka teruskan melawan sambil menawan hati rakyat sehingga kemenangan dapat ditawan. – ShahbudinHusin 03/05/2022.

Updated: 3 May 2022 — 1:33 pm

24 Comments

Add a Comment
  1. Yakin dengan kebolehan Rafizi. Lupakan khemah besar, kita tidak perlu khemah besar, looks like good idea but mengarut.

    1. sejak bila #anjing tiba2 jadi helang nih..

      1. Selamat hari raya sahabat lama zunun. Sempena semangat baru reformasi Rafizi dan format baru Tuan Budin, tu yang tukar nama baru tu.

        Lihatlah dengan mata helang ~ Ref. to kuseman.com

        1. ke seman, ngape kamu tolak jawatan TKP di utusan ?

          tapi #zunnun tahu..

  2. #pH perlu, perlu, perlu realistik menerima kebenaran bahawa ape yg dimenangi ketika #pru14 tidak akan berulangi sesenang itu lagi…

    keaadan senario kini amat berbeza ketika run-up #pru14 kerana ketika itu, isu amat ketara sekali tak lain 1MDB dan Altantuya Seribu…

    apekah #pru15 masih lagi pemimpin2 bingai #pH menyalak2 menyamai Anjing #TanpaNama sj di blog budin ini…

    ape yg amat ketara terkini, permasaalahan rakyat selain meraoh kepercayaan rakyat aka pengundi utk keluar mengundi…

    #rakyat terlalu bosan dgn pemain2 politik semasa yg hanya mementingkan utk perkasakan parti dari menyentuh hati pengundi…

    setakat ceramah sana sini, dgn badut seperti #mAt sabu, #anwar, #saifuddin, #mahfuz, #goneend seumpama zakar yg menegak sepertiga mlm kemudian kecut mengecil…

    …yg perlu ada satu usaha menyeluruh, menyantuni rakyat aka pengundi dan ini mangambil masa yg lama, tidak mencukupi jika #pru15 diadakan 4 bulan dari sekarang…

    ..mana2 parti yg membentuk kerajaan selepAs #pru15 seumpama kerajaan yg dibentuk oleh pengkianat2 yg diketuai oleh sibingai #mahiadin, dibelenggu dgn permasaalahan yg tiada hala tuju utk menguruskan keperluan rakyat dan negara ketika menhadapi pandemic…

    post #pru15 akan meletakan kerajaan yg menguruskan negara dlm serba tidak kena kerana kutipan cukai dan dana simpanan negara tidak mampu memberi rakyat kesejasteraan yg diingini..

    jika #bN memenangi #pru15, pelabur asing akan berhati2 malah menjauhi malaysia kerana #bN diwarisi oleh penyamun2 yg susah utk menyalin kulit penyamun mereka di mata pelabur2 asing…

    ini akan memberi tekanan pd kerajaan yg terajui oleh penyamun2 #omNO sekali gus memberi impact besar pd #pH utk bersiap sedia merampas pemerintahan pd #pru16 kelak..

    #rome is not built in one day, tapi salakan Anjing2 sentiasa kedengaran pd setiap hari, lebih2 lagi Anjing2 belaan #sinyanyuktua, yg kerap ke sini dgn ‘cerdik’ mereka menjuak ungkapan El Tu Brute & Pau Sadom…

  3. 3 penjuru memberi saingan seimbang …?

    tidak dinafikan bahawa dgn keputusan prn #melaka & #johor, penyokong2 #bN yg tampil kehadapan mengundi manakala #pN & #pH terkial2 merih pengundi..

    kedua2 #pN & #pH mengahadapi trust deficit dari pengundi, maka usaha perlu di buat utk menarik balik pengundi2 #pH yg terdahulu…

    tapi, blh ke rakyat dan pengundi2 terdahulu masih percayai #pH sedangkan ketika diberi mandat oleh rakyat, bingai2 pemimpin2 #pH & #pkr mensia2kan nya…

  4. tepuk dada tanya selera….

    antara scandal taraf bingai sedunia, yg #najib bawa hingga negara terkesan dari nya,

    dgn

    scandal pengswasataan melibatkan ‘conglomerate’ yg dipelopori oleh #sinyanyuktua serta close confidante #situa bernama #daim…

    yg terdahulu, setiap rakyat melihat #najib, naik turun dimahkamah pertahankan diri nya…

    yg terkemudian, scandal yg dibawa pd negara amat besar dgn kegagalan konsep Malaysia Incorporate Nya selain promosikan sectarian bangsa dan agama bermula dgn ‘maruah melayu’ kemudian membentuk satu gagasan pengkianatan dgn jolokan #melayu2isle pula…

    tapi yg amat bingai nya, bila kepimpinan #pH serta kepimpinana #pkr tergiler2 menerima mereka menyebabkan lingkup kepercayaan yg diberi oleh rakyat jelata …

  5. Anjing2 belaan #sinyanyuktua bila masuk dlm blog budin perlu tunjuk sikit ‘cerdik’ sepertimana #sinyanyuktua cuba tunjuk bahawa bingai ni ‘cerdik’ menguruskan negara hingga rakyat dan negara dibelenggu dgn sectarian bangsa dan agama yg teramat pincang sekali …

    tapi yg rakyat ingin lihat bagaimana ‘cerdik’ nya Anjing2 #sinuynayktua blh memberi ulasan, jgn guna istilah yg merapu seperti “El Tu Brute’ dan peddling ‘kueh sadom’ disini…

    sekurang2 nya #anwar & #najib berhadapan mahkamah dgn bergaya dgn hujah2 jgn pula selepAs bail-out anak2 taraf cibai nya, lalu senyap sunyi malah malah menekan pula mereka2 yg cuba tidak tunjuk kerjasama..

  6. tapi, tapi, tapi…

    tidak kah manusia itu asal nya dari cahaya #tuhan lalu kemudian ditajalikan pula dai cahaya #ketuhanan utk menerangi mereka2 yg mencari kebenaran nya…

    tidak kah atom2 yg ditubuh itu bibit2 cahaya #photon belaka …

    maka ngape perlu balik ke #bumi, balik terus pd cahaya #ketuhanan dan akhir nya pd #tuhan semesta…

    jgn diberi #bumi peluang mendera2 dgn dilanjutkan usia hingga #nyanyuktua dibuat nya hingga ada yg tergiler2 mengaku penyakit nyanyuk itu satu keistimewaan menyamai tahap kenegarawan pula…

    1. Apa kau mengarut ni wahai DAP Dirty Oid Man Zunnun the Lanun?

      Kamu tergiler2 menafikan penyakit nyanyuk kamu itu ia lah satu keistimewaan mencoba mengarut di sini.

      Menuduh secara liar saja, satu bukti pun hapah kau tak keluarkan.

      1. laa

        Anjing #TanpaNama kan ‘cerdik’ ketika menyalak dgn “El Tu Brute”, mana ‘cerdik’ nya Shakepear pergi…

        kesian pulak melihat #anjing #sinyanyuktua tiba2 menyalak kosong dgn ketakutan..

  7. …dari jibrail, kemudian mikail, lalu di ikuti oleh israfil akhir nya berjaya dilakukan oleh izrail utk mengambil tanah2 itu dijadikan jasad #adam..

    tapi tidak disedari oleh izrail dan faculti2 sebeleum nya, bahawa #bumi sedia menjadi tuan rumah utk #manusia dan…

    ..akan membunuh tetamu2 dari adam dan keturunan nya…

    maka itu senang dan mencukupi bagi sang pencipta utk mengirim utusan bila masa nya bagi #bumi melakukan nya, mengambil kembali ape yg diambil oleh para2 penghuni2 yg tidak diundang, hanya di iktiraf sebagai tetamu sj oleh #bumi…

    tapi, ada di antara tetamu yg terlepAs sumpahan #bumi, ‘over-staying’ dan menjadi kutub pendamai & panduan utk manusia ….

  8. ‘cerdik’ ke kepimpinan #pH ketika membiarkan #sinyanyuktua diangkat menerajui kepimpinan kerajaan setelah memenangi pru 14 hingga membawa suasana politik negara berhadapan sebagini rupa ?

    lalu berkata mereka, bahawa tiada siape yg menduga akan berlaku sebagitu rupa ? tapi #rafizi telah memberikan bantahan dan amaran nya, hingga bingai2 kepimpinana #pkr sanggup mengenepikan nya bersama #nurul sebagitu rupa..

    #sinyanyuktua dgn mengunakan ‘rule & divide’ masih lagi bingai2 kepimpinan #pH merasakan perlu mengadakan semula khemah besar utk memenangi pru 15 pula..

    kesialan ape hingga pemimpin2 #pH yg ada masih tidak surut bingai2 mereka utk melakukan kesilapan serupa ?

    bukan sesekali musuh #pH terdiri dari #sinyanyuktua, #sipenyamun tegar2 #omNO dan #pengkianat2 #melayu2isle yg tergiler dgn darurat mereka…

    tapi musuh yg nyata #pH tidak lain, pemimpin2 yg serba kegilaan dgn bingai mereka..

  9. like a canser cell first incubate by #sinyanyuktua yg tergiler2 utk berkuasa dgn legasi taraf bingai ‘rule & divide’ nya, kini cancer cell itu telah mutate and merebak dgn dibantu sel2 kanser yg dibawa oleh lebai2 #pAs dgn fahaman agama songsang mereka,

    … hingga negara memerlukan satu reset yg menyeluruh utk membaiki penyakit tikus2 poliik yg sedang mengila & tergiler2 dgn kepentingn mereka…

  10. krisis politik persekutuan kini telah di sailang oleh pemain2 politik negeri dgn terbaru #kuli melontar idea utk merampas kuasa #pAs di kelangtang dgn kerjasama dgn #pAn sepertimana #bung cuba lakukan di sabah

    this wide spread political holocaust kini merebak like wild fire…

    adakah sektor ekonomi dan rakyat jelata sudah bersedia ?

    Negara kini will go for broke, post pru 15 tidak mampu menyelesaikan nya dan tertunggu pru 16 utk memberi petunuk terbaru…

  11. ..berkata se orang pujanga…

    kita tidak blh menyelesaikan permasaalahan yg ada dgn mengunakan cara pemikiran yg sama yg mana permasaalahan itu dimulakan..

    #pH memulakan dgn sedemikian rupa, mengizinkan #sinyanyuktua membesarkan khemah kuasa nya hingga #pH semakin hari semakin tertekan di buat oleh pendatang pati2 yg dibawa oleh #sinyanyuktua…

    tapi ini tidak bererti #pH kini menghadapi permasalahan besar dari nya kerana #pN & #bN juga sedang menghadapi krisis dalaman mereka jua..

  12. suasana politik semasa memberi ‘advantage pd penyamun2 #omNO utk berkokok memandangkan #pM yg ada dari mereka..

    dan kini memerintah di 5 negeri2 di semenanjung, dgn dana2 yg di peruntukan, penyamun2 #omNO meraskan inimmasa nya mengambil alih tpuk kekuasaan negara…

    will they succeed ? Yes & No…

    klu dah hidup sebagai #penyamun, masakan blh berubah sekelip mata…

  13. pandemic yg membawa kekakuan aktiviti eknomi semasa negara selama 2 tahun byak memberi kesan pd rakay jelata…

    tapi yg tidak disedari oleh rakyat, segolongan dari mereka kini mengambil kesempatan dgn kegawatan suasana politik semasa utk membesarkan lagi permasaalahan krisis politik yg ada dgn membakarkan suasana agar dapat ‘cash-in’ dari nya..

    #pkr ada negeri #selangor nya, #dAp ada negeri #PP nya, manakala #pAs ada 3 negeri yg menghisap dana2 dari kerajaan yg ada dgn lebai2 yg menjawat menteri2 bersama, dan tidak kurang nya di sarawak dan di sabah jua..

    kini negara menghadapi keracunan bisa bilamana peruntukan belanjawaan 2022 mula di gunakan, dan dlm pengunaan tersebut, bertujuan menampung aktiviti2 sedemikian rupa…

    lagi umaraq kegilaan suasana politik hingga run-up pru 15 …

    we are living in an unchartered political uncertainty, the unfolding is really bad..

  14. Malaysia kini amat diketahui oleh pemain2 dana2 asing dan pemimpin2 negara di dunia,

    …sedang menghadapi krisis kepimpinan selain kekakuan sectarian bangsa dan agama yg dimainkan dan dipermainkan oleh tikus2 poltik utk memenangkan kuasa mereka…

    bukan itu sj, mufti2 taraf bingai tidak kecuali menceburi diri utk membakarkan suasana sectarian yg ada..

    ‘orthodoxy’ agama kini telah mengambil persada kepercayaan agama, hingga hukum2 hilang akan hikmah nya..

    pemikiran terdahulu yg dibawa oleh #kawarij dan #wahabi kini meresap masuk hingga hilang segala kesedarhanaan dan kehalusan mengunakan perbatasan2 hukum utk berkuasa..

    ngape diiktiraf sebagai perbatasan2 hukum ?

    kerana setiap hukum yg di ada, hanya bentuk2 batasan pd #tuhan yg tidak mampu di batasi..

    penyakit2 sedemikian rupa akan tinggal sebagai legasi pd segelintir manusia dlm memulakan langkah menjelajah cosmos melebarkan sayap tamaddun kemanusia utk meneruskan kemanusia mereka..

    it’s destine, …

    mujaraq mutlak yg mengalir dari perbendaharan luf nya, akan terus mengalir dan dari nya terbit ilmu2 manusia dgn faculti pemikiran post modernist mereka…

    kitab2 yg ada, hanya bibit2 retrospective agar mengingatkan bagaimana manusia mula mengembangkan nilai2 moral mereka..

  15. pujanga berkata..

    jika kita ingin mencari kebenaran, maka perlu ‘berani’ utk menghakis segala prasangka dan persepsi yg ada…

    muhammad anak aminah, keinginan mencari kebenaran dgn ape yg dilihat dilakukan oleh kaum nya, melakukan discriminasi terhadap perempuan dan kekakuan hukum2 yg menindas …

    isa anak mariam tidak ketinggalan menghadapi puak2 pharisees yg menguasai agama secara ‘orthodoxy’ yg menyerang segala bentuk ‘heresy’ hingga agama hilang segala bentuk hikmah nya..

    bermula dgn harapan, dan dgn keberanian dan iktizam yg ada, melangkah membuktikan kebenaran nya, lalu mengasingkan diri agar terjabar kesempurnaan yg selama ini tersembunyi…

    …politik negara akan menghadapi ‘stale-bull’ sehingga lahir satu keberanian utk melakukan perubahan, membawa keluar pemikiran rakyat kpd suatu perubahan yg dibelenggu oleh pemain2 politik sekian lama, yg membawa sectarian bangsa & agama yg amat parah pd rakyat jelata…..

    ..dimainkan sebagitu rupa oleh mereka2 agar blh terus berkuasa utk kepentingan kekayaan keluarga dan kroni2 mereka…

    dimualakan oleh #sinyanyuktua kini dijadikan amalan oleh mereka2 yg mewarisi dari nya..

  16. Setuju dengan Budin bahawa pertandingan Satu lawan Satu hampir mustahil terjadi berdasarkan pendirian parti-parti di dalam PKR, PH dan PN.

    Namun tak setju dengan Blogger bahawa jika ini terjadi, PH mempunyai peluang yang seimbang berdepan dengan BN. Itu cumalah kenyataan sekadar untuk menyedapkan hati.

    Jika tiada kedegilan di hati beberapa pihak tertentu, pertandingan SATU lawan SATU masih boleh diwujudkan. Tak perlu membentuk Khemah Besar…sekadar berunding untuk bertolak ansur di kalangan parti komponen PH dan PN supaya tidak berlaku pertembungan tiga atau empat penjuru. Akan tetapi, lebih mudah mencadangkan dari melaksanakannya.

    Biarlah BN memerintah semula asalkan para penyamun tarbus disumbat ke dalam penjara terlebih dulu.

  17. ‘..sudah #ku tenung dan #ku pandang..
    makin #ku tenung makin #ku makin tegang..’

    ‘sudah #ku tenung dalam kitab..
    makin #ku tenung makin #ku tersentap..’

    tanya pd #hati ape #hati mahu…
    lalu #hati kata, #hati semua mahu..

    tanya pd #akal, ape akan kesudahan nya….
    lalu #akal tanya, ini baru sj permulaan nya…

    bila tikues2 politik tercari2 kaedah utk berkuasa, kepentingan diri & parti perlu di utama kan dgn mengunakan rakyat sebagai alasan…

    Malaysia akan menghadapi krisis politik dan pru 16 menampakan keredaan nya…

    tiada mana parti politik yg akan menguasai persada kekuasaan negara, kekuasaan politik hanya berkisar pd negeri2 sj…

    dgn #pH menguasai 4 negeri termasuk wilayah, #bN 5 negeri, #pN 3, gps 1 manakala grs 1

    kerajaan persekutuan akan sentiasa menghadapi tidak tentuan hala tuju nya..

    the dark age of Malaysian Politic is currently unfolding, and will find a new reset by pru 16 …

  18. HA HA HA

    ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…
    Nenek ‘Et tu Brute’ dah mampos di bulan yg mulia
    Blog Budin kini tk da siapa nk pacak & kawal selia
    Boleh lah kat sini Kejora bebas untuk berpesta ria
    Tiada rintangan lagi, klau nak pantun kt Dik Nadia
    ๐Ÿ’๐ŸŒน๐Ÿฅ€๐ŸŒบ๐ŸŒท๐ŸŒธ๐Ÿ’ฎ๐Ÿต๏ธ๐ŸŒป๐ŸŒผ๐Ÿ’๐ŸŒน๐Ÿฅ€๐ŸŒบ๐ŸŒท๐ŸŒธ๐Ÿ’ฎ๐ŸŒน๐Ÿ’
    ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    โค๏ธ๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ’™๐Ÿ’œ๐Ÿคโ™ฅ๏ธ๐Ÿ’˜๐Ÿ’๐Ÿ’–๐Ÿ’—๐Ÿ’“๐Ÿ’ž๐Ÿ’•๐Ÿ’Œโฃ๏ธ๐Ÿ’šโค๏ธ
    Kah kaahh kaaahhhh kaaaaahhhhh kaaaaahhhhh
    ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

    KAH KAH KAH

    1. semasa hayat banyak berdosa
      berhati busuk berlagak pandai
      walaupun kojol di bulan puasa
      di dalam kubor dipalu dibedai

Leave a Reply

Your email address will not be published.