Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

PINJAMAN TANPA CAGARAN SYKT JUDI, TENGKU ZAFRUL PERLU LETAK JAWATAN

1. KWSP, PNB dan KWAP adalah dari dana awam kerajaan berstatus GLC yang mempunyai kepentingan rakyat. GLC ini adalah pemegang taruh utama dalam skandal yang dikaitkan dengan pinjaman RM2.5B tanpa cagaran kepada Syarikat Judi Genting HK milik rakyat Malaysia. 3 bank yang bertanggungjawab adalah Maybank, RHB dan CIMB.

2. Di atas kepentingan awam rakyat perlu penjelasan dari Kerajaan Melayu-Isle kenapa episod malang ini boleh berlaku.

a. Bagaimana amalan tidak mewajibkan cagaran sebagai kolateral dengan nilai pinjaman RM2.5B dibenarkan. Amalan ini bercanggah dengan prosedur pinjaman yang mendedahkan bahaya kepentingan pemegang taruh dari KWSP, PNB dan KWAP yang dimiliki kerajaan.

b. Siapakah yang bertanggungjawab sehingga amalan tanpa cagaran ini membawa risiko besar kepada dana kepentingan negara yang sepatutnya diperlukan pada fasa pemulihan yang sedang dilalui negara.

Mereka perlu dipertanggungjawabkan di hadapan sebuah Inkuiri Siasatan Bebas Diraja demi mengembalikan kepercayaan institusi perbankan kepada orang ramai dan demi kepentingan dana awam yang diamanahkan.

c. Di manakah Pematuhan Syaria’h dalam pelaburan KWSP, PNB dan KWAP sedangkan dana ini dipinjamkan kepada syarikat judi yang jelas bertentangan dengan piawaian pematuhan syariah.

Memburukkan lagi ialah pinjaman tanpa cagaran juga tidak mematuhi kehendak syaria’h kerana amalan ini tidak menjaga kemaslahatan kedua belah pihak serta menjejaskan kepentingan dana awam.

Kepatuhan Syaria’h dalam pelaburan bukan sekadar retorik tetapi perlu menjadi rujukan asas demi memelihara kesejahteraan masyarakat.

d. Kerajaan Melayu-Isle dituntut membuat penjelasan bilakah diluluskan dan adakah benar Menteri Kewangan hari ini adalah pihak yang bertanggungjawab mengepalai projek pinjaman ini atas nama pulangan beruntung pelaburan.

Menteri Kewangan hari ini perlu meletak jawatan sehingga sisasatan bebas dilakukan kerana jika tidak, Menteri Kewangan hari ini punya kepentingan bercanggah dan beliau berpotensi salahguna kedudukannya untuk menutup kes.

3. Rakyat Malaysia khususnya pengundi Johor sepatutnya menjadikan kes ini sebagai iktibar dan menerima kenyataan bahawa Kerajaan Melayu-Isle Tanpa Mandat yang terbentuk atas pengkhianatan politik membawa semua bala ini.

Kerajaan BN ditolak kerana soal integriti dan hari ini mereka kembali tanpa mandat bersekongkol dengan para pengkhianat atas kewajaran perkauman-agama yang sempit.

Sememangnya pengkhianatan membawa bala demi bala kepada negara, hentikan rantaian dengan menolak parti perosak negara, para pengkhianat serta para penunggang agama.

Semasa PH jadi kerajaan secara bermandat, fitnah-pembohongan ke atas Tabung Haji (TH) dicanang sebagai kempen keji kononnya kami tidak memelihara kepentingan Islam walaupun terbukti kami berjaya pulihkan TH yang dirosakkan oleh BN sebelumnya.

Isu pinjaman syarikat judi tanpa cagaran yang menjejaskan KWSP, PNB dan KWAP bukan lagi fitnah tetapi satu skandal memalukan dengan nilai dana sebesar 1MDB (RM2.6B).

Mana suara para pejuang Melayu-Isle? Beranikah mereka sama-sama menuntut satu Suruhanjaya Bebas?

“…tiba-tiba mereka jadi pekak, bisu dan buta-tuli serta tidak berakal!”

Sekian

DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

Pengerusi PH Perak

1 Feb 2022.

5 3 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

136 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
136
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x