GAGAL PADAM KEBAKARAN DISEBABKAN TEKANAN RENDAH, CUKUPKAH BEKALAN AIR DI KELANTAN KETIKA HARI RAYA?

1. Tragedi malang yang berlaku dua hari lalu di Berek 12 – beberapa rumah hangus terbakar tanpa dapat diselamatkan kerana pili bomba mengalami tekanan air yang rendah – adalah satu kejadian yang menyayat hati.

2. Bukan sahaja pili bomba ketiadaan air (tekanan rendah boleh berlaku bila bekalan air tak mencukupi) menyebabkan kerja penyelamatan bomba gagal, bah kan penduduk sekitar telah ketiadaan bekalan air berbelas hari sebelum kejadian. Berdasarkan maklum balas orang ramai di media sosial.

3. Permintaan bekalan air akan memuncak menjelang Hari Raya, yang sepatutnya menjadi sambutan yang menggembirakan.

Anak-Anak Perantau pulang penuh kegembiraan untuk berhari raya bersama keluarga di Bumi kelahiran.

Sebaliknya, ada dari anda semua akan merasai keperitan ketiadaan bekalan air yg sempurna.

Inilah realiti kegagalan Kerajaan Kelantan yg dapat dirasai oleh semua sejak lama.

4. Peristiwa kebakaran yg gagal diselamatkan kerana tekanan air yg rendah @ketiadaan air dan kemarahan membuak rakyat jelata yg lama menderita – sepatutnya menjadi titik berfikir semua Rakyat Kelantan.

Mengkaji punca kegagalan AKSB dalam tugas mereka secara khusus dan kegagalan berterusan Kerajaan Negeri pimpinan Pas.

Ditambah Menteri Air Kerajaan Pusat juga dari Pas.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga adalah se orang Ahli Parlimen Pas.

5. Selain ketiadaan air, sungutan berbangkit juga mengenai mutu air yg sangat mendukacitakan. Kekerapan gangguan bekalan atas masalah loji dan loji-loji di bawah kapasiti yang dirangkakan sekali pun peruntukannya besar.

6. Ada pihak penyokong Pas sendiri mencadangkan supaya pengurusan AKSB dirombak. Dalam reaksi mereka selepas mereka merasai bahang panas kemarahan rakyat ekoran Peristiwa Berek 12.

Cadangan ini lebih bersifat meletakkan beban kepada pengurusan AKSB semata-mata. Walau pun memang AKSB patut menerima beban tanggung jawab itu.

Apa jaminan AKSB akan menjadi lebih cekap dengan rombakan pengurusan semata-mata?

Sedangkan punca masalah sebenar tidak diketahui.

Cadangan itu adalah jalan pintas untuk mengalihkan kemarahan rakyat bagi tujuan politik.

7. Dengan rombakan pengurusan semata-mata, AKSB masih di bawah kelolaan pemimpin Kerajaan Negeri.

Pengerusi Lembaga AKSB adalah YB Dato Azami Mohd Nor yg juga Exco.

Anggota lain ialah Adun Pasir Tumbuh dan perlantikan politik yang lain.

Kegagalan pengurusan AKSB hendaklah dilihat sebagai kegagalan anggota lembaga pengarah, Pengerusi AKSB dan kegagalan Menteri Besar dan seluruh Exco Kerajaan Kelantan juga.

Mustahil untuk MB, TMB, Exco, Pengerusi AKSB dan pelantikan politik dalam lembaga AKSB menerima permintaan untuk mereka meletakkan jawatan atas kegagalan bersama mereka ini.

8. Apa punca kegagalan AKSB ?

Ini yang perlu diketahui sebelum ubat diberikan.

Saya telah katakan, antara punca utama kegagalan ialah unsur salah guna kuasa. Saya telah disaman untuk itu dan Alhamdulillah saya menang saman itu.

Menunjukkan dakwaan saya ada asas.

Jika punca kegagalan terbesar adalah adanya unsur salah guna kuasa, maka jawapan yg tepat bagi mencari punca kegagalan AKSB ialah MENUBUHKAN SEBUAH SURUHANJAYA SIASATAN YG BEBAS.

9. Jika Kerajaan Kelantan sanggup menubuhkan Suruhanjaya ini dan anggotanya dipandang rakyat sebagai benar-benar bebas dan berintegriti – itu tanda mereka jujur dan tidak bercadang menyembunyikan apa-apa.

Jika mereka enggan, menunjukkan ada perkara yg menjadi kerahsiaan gerak kerja mereka selama ini.

10. Tanpa siasatan terperinci yg bebas, selama itulah masalah air Rakyat Kelantan tidak akan selesai.

Pillihan lain, jika Kerajaan Kelantan enggan berbuat demikian ialah Rakyat Kelantan sendiri mesti berani menukar Kerajaan yg ada sekarang bila tiba masanya.

Kerajaan baru tersebut mesti bersetuju menubuhkan Suruhanjaya berkenaan dengan serta merta.

11. Inilah salah satu PIAGAM GERAKAN SAVE KELANTAN yg kami akan cadangkan kepada stake holder yang lain nanti InsyaAllah.

12. Kembali kepada mangsa kebakaran berkenaan, iaitu lima kediaman musnah 100 peratus dan empat kediaman lagi musnah kira-kira 20 peratus dengan jumlah kerugian ratusan ribu ringgit.

AKSB hendaklah dipertanggung jawabkan dengan membayar sejumlah ganti rugi yg menasabah.

Juga sebagai tanda keprihatian dan didikan rasa akauntabiliti kerana AKSB adalah sebuah agensi milik kerajaan walau pun berorientasikan koporat.

13. Saya cadangkan peruntukan ganjaran Ahli Lembaga Pengarah AKSB , terutama bagi Pengerusi AKSB dan Adun yg turut menjadi Ahli Lembaga sejumlah RM 228,918 untuk tahun 2020 dan RM 186, 082 bagi tahun 2019 (berdasarkan Laporan Tahunan Aksb) digunakan untuk membayar ganti rugi tersebut. (Kedua-dua mereka telah pun mempunyai gaji dan elaun tetap berbanding rakyat terlibat yg dhaif dan ditimpa kesusahan).

Kerajaan Negeri boleh menambah jumlah lain sehingga ganti rugi berkenaan memadai.

14. Saya juga ada menerima pandangan dari profesional Anak Kelantan seperti berikut.

Bagi mengelak tragedi seperti ini berulang di masa hadapan, pihak berwajib perlu meneroka kaedah baru menggabungkan teknologi Geographic Information System (GIS), rangkaian paip pintar dan kawalan air bersepadu.

Melalui kaedah ini tekanan air dapat dikawal dari suatu tempat dan disalurkan ke tempat yang memerlukan dengan segera.

(Save Kelantan setiap masa mengalu-alukan pandangan berguna seperti ini dalam meningkatkan peranan Save Kelantan).

15. Saya bagi pihak Save Kelantan merakamkan takziah kepada semua keluarga terlibat.

16. Menjelang Aidilfitri yang semakin hampir, pihak Save Kelantan mencadangkan Kerajaan Negeri menyediakan pelan kontingensi agar bekalan air sentiasa mencukupi sepanjang tempoh perayaan ini.

Husam bin Musa

28 Ramadhan 1443H/

30 April 2022.

0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 30 April 2022 — 4:05 pm
Subscribe
Notify of
guest

7 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
zunnun
zunnun
1 May 2022 12:56 pm

…manusia percaya #TUHAN itu #SATU, maka perlu manusia buktikan bahawa #keTUHANan itu dlm #keSATUan sentiasa…… let a number be (t)……..(1) what we don’t always see, the presence of 1 with it… thus the true integer representation should be 1(t)…(2) apekah (t) kini satu penjenamaan yg sama sebelum NYa..? apekah nama sebenar nya (t) dgn integer terbaru nya, 1(t) ? 1(t) bermaksud, (t) dlm kesatuan 1……..(3) 1(t) bermaksud, 1 dlm kesatuan (t)……..(4) yg perlu dihuraikan di sini antara (3) & (4), antara kedua2 nya, satu bersifat universal, jelmaan nya tidak mengubah nilai asal integer tersebut… konklusi nya, 1 dilihat bebas (independent)… Read more »

zunnun
zunnun
1 May 2022 11:02 am

di mana akhir nya pergolakan & penyiasatan terhadap #nazlan yg hanya berpandukan laporan blogger upahan yg tiada maruah diri, dgn lari menghadapi kes2 pertuduhan nya di mahkamah… lalu meminta perlindungan dgn bertaraf pelarian refugee di UK, sibingai #raja petra ? ape kah dgn kuasa sprm blh melakukan siasatan terhadap sesiape jua, membolehkan nya berbuat demikian terhadap Instituisi Raja ? tidak sama sekali kerana Instituisi Raja seperti Instituisi Kehakiman ada badan tersendiri mereka utk membuat penilaian dan siasatan tanpa perlu campur kuasa luar, sepertimana dilakukan oleh #sprm dgn diarah oleh #pM yg ada… dari kemulut ini akan memberi 2 kesan, lalu… Read more »

zunnun
zunnun
1 May 2022 9:07 am

#pkr & #pH mampu bangkit semula, tapi #anwar hanya perlu, melepAskan jawatan pd wawi dgn jika #rafizi memenangi timb president, kedua mereka membawa image terbaru pd #pkr & #pH yg sebelum ini, dibelenggu tergiler2 dgn tabiat #ada angka ..

ape punya turr kamu #anwar tergiler2 utk menjadi #pM dgn #angka yg kamu beli dari kedai2 toto #omNO dan magnum #gps yg dipelopori oleh #sibingai setiausaha agung kamu ?

zunnun
zunnun
1 May 2022 9:00 am

dari sudut barisan tikus2 politik semasa negara… siape yg mendahului bingai2 yg teramat tinggai antara mereka ? jika direnung, tiada lin, #sinyanuktua dan dari nya membiak bingai2 tikus politik semasa dlm golongan tikus2 politik #melayu #omNO… ..dan #anwar tidak kecuali, dari pengajaran situa naynyuk jua… politik digunakan bukan dgn keiklasan memajukan rakyat jelata dan negara tapi mengunakan politik sabagai alat utk kekuasaan mereka… tidak kah bingai2 tikus ini buta bahawa rakyat yg menaikan mereka dan bila menjawat wakil rakyat, mengunakan kekuasaan utk memajukan kepentingan2 mereka melebihi kepentingan rakyat dan negara…? cuba2 lihat akan bagaimana Jokowi lakukan nya hingga Indonesia kini… Read more »

zunnun
zunnun
1 May 2022 8:46 am

ape yg dimaksudkan satu ‘holistic’…

#sibingai #anwar kerap mengunakan istilah sedemikian rupa, malah dari golongan2 tikus2 politik dlm negara, #anwar yg mendahului dan kerap mengunakan perkataan ‘holistic’ dlm menyampaikan maksud & kata2…

adakah bingai #anwar sedar, bahawa, #pkr itu juah sekali #holistic..?

kerana bilamana sampai satu tahap #holistic, maka akan menampakan sifat ‘perpetual’ nya…

yg #holistic itu di sekeliling kita semua, tiada lain, #kebenaran…

apekah #kebenaran ujud dlm #pkr hingga parti di landa dgn kegilaan yg menyamai kegilaan #melayu2omNO dan jua tidak kecuali bingai2 pengkianat #bersatu…?

zunnun
zunnun
1 May 2022 8:36 am

Malaysia satu ketika blh menyamai Korea Selatan dan Singapura dari segi pecapaian kemajuan serta modal insan nya, dan antara ketiga2 negara ini, Malaysia mendahului kekayaan sumber asli… sedangkan indonesia, negara ekonomi terbesar di rantau ASEAN jauh ketinggalan dari segi kemajuan serta modal insan nya berbanging Malaysia… bagitu jua, Filipina, Vietnam dan negara ketiga Dunia ketika itu… ape yg manjadi teras kekuatan negara, hingga mampu menunujkan negara2 lain akan keupayaan nya sebegitu rupa…? kestabilian politik nya ? cara perlaksanaan dasar fiskal nya ? tiada keterlaluan unsur2 perkauman dan kegilaan fahaman agama..? ape dan siape yg bertanggungjawap melakukan ‘feeding’ hingga menyebabkan negara… Read more »

zunnun
zunnun
30 April 2022 5:16 pm

kesian…

lebai2 #pAs gagal mengurus kelangyang, tapi diberi kepercayaan mengurus kerajaan persekutuan pula..

ini semua ankara #sinyanyuktua, tergiler2 melepAskan jawatan nya dek tergiler2 merajuk bila mat arip hentak meja hingga membuat nya terkejut giler…