UMNO AKHIRNYA AKUR ISMAIL SABRI PILIHAN TERBAIK UNTUK ‘DIJUAL’ KEPADA PENGUNDI

Daripada sudut yang lain, keputusan MT UMNO menamakan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri untuk menghadapi PRU15 adalah suatu pengiktirafan kepada kewibawaan serta kelebihan yang ada pada diri Perdana Menteri.

Sekaligus ia menunjukkan, wajah Ismail Sabri juga yang dilihat sebagai aset yang laku di pasaran untuk dijual kepada pengundi bagi menjamin kemenangan.

Kenapa tidak Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan, dua pemimpin utama UMNO sendiri diketakkan sebagai calon Perdana Menteri?

Juga, kenapa tidak Najib Razak yang dikatakan popular itu dijadikan pilihan?

Hakikat nyatanya, tidak lain kerana dalam kelompok pemimpin utama UMNO yang ada sekarang, akhirnya disedari hanya Ismail Sabri satu-satunya calon yang terbaik untuk dijadikan sandaran bagi meraih kemenangan yang dicita-citakan.

Ini menjadikan Zahid Hamidi selaku Presiden dan Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden terpaksa berjiwa besar merelakan nama Ismail Sabri sebagai pilihan calon Perdana Menteri.

Sebagaimana “poster boy” dalam PRN Melaka dan Johor iaitu Sulaiman Md Ali dan Hasni Mohamad, calon Ketua Menteri dan Menteri Besar kedua-dua negeri yang dilihat tidak kontroversi dan tiada isu peribadi telah berjaya meraih kejayaan cemerlang untuk BN, begitu juga mengapa Ismail Sabri akhirnya diletakkan sebagai calon pilihan.

Kelebihan yang ada pada Ismail Sabri, selain kedudukannya sebagai Perdana Menteri ialah keperibadian yang tidak kontroversi, tenang dan ingin berbaik dengan semua orang demi kebaikan rakyat dan negara.

Tidak saja pemimpin UMNO dan komponen BN, malah rakan-rakan pemimpin gabungan dalam kerajaan pun turut menyambut baik keputusan MT itu.

Semua mereka kini gembira kerana calon Perdana Menteri yang diyakini dan boleh “dijual” kepada pengundi sudah tidak menjadi pertikaian lagi.

Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata, nilai kepimpinan Ismail Sabri sejak memegang jawatan Perdana Menteri adalah satu kepimpinan yang menyerlah dan keputusan dibuat MT UMNO adalah berdasarkan faktor tersebut.

“Saya memang menyokong keputusan MT UMNO itu kerana dengannya kita akan melihat politik dan kerajaan dapat diperkukuhkan.

“Saya yakin apa yang lebih penting adalah mengembalikan kegemilangan BN seperti sedia kala dan saya rasa ini keputusan yang diterima baik dan akan memberi hala tuju jelas untuk BN mampu menawan semula kerajaan dalam PRU akan datang,” tambahnya lagi.

Dengan keputusan mencalonkan Ismail Sabri juga, harapan sesetengah golongan dalam UMNO yang masih ingin melihat Najib kembali sebagai Perdana Menteri dan menerajui parti dengan sendirinya sudah boleh dianggap tidak relevan lagi.

UMNO kini harus terus bergerak ke hadapan dan tidak lagi menoleh ke belakang kepada pemimpin yang lebih berusia.

Adakah ini bermakna Zahid Hamidi tidak lagi merujuk kepada Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat BN dalam keputusan yang dibuat oleh UMNO?

Serentak dengan itu, bersesuaian dengan keputusan MT UMNO mencalonkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri, beliau sudah semestinya harus diberi peranan yang lebih besar dalam PRU15 nanti.

Kalau menjadikannya sebagai Pengerusi BN sebagaimana kenyataan Annuar Musa barangkali agak drastik dan keterlaluan, setidak-tidaknya peranan selaku Pengarah Pilihanraya BN harus diberikan kepada Ismail Sabri.

Begitu juga dalam soal pemilihan calon, Ismail Sabri mesti dilibatkan dalam keputusan akhir menentukan siapa yang dijadikan pilihan untuk bertanding kerana beliaulah akhirnya yang akan mengetuai kerajaan selepas kemenangan diperolehi.

Sudah tentu dalam hal ini, Ismail Sabri perlukan pasukan yang diyakini dan boleh bekerjasama dengannya.

Barulah nanti kemenangan BN akan membawa erti kestabilan yang sebenar-benarnya kepada parti dan juga negara. – ShahbudinHusin 15/04/2022.

3 1 vote
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 15 April 2022 — 6:03 pm
Subscribe
Notify of
guest

10 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonmous
Anonmous
18 April 2022 12:57 pm

150 juta nak tendang mb lama

_CIAK273156159_451042236760686_374285908992229783_n.jpg
Anonmous
Anonmous
18 April 2022 12:52 pm

harga mampu tengok

FKmpcmMaQAEsOlg.jpg
Anonmous
Anonmous
18 April 2022 12:51 pm

jual sampai seberang usd oi kayo

_2MY.jpg
Anonmous
Anonmous
18 April 2022 12:49 pm

video kabuq hu3 mana ada semburit sandakan. hu3 tutup kes.hu3

images.jpg
Wau bule
Wau bule
17 April 2022 6:14 am

Apakah jenama sodomi diterima?
Apakah jenama penyamun dirai?
Jika tidak syukur Alhamdulillah
Moga negara dipelihara Allah swt

zunnun
zunnun
15 April 2022 7:04 pm

jika produk bernama #mailsabri hybrid dari produk bernama, #najib, maka yg sedemikian #produk bernama #mailsabri dionak, diolak dan ditambah nilai dari produk penjenamaan #najib …

seperti proton arena yg dihybrid dari proton wira, yg mana tiada ciri2 4 wheel dan tiada kuasa traction pula…

dari kereta salon kpd kereta pick-up pula…

seperti kereta2 penjenamaan proton kini proton melangkah maju bebas dari cengkaman bingai2 #sinyayuktua…

apakah produk #mailsabri senasib dgn proton yg dibingaikan oleh #sinyanyuktua ?

hingga rakyat dibebankan dgn kenaikan harga kereta utk membolehkan proton masuk pasaran…

adakah #mailsabri juga akan digunakan utk #zahid & #najib dibebaskan ?

Sibedoh
Sibedoh
15 April 2022 10:22 pm
Reply to  zunnun

Btl tu. Bang Mael is more like a ‘mechanism’ through which Najib & Zahid can escape jail sentence for their filthy n heinous crime. Ttp adalah keren klu kedua-dua penyamun ini merengkok dan reput dlm penjara!

Anonymous
Anonymous
17 April 2022 6:40 am
Reply to  zunnun

Kalau yang DAP DIRTY OLD MAN ZUNNUN THE LANUN maksudkan “sinyayuktua” iiu ia lah Tun Dr Mahathir, KEPALA BAPAK ZUNNUN siKUNUN.

Tak reti menilaikan peranan dan sumbangan seseorang kpd negara.

Tapi memang lah ZUNNUN THE LANUN reti melanun saja. Menuduh sana, mengungkit sini, selalu disongket Bang Ali.

Din Remos
Din Remos
17 April 2022 10:31 am
Reply to  Anonymous

Kau ni nenek…kau marahkan Kejora kerana memaki hamun dalam blog ini. Bila tiba time engko, kao KEPALA BAPAKkan orang tak apa. Ini perangai HIPOKRIT anak haram mana yang kau bawa ni nenek. Kou panggil orang LANUN semata-mata kerana orang tu mengutuk idola kau sebagai nyanyuk…….baghal……memang kaldai tua dia ni… hujah la balik kalau ada akai…Oooo aku lupa …otak kau cuma seratus gram lebih je….sorry nek….

Satu lagi kasi la BUKTI apa sumbangan orang tua tu kepada negara dan apa bukti Zunnun tu MELANUN di sana sini. Tak ada bukti pegi BERAMBUS jauh-jauh kau dari sini. Buat menyemak saja.

zunnun
zunnun
15 April 2022 6:23 pm

ape kah keputusan itu betul, produk bernama #mailsabri yg terbagus utk dijual kpd rakyat mewakili #omNo menghadapi pru 15 dan jika memenangi akan dinobatkan sebagai #pM seterus nya…

maka umum perlu tnya, apekah produk bernama #najib, ketika itu tidak sesuai, flatter dan telah hilang kegemilang nya…