Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

RAFIZI MULA JELAJAH KE NEGERI2 MINGGU INI

Sebagai menghormati adab setiap kali kita melalui pemilihan, In Sha Allah saya dan sahabat-sahabat yang menjadi calon bagi Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua AMK dan calon-calon lain akan menjelajah ke negeri-negeri untuk bertemu anggota dan pimpinan akar umbi.

Saya minta maaf sekiranya ada yang berkecil hati kerana majlis diadakan di sebelah pagi dan petang dalam bulan Ramadhan. Tidak ada jamuan, tidak ada majlis besar, sekadar menyampaikan maklumat dan menjawab soalan-soalan anggota yang hadir.

Memang ia keputusan saya sendiri untuk mengelakkan daripada sebarang kempen di sebelah malam, atas dua sebab:

1. Waktu malam di bulan Ramadhan sebaiknya waktu peribadi untuk kita dan keluarga beribadah. Sebaik-baiknya dipisahkan dari sebarang kegiatan lain, apatah lagi kempen politik.

2. Sebarang majlis yang berbentuk kempen sewajarnya dikurangkan unsur bermewah seperti makan berbuka puasa, menjamu tetamu yang hadir dan sebagainya. Pandangan saya ini mungkin kurang popular tetapi ia sesuatu yang wajar kita halusi sebagai parti yang mendukung reformasi budaya politik.

Bagi sahabat-sahabat yang berminat untuk mendengar sendiri pendirian saya dan calon-calon lain mengenai pemilihan kali ini, berikut adalah tarikh dan masa jelajah kami ke negeri-negeri:

Sabtu, 16 April (9 pagi) – Johor

Sabtu, 16 April (2 petang) – Negeri Sembilan & Melaka

Ahad, 17 April (9 pagi) – Selangor

Ahad, 17 April (2 petang) – Wilayah Persekutuan

Jumaat, 22 April (9 pagi) – Terengganu

Jumaat, 22 April (3 petang) – Kelantan

Sabtu, 23 April (9 pagi) – Kedah & Perlis

Sabtu, 23 April (2 petang) – Pulau Pinang

Ahad, 24 April (9 pagi) – Perak

Jumaat, 29 April (3 petang) – Pahang

Sabtu, 7 Mei (9 pagi) – Sarawak

Ahad, 8 Mei (3 petang) – Sabah

Kami sedang memuktamadkan lokasi bagi setiap negeri bermula dengan Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan minggu ini. Maklumat lokasi bagi negeri-negeri ini akan diumumkan 24 jam dari sekarang.

Mohon sebarkan kepada seberapa ramai anggota. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Saudara Zahir Hassan yang kami amanahkan sebagai Ketua Kempen bagi pemilihan ini di nombor 012 225 0897.

RAFIZI RAMLI

3.9 7 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

200 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
200
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x